Friday, October 9, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [9]

Baihaqi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Alamak, macam mana boleh lupa pula ni. ikut yang sini ke simpang sana ek? Mama pun asyik dok membebel je. Padahal dia pun tak ingat juga. Papa lagilah buat tak tahu pula sebab memang dia lemah bab ingat jalan ni. Pergi mana-mana pun driver bawa.

“ Macam mana ni Aqi? Kenapalah boleh lupa jalan pula ni? muda-muda lagi dah lupa.”

Datin Sofea mula membebel lagi. sudah hampir setengah jam mereka berpusing-pusing di sekitar situ. Seorang manusia pun tak nampak. Kalau tidak bolehlah tanya jalan.

Baihaqi masuk ke satu simpang. Ikut sedap rasa je. Namun nasib baik kerana mereka melintasi satu padang bola dan ada sekumpulan remaja sedang asyik bermain. Laju dia memberhentikan kereta di tepi jalan.

Budak-budak ni lecak-lecak pun boleh bantai main bola. Keadaan padang pun masih basah dengan tompok-tompok air yang masih belum kering. Barangkali hujan baru sahaja berhenti. Baihaqi menghampiri padang dan memanggil seorang remaja.

“ dik, kenal rumah Pak Long Zaidi tak?”

“ kenal sangat. Kenapa bang?” ramah budak lelaki ni.

“ boleh tunjuk jalan ke rumah dia tak? Abang dari KL ni.”

“ nak pergi rumah dia. Kejap ek. Saya panggil kawan saya tunjuk sebab dia memang duduk kat rumah tu.” Laju sahaja remaja lelaki berbaju hijau tu berlari pergi. Dia menepuk bahu kawannya yang baru sahaja menjaringkan gol yang disambut oleh sorakan ahli pasukan.

Baihaqi berpaling ke kereta mendengarkan ibunya yang memanggil. Kecoh ibunya bertanya dah tahu jalan ke belum. Hanya ibu jari ditegakkan menandakan semuanya ditanggung beres. Dia memusingkan badan memandang kawan remaja tadi. Buntang matanya kerana remaja itu amat dikenalinya.


Rea segera membersihkan diri. Bala apakah yang bakal menimpanya ini. Jatuh sahamnya sebagai seorang wanita di hadapan ibu mertua sendiri. Mungkinkah perkahwinan ini akan dibatalkan. Elok juga kalau macam tu.

Baju kurung berwarna hijau gelap disarungkan ke tubuh menggantikan t-shirt dan seluar track. Disapu bedak sedikit ke muka lalu disarung sehelai tudung berwarna hitam ke kepala. Terasa hipokrit pula. Selama ni mana pernah dia bertudung kecuali ke sekolah. Tadi pun berceracak rambut jer sebelum Baihaqi sekeluarga datang. Ni tetiba dalam rumah pun nak sarung tudung. Kepala Faizah terjenguk ke dalam bilik.

“ siap belum? Datin dah panggil akak tu.”

“ izah, aku malulah. Kantoi giler lah dengan dia tadi.” Rea menghenyakkan punggung ke katil. Malunya menebal saat ini. Belum sempat dia nak menarik nafas melegakan rasa hati, tangannya disentap oleh Faizah. Gadis itu terus menariknya keluar dari bilik.

Langkah Rea terhenti tatkala badannya terlanggar susuk tubuh seseorang. Serentak itu juga tangan Faizah terlerai dari tangannya. Kenapalah mamat ni ada depan pintu pula. Dia tunduk menekur lantai.

“ maaf.” Rea bersuara perlahan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia yang meminta maaf sedangkan lelaki itu yang bersalah. Siapa suruh duduk tercegat depan pintu. Entah-entah dia intai aku salin baju kot. Eii.. kurang ajarnya. Segera dia mengangkat mukanya. Namun lelaki itu sudah hilang. Mungkin kebetulan kot dia tengah melintas bilik ni. Jahatnya aku fikir bukan-bukan pula.

“ Rea…”

Datin Sofea sudah berada di sisinya. Rea menyalami tangan itu. Tadi dia terlupa kerana dihimpit rasa malu yang tidak bertepi. kepalanya digosok lembut. Melihat senyuman di bibir wanita itu, Rea berasa lega.


Datin Sofea ketawa kecil. Lucu dengan keletah Rea yang tercungap-cungap meniup api yang kecil nyalaannya. Dari tadi gadis itu ditugaskan menjaga api masakan.

Hari ini keluarga Azmizan mengadakan doa kesyukuran dan majlis cukur jambul anak keempatnya yang sudah hampir dua bulan dilahirkan. Kerana itulah Datin Sofea sekeluarga turut sama turun padang bagi membantu memeriahkan lagi majlis.

Mata Datin Sofea melilau mencari kelibat anak terunanya. Dari tadi dia belum melihat wajah itu. Marah lagikah jejaka itu kepada Rea? Masih dia ingat rupa masam mencuka anaknya tatkala Rea menunjukkan jalan ke rumah itu. Semalam pun langsung tidak berbunyi suaranya. Geram barangkali kerana calon isterinya itu bermain bola sampai habis comot muka dan baju.

Datin Sofea memandang Rea yang sudah terduduk agak jauh dari dapur kayu. Gadis itu sedang mengipas badannya dengan kertas kerana kepanasan. Peluh jantan juga sudah merenik di dahinya.

“ Rea ada nampak Aqi tak?”

Rea sudah tersentak. Kenapalah Datin Sofea datang bertanya saat itu. Dia hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. Selepas insiden berlanggar di muka pintu biliknya semalam, kelibat jejaka itu langsung tidak tertangkap oleh dua biji matanya.

“ Rea cari dia boleh tak? Cakap mama panggil.”

“ tapi Rea ada kerja lagi ni mama. Nanti Mak Long marah.”

Rea segera berdalih. Bukan banyak sangat pun kerjanya tapi dia malas mahu menghadap muka cemberut lelaki itu. Seperti nak telan orang pun ada juga.

“ tak pe. Nanti mama buat semuanya. Tak pun mama minta Izah je buat.”

Dalam keterpaksaan Rea mengangguk. Tidak sanggup mahu menghampakan permintaan kecil wanita itu. Dia bangun meninggalkan Datin Sofea. Entah di mana mahu dicarinya jejaka itu.

3 comments:

  1. haha..
    rea main bola..
    perhh..
    ganazzz...
    aqi jeles ke mara nieh??
    muehehe..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. cik sengal...
    terima kasih sudi mengomen!!!

    ReplyDelete
  3. unik la cite nie...mne dapat nme2 besh cam rea alyssa ngan baihaqi nie??

    ReplyDelete