Tuesday, October 13, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [12]

Pedih telinga Rea mendengar usikan Faizah. Rasa seperti mahu diganyang-ganyang mulut kecil itu. sejak semalam mulut itu tidak berhenti mengusik dan menyindirnya. Semuanya selepas dia pulang dari lawatan sambil belajarnya ke Kuala Lumpur. Pak Long dengan Mak Long pun ikut sama menyakatnya.

Mereka ingat best sangat ke duduk sana tu. Yang terseksa jiwa raga dia. Makan hati ulam jantung je dia sepanjang seminggu di sana mendengarkan bicara Baihaqi yang masih belum berubah. Nasib baiklah lelaki itu ke luar negara selepas tiga hari di sana. Sekurang-kurangnya selamat sekejap dia.

Seminggu di sana membuatkan di terasa tidak ingin balik. Bukan kerana kemewahan yang sudah dilimpahkan buatnya tapi kerana kasih sayang mama dan papa. Tulusnya kasih mereka membuatkan dia tidak sampai hati mahu meninggalkan keluarga itu. dia dilayan seperti anak sendiri. Mungkin kerana mereka tidak punya anak gadis yang secomelnya. Haha…perasan!

Kadang-kadang terlintas di fikiran, betulkah si Baihaqi itu anak kepada Dato’ Nik dan Datin Sofea. Perangai mereka jauh berbeza walaupun raut wajah jejaka itu sedikit membiaskan gabungan wajah kedua orang tuanya.

“ amboi kak. Senyum meleret nampak. Gembiranya.”

Suara Faizah yang menganggu lamunan mematikan senyuman di bibir Rea. Tidak perasan pula yang dia sedang tersenyum.

“ memang gembira pun!” bidas Rea mahu mematikan usikan Faizah. Kalau dia menafikan lagi banyak pula usikan yang keluar. Mengiakannya sekurang-kurangnya akan mematikan usikan mereka buat seketika.

“ ye lah. Kak, orang jauh telefon.” Faizah senyum meleret.

Alamak. Mesti mamat kambing tu telefon. Rea bangun menuju ke ruang tamu. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan telefon. Ganggang telefon ditekap ke telinga.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikummussalam. Buat apa tadi?” mesra pula kedengaran suara mamat KL ni.

“ tak buat apa pun.”

“ berangan ek. Dari kau dok berangan baik kau ingatkan aku yang hensem ni.”

“ uuuwekk!!” Rea menjelirkan lidahnya walaupun dia tahu Baihaqi tidak nampak.
Segera disambut dengan ketawa galak lelaki itu. mesti lelaki itu sudah membayangkan reaksinya.

“ kau pakai ke tak rantai aku bagi?”

“ hmmm..”

Rea mencebik. Bencinya lelaki ini yang suka memaksa. Dia masih ingat hari terakhir dia di rumah Dato’ Nik. Hari itu Baihaqi baru pulang dari Jepun. Dalam kepenatan pun dia masih menawarkan diri untuk menghantarkan Rea pulang ke kampung.

Datin Sofea senyum menyambut ketibaan puteranya pada pagi yang cerah itu. Rea hanya tersenyum palsu membalas renungan tajam mata Baihaqi. Rupa jahatnya jelas terpancar walaupun keletihan jelas membalut tubuh. Terpaksa mengharung penerbangan selama berjam-jam lamanya. Dahlah jadual kerjanya selama empat hari di Jepun begitu padat.

“ dah sarapan belum?”

“ dah.” Rea menoleh ke arah Baihaqi yang tersandar di sofa. Datin Sofea sudah menghilang dari ruang tamu. Ke dapur barang kali. Lelaki itu memejamkan matanya. Mungkin mencari kesempatan untuk melelapkan matanya yang kepenatan.

Sebenarnya jejaka itu termasuk dalam ketegori tampan juga. Punya lesung pipit yang ketara sekali bila dia tersenyum walaupun hanya senyum mengejek yang sering dipamerkan buat Rea. Janggut sejemput di dagu nampak sentiasa rapi. Janggut kambing. Rea tersenyum membandingkan lelaki itu dengan seekor kambing hitam milik Pak Longnya.

“ lamanya kau tengok aku.”

Rea tersentak. Baihaqi sudah tersengih memandangnya. Rea mencebik. Perasan betul. Macamlah aku nak sangat tengok dia. Tapi memang aku tengah tengok dia pun kan.

“ orang tengok kambinglah.”

Baihaqi gelak kuat. Hatinya tenang mendengarkan ucapan dari bibir mungil gadis itu. Rea menundukkan pandangan. Entah kenapa tiba-tiba dia berasa malu pula berhadapan dengan jejaka itu. tambah terkejut apabila jejaka itu duduk di sebelahnya di atas sofa.

“ nah. Aku nak kau pakai ni.”

Seutas rantai platinum dikeluarkan dari saku seluarnya lalu diletakkan di telapak tangan Rea. Rea terkedu seketika. Nak aku pakai rantai? Mengingau apa pula mamat ni.

“ tapi.. orang tak suka pakai lah. Rimas.”

“ ishh budak ni. kenapalah kau ni suka melawan aku ek. Pakai je lah. Tak luak apa pun.”

“ siapa suruh beli tak tanya orang dulu. Baik belikan makanan dari benda ni. makanan kenyanglah juga.”

Rea memegang dahinya yang ditunjal Baihaqi. Geramnya. Dia tidak suka apabila lelaki itu berbuat begitu. Terasa seperti anak kecil apabila dilayan sebegitu.

“ pakailah. Aku penatlah nak bertekak dengan kau.”

Baihaqi menggapai tangannya mengambil rantai silver itu. laju tangannya memakaikan rantai tersebut di leher tunangnya yang dilitupi tudung. Rea terkesima dengan jarak yang begitu hampir antara dia dan lelaki itu. terasa dadanya yang berombak kencang.

“ kalau kau berani tanggalkan rantai ni, aku kiss kau.”

Geli Rea dengan suara Baihaqi yang berbisik kepadanya. Meremang bulu romanya bila lelaki itu memegang bahunya. Panahan mata lelaki itu tajam menikam anak matanya.

“ ehem…ehem… Aqi! Dah hilang penat ke?”

Segera Baihaqi melepaskan tanganya dari bahu gadis itu tatkala mendengar suara papanya. Malunya dia. Kenapalah dia seperti hilang kawalan tadi. Rea pula tidak usah ceritalah. Sudah merah merona pipinya. Malu sangat terkantoi dengan bakal bapa mertuanya. Seperti gadis gelojoh sahaja gayanya kerana membiarkan kelakuan tidak sopan Baihaqi.

Dato’ Nik duduk di sofa tunggal menghadap sofa berangkai yang menempatkan anak dan bakal menantunya. Bibirnya hanya mengukirkan senyuman.

“ what the progression of the project?”

“ good pa. just a little problem with the supplier and it’s already settle down.”

“ dah mula lah tu. Anak dengan papa sama je. Dua-dua gila kerja.” Datin sofea sudah menyampuk menghentikan bicara dua beranak itu yang baru sahaja nak bermula. Rea hanya tersengih di sisi Baihaqi. Lucu melihat gelagat wanita itu yang sudah menarik muncung dan bercekak pinggang di sisi suaminya.

“ ye lah mama. Papa minta maaf.” Dato’ Nik memegang tangan isterinya sambil tersenyum. Cuba memujuk isterinya. Nanti kalau tidak diendahkan mesti lagi panjang rajuk wanita itu.

“ alahai sinetron veteran dah nak mula lah tu.”

Baihaqi mencelah sambil kepala disandarkan ke sofa. Mencebikkan bibirnya. Namun cuba menyembunyikan senyumnya. Itulah ayat yang acap kali dituturkan ketika terserempak dengan adegan pujuk-memujuk orang tuanya. Bukan tanda menyampah tapi sekadar usikan yang kadang-kadang mampu membuatkan mamanya tersipu-sipu. Malah dia senang sekali dengan kemesraan mereka berdua.

“ cakap je lah Aqi jeles. Tak boleh nak pegang-pegang Rea lagi.” tempelak Datin Sofea.

“ eleh. Boleh je nak pegang.” Belum sempat Baihaqi nak mencapai tangan Rea, Dato’ Nik dah bersuara menegah.

“ Aqi!!! Jangan buat tak senonoh. Tunggu dulu. Nanti dah kahwin baru boleh pegang-pegang.”
Baihaqi mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara sambil tersengih malu,

“ acah je lah pa.” dengan papa tak boleh main-main sangat. Papa orang yang tegas. Tadi dah kantoi pegang anak orang depan papa. Kalau buat sekali lagi confirm kena sembur dengan papa. Silap hari bulan maunya papa mogok tak bercakap dengannya. Lagi teruk kalau mama terhasut sama. Mama tak masak dan terpaksalah dia kelaparan.

Rea hanya diam di kerusi. Lega kerana Baihaqi tidak meneruskan aksinya tadi. Haru jugak kalau lelaki itu buat hal lagi sekali.

“ Nanti nak suruh Pak Mat ke hantar Rea balik?” Datin Sofea bertanya.

“ eh tak payah lah ma. Aqi hantarkan petang nanti.”

“ tak penat ke?” Dato’ Nik pula menyoal. Pemandunya pun sudah dimaklumkan awal-awal lagi.

“ tak pa. nanti Aqi tidur kejap hilanglah sikit penatnya. Lagipun dah lama gak tak jenguk Pak Long.”

Datin Sofea mencebik. Lama tak jumpa Pak Long Rea konon. Belum pun sampai seminggu anaknya menjemput Rea dari kampung. Cakaplah nak berlama-lama dengan Rea. Sewaktu nak ke Jepun empat hari lepas pun lelaki itu keberatan. Hampir-hampir sahaja disuruh Rizal menggantikan tempatnya ke sana. Namun Dato’ Nik tidak bersetuju. Dengan rasa tidak puas hati terpaksa jugalah lelaki itu menurut.

“ ye lah. Pergilah naik tidur. Nanti Zuhur mama kejut.”

Baihaqi mengangguk lalu bangun bersedia melangkah ke biliknya. Sempat dia menarik Rea agar mengikutinya. Rea terkejut. Padahal baru je papanya bagi amaran dah berani dia pegang tangan aku. Depan papa pula tu.

“ Aqi!” Dato’ Nik menegur kelakuan anaknya.

“ sorry pa. Aqi tak buat apa-apa. Janji! Nak bagi something kat Rea je.” Dia melepaskan genggaman di tangan gadis itu. Rea menurut langkah lelaki itu menuju ke biliknya. Rea memberhentikan langkahnya di hadapan bilik lelaki itu.

“ mana rantai tadi?”

“ dah pakailah.” Rantai tadi sudah terselindung dalam tudungnya.

“ good girl. Kalau berani tanggallah. Aku kiss kau betul-betul!” ugut Baihaqi lalu menutup pintu biliknya.

Rea mencebik. Mamat senget! Jeritnya dalam hati.

3 comments:

  1. weeyhh..
    seyes..
    aku ske cite nieh..
    comey bangat...
    haha..
    sk2.
    aqi da ske rea kan..?
    kan..??
    confess laaaaa....
    nk lgikk...

    ReplyDelete
  2. kiss.oh ni dah melampau......agak agak ahhhh

    ReplyDelete