Thursday, October 15, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [13]

Rea mempercepatkan kayuhan basikal. Kelihatan rakan-rakannya sedang rancak berbual di simpang jalan. Ketawa berdekah-dekah tak ingat dunia. Langsung tidak tergambar perasaan gementar macam dia.

“ woi Amir. Gelak dari umah aku lagi dengar.” Rea melepaskan lelahnya. Tadi dia terkejar-kejar kerana sudah terlewat dari apa yang mereka janjikan. Semuanya gara-gara melayan kerenah anak Abang Azmizannya.

“ eleh. Kenapa kau lambat?” celah Hadi.

“ budak-budak tu buat onar. Penat nak melayan.” Ketiga-tiga jejaka remaja itu menganggukkan kepala. Anak-anak Azmizan lah tu. Sementara bayinya yang baru lahir masih kecil, Mak Long Rea sanggup mengambil alih tugas Kak Nita menjaga anak-anaknya. Lagipun Mak Longnya sunyi di rumah apabila Pak Long keluar berkerja. Anak-anak pun sekolah.

“ jom lah. Nantikan tak sempat jumpa budak-budak lain.”

Rea meninggalkan basikalnya di bawah sebatang pokok. Dia membonceng motosikal Amir. Kalau dia naik basikal alamatnya pengsan tepi jalanlah. Penat nak mengayuh sampai ke sekolah. Sepatutnya dia menunggang motosikal sendiri tapi Mak Long melarang. Bukan Mak Long tak tahu yang anak saudaranya itu ratu rempit. Bawa motosikal macam ribut. Takut nanti kemalangan sedangkan hari perkahwinannya sudah dekat.

“ Rea!!!” segera Rea berpaling ke arah perempuan yang menjeritkan namanya. Belum pun sempat dia turun dari motosikal, gadis itu sudah menjerit-jerit. Rea menanggalkan topi keledar lalu membetulkan tudungnya.

“ kau kenapa minah?”

“ hehe…” Amira tersengih cuma.
Dia tidak sengaja tambahan pula memang itulah tabiatnya. Suka betul menjerit. Dia sendiri macam mana dia boleh menjadi teman rapat Rea sedangkan perangai mereka macam langit dan bumi. Dia suka menjerit manakala Rea sentiasa tenang dan mukanya hanya sekali-sekala beriak. Sepanjang masa ditayangkan muka tidak berperasaan. Tapi dia tahu Rea seorang gadis yang baik.

“kau dah ambik result belum?” Amir menegur Amira yang sedari tadi tersengih.

“ belum. Tunggu korang lah. Kenapa lambat sangat?”

“ minah tu lah yang lambat. Praktis jaga anak kat rumah.” Mamat mencelah membuahkan tawa semua. Rea mencebikkan bibir sambil menjungkit bahu. Malas nak layan.

Kalau nak diikutkan hatinya dia memang malas nak bagitahu kawan-kawan perihal perkahwinan tersebut. Mereka dapat tahu pun melalui mak bapak masing-masing yang dijemput oleh Pak Long. Mula-mula begitu sukar untuk dipercayai. Namun hakikat perlu diterima juga.

“ jom serbu pejabat. Tak sabar nak tahu ni.” Rea menapak mendahului rakan-rakannya.

“ aku nervous lah. Dup dap dup dap dari tadi lagi.” Amira sudah memaut lengan Rea.

“ rilex lah. Tengok aku macho je.” Mamat mencelah.

“ boleh blah la.” Serentak mereka berempat membidas. Nak start perasan lah tu.


Rea menekapkan ganggang telefon ke telinga. Pak Long hanya memerhatikan dari jauh. Cuma nak memastikan dia menelefon mamat KL tu. Rasa gementar yang menyerbu jiwa lebih kuat dari siang tadi sewaktu nak mengambil keputusan SPMnya.

Tut..tut… panggilan baru sahaja bersambung namun masih belum ada yang menyahut. Mahu sahaja Rea letakkan ganggang. Dia tidak punya keupayaan untuk meneruskan perbualan.

“ hello…” bulat mata Rea mendengar suara perempuan di hujung talian. Salah nombor ke?

“ Baihaqi ada?”

“ siapa ni? Abang Qi tak ada.” Suara manja tadi sudah bertukar agak kasar. Makin laju debaran di dada Rea. Kekasih Baihaqikah? Nanti bergaduh pula mereka jika dia memberitahu statusnya sebagai tunangan lelaki itu. Tunggu… aku ni tunang Baihaqi. Sepatutnya aku yang marah sebab kitaorang dah nak kahwin.

“ tak pelah kalau macam tu. Maaf mengganggu.” Segera Rea putuskan talian.

Perasaannya ketika itu bercampur aduk. Berbolak-balik. Marah ada geram pun ada. Tapi kenapa pula nak sakit hati? Apa yang dia buat dengan perempuan itu malam-malam macam ni? Apa aku nak buat kalau itu memang kekasihnya? Kusutnya kepala otak.

“ cepatnya cakap. Dah bincang ke belum dengan Baihaqi?” suara Pak Long memecahkan lamunan Rea.

“ dia tak ada lah Pak Long.” Sedikit keras nadanya.

“ kenapa telefon rumah. Telefonlah handphone dia.” Memang itulah yang dilakukannya. Biarlah. Kalau menjawab nanti apa pula kata Pak Long.

“ esok lah Pak Long. Malas.” Laju dia menapak ke dalam bilik. Dihempaskan tubuh ke atas katil. Bergolek-golek sendirian sebelum meniarap. Merapatkan muka ke bantal. Jarinya menyangkut rantai di leher. Tidak pernah sekalipun dia menanggalkan rantai yang berloketkan sebentuk hati yang dihiasi berlian-berlian kecil. Dia terasa sedih dengan percaturan hidupnya. Tanpa sedar dia teresak kecil.


Baihaqi melabuhkan duduk di sofa ruang tamu. Malam itu dia bertandang ke rumah bapa saudaranya. Sudah lama tidak berbicara dengan lelaki itu. Tambahan pula Rizal pun ada di rumah bapanya kerana mahu mengambil Suraya yang ditinggalkan di rumah bapanya kerana dia terpaksa ke luar negara atas urusan pejabat.

“ nah. Ada orang telefon abang.” Rozana menyerahkan telefon Sony Ericsson kepada Baihaqi sambil menarik muncung.

“ siapa?” Baihaqi buat tidak endah dengan perangai gadis itu. Depan ayah sendiri pun nak buat perangai gedik dia. Malulah sikit. Bukan tak tahu aku ni dah nak kahwin dah.

“ tak tahu. Perempuan mana entah.”

Perempuan? Siapa pula. Baihaqi menyemak senarai panggilan masuk. Dari kampung lah. Rea ke? Belum pernah lagi gadis itu menelefonnya. Ada hal penting apa ye?

“ dah lama ke?”

“ baru je dia letak. tak sopan betul. Belum sempat Zana nak tanya siapa dia dah letak.”

Belum sempat Rozana nak mengomel lebih lanjut, Baihaqi sudah berlalu dari sofa. Menuju ke laman rumah sambil melekapkan telefon ke telinganya. Riak risau terpancar pada wajahnya.

“ Assalamualaikum..”

“ waalaikummussalam. Abang Baihaqi ek? Tunggu kejap. Biar Izah panggil Kak Rea.”

Baihaqi tersenyum. Nampaknya bukan hal buruk kerana suara Izah kedengaran riang. Memang gadis itulah yang sering mengangkat panggilannya setiap kali dia menelefon ke rumah itu. sayup-sayup kedengaran suara Izah. Kuatnya budak ni menjerit.

“ mak… tengok kak Rea ni. dia tak nak cakap dengan Abang Baihaqi pulak.”

“ kenapa pula?” tingkah Mak Long Kinah.

“ tak tahu dia. Dia geleng-geleng kepala je. Dia menangis kot mak.”

“ ish kamu ni.”

Agak lama Baihaqi menunggu. Kenapa pula dengan budak Rea ni.

“ abang Baihaqi..” suara Izah kembali kedengaran di corong telefon.

“ mana Rea?”

“ dia tak nak cakap. Mak dah pujuk pun dia degil lagi. abang telefon esok je lah.”

“ apa yang dia nak cakap tadi?”

“ owh.. dia nak cakap dia dah amik result SPM dia. Kat kitaorang pun dia tak nak bagitahu berapa dia dapat. Nanti abang tanya dia sendirilah.”

“ yelah. Nanti abang telefon balik.”

Pasal keputusan SPM dia rupanya. Tapi kenapa pula dia tak nak cakap dengan aku. Dia cemburu ke sebab Rozana yang angkat tadi. Alahai. Comelnya kalau gadis brutal tu merajuk. Nak suruh aku pujuk ke? Dia senyum sendiri.

3 comments: