Sunday, September 19, 2010

Hero Heroine [19]

Seminggu terperap. Otak yang termampat dalam ruang tengkorak sudah terasa sesak. Rasa macam nak muntah dah menghadap dinding bilik yang dihiasi poster Mr. Ninja kesayangan. Ninja yang selama ni dipuja sudah kelihatan macam seketul besi buruk.

                Nak makan, mama datang sua di hadapan mata. tunggu suap masuk mulut je. Rindu Mr. Ninja, Redzuan tolong printkan poster. Dari kempunan tak dapat belai, dapat tengok pun jadilah.

                Mr. Ninja... apalah yang sudah jadi dengan Kawasaki kesayangan tu. Redzuan hidupkan enjin ke tak? mandikan ke tak? pada lelaki tu sajalah dia mengharap.

                Tangan kanan sudah hampir sembuh. Sudah tak berbungkus lagi. meninggalkan parut yang agak ketara di siku.

                “ nasib baik siku yang tersagat. Kalau kena muka, mau kena potong duit hantaran.”

                “ bukan orang nak kahwin sekali lagi pun.”

                Kata-kata Mama yang dijawab selamba. Papa yang mendengar tersenyum cuma. Betullah apa yang dia cakap.

                Dia isteri Redzuan yang sah. Walaupun dulu dia tak pasti erti sebenar sayangnya pada Redzuan, kini dia yakin. Rasa yang bertunas di hati adalah rasa cinta. Cinta seorang hawa kepada adamnya. Cinta seperti cintanya papa pada mama.

                Tuk.. tuk...

                Pintu yang diketuk terbuka selamba dari luar. Wajah yang tersembul di muka pintu memang sudah tidak asing lagi di mata. dia senyum. Ikhlas dari hati.

                “ surprise!”

                Balqis yang menjerit di belakang Redzuan membuatkan dia kelu seketika. Rasa gembira yang bertandang sudah terbabas jatuh ke jurang hati yang terdalam.

                “ sorry lambat datang melawat. Red yang tak nak bawa.”

                Balqis sudah meluru ke arahnya. Menempatkan diri di atas katil. Dia senyum. Matanya sempat melirik Redzuan yang duduk di kerusi meja soleknya.

                “ datang lenggang je?”

                “ Hishh.. sakit-sakit pun nak melawak lagi. I bawa tembikai tapi kat bawah. Mama kata nanti dia potong. I tahu dah you adik-beradik tak makan epal.”

                Pipinya Balqis tarik selari dengan mulutnya yang becok. Amboi, belum sah apa-apa dah panggil Mama.dia mengomel dalam hati.

                “ korang boraklah dulu. Aku nak mandi.”

                Redzuan melangkah keluar. Dia memang sengaja ajak Balqis ke sini. Dia tahu Reynuha mesti sunyi. Sudah seminggu terperap dalam bilik. bukan dia tak larat nak dukung turun bawah tapi Mama yang larang. Kata Mama, biar Reynuha rehatkan kaki dia betul-betul.

                Mungkin Mama lupa yang kesihatan emosi juga memainkan peranan dalam proses penyembuhan fizikal.

                “ comelnya bear you.”

                Balqis memanjangkan tangan untuk mencapai Big Coco yang elok duduk di sisi Reynuha. Tanpa sedar Reynuha tertepis tangan gadis itu. segera memeluk patung beruang yang hampir sepemeluk itu.

                “ tak leh pegang ek? Boyfriend bagi ke?”

                Balqis senyum sinis. Terkejut dia bila Reynuha menepis tangannya. Memeluk beruang itu seolah-olah melindungi barang yang amat disayangi.

                “ sorry.”

                Reynuha ketap bibir. dia tak sedar tindakannya tadi. spontan.

                Balqis senyum. Manis. Rasanya dia boleh faham perasaan itu. perasaan ingin melindungi. Dia juga punya seseorang yang amat ingin dilindungi.


Mama menghampiri Papa yang sudah usai bacaan rutinnya. Al-quran yang berserta tafsir dicapai dari tangan Papa. Diletakkan ke atas rak.

                “ Pa...”

                Mama duduk di birai katil. memerhatikan Papa menaggalkan songkok. Diletak di atas meja solek. Papa kerut dahi. Seolah-olah bertanya apa yang merisaukan fikiran Mama.

                “ Pa.. duduk sini. Mama nak cakap ni.”

                Tangan menepuk-nepuk tilam disebelahnya.

                “ lah.. ingat nak ajak tidur dah.”

                Papa sengih. mama bulatkan mata. nak bergurau pulak dia.

                “ Mama serius ni. Pa cepatlah..”

                Rasa macam nak tarik tangan Papa yang seolah-olah berleka di cermin solek. Sikat rambut malam-malam ni buat apa. Sekejap lagi nak tidur juga.

                “ Apa dia yang serius sangat tu.”

                Mama mencebik. Papa yang sudah duduk hanya ketawa kecil. Mencapai tangan Mama. Diusap-usap dalam genggamannya.

                “ Mama risau ni... semalam Zuan bawak perempuan balik rumah. hari ni ada lelaki pula yang datang cari Nuha. Risau pula Mama. Diaorang berdua tu okay ke tak?”

                Papa kerutkan dahi. Selalunya dia yang risaukan hubungan anak-anak dia yang berdua tu. ni si isteri pula yang cemas.

                “ kawan-kawan je kot.”

                “ ermm... tapi dah dua kali Zuan bawak perempuan tu. sekali masa dia kat hospital hari tu.”

                Balqis. Cantik budaknya. Sopan pun sopan. Sedangkan dia yang dua kali berjumpa pun sudah rasa suka dengan santunnya inikan pula kalau sudah berkawan.

                Dia risaukan Redzuan. Manalah tahu anak tiri merangkap menantu dia tu jatuh hati pada gadis itu. Memanglah hubungan Redzuan dengan Reynuha rapat, bahkan lebih rapat dari adik beradik kandung. Tapi sedari dulu sampai sekarang, hubungan mereka seolah-olah tidak berubah langsung.

                Betul ke mereka hanya mampu kekal sebagai adik-beradik tiri? Tak boleh naik ke peringkat kekasih? Suami isteri?

                Hari ni, kawan lelaki Reynuha pula yang datang bertandang. Tas ke apa dah namanya. Dia pun dah terlupa. Lelaki yang dirasakan punya perasaan pada anak gadisnya. Dia memang tak pasti, tapi naluri keibuannya dapat merasai.

                “ Ma... Zuan belum pernah usik Nuha kan?”

                “ hmm...”

                Mama anggukkan kepala. Reynuha sendiri mengaku yang mereka berdua belum pernah lagi merasmikan malam pertama yang sudah hampir lima tahun berlalu.

                “ Nuha pernah tidur dengan Zuan?”

                “ Banyak kali. Kenapa?”

                “ Pakai protection tak?” Buatnya mengandung macam mana. Tertinggal pelajaran kalau cuti bersalin nanti.

                “ comforter? Mestilah pakai. Sejuk lah.”

                Aik? Reynuha salah faham ke?

                “ Nuha tidur dengan Zuan macam mana?”

                “ Tidur macam mana lagi? tutup mata. tidur laa.” dia pandang wajah Mama. Kenapa pelik sangat soalannya.

                “ maksud mama... tidur yang... wajib mandi lepas bangun..”

                “ Huh? Mana ada Ma... ish.. tak de lah. kitaorang tak..”

Reynuha beria-ia menyakinkan  Mama. Dia dan Redzuan sudah berjanji. Bila cinta betul-betul menyatukan hati mereka, saat itu nanti barulah merasmikan status suami-isteri tu.

                “ Nuha dara lagi?”

                “ Ma... kenapa tanya soalan pelik-pelik ni?”

                “ Nuha tahu kan.. dosa kalau tolak hajat suami.”

                “ Ma... Zuan sendiri yang setuju.”

                Pertanyaan yang dia utarakan setahun lepas menerjah minda. Patutlah sampai sekarang  masih mahu bilik berasingan.

                “ Kalau betul  diorang tak ada jodoh, Papa harap kita masih satu keluarga.”

                Papa hela nafas berat. Dia sudah pasrah. Menyandarkan ketentuan pada ILAHI.

                Mama tersentak. Ya ALLAH. Jangan sampai perkahwinan si anak turut berkecai seperti perkahwinan Papa.

Wednesday, September 15, 2010

Hero Heroine [18]

Dia buka mata. selimut dilondehkan ke kaki dengan tangan kiri. Tangan kanan masih hilang fungsinya. Kaki kiri dijuntaikan dari katil. menarik nafas kepayahan.

                Bilik air yang dahulu sampai dengan tiga langkah dah macam dipisahkan padang bola sepak. Dia betul-betul dah tak tahan ni.

                Kalau dia gagahkan juga, sakit di kaki mungkin akan menyebabkan dia kebasahan di tengah jalan. Kalau mahu menahan sampai ke pagi, mungkin empangan akan pecah lalu dia basah di katil. kalau mahu menjerit memanggil Mama, kemungkinan dia akan menyakitkan anak tekak sendiri itu tinggi.

                Pilihan terakhir, dia capai handphone di kepala katil. menekan speed dial nombor 2. Menunggu seketika sebelum disambut lelaki yang sedang tidur di bilik sebelah.

                “ hmm...” mungkin marah terganggu tidurnya.

                “ aku nak gi toilet.”

                Makin bertambah malunya. Malu yang siang tadi pun masih hangat di muka.

                “ .. jap.”

                Tiga saat selepas panggilan tamat, Redzuan sudah terjengul di muka pintu. Rambut tercacak-cacak macam dilanggar garuda. Mata separa terbuka.

                “ kecil ke besar?”

                “ Kecil.”

                Tangan kiri disangkut ke bahu Redzuan. Spontan lelaki tu memaut pinggangnya. Memberikan sokongan.

                Berjengket-jengket ke bilik air. Redzuan yang tolong papah pula dah hampir nak tertutup  matanya. Mengantuk sangat.

                Ya ALLAH. Akhirnya sampai juga ke pintu bilik air.

                “ dah.. kau tutup pintu. Nanti dah siap aku panggil kau. Jangan tengok.”

                Dia melepaskan bahu Redzuan yang dijadikan sokongan. Berpaut di pintu. Tak sabar nak melunaskan hajat.

                “ wei..”

                Dia terjerit tatkala Redzuan masih menyokongnya sehingga ke dalam bilik air. Bertambah kuat bila tangan Redzuan sudah berada di pinggang. Mahu menolong dia menanggalkan seluar yang dipakai.

                Gila ke apa mamat ni? Dia bertambah kalut kerana Redzuan seolah-olah tak sedarkan diri ketika ni. Dia capai gayung.

                “ ishh...”

                Tangan Redzuan segera meraup muka. Membulat matanya. Bertambah bulat bila pandangan menyapa wajah Reynuha yang menyinga.

                “ what?” dia angkat bahu. Dia tak tahu. Tak sedar. Mamai sangat.

                “ get out!”

                Pintu dihempas kuat dari dalam. Redzuan garu dahi di luar. Masih berteka-teki dengan diri sendiri.

                Reynuha di dalam mengetap bibir. dalam hati dia membebel geram. Buatnya tadi dia tak simbah air ke muka Redzuan, entah apalah yang jadi. Mahu dia terjun dari tingkap bilik dek kerana malu.

                Selepas urusannya selesai, dia membuka pintu. Redzuan sedang bersandar tenang sambil tersenyum. Rambut yang tadi huru-hara sudah elok sikit penampilannya.

                “ sorry. Aku mamai tadi.”

                Reynuha mendengus kecil. Berhati-hati menapak keluar dari bilik air.

                “ wei..”

                Lengan Redzuan yang mencempungnya ditepuk kuat. Suka hati dia je nak angkat-angkat orang. Esok-esok nanti mengungkit sakit belakang.

                “ Kau jalan macam siput. Aku dah ngantuk.”

                Dia mencebik. Bukan dia mintak kakinya jadi macam tu. nanti kalau kau kena, baru padan muka.

                Redzuan meletakkan dia ke katil. Menolong menarik comforter yang bergumpal di kaki katil. melangkah ke pintu sambil menutup suis lampu. Menghilang di sebalik pintu.

                Reynuha menyelesakan kepala. cuba untuk tidur walaupun kantuk sudah hilang. Langsung tak bersisa untuk menyambung lena.

                “ Nuha...”

                Redzuan kembali menjenguk di biliknya.

                “ kenapa?” kepala ditegakkan dari bantal.

                “ hehe.. bilik aku terkunci.” Redzuan tayang sengih.

                “ so?” dia bulatkan mata. buat hal pulak mamat ni.

                “ aku tumpang bilik kau.”

                Redzuan menapak masuk. Menuju ke katilnya.

                “ gila ke? panjatlah balkoni.”

                “ kau tu lagi gila. Tahu lah kau tak sayang aku tapi janganlah bagi aku mati jatuh dari balkoni rumah sendiri. Kalau aku mati nanti, tak ada orang dah nak tolong kejut kau bangun Subuh.”

                Dia terdiam. Redzuan segera menolak tubuhnya ke tepi. Cuba mencari ruang di atas katil bujang tu. cepat sahaja berselubung  dalam comforter sebelum menutup mata.

                “ Red! sempitlah. Kau tidur bawah laa.”

                Lengan lelaki itu digoncang. Langsung tak berkutik.

                “ dah tidur! Gila laa...”

                Reynuha ketap bibir dengan perasaan berbaur. Cuba mencari lena di samping Redzuan yang kelihatan sudah nyenyak.

                Kantuk yang tadi hilang, kini cepat bertandang. Dia terlena. Langsung tak terganggu dengan lengan Redzuan yang sudah melingkar di pinggang.