Monday, October 5, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [8]

Rea merenung atap bilik tidur yang dikongsinya bersama Faizah. Dia berbaring di atas katil walaupun tidak berniat mahu tidur. Dia sedang memikirkan hari yang akan mendatang. Rasa takutnya semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang dia jadi runsing sendiri.

Tempoh bertunang selama empat bulan seolah-olah bersedia menjerut lehernya. Tak sabar betul keluarga Dato’ tu. Takut anak dia jadi bujang terlajak lah tu. Kalau dihitung maknanya selepas keputusan SPM diumumkan dia akan menukar statusnya kepada puan. Eiii… Takutnya dia. Macam mana dia nanti. Bahagia ke dengan mamat kasar tu. Gerunnya memikirkan hari esok.


“ aku ada satu permintaan.” Baihaqi serius.

“ errr.. apa dia?” hati masih cair dengan ayat terakhir Baihaqi. 'aku percaya saudari boleh jadi isteri yang baik.' masih terngiang di telinga.

“ simpan rambut panjang.” Tanpa teragak dia memberikan arahan. Ya ini satu arahan bukan permintaan.

“ tapi orang rimaslah.” Rea tidak puas hati. Baru jumpa dah berani nak keluarkan arahan mandatori ye.

“ rimas tak rimas. Rambut pendek nampak macam pondan.”

Rea ketap gigi. Ni menghina. Rasa terpujuk dengan kata romantis Baihaqi tadi sudah berubah warna. Rasa terharu dah ditenggelami geram.

“ orang bukan pondan!” suara sudah mula nak memecahkan sunyi alam.

“ kalau bukan cik pon, silalah simpan rambut panjang. Kalau tak, siaplah saudari!”
Segera jejaka itu turun dari pangkin. Melangkah laju ke dalam rumah.


Arghh... rambut di kepala dikusutkan dengan kedua belah tangan.

“ kak Rea, ada orang telefon.”

Faizah membuka kasar pintu bilik. Rea pula masih termenung di katil. Termenung dah jadi hobi baru pula buat gadis itu barangkali. Sekali lagi Faizah mengulangi ayatnya barulah Rea bingkas bangun menuju ke telefon rumah di ruang tamu. Ganggang diangkat malas.

“ Assalamualaikum. Siapa ni?”

“ waalaikummussalam. Aku lah.”

“ aku mana pulak ni? nak cakap dengan siapa sebenarnya ni?” Rea malas mahu melayan. Aku mana lah pula. Tapi suara itu macam biasa didengarinya. Tapi tak mungkin lah.

“dengan Icha lah.”

“ Icha? Saudara salah nombor ni.” Icha mana pula lah.

“ issh budak ni.. aku nak cakap dengan Rea Alyssa.“ alamak! Rea tersedar sesuatu. Betullah mamat KL tu yang telefon. Tapi mengigau apa pula telefon ke sini. Cakap je lah nama dia. Senang sikit orang nak tahu. Dah lah panggil aku Icha. Suka-suki jer tukar nama orang lain.

“errr… Baihaqi ek?”

“ tak.” Eh bukan ke? Rasanya mamat tu je yang selalu panggil nama aku pelik-pelik.

“ siapa pula ni kalau bukan Baihaqi?”

“ aku suruh kau panggil aku apa?”

Rea garu kepala yang tak gatal. Musykil dia. Bosan dan muak dengan perangai jejaka itu.

“ ABANG Baihaqi ke?” perkataan abang ditekankan.

“ good girl. Tengah buat apa?”

“ tak buat apa pun. Kenapa telefon?”

“ tak boleh ke telefon tunang sendiri?”

“ ehmm… apa-apa jelah.”

“ mama yang suruh aku telefon. Tanya kau sihat ke tak. Makan ke belum.”

Rea senyum sumbing. Dah agak dah. Tak kan lah mamat tu rela hati nak telefon dia. Mesti dah dibebel oleh Datin Sofea. Baiknya hati wanita tu. Seolah-olah meletakkan dirinya sebagai seorang ibu buat Rea. Membuatkan Rea lagi tidak sampai hati mahu membuat onar ketika perkahwinannya makin menjelang.

“ kenapa kau senyap?”

“ saja je. Orang sihat dan dah makan. Ada apa-apa lagi ke mama tanya?”

“ eh sejak bila pula dia jadi mama kau. Kita belum kahwin lagi. tak sabar-sabar nampak kau nak kahwin dengan aku.”

Eii.. tensionnya kepala otak. Mamat ni memang suka cari gaduh lah. Rea menggigit bibir. Bukannya dia teringin benar nak kahwin dengan mamat tu. Datin Sofea sendiri yang mahu dia digelar mama. Sudahnya Rea hanya membisu. Malas mahu membalas kata-kata Baihaqi.

“ hello… Icha.”

“eiii…” Rea terjerit geli. Tawa Baihaqi di hujung talian membuatkan Rea makin sebal. Telefon aku kalau cuma nak menyakitkan hati aku baik tak payah. Buang duit je.

“ ingatkan dah tak ada orang. Kau tak nak tanya aku sihat ke tak?”

Rea mendengus perlahan. Mengada-ngada betul mamat ni.

“ tak payah lah kot. Orang rasa mesti sihat je. Kalau tak sihat mesti duduk kat hospital. Kalau duduk hospital mesti tak gelakkan orang kuat-kuat.”

“ amboi melawan nampak. Aku tak kira. Tanya je lah. Bukan susah mana pun.” suara mengadanya sudah bertukar tegas.

Melawan? Aku cuma cakap benda betul je. Ketawa tak ingat dunia. Suka hatilah dapat hentam aku.

“ abang sihat ke tak? Hidup lagi ke dah nak masuk kubur. Nak panggil orang bacakan Yassin ke? Bawak-bawak bertaubat lah. Tak payah lah susah-susah cari idea nak sakitkan hati orang lagi.”
ucapan Rea cuma mampu bergema di dalam hati. Yang terkeluar di mulut hanyalah abang sihat ke tak dan disambut oleh tawa riang Baihaqi. Mamat sengal yang menyakitkan hati.

4 comments:

  1. haha..
    comey2..
    baihaqi,,btol ke mama yg suh kol nieh,.,?
    ke rela hati..
    uuu..smbung2..

    ReplyDelete
  2. hahahaha~baihaqi-rea alyssa...shemart arh...hehe...sengal jer baihaqi...rea nie klau makeup sure melet0p!

    ReplyDelete
  3. bestnyer citer nie...i like:)

    ReplyDelete