Monday, May 31, 2010

OH DUNIA!

Ya ALLAH
ampunkan aku atas kelemahanku
ampunkan aku atas ketakutanku
ampunkan aku atas kealpaanku
ampunkan aku atas banyaknya dosaku

aku tak mampu mengangkat senapang
tak mampu memberikan sumbangan
hanya terdaya menadah tangan
mohon agar KAU yang MAHA BERKUASA memberikan perlindungan
pasakkan saudara-saudaraku kekuatan
suburkan ketabahan penuh pengharapan
kurniakan mereka syurga idaman

AL-Fatihah untuk saudara-saudaraku yang syahid!

ini bukan persoalan agama semata-mata
ini bukan masalah bangsa
ini isu kemanusiaan
erti nyawa-nyawa yang tak mungkin bisa dikembalikan

ps: perkongsian menarik Hilal Asyraf


Friday, May 28, 2010

Hero Heroine [11]

Bilik sebelah masih gelap. Kejut ke tak? tak kejut ke kejut? Kalau dia tak kejut, minah tu akan Subuh gajah dan dia dapat saham sekali. Kalau kejut, dia kena tengok muka gadis tu dan potensi untuk dihentam tu tinggi.

                Arghhh... siapa suruh buat perangai lagi. sebab sakit hati kena tendang jatuh katil, dia marah gadis tu. Bila mak cik tu merajuk, dia lagi tambah garam. Bukan reti nak pujuk.

                Bismillah... dia pulas tombol pintu. Aik? Selalu kunci. Hari ni tak pula. okay juga. Tak adalah kerjanya nak memanjat balkoni setiap kali pintu tu berkunci. Setakat ketuk dari luar, manalah sedar minah tu. tidur macam dugong.

                Gelap! Dia menyalakan lampu meja tepi katil. kalau buka lampu bilik, mahu berasap mak cik tu. nanti dia yang bakal kena tendang lagi.

                “ Nuha...”

                Kaki kanan digoncang lembut. dipanggil sekali lagi. kali ni kuat sikit dari tadi.

                “ Nuha... bangun!”

                “ ehmmm...” beralih posisi. Mengiring ke sebelah kiri.

                Comforter yang elok menyelubungi ditarik dengan susah payah. Nak jaga macam mana kalau aircond tu suhu nak masuk takat beku lepas tu berselubung dalam comforter. Memang nikmat tidurnya.

                Uoihh... bulat matanya. Cepat-cepat dia tebar balik comforter macam tebar jala. Mak aii.. betul ke Nuha tu? salah masuk bilik? tapi rumah ni ada cuma ada satu bilik anak dara iaitu bilik ni laa.

                Pap... dia ‘on’kan suis lampu. Dia salah nampak kot. Dalam gelap, macam-macam yang terbias di mata.

                “ ehmmm...” gumpulan comforter ditarik menutup mata yang silau.

                Redzuan terkaku seketika. Jantung berdegup bagai nak gila. Oh tuhan... ini memang dugaan. Makhluk Tuhan paling seksi depan mata.

                “ Nuha! Bangun!”

                Pap! Dia tepuk peha kanan kuat-kuat.

                “ auww... saakhit laa.”

                Memisat mata dalam kesilauan. Dia bangkit dari baring. Duduk berjuntai kaki di birai katil. tangan sedang mengusap peha. Pedih. Tampar sekuat hati nampak.

                “ Bangun! Jangan tidur balik.”

                Redzuan berlalu. Bersandar di luar pintu kamar. Memegang dada menahan jantung daripada melompat keluar dari sangkarnya. Jadi betullah Reynuha sudah kembang menjadi bunga di taman. Muka terasa panas.


Anak tangga dituruni dengan laju. Tersenyum riang. Kenapa? Sebab hari ni rasa mood dah ok balik. Malaslah nak layan perangai tak sopan En. Redzuan tu. Kalau dia terus bad mood pun bukan ada kebaikan. Buat tambah sakit hati je.

                Kerusi meja makan ditarik. Redzuan sedang merenung bihun goreng dalam pinggan. Papa belum nampak batang hidung lagi. Mama masih ulang alik dari ruang dapur ke meja makan.

                Nescafe dituang ke dalam cawan. Ditiup-tiup sebelum dibawa ke pinggir bibir. ehmm.. Redzuan yang masih berteleku dipandang. Apa kena? Tak kan terlena depan pinggan.

                “ Auww... Nuha!”

                Peace! Dia sengih tak bersalah.

                Redzuan mencebik sambil tangan kiri menggosok betis. Sakit kena sepak.

                Telur mata diletakkan atas meja. Memandang pelik dua anaknya. Selalu bukan pernah duduk diam macam ni. ada je yang nak dikecohkan.

                “ Ma... gi shopping nak hari ni?”

                “ tak de kelas ke?” dia geleng.

                “ nak beli apa?” Mama tarik kerusi. Duduk di meja makan. Sekarang hanya menunggu Papa turun dari bilik.

                “ orang nak beli adik-adik.” Bihun dicedok ke pinggan.

                “ hmmm... ye lah.”

                “ Apa tu?” Redzuan bertanya. Dia tak faham dan rasa macam nak tahu.

                “ tak payah sibuk!” Reynuha jelirkan lidah.

                “ Ma... adik-adik tu apa? Makanan ke?” dia beralih kepada Mama yang hanya tersenyum.

                “ Kenapa Zuan nak tahu?”

                Ish... dia mencebik. Kenapa Mama buat pakatan dengan Reynuha pagi-pagi macam ni. Mama senyum. Berlalu ke dapur. Lupa nak ambil sos.

                “ Nuha... apa tu?” Dia pegang tangan Reynuha yang mahu menyuap bihun ke mulut.

                “ Hishh... bra. Kenapa? Kau nak ikut?”

                Terasa telinganya panas. Reaksi muka dia dah pandai kawal. Telinga je mesti jadi merah dah saat ni. aduh! Menyesal tanya. Cawan air dibawa ke mulut. Bayangan makhluk Tuhan paling seksi pagi tadi menerjah minda.

                Reynuha gelak. Tahu pun malu. siapa suruh berkeras sangat nak tahu. Aik? Tapi kenapa merah sangat.

                “ eiii... kau fikir lucah ek?” jari telunjuk menunding ke muka Redzuan.

                Uhuk.. uhuk.. Dia gosok dada sendiri. Hei! Ayat yang sungguh tak senonoh. Dia besarkan mata. Reynuha makin galak ketawa.

                “ Ma... Zuan kan...mmm... mmm”

                Tangan yang sedang menekup mulutnya ditampar. Sedaya upaya melepaskan diri. Hinggalah gulungan surat khabar menyentuh kepalanya dan juga kepala Redzuan.

                Dia tayang sengih. Redzuan sudah angkat cawan. Papa tarik kerusi.

                “ Pagi-pagi dah gaduh. Macam manalah korang ni boleh aman sampai ke petang. Depan sarapan pulak tu. nikahkan sekali lagi baru tahu.”

                Masing-masing senyap. Mama kembali dengan sos di tangan dan bibir yang terhias senyuman.

                “ tak ada kelas hari ni?” Papa bertanya. Dua-dua masih berseluar pendek je.

                “ Nope...” Redzuan geleng kepala. belum fikir lagi nak buat apa. Ingat nak ajak minah tu main PS tapi dah dia nak keluar shopping.

                “ Haa Pa... Nuha nak pergi shopping. Nuha nak angkut Mama sekali. Rumah biar abang Zuan kita jaga.”

                Papa pandang wajah Reynuha.

                “ Bolehkan Pa?” mama pula bersuara. Papa hanya mengangguk.

                “ tapi Zuan ikut sekali lah. Mama ingat nak shopping groceries sikit. tukang angkat barang.”

                “ Ok...”sepatah. dia memang tak kisah.

                “ alah Ma... Nuha kan boleh angkat. Tak payah lah bawak Zuan.” Dia tarik muncung. Macam mana nak shopping kalau mamat tu ada sekali. Malulah nak beli adik-adik depan Redzuan.

                “ tak pe la. alang-alang dah Zuan ada. Dia pun nanti membuta je duduk rumah.” bila Papa dah menyokong, dia tak boleh nak kata apa.

                “ Nanti drive kereta elok-elok. Kereta bukan macam moto boleh nyelit-nyelit.”

                “ Yes boss!” dia angkat tabik. Peringatan Papa menyelit dalam ingatan.

Thursday, May 27, 2010

Hero Heroine [10]

Keterlaluan ke dia? dia cuma mahu membetulkan si tulang rusuk yang bengkok. Nafas dihela berat. Hmmm... mungkin dia terlalu berkeras pada si manja itu.

               “ nak potong rambut... nak potong...”

                Merengek-rengek sambil menarik-narik hujung baju Redzuan.

                “ Kotorlah Nuha kat bawah tu.. bangun dulu.” Dia tarik tangan Reynuha yang bersila atas simen parking depan rumah.

                “ Janji dulu. Bagi potong rambut baru Nuha bangun.”

                “ Ye laa... bangun cepat.”

                “ Yeay!” melompat gembira budak sembilan tahun tu.

                Redzuan mengiring ke kanan. bermain-main dengan jemari sendiri. Macam mana tak berkeras kalau cara lembut dia tak nak dengar.

                “ Nuha... Baju tu tak cantik la.”

                “ tipu! Kalau tak cantik kenapa Red beli?”

                “ Tak cantik untuk Nuha la.”

                “ eiii... nak juga.” Reynuha tarik pipi Redzuan.

Arghh... kalau dari kecil dia tak ikut je karenah minah tu, mesti sekarang Reynuha tak berani nak membantah. Mama dan Papa pun selalu ikut kehendak minah tu atas sokongan dia.

 “ Red... bad mood?”

Kelvin mulakan bicara. Sedari kedai buku lagi, Redzuan tak banyak berbicara. Selalu pun macam tu jugak. tapi tak adalah tayang muka bosan memanjang. Dia pula yang rasa bersalah mengheret lelaki tu  ke kedai buku.

“ Sorry bro! kepala masuk angin.”

“ Balqis... who’s she actually? It is rare for you having girl by your side.”

“ daa... Nuha tu. she’ s girl kan?” Kelvin gelak kecil.

Bukan Redzuan tak tahu kenapa setiap kali Kelvin panggil Reynuha mesti dia tekankan perkataan GIRL tu. ala-ala psikologi taktik untuk ingatkan balik minah tu yang dia sebenarnya perempuan bukan jantan.

“ ok la.. beside Nuha.”

Redzuan angkat bahu. Entah. Dia pun tak tahu. Kenapa dia boleh ingat muka Balqis walaupun sekali je terserempak di kafe. Dia juga tak tahu kenapa dengan Balqis dia cepat mesra. Macam ada chemistry.

“ Adila apa cerita? You tell her your feeling?” dia ubah topik. Tak nak berbicara soal gadis tu lagi.

“ No laa. still early maa. I need to convince my parents first about my Islam. Then I can tell her. Lagipun jodoh maut tu kan ALLAH yang tentukan.” Kelvin senyum.

Sedari dulu dia mencari erti sebenar kehidupan. Jiwanya kosong. Pada Islam dia temukan ketenangan tapi dia masih ragu-ragu. Adila cuma penguat tekad bukan alasan utama.

“ InsyaALLAH bro... Kalau dah jodoh tak ke mana. You’ll get your tulang rusuk back.”

“ kau tu... your tulang rusuk tu bengkok. Jangan nak betulkan kasar-kasar. You’ll break it. Make it slow.” Kelvin senyum.

sony ericsson ditekan-tekan. Dah pukul 9 malam.  Dah balik ke belum minah tu?

Redzuan bangkit dari katil. menyarung t-shirt untuk turun ke bawah. Kalau di bilik dia memang lebih selesa tak berbaju. Depan mama malulah juga.

“ Zuan... mana Nuha ni? belum pernah lagi dia balik lambat macam ni. risau mama.”

Mama dah mundar-mandir di ruang tamu. Papa hanya memandangnya sambil jungkit bahu. Belum balik?

“ mama dah call dia?”

“ masuk voicemail.. Pa, macam mana kalau jadi apa-apa? Accident ke?”

Mama duduk di sisi Papa. Redzuan telan air liur. Tak kot. Reynuha yang ganas tu tak bawak Kawasaki melulu. Dia penunggang berhemah. Tapi dah lewat ni.

“ Mama... jangan cakap macam tu. sekejap lagi balik lah tu. Jumpa kawan kot.”

Mama mencebik. Papa macam tak kisah je. hello.. Nuha tu anak gadis. Buatnya diculik orang. Diapa-apakan macam mana? Barulah putih mata anak jantan awak tu.

Kawan... Ben! Berlari dia ke bilik. mencapai handphone. Mencari-cari nama lelaki tu dalam senarai contacts. Ben Blonde didail. Menanti seketika sebelum panggilan disambung.

“ yo Red. whats up?”

Bisingnya. Manalah mamat ni lepak.

“ Nu... Rey ada dengan kau ke?”

“ Kenapa? Dia belum balik? Dia tak keluar dengan aku.” Cemas. Kebisingan tadi semakin berkurangan.

“ dia pergi mana? Kalau apa-apa jadi...” dia cuba menggertak. Dia sendiri tak tahu kenapa ramai yang seperti takut padanya. Bukan dia kepala gangster pun. Tapi saat genting macam sekarang ni berguna jugaklah.

“ dia hantar mamat sesat mana ntah pergi klinik. Kau dah call dia?”

“ voicemail. Kau kat mana Ben? Disco?”

“ woii.. aku kat kedai mamak la. jangan sebarangan bro.” Redzuan jungkit kening dengar suara tak puas hati Ben.

“ great. Okay la. thanks.”

“ Red... kalau dia dah balik, mesej aku tau. Aku pun risau gak.”

“ mmmm...”

Panggilan ditamatkan. Hantar pergi hospital? Reynuha langgar orang ke? Dia kembali ke ruang tamu.

“ Zuan call siapa? Dia tahu Nuha kat mana?”

“ kawan. Nuha tak ada dengan dia.”

“ Pa...” mama pegang tangan Papa. Macam mana ni? makin bertambah risaunya. Sedikit-sebanyak dah mampu buat Papa tak senang duduk.

“ pa... call polis.”

“ Nak cakap apa? Anak dara umur 22 tak balik rumah lagi. dia naik Kawasaki dan pakai macam lelaki tapi dia perempuan. ”

                Pap...

                Papa gosok peha yang makan penampar Mama. Mama tarik muncung. Orang risau, dia lagi nak main-main.

                “ kita tunggu kejap lagi Ma. Kalau tak balik juga, orang keluar pergi cari.”

                “ cari kat mana?” Mama memandang wajah Redzuan yang turut membiaskan kerisauan. Reynuha bukan gadis yang suka melepak di luar. Keluar malam jauh sekali.

                Dia jungkit bahu. Dia sendiri pun tak tahu mana nak cari. Nak naik apa pun tak tahu. Naik kereta? Mahu dia yang accident. Malam-malam ni lagilah teruk rabunnya.

                Aduhai... Nuha cepatlah balik. Kalau tak pun, telefonlah rumah.

                Vrommm...vrooomm...

                Mama dah berlari ke pintu. Menyambut anaknya. Alhamdullilah dia balik sama seperti dia keluar tadi. Rasa macam nak buat sujud syukur kat situ juga.

                “ Ma... penatnya!” Langkah dihayun masuk. Memaut bahu Mama.

               “ Nuha pergi mana? Kenapa tak call umah? Mama call handphone masuk voicemail.”

                Dia menghempas duduk di permaidani. Beg sandang dicampak ke atas meja kopi. Berbaring di tengah-tengah ruang tamu. Gila punya mamat. Taubat tak nak jumpa dia lagi.

                “ Nuha...” Mama bersimpuh di tepi kepalanya. Mengalas kepalanya dengan peha.

                “ Mama... tadi ada mamat ni. orang terbaling helmet kena kaki dia. then dia suruh orang hantar pergi hospital takut tulang dia patah. Tak nak pergi hospital dekat, nak pergi Putrajaya. Lepas tu, kena bayar dia makan dulu. Hantar dia balik rumah. penatnya Ma...”

                Dia menggeliat. Ingat naik motosikal tu tak letih ke? mahu kematu dah buntut. Gila betul mamat tu. harap muka je hensem. Perangai macam setan.

                “ kenapa tak call?” Papa pula yang bertanya.

                “ abes bateri. Nombor rumah pun dah tak ingat sebab geram sangat tadi.”

                Manalah tak geram. Dia ikutkan juga permintaan lelaki tu ke Hospital Putrajaya. Bukannya mamat tu pergi check tulang kaki, tapi pergi dating dengan doktor perempuan mana ntah. Berjam-jam pulak tu dia kena menunggu.

                Kalau ikutkan nak je dia tinggalkan mamat tu tapi lelaki tu pegang handphonenya. Konon sebagai cagaran kalau dia larikan diri. Kena menunggang balik ke Bangi. Singgah makan, hantar mamat tu balik ke fakulti ambil kereta dia. Gila lah. baik lagi dia ikut Benjamin dating. Tak adalah menderita macam ni sekali.

                “ Lelaki mana? Nuha tak kenal ke?”

                “ tak tahu... Ma penat!”

                Memang dia langsung tak tanya nama mamat tu. dia tak ingin dan tak pernah ingin pun nak tahu. Kalau boleh langsung tak nak tengok dah muka mamat tu.

                “ Auwww...”

                Dia pegang telinga. Redzuan sedang merenung mukanya. Arghh... menambahkan sakit hatilah mamat rambut pacak ni.

                “ Lelaki tak kenal tapi suka hati je ikut. Kalau jadi apa-apa macam mana? Ak... bang juga susah. Nuha ni memang selalu tak dengar kata laa.”

                Chiss... nasib baik tak tersasul aku tadi. mahu papa ketuk kepala dengan mug atas meja. Reynuha mencebik. Siapa juga yang tak kasi dia ikut pergi MPH tadi. huh... dia mengiring ke kiri. Memeluk pinggang Mama.

                “ Nuha dah makan? Kalau tak Mama panaskan lauk.”

                Dia geleng kepala. perut dah rasa sebu tak boleh nak masuk apa-apa. Dah masuk angin kot. Lagipun sekarang yang terbayang di mata hanyalah katil.

                “ tak pe lah Ma.. Nuha nak tidur. Nuha naik dulu. Ma.. Pa... Assalamualaikum.” beg sandang diheret dengan longlai. Sengaja dihayun pada bahu Redzuan tatkala dia melintas lelaki tu. Balas dendam.

Wednesday, May 26, 2010

Hero Heroine [9]

Kelvin melambai pada pasangan yang sedang berjalan ke arahnya. Aih... muka keruh ni. hal hari tu tak setel lagi ke?

                “ Bro...” Redzuan menghulur penumbuk.

                Menyapa penumbuk Redzuan. Hari ni Reynuha nampak tak semangat. Langsung dah tak cuba menyapa penumbuknya.

                “ Assalamualaikum!” Reynuha memberi salam sebelum duduk layu ke kerusi.

                Dia sengih. belum membiasakan diri dengan salam.

                “ What happened? Bukan korang dah baik ke?” dia angkat kening. Seorang dengan plaster di dahi. Seorang lagi dengan muka monyok.

                Redzuan mencebik. Semalam tak pasal-pasal dahi berplaster sebab kena tendang jatuh katil. terhantuk pula dekat bucu katil. mana tak luka. Tapi tak kan nak cerita dengan Kelvin. Mahunya kena gelak setahun.

                “ Drink?” Kelvin ubah topik bila dua-dua tak menjawab. Pun dua-dua hanya menggeleng. Aish.. sindrom bisu pula.

                “Rey!”

                Benjamin duduk tanpa segan silu menghadap muka Reynuha. Tersengih-sengih gembira.

                “ asyik muka kau ye. naik loya dah aku tengok.” Reynuha membungkam. Kenapalah spesies tak tahu malu macam ni wujud kat muka bumi.

                “ I’m hurt baby! jom dating!” Benjamin tayang senyuman bermadu.

                Kelvin angkat kening memandang Redzuan yang mengalih pandang ke arah lain. Eh? Confirm ada masalah dua orang ni. selalu Redzuan mana pernah bagi mamat buaya ni rapat.

                “ Hey! Balqiss!” Redzuan melambai-lambai pada gadis itu.

                Reynuha mencebik. Amboi. Gembiranya. Benjamin yang ada bersama turut memerhatikan gadis berbaju kurung itu.

                “ hai... ramainya hari ni. Rey! You look different.” Balqis tarik kerusi di sebelah Reynuha. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.

                Lambat-lambat dia paksa senyum. Baru je nak pegang kepala, dia berhenti. Nanti Redzuan marah lagi. cepat-cepat dia kemaskan duduk snowcap tu ke. Biar melindungi semua rambutnya. Barulah tak tambah dosa Kelvin. Rasa hatinya dihantar dengan jelingan mata kepada Redzuan.

                “ who’s she?” Kelvin separa berbisik pada Redzuan dihadapannya. Bisikan yang sampai juga ke telinga Balqis.

                “ Oh... sorry. Bad manners. I’m Balqis. First year in the faculty. Nice meeting you.” Balqis selitkan rambut ke tepi telinga. Senyuman dihadiahkan buat dua lagi lelaki yang ada di meja tu.

                Yang seorang tu memang muka Cina dengan mata sepet dan yang seorang lagi... mamat blonde celup.

                “ Hi. I’m Kelvin. Civil engineering.”

                “ Hi... call me Ben. Architecture final year. Same class as Rey.”

                Balqis senyum. Kelvin.. Ben... dia terangguk-angguk kecil.

                “ haa... Red. kenapa dahi u?” Balqis memandang plaster spongebob di dahi lelaki tu.

                “ jatuh katil kejar tikus.”

              Tiga-tiga tercengang sebelum tergelak. Amboi... macho-macho macam tu pun kejar tikus. Reynuha ketap bibir. samakan dia dengan tikus? Geramnya...

                “ Rey... u nampak cute. Comelnya...” Balqis tarik kedua-dua pipi Reynuha.

                “ Aaah... Balqis. That so not me!” Reynuha usap pipi. Balqis senyum. Masih buat muka comelnya.

                “ should we go now?” Kelvin tengok jam. Melirik pada Redzuan yang nampak tak berminat.

                “ You all nak gi mana?” Balqis bertanya.

                “ MPH... Midvalley.” Kelvin bersuara.

                “ can I tag along? Please....” Balqis angkat kedua-dua tangan. Merayu pada Kelvin yang muka tak tahu apa-apa.

                “ Sure... jom laa.” Redzuan bangun dari kerusi.

                Reynuha ketap bibir. Balqis dia bagi ikut. Tapi dia nak ikut Redzuan tak bagi. Ini tak adil. Balqis pun tak pakai tudung. Menambahkan dosa Kelvin juga.

                “ GIRL? You tak nak pergi?” Kelvin memandang Reynuha yang masih berteleku di meja. Benjamin masih setia di hadapan gadis itu.

                “ Nope.. Ben, jom lah. nak dating kat mana?”

                Reynuha bangun. Memandang sekilas wajah Benjamin yang ternganga sebelum melangkah ke tempat Kawasakinya berehat. Laju Benjamin berlari mendapatkan Reynuha. Bulan jatuh ke riba ni.

Kelvin angkat kening. Memandang wajah tak puas hati Redzuan.

             “ Red?”

                “ Tak. dia memang tak nak pergi. Jom.” Redzuan geleng kepala sebelum melangkah pergi. Balqis hanya angkat bahu dan mengikut langkah lelaki tu.

                Kelvin mendesis. Hisshh... bro, what are you thinking? Dia garu dahi. Turut melangkah membuntuti mereka berdua.


                “ tukar baju!” arahan tu buat darahnya menyirap. Apa yang salah? Memang selalu skinny jeans yang ni je dia pakai. Tak ada masalah pun.

                Terasa macam nak cucuk mata Redzuan yang masih memandang dia atas ke bawah. Dah lah menghalang laluan.

                “ Nuha... tukar!”

                Redzuan tolak tubuh gadis itu masuk balik ke dalam bilik. dah lah dia berangin lagi pasal hal semalam. Buat degil lagi, karang takut meletup je pagi-pagi ni.

                Dia buka almari pakaian gadis tu. mencari pakaian yang lebih sopan dari t-shirt dan skinny jeans. Reynuha berpeluk tubuh.

                “ Ni?” Baju kurung diunjuk.

                “ Gila... macam mana nak ride?” Reynuha ketap bibir. kalau boleh tunggang Kawasaki dengan baju kurung, memang hari-hari dia sarung. Eh... tak! sorry sikit nak pakai baju kurung. Bukan Rey namanya.

                “ Pakai seluar baggy. No skinny. Long-sleeve shirt. And... tudung?”

                Ternganga sebelum dia ketap bibir sampai sakit. tudung? Nak suruh dia kena sindir kaw-kaw dengan Dr. Amirah? Jangan buat gila.

                “ No way! Dah keluar... keluar...” dia tunjuk tangan pada pintu keluar.

                “ DE-GIL...” Redzuan berjalan keluar.

                Bam... dia sepak pintu almari. Seluar baggy warna coklat tu dicapai. Jaket bertona senada disarung pada tubuh yang bert-shirt lengan pendek. Snow cap dicapai.

                Dia jeling pada Redzuan yang menghirup milo. Papa memandang dia pelik. Jangan tengok dia pelik. Bukan tak pernah dia pakai snow cap.

                “ Garangnya Nuha... comel apa. Baru nampak dua mata. selalu nampak satu je.”

                Papa senyum sebelum sambung makan. Dia ketap bibir. Papa pun nak sindir-sindir dia jugak. dia hempas duduk pada kerusi. Menghirup rakus milo dari cawan. Geram ni.

                “ Pa... petang nanti orang keluar dengan Kelvin.”

                “ ermmm... Nuha?” Papa bertanya.

                “ Dia tak boleh ikut. Degil.” Redzuan capai tangan Papa. Mama terdiam. Kemudian lelaki itu bangun dari meja makan.

                Papa garu kepala. saling menukar pandang dengan Mama. Sudah kembang-kuncup hidung Reynuha menahan rasa berbekam di hati.

                “ gi dulu.” Tangan Mama dan Papa dia salam. Helmet dicapai dengan amarah menyebabkan ia terlepas dari tangan.

               
“ arghhh...”

Bam..bam..bam..

            Dia terkejut. Lamunan pagi tadi terbang dengan helmet Redzuan yang sudah tergolek di sisi seorang lelaki yang terduduk. Memegang kakinya.

                Reynuha ternganga. Tadi helmet tu... dia yang baling kan?

                “ Rey! Kau buat apa ni?”’ Benjamin berlari anak ke arahnya. Dia geleng kepala. terkejut. Berlari menghampiri lelaki tu.

                “ Bro... sorry! Tak sengaja.”

                Dia turut mencangkung mencari wajah lelaki tu.

                “ Huh? Helmet tu terbang sendiri ke?” sinis. Lelaki tu bangun. Menepuk punggung yang berpasir.

                “ Alah...brader! manalah aku tahu kau nak lalu situ. Kalau tak aku dah baling arah lain.”

                Reynuha kutip helmet Redzuan. Kerek. Orang dah minta maaf lagi nak cari gaduh. Kalau kena kepala tadikan masyuk. Tak payah dia minta maaf. Hantar kubur hospital terus.

                “ kalau tulang aku patah macam mana?”

                Eih? Tolonglah mamat ni. masa orang tengah angin semilir ni jugaklah dia nak cari gaduh.

                “ pergi hospital, xray!” Kunci Kawasaki dikeluarkan dari poket.

                Lelaki berkemaja hitam jalur putih tu masih di situ. Memandangnya dengan muka... ermmm tak ada perasaan! Macam Redzuan. Oh no. kenapalah universiti ni terima ramai sangat pelajar zombie macam ni. Elok-elok Universiti Kebangsaan Malaysia jadi Universiti Kumpulan Monster pula.

                “ Rey? Dating?” Benjamin menyelit.

                Ni lagi sorang nak makan penyepak. Reynuha hidupkan enjin dan keluar dari ruang parking. Cermin helmet dijatuhkan.

                “ Kau tak nampak dia nak hantar aku pergi hospital ni?”

                Eh? Mamat tu dah bonceng di belakang. Helmet Redzuan dicapai lalu dipakai tanpa ragu-ragu.

                “ yo brader. Jangan nak bergurau la... tak patahnya kaki kau tu.” Reynuha pandang belakang. cuba nak menstabilkan Kawasakinya. Redzuan bonceng tak adalah seberat ni.

                “ kau bukan doktor. Cepatlah.”

                Dia hembuskan nafas dengan kasar. Apalah nasib malang sangat hari ni. seorang lagi mamat psiko jatuh dari langit.

Tuesday, May 25, 2010

Hero Heroine [8]

Dia mundar-mandir di luar bilik. nak masuk ke tak nak? Kalau masuk, Red nak jawab ke tak soalan dia. kalau tak masuk, boleh ke sambung belek nota kuliah dengan tenang.

" Red, kau suka Balqis?" Ni macam open sangat. Ayat halus sikitlah.

" Red, Balqis tu calon kak ipar tiri aku ke?" Alaa.. macam tak best je soalan ni.

" Red, Balqis ke insan istimewa dalam hati kau tu?" Weeek... geli gila.

               Arghhh... kedua tangan pegang kepala.  berdiri betul-betul depan pintu. Malahan hampir nak mencium pintu tu.

                “ eh Nuha... buat apa macam tu?”

                Dia pandang belakang. sengih tengok Mama yang sedang membawa bakul baju.

                “ mama nak masuk?”

                Soalan bodoh. Dia tahu tu tapi sebab nak cover malu, terluah juga.

                “ tak lah. nak tidur depan ni. dah tepi. Zuan, mama nak masuk ni. Nuha pun nak masuk sekali.”

                Mama... dia ketap bibir. sengaja je jatuhkan air muka dia depan mamat ni. tapi alang-alang mama dah cakap tu, dia ikut je lah. 

                Redzuan sedang elok berbaring. Dah lah tak pakai baju. Macamlah seksi sangat. Kalau ada six packs tu sedap jugalah mata memandang. Setakat tulang rusuk berserangkai macam tu, buat sakit mata je nak tengok. Reynuha mengutuk dalam hati.

                “ auwww...”

                Dia pegang telinga. Redzuan hanya sengih sambil baring balik. Kenapa dia boleh tak sedar lelaki mendekat untuk tarik telinga dia.

                “ kenapa suka sangat tarik telinga?” dia memprotes.

                “ sebab anda tu kurang mendengar kata. Plus I heard you talking bad about me.”

                Yeih... dia menyeringai. Bahaya sungguhlah mamat ni. macam ada super power pulak. boleh baca apa hati dia kata.

                Dia lepak pada penjuru bilik berdekatan dengan balkoni. Menghempas duduk pada beanbag. Komik yang bersepah di lantai dicapai. dibelek-belek bosan sebelum tertarik dengan kandungannya. Nak tunggu Mama habis susun baju Redzuan dalam almari.

                Dia tengok balik judul komiknya. 2 DUDES karya Zint. Wow! Best lah jugak. dia meneruskan membaca pengembaraan Slay dan Jerry. Langsung terlupa tujuan asal.


Buku kedua dihabiskan dengan senyuman berjuntai di bibir. dah puas gelak dengan gelagat bodoh-bodoh Slay. Dia menggeliat perlahan.

                Bangun dari pembaringan . dari duduk di beanbag dah meniarap di lantai. Menarik. Lain dari komik Jepun yang dia selalu baca. Produk orang Malaysia pun ada umphh apa.

                Redzuan yang sudang terbongkang atas katil dipandang geram. Lupa. Dia masuk sini nak tanya benda. Bukan nak lepak baca komik. Aduhai... dia tepuk dahi sendiri.

                Awal pula mamat ni tidur. Pukul berapa ni? jam... jam... melilau dia mencari jam. Hampa sebab bilik Redzuan yang nyata lagi besar dari biliknya itu langsung tak punya jam.

                Katil king size tu dihampiri. Jelesnya dengan Redzuan. Dah lah dapat bilik yang lagi besar, katil pula king size. Boleh bergolek sampai puas. Handphone!

                Dia tolak peha lelaki tu. menarik keluar sony ericsson dari poket seluar. Nak tengok sekarang pukul berapa.  Dah pukul 1 pagi. Lamanya dia baca komik tu.

                Ada mesej...

                Terasa tanduk tumbuh di kepala. mesej dari siapa ye? siang tadi Redzuan sempat jugaklah bertukar-tukar nombor telefon dengan Balqis. Dia mesej dengan gadis tu ke? tapi mamat ni bukan spesies suka main mesej.

                Alaaa... Kelvin rupanya. Baca jugaklah.

                ‘ TQ . really need u to select good books.’

                Heh? Tak faham. Dia tekan kotak masuk mesej. Baca beberapa mesej terdahulu.

                ‘ I need books. MPH? tomorrow? Can?’

                Dia balik ke sent items.

                ‘ what books? Evening then. Morning got class.’- sent to Kelvin

                ‘ about solat. Think I need to read more. ok set. i call u then.’

                ‘ Ok. u’re doing good bro. Alhamdullilah!’- sent to Kelvin.

                Bagusnya Kelvin. Berusaha sungguh-sungguh mendalami Islam. Sedangkan dia? pakai pun macam lelaki. Walaupun rukun Islam yang lima tu cukup tapi perangai tak lah semegah mana.

                Tilik diri sendiri. Bila nak berubah ni Nuur Reynuha? Mati tu pasti, hidup InsyaALLAH.*

                Gegaran yang tiba-tiba membuatkan handphone yang dipegang jatuh dari tangan. Betul-betul menghempap batang hidung Redzuan. Tak dapat nak sambut. Opps...

                Terduduk lelaki tu dengan mata yang membulat. Bukan setakat mata yang malah telinga pun dah merah. Tangan memegang batang hidung. Dia sengih takut. Telinga pun masih terngiang-ngiang lagi dengan jeritan tadi.

                “Nuha...” Tangan Redzuan dah pegang bahunya.

                “ sorry!!!” dia pejam mata. berdoa dalam hati. Jangan marah, Red!

                Termengah-mengah dia di hadapan pintu bilik. gila punya lelaki. Ingatkan mamai-mamai tak sekuat tu. nasib baik dapat lepaskan diri kalau tak mahu terkencing dia kena geletek. Redzuan bukan ada perasaan kasihan.

                dia curi nafas. hari-hari macam ni lama-lama boleh dapat asthma ni. sorry lah Red. entah part mana dia tendang untuk lepaskan diri tadi. tak sengaja.

                Dia pegang dada. tiba-tiba terasa sesak. Mesej terakhir tu dari si dia. Kak Long mata hazel.

Monday, May 24, 2010

Hero Heroine [7]

Kawasaki diparking di tempat biasa. Helmet dibuka dan disangkut di tempat biasa. Redzuan sedang membetulkan rambut pada cermin sisi. Selalu tak pun. Perangai baru ke? Ni menimbulkan syak wasangka ni.

                Kunci Kawasaki dimasukkan dalam poket jeans. Melarikan jemari di celahan rambut yang sudah elok bergel. Sekilas pandang, matanya menangkap Alfa Romeo warna merah yang baru masuk parking. Cayalah. Tengah belajar pun dah boleh pakai kereta import. Mak ayah cop duitlah ni.

                “ Red... tengok tu. cun giler kereta dia. drivernya handsome tak?”

                Redzuan mencebik sesaat sebelum mengembalikan topeng muka tak berjiwanya. Reynuha masih menanti saat pemandu kereta tu keluar dari kereta.

                Alamak... tiba-tiba rasa berdebar-debar. Macam nak tengok pakwe pula. padahal mamat mana pun dia tak tahu.

                “ Rey!”

                Benjamin... kacau daun lah. dia pandang wajah lelaki blonde tak sedar diri tu. kalau dah melayu tu tak payah lah nak pergi colourkan rambut pelik-pelik macam ni. langsung tak menarik hati.

                “ hey Mr. blonde. Kau nak apa pagi-pagi ni?”

                “ dating after class ni nak tak?”

                Redzuan mengeluh.

                “ good luck lah Ben. Pujuklah sampai dia nak pergi. You can flirt but no....”

                “ touching! Yes bos.” Benjamin angkat tabik. Reynuha ternganga. ish Red ni la. jangan tinggalkan aku dekat sini dengan mamat blonde ini.

                “ Rey... jom laa. gi tengok movie.”

                Reynuha berjalan. Sepuluh tapak dibelakang Redzuan. Benjamin pula sibuk melangkah seiringan.

                “ Aku tak layan movie lah Mr. Blonde.” Berhenti seketika betulkan kaki jeans.

                “ then how about lunch date?”

                “ dah janji dengan Mama.” Dia ketatkan tali pinggang. Rasa longgar pula.

                “ karaoke?”

                “ I’m suck.” Jam tangan dibetul-betulkan.

                “ taman bunga?”

                “ Hey Mr. Blonde! Aku tak nak pergi date dengan kau lah. awek kau mana?” dia berhenti menghadap muka Benjamin.

                “ Dah clash... she’s hot but booring!”

                Smack!

                Benjamin tertunduk di situ. Memegang perut. Reynuha senyum sinis. Pay for insulting a lady.

                “ Rey... how could you.”

                “ don’t let me see your face anymore, bastard! Bleukk” dia jelirkan lidah sebelum berlari pergi. menempatkan diri pada sisi Redzuan.

                Benjamin duduk di tengah jalan. Dia tergelak kecil. Girl... you’re so funny and I’ll never give up!


Pukk... kertas dalam pegangan berselerak ke  lantai koridor. Redzuan sudah terduduk. Gadis yang berbaju kurung itu pun sudah sama terhempas ke lantai.

                Reynuha terkedu seketika. Bukan selalu benda ni jadi. Ingatkan dalam movie je.

                “ Awak... Sorry!”  Redzuan menolong gadis itu mengutip helaian kertas yang berselerak.

                Awak? Red kenal minah ni? siapa? Setahu dia, Redzuan cuma ada  beberapa orang rakan perempuan dan yang pastinya semua dia kenal. Wajah bertocang dan berlesung pipit ni langsung tak ada dalam kamus ingatan.

                “ thank you.” Gadis itu tersenyum. Membetulkan beg di bahu kirinya.

                “ Jom...” Redzuan tarik tangannya.

                “ ahh... jom!” dia yang terpinga-pinga seketika hanya mengikut. Siapa gadis tu. bermata hazel.

                “ Red... kawan kau ke? kenapa aku tak ingat? Auwww...”

                Dia pegang telinga. Awal-awal pagi lagi dah kena tarik telinga.

                “ siapa minah tu?” masih tak puas hati. Kenapalah susah sangat nak jawab.

                “ ish... kau ni! minah yang tumpahkan mee goreng hari tu. semua kau punya pasal lah.”

                Jari telunjuk di bawa ke bibir. mee goreng? Owh... kak long tu. dia kerutkan dahi. Kenapa macam ada sesuatu tersembunyi di sini.

                Redzuan cam muka perempuan tu? pelik ni. pelik sebab Redzuan adalah spesies manusia yang susah nak ingat orang. Kawan sekelas yang tak sampai beratus orang tu pun tahun kedua baru dia kenal semua. Tu pun masih ada tersasul nama.

                Redzuan yang selalu buat muka jiwa batu hati kayu tu selalunya sentiasa yakin berkata-kata. Tapi kenapa tadi telinga dia merah. Telinga merah tu tanda dia malu. Malu? kenapa nak malu sebab dia yang dilanggar. Bukan yang melanggar.

                Sweet smile... hazel eye... Kelvin ! adakah mungkin dialah gadis penghuni hati Redzuan?

                Reynuha terhenti di tengah jalan. Ternganga. Itu ke gadis nya?

                “ Man.. you’re blocking my way!”

                Huh? Reynuha pandang belakang. berbalas pandang dengan orang belakang yang menegur. owh... cepat-cepat dia berlalu ke tepi dan berlari kepada Redzuan yang sudah semeter di hadapan. Spontan dia peluk lengan tu.


Sirap limau dihirup penuh nikmat. Seketika matanya melilau. Lama pula mamat ni pergi toilet. Dah bosan menunggu ni.

                Jari mengetuk-ngetuk meja kafe. Sambil tu mata terus meliar memerhatikan gelagat orang-orang yang semakin ramai memenuhi ruang kafe.

                “ err... sorry!”

                Huh? Dia pandang gadis yang menegurnya.

                “ yes? Anything I can help?”

                Macam pernah tengok minah ni. eh? Gadis mata hazel tu.

                “ Redzuan Yusof... he drop his student card. Can you pass it to him?”

                Dia ambil kad pelajar yang dihulur. Eh, memang Red punya ni. mesti jatuh masa berlanggar pagi tadi.

                “ ok. thank you.” Dia senyum.

                Gadis itu berlalu lambat-lambat. Macam keberatan je nak pergi.

                “ Kak long....”

                “ ye?” cepat aje dia pandang. Reynuha senyum lagi.

                “ Jomlah duduk sekali. Boleh sembang-sembang.”

Boleh risik-risik. Betul ke mamat rambut pacak tu suka kat minah ni?

“ Ermmm... awak tak kisah ke?”

“ tak de hal lah. Duduk-duduk!” beg sandangnya diletakkan ke atas meja.

“ ahh lupa pula. I’m Rey. R.E.Y.. you can call me Rey. Abang saya Redzuan but people call him Red. he’s not as bright as the colour though.”

Gadis tu gelak kecil. Reynuha turut tergelak sama. Comelnya minah ni. nampaknya skill mengayat perempuan dia dah makin maju.

“ I’m Balqis... People call me Qis but I’m prefer Balqis. Qis is sound ... emmm tak suka, tak suka!” Gadis tu geleng-gelengkan kepalanya.

“ Comelnya...”

“ huh? Apa dia?” Gadis itu tersenyum malu.

“ you’re comel...” dia merenung tepat ke wajah kemerahan gadis itu.

“... jarang orang kata saya comel but thank you.” Gelak kecil sebelum meyelitkan rambutnya ke tepi telinga.

“ mata kau pun cantik gak.”

“ thanks sekali lagi.”

“ auwww...”

Dia pegang telinga. Kacau daun lah mamat rambut pacak ni. baru nak test market.

“ Jangan nak menggatal lah minah....”

Dush...dush... Lengan kanan Redzuan dipukul dengan tangan.

“ eh awak... kenal ke minah ni?” Redzuan buat-buat gaya berbisik pada Balqis. Gadis tu tergelak kecil.

“ Nope. Who is she?”

Buntang mata Reynuha. Aduhai... belum pernah lagi ada orang tolong sambung lawak Redzuan. Yang pernah pun si Kelvin kawan sejak bayi Redzuan.  Minah yang kenal tak sampai sepuluh minit ni berani buat lawak macam tu.

“ Sorry Rey... Actually I just nak pulangkan your student card.” Balqis mengalihkan perhatian pada Redzuan. Dah habis dah usik Reynuha.

Melihatkan wajah comel tu, Reynuha jadi sejuk hati. Comelnya dia. jadi kakak ipar pun syok juga. Ishh.. aku mana ada abang.

“Laaa... I search ramdomly and can’t find it. Dah agak dah jatuh tapi tak tahu kat mana. Thanks a bunch.”

“ happy to help.” Balqis berterusan meyedekahkan senyumannya.

“ oh ya... may I now your name.” Redzuan menghirup sirap limau Reynuha. Malas nak bangun pergi order minuman.

“ Balqisss...” Reynuha jawab pantas. Entah kenapa hati rasa tak tenang.  Balqis yang masih tersenyum hanya menganggukkan kepala.

“ you’re brothers right?” Balqis naif bertanya.

“ ermmm... not really. We’re step siblings. Plus he...(jari kanan menunding pada Reynuha).. a girl actually. So we’re not brothers.” Redzuan menerangkan dengan serius.

“ ya... she look like a man. Nearly falls for her.”

“ weii... stop! stop! Balqis, kau sangat mesra dengan Red and that’s scary. Way.. too scary. And kau Red, kenapa kau cakap banyak hari ni? pening aku laa. Did you bump your head onto wall?” Reynuha garu kepala yang tak gatal. Chiss... rosak rambut aku.

Seperti dijangka kedua-dua manusia tu gelak je.

“kyaaah...” tangannya cuba menepis Redzuan yang sudah menyerabutkan lagi rambutnya. Terlambat sebab rambutnya sudah menjadi serabai.