Saturday, October 3, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [7]

Rizal tersenyum mesra menyambut kedatangan sepupunya. Tangan yang dihulur dijabat kemas. Orang yang masih berpusu-pusu datang menghalang mereka berdua bersembang dengan lebih lama. Rizal meminta diri untuk melayan tetamu yang baru sampai dengan janji akan kembali mendapatkan sepupunya itu.

“ abang Qi. Lambatnya sampai. Seorang je ke? Mama dengan papa tak datang sama ke?” Suara riang Rozana menyambut kehadiran Baihaqi di majlis abangnya itu. Laju sahaja gadis itu mengesan kehadirannya. Kadang-kala rimas juga dengan sikap manja terlebih Rozana.

“ mama dengan papa ada majlis malam ni. Abang jadi wakil diorang lah datang sini. Sexy Zana malam ni.” sepupunya itu memakai gaun malam yang sendat separa lutut. Baju tanpa lengan yang berwarna hitam itu jelas menampakkan susuk tubuh. Habis tergugat iman lelaki-lelaki yang datang bertandang mala mini.

“ mana ada sexy. Abang jealous ek kalau lelaki lain pandang Zana?” Rozana menjawab manja lalu memaut lengan Baihaqi. Memang sudah lama rasa cintanya untuk Baihaqi bertamu di hati. Malangnya lelaki itu acap kali menolaknya. Membiarkan cintanya sepi di angin lalu.

“ I’m not. Abang risau pakwe Zana tu yang marah.” Baihaqi memuncungkan bibirnya ke arah seorang jejaka yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. Tajam matanya menikam wajah Baihaqi. Siapa yang tak marah kalau teman wanita menempek di lengan jejaka lain. Laju Rozana menghayunkan langkah ke arah yang ditunjuk Baihaqi lalu memeluk lengan jejaka tadi. Namun wajah kelat jejaka itu masih belum surut.

Baihaqi segera berlalu ke meja minuman. Dia tidak mahu menjadi penonton adegan pujuk-memujuk pasangan kekasih itu. Nanti tak pasal-pasal dia akan terseret sama. Lebih baik dia membasahkan tekaknya yang agak kehausan.

Dari jauh dia dapat melihat Rizal dan Suraya yang sedang berbual dengan satu lagi pasangan yang turut sama hadir ke majlis ulangtahun perkahwinan yang pertama sepupunya itu. Mesra sekali mereka berdua. Rizal memeluk erat pinggang isterinya. Kelihatan juga lelaki itu mengusap perut isterinya yang belum pun ketara kehamilannya. Indahkah perasaan menjadi seorang bapa? Nanti dia dan Rea pun akan semesra itukah? Atau masing-masing akan membuat hal sendiri. Adakah perkahwinan seperti itu? Perkahwinan yang kosong dan hambar. Entahlah.

Rizal melambaikan tangannya ke arah Baihaqi yang sedang termenung. Merenung apakah temannya itu.

“ su, abang nak jumpa Aqi kejap ye.” Rizal berbisik di telinga isterinya.

“ pergilah. Lagipun Su nak borak-borak dengan kawan Su kejap. Nanti Su join abang.”

“ amboi macam menghalau je.”

“ abang ni..” satu cubitan hinggap di lengannya.

Rizal ketawa kecil sebelum melangkah pergi menghampiri Baihaqi. Mereka berbalas senyuman.

“ maaflah bro. ramai sangat orang datang.” Rizal menyambar minuman di tangan Baihaqi. Setelah ternampak jus di gelas Baihaqi barulah dia terasa haus. Tadi sewaktu berbual tidak pula terasa.

“ kau memang. Beria suruh aku datang. Bila aku datang buat tak tau pulak.”

“ alamak.. janganlah merajuk bro. I didn’t mean it lah. Macam pondan pula nak merajuk-rajuk ni.”

Baihaqi tersenyum mendengarkan perkataan pondan yang lahir dari mulut Rizal. Dia teringatkan reaksi Rea seminggu yang lalu. Berkerut dahi kecil itu tatkala menjelaskan yang dia adalah perempuan bukan pondan.

“ dah sudah dah. Senyum sorang-sorang pula. Kau okay ke tak ni? Macam tengah biul je aku tengok.”

“ issh.. kau ni. dah banyak beli insurans mulut ke?”

Rizal tersengih. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikiran temannya itu. Mereka sudah lama bersahabat. Bukan sahaja sahabat tetapi umpama kembar yang berlainan ibu dan bapa sahaja. Segala kegusaran hati sepupunya itu pasti akan dapat dihidu. Begitu juga Baihaqi yang seolah-olah mempunyai deria yang mampu mengesan permasalahannya. Umpama satu jiwa dalam dua jasad berbeza.

“ kau macamlah tak biasa. Aku ni umpama bayang cermin kau tau tak. Celupar mulut aku maknanya mulut kau pun sama lah. Kita kan sama tapi tak satu rupa. Rupa aku hensem sikitlah dari kau.”

“ tak menahan betul ayat kau ni. Lupa nak bagitau mama kirim salam and ucapan tahniah. Dia ada hal malam ni dengan papa. Hadiah tadi tu mama yang bagi.”

“ hadiah dari kau mana?”

“ hehe.. aku tak sempat nak beli la. Busy sangat sekarang ni.”

Rizal hanya tersenyum. Bukan dia kisah sangat pun dengan hadiah. Yang penting dia dapat berkongsi kegembiraannya dengan mereka yang dia sayang. Keluarga Baihaqi umpama keluarganya sendiri.

“ Ijal.. aku nak kahwin.” Tersentak seketika Rizal tatkala mendengarkan pengucapan Baihaqi. Tak pernah pun mamat seorang ni membuat pengakuan yang setulus itu.

“ what? Biaq betoi hang ni? jangan dok wat lawok le.” ingatkan Baihaqi menunggu puteri merak kayangan turun meminang.

“ no. I’m not joking around this time. “ muka serius Baihaqi memberhentikan tawa Rizal.

“congratulations then. Who’s the lucky girl?”

“Rea Alyssa. Anak Ahmad Tarmizi.”

“ Aku kenal ke? Tapi macam familiar je dengan nama ayah dia tu.” Seperti nama yang amat dekat dengannya. Nama yang seolah membawa satu erti.

“ kau tak ingat ke? Ahmad Tarmizi dan Ari. Tragedi enam tahun dulu.”

Rizal terdiam seketika. Ari… baru dia teringat kembali. Kejadian yang memisahkan mereka bertiga. Kejadian yang menekan hati Baihaqi. Menyayat hati mama dan papa. Mengguris hatinya sendiri.

“ macam mana kau boleh jumpa balik dengan keluarga tu?”

“Amiruddin, the new department manager is his son. Dia yang minta papa bertanggungjawab.”
“that guy hah. Tak sangka pula. Tapi kenapa lepas enam tahun baru nak papa bertanggungjawab. Apa kena mengena pula dengan perkahwinan kau?”

“ Entahlah.. papa yang suruh aku kahwin dengan adik dia.”

“ kau sendiri macam mana? Nak tebus dosa Ari sampai kau berkorban? Perkahwinan atas rasa bersalah dan simpati.”

“tak...”

“ so what?” Rizal bersuara tak puas hati.

“ The very first time I saw her, I know that deep inside my heart..” Baihaqi terdiam seketika.

“ rancaknya borak. Cerita pasal apa ni?” Suraya yang sudah mengambil tempat di sisi suaminya mematikan terus perbualan mereka.

2 comments:

  1. uuuuuu..
    tragedi ape yg terjadi??
    aloo..
    baihaqi bru nk express feeling dye,,su datg..
    isk2...
    jatoh chenta ke aqi kat rea?
    jeng3..
    smbung2..

    ReplyDelete