Saturday, November 7, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [27]

Nota kuliah disisipkan ke dalam beg. Pen yang berterabur atas meja dimasukkan ke dalam bekas pensel putih.

“ Jom gi makan wei. Aku lapar lah.” Zahra yang tersengih di sebelahnya dipandang.

Jam di tangan dikerling sebelum dia mengangguk kecil. Belum pun tengahhari. Awal lagi. Hari ni pensyarah membatalkan kelas. Ada hal peribadi katanya.

“ Rea, kenapa si Zackri tu selalu tengok kau pelik je?” Zahra bersuara dalam perjalanan ke kafeteria.

“ Eh ye ke? Tak perasan pun. Aku macam kampung sangat kot.” Bukan tak perasan tapi malas nak ambil peduli. Buaya darat macam dia tu bukan boleh dilayan.

“ adakah kau mengatakan bahawa berbaju kurung itu kekampungan? Oh no! Kau dah menghina aku Rea.”

Rea mengecilkan mata. Zahra ni la. Drama queen betul. Dah lah kecoh macam merak kena curi ekor.

Rasanya dalam kelas yang hampir 30 orang tu, ada berapa kerat je budak perempuan berbaju kurung. Sudah semestinya termasuk dia dan Zahra. Yang lain macam-macam fesyen ada.

“ dah dah. Kau ni bising la Zara.” Dia menarik tangan Zahra ke meja hujung. Agak jauh dari pelanggan lain.

“ Mak cik, kau tak nak makan ke?” Zahra menyoal. Buku di tangan beralih ke meja. Rea sudah pun melabuhkan duduk di kerusi.

“ Tak nak lah. Kau gi lah order.” Sekejap lagi dia dah nak balik. Boleh makan kat rumah. Mama masak lagi sedap pada kafe ni. Duduk di sini pun sebab meneman Zahra yang dah berkerut muka kelaparan. Sambil-sambil menunggu Pak Mat datang jemput.


“ Abang Qi!” laungan seorang gadis membuatkan Rea mengangkat muka. Gadis yang berbaju kurung pink berselendang lilit-lilit mendekati.

“ Zara, baru je abang nak telefon awak. Nak mintak tolong.” Baihaqi tersenyum pada gadis itu. Rea turut membalas senyuman gadis itu.

“ Ah abang. Ibu tanya kenapa lama dah tak datang rumah. mentang-mentang dah kahwin lupakan saudara ye. Abang buat apa kat sini?”

Tadi dia ingatkan siapalah yang buat drama swasta depan fakulti ni. Tapi kereta dan lelaki yang sedang berbicara dengan pasangannya seperti biasa dilihat. Apabila diamati rupa-rupanya sepupunya. Yang menjadi kemusykilan, siapa gadis di sisi Baihaqi ni?

“ Tu yang abang nak mintak awak tolong. Ni Rea, awak tak pernah jumpa lagi kan?”

Rea sengih sambil menyambut tangan gadis berbaju pink yang dia belum tahu namanya. Yang kedengaran Baihaqi sebut Zara.

“ Rea? Bini abang ek?” Laa, ingatkan anak mat salleh mana yang Baihaqi culik. Sewaktu Baihaqi kahwin, dia sedang bercuti di luar negara. Yang dia tahu, ibu cakap abang sepupunya tu kahwin dengan gadis kampung dari Johor. Dan yang di depannya ni memang tak ada rupa kampung langsung.

“ Nama kita Adna Zahra, panggil kita Zara je. Kita sepupu abang Aqi. Anak Achik Sakinah.”

“ Nama saya Rea Alyssa. Rea je.” Rea senyum. Owh sepupu. Achik Sakinah? Adik mama.

“ Zara, tolong tengokkan sayang abang ni ek. Apa-apa report kat abang. Nanti abang bagi gaji kat awak sebagai body guard Icha abang ni.” Baihaqi kenyit sebelah mata.

Rea dah terasa mukanya membahang. Qiqi ni lah. suka malukan dia depan orang lain.

“ ye lah. Jom masuk kelas. Kita samakan?” Zahra tarik tangan Rea. Baru dia ingat semalam ibu ada beritahu yang isteri Baihaqi ambil kursus sama macam dia.

Rea mengikut langkah Zahra yang dah ke depan sambil menarik tangan kanannya. Lambaian Baihaqi dibalas dengan tangan kiri.

“ Kau orang Johor kan?” Zahra menyoal setelah mereka duduk di penjuru kiri kelas.

“ A’ah. Dekat Muar.” Rea lepaskan beg sandang dari belakang.

“ kau kacuk ke?” Zahra sudah mengadap mukanya.

“ err...” Ketara sangat ke? Gen ibu memang banyak menyumbang dalam DNA dia berbanding abang-abangnya.

“ Mak kau orang mana?” minah ni lah. banyak mulut betul.

“ Belanda. Tapi dia dah tak ada. Aku nampak pelik ke?” Rea kerut dahi.

Zahra tenung gadis yang sedang duduk itu. Berkulit putih kemerahan. Ketinggian yang hampir 170 barangkali. Kurus tapi punya potongan badan yang menawan. Err.. menawan? Ye lah kot. Walaupun berbaju kurung dan bertudung tapi memang rupa mat salleh dia tu tak dapat nak disembunyikanlah.

“ pelik, tak lah. Kau tu ‘hot’ tau.”


Zahra yang meletakkan pinggan di meja mengejutkan Rea dari lamunan. Tak sedar macam mana dia boleh terimbau saat pertemuan pertama mereka.

Aroma nasi goreng pattaya menjamah hidung. Selama beberapa kali dia meneman Zahra makan, memang itu je lah menu gadis itu. Tak bosan ke asyik makan benda sama je.

“ pattaya lagi. Kau ni lama-lama muka pun macam pattaya.”

Zahra yang sedang mengunyah mengherotkan bibir. nasi ditelan sebelum membalas kata-kata Rea.

“ Tak pe lah. Aku suka. Kau tak tau kenapa aku suka makan pattaya. Sebab Jesadaporn Pholdee la. Dia hensem.”

Aik? Mamat mana pulak ni.

“ kau tak kenal dia ke? Weii, drama Soda and Ice Tea tu popularlah. Nama dia Pataya dalam cerita tu.”

Err.. apa-apa lah minah oi. Seingatnya Zahra gila Korea. Tak tahu pula Thailand pun dia sebat jugak.

“ excuse me girls. May I join you?”

Rea toleh belakang. Tengok siapa yang rajin nak menyapa mereka di meja makan.

“ Assalamualaikum.” Rea senyum. Seketika muka insan tadi kelat. Zahra dah nak terkekek ketawa.

“ meja lain banyak lagi. Tu kosong. Kami bukan sombong, tapi nanti apa pula orang kata.” Rea menunjuk ke arah meja lain yang masih kosong. Gatal je nak duduk semeja.

“ Sombongnya dia. Macamlah kita nak ngorat.”

Eh eh mamat ni. nak kena cepuk dengan aku ke?

“ Kalau tak nak ngorat, duduklah.” Zahra bersuara membuatkan Rea pelik. Aik, sejak bila minah ni jadi gedik semacam.

“ Jom Rea. Bye-bye. Duduklah puas-puas kat meja tu.” Zahra bangun. Senyuman Zackri yang baru nak mengutum terus padam.

Rea angkat beg. Tak perasan Zahra dah habis makan. Baru nak buat hipotesis yang Zahra dah buang tebiat ajak Zackri makan semeja. So, Zahra si anti-buaya masih waras lagi.

Keluar je dari kafe, dua-dua dah menekan perut. Senak sebab ketawa kuat sangat. Tak boleh lupa muka bengang campur malu Zackri. Jatuhlah saham mamat tu.

“ confirm lepas ni dia tak berani lagi nak kacau kita.” Zahra menyeka mata. Sampai terkeluar air gara-gara ketawa tak ingat dunia.

“ tak pe ke weii? Classmate kita tu.” Rea pandang muka Zahra yang sudah berhenti gelak. Masing-masing balas pandang. Dua-dua juga dah menguntum senyum.

“ naa... lantak dia lah.” Dah sambung gelak balik.

“ siapa ambil kau ni?” Zahra berdiri memerhatikan Rea yang sudah melabuhkan duduk di bangku menunggu.

“ Pak Mat.”

“ Abang Aqi tak balik lagi?”

Rea angguk. Dah tiga hari Baihaqi ke Sarawak menguruskan projek syarikat di sana. Lagi empat hari baliklah tu. Tiba-tiba rasa rindu.

“ aku balik dululah wei. Bye!” Zahra sudah berlari ke kereta kakaknya yang baru sampai.

p/s: a bit boring i think. Aqi rehat kejap untk entry ni. enjoy ye.

3 comments:

  1. hehehe.....

    sweet la icha ngan qiqi ni...

    nk lg....

    please...!!

    ReplyDelete
  2. haha..
    adeeehh..
    sian si zackri..
    nakal ek..
    bgos2..
    jgn layan laki len icha..
    layan qiqi je kayhh..
    smbung2..

    ReplyDelete