Sunday, November 15, 2009

F.L.Y [1]

Laptop didepan dipandang. Jari yang rancak menaip dah berhenti. Merenung kembali apa yang ditulis.

Keyakinan yang tadi padu sudah bertukar irama. Ragu-ragu. Betul ke ni? buat ke tak? Alahai jiwa. Kacau betul.

Try je lah. Tak dapat, tak apalah. Kalau dapat? Layan je laa. Dia sambung apa yang terhenti.

Why do you want to date her?

It is not a date. I’m just asking for an outing. She can bring her friend along. I just want to get to know her better as I admire her voice so much.

Siang hari terbayang-bayang. Malam termimpi-mimpi. Asyik terngiang-ngiang suaranya. Sah dah kronik ni. kenapalah engkau hati. Terpikat pada yang tidak tahu siapa.

Page yang sama ditatap. Bismillah... dia click ‘send’. Taubat! Lepas ni dia tak akan buat kerja gila macam ni lagi.


Formation of atrial septa. First the septum primum (sickle crest) from the root of the common atrium into lumen. Ostium primum (an opening) lies between septum primum and the endocardial cushion.

‘ arghh..’dia jerit dalam hati.

Otak terasa bergegar. Yaaa... bab-bab developmental ni memang dia lemah. Banyak sangat nak kena ingat. Dah lah kejap nama ni, kemudian tukar pula. eii... stress.

Kepala yang terasa gatal digaru. Dia tukar posisi duduk. Bersila di atas kerusi biru. Mata sengaja dikebil-kebilkan seketika.

Sweet dreams-Beyonce berkumandang dalam telinga. Earphone dibetulkan. Rehatlah kejap. Refreshkan minda.

‘ banyaklah refresh! Study lah Naja’ suara hati sendiri.

Celoteh Hafiz dan Basil di Fly.fm membuatkan dia senyum sendiri. Dah lama tak telefon stesen radio. Lama ke? Baru dua hari kot Cik Naja oii. Walaupun dia tak telefon, request lagu dengan sistem pesanan ringkas tetap tangkas.

Lollipop-Big Bang menghentikan lagu Eminem. Handphone atas meja dipandang. Message ke call? Tu lah siapa suruh guna lagu sama untuk dua-dua tu. Lebih lima saat. Eh, calllah. Dia pantas mencapai handphone di sisi buku.

Fly.fm?

“ Yo! This is fly.fm night flight with Naja. Your song request is my command!”

Tawa dua orang jejaka DJ tu mengetuk ruang pendengaran.

“ wahh.. so fast ha. Potong line DJ ni.” Hafiz sambung gelak.

Dah sebulan lebih dia jadi pemanggil setia ke rancangan tu. Setiap malam memang ada suara dia sampai DJ berdua tu dah kenal dah. Dua hari ni je malas nak topup kredit.

“ Ngee... wassup dude? Did I won movie passes or you guys missing me so much.”

“ Both are not right. Guest what...” suara Basil pula.

“ could I request song?” sengaja dia pintas bicara Basil.

“ bad girl! I’m not finish yet laa.”

Haha. dia ketawa. Perfect timing betul mereka berdua ni. Masa tengah serabut dengan nota kuliah ni la, dia call. Boleh lepaskan stress.

“ Sorry Basil. Please don’t get mad. Ok. Seriously, why are you suddenly called me?”

“ phew... now only can talk with peace.” Basil mengeluh membuatkan dia ketawa lagi.

“ let me do the intro. Naja, we are from fly.fm night flight. You now on flirty at 10.30.”

What the..?? rahang dah jatuh dua inci. Flirty at 10.30? siapa pula yang nak menggatal dengan dia ni?

“ haha.. so sweet Hafiz? You want to date with me? no need in air laa.. just called me privately.” Dia tarik senyum.

“ weii.. so full of yourself laa. It is not me or not even Basil.”

“ so this is a prank call? I know that dude.”

“ Arghh.. Naja. Stop it. Let us tell you the whole story first and then you can get into.” Basil macam dah nak hilang sabar je.

“ before that, 1 last question. Did my friend send the entry?” tak mustahil kalau ada kawan-kawan yang nak kenakan dia.

“ noo.. okay. There is a dude, obviously, want to get a date with you. He said that he fall for your voice in the radio. Even us, the DJ there is no one fall over our voices. You are lucky I guest.”

“ that is true dude.” Basil dah menyokong kata-kata teman sekerjanya.

Nyaris handphone nak terlepas dari tangan. Biar betul?

“ hello Naja, are you still on the line.”

“ err.. I.. speechless... who is that poor guy?”

“ Ran, say hi to your dream girl.”

Saat telinga menangkap suara asing di hujung talian, dia ternganga. Mustahil.. mustahil.. Arghh... kenapa? Kenapa? Kenapa? Oii.. stop it Naja. Overreacting pulak.

“ okay dude. Look aa.. I am totally not in this kind of lovey-dovey things. And I definitely say no to your request.” Tergagap-gagap dia. English pun dah berterabur.

“ wooo... girl. He just say Hi and you already say No?” Hafiz bersuara tidak puas hati. Haha.. malam ni memang tugas cupid diorang tu tak mencapai targetlah.

“ sorry Hafiz! Your love arrow just don’t strike through my heart.” Di hujung kata dia gelak.

“ Naja! It actually not a date. Just an outing. You can bring along your friends. I just want to see you. In person. Not only listen to your voice in the radio.”

Outing? Alamak.. mamat mana-mana entah ni. Apa namanya tadi? Susah pula dia nak faham.

“ Dude... do you expect me to go out with somebody that I don’t even know who? Sorry to disappointed you but this thing is totally out of my mind.”

Dia tegaskan. Entah penyangak, entah penculik, tak akan dia nak senang-senang keluar. Main redah je? NO way!

“ just once?” masih nak cuba nasib.

“ Ya ALLAH. Dude... I. Don’t. Want.”

“ Naja... why? Poor this guy.” Hafiz dah campur tangan.

“ I just don’t get along with this lovey-dovey thing laa dude.” Suara dah nak naik ni.

“ oh no.. Naja, you don’t need to be serious. It just a date.” Basil masih cuba memujuk.

“ Noooo... I am sure that you don’t want to see me. I am abnormal. A physco. A super freak. A nerd. A... an alien..”

Pecah tawa ketiganya. Memang dia kalut cari idea nak menolak.

“ okay. Ran, she said that she don’t want and I hope you accept that.” Hafiz menghentikan perbualannya dengan mamat mana-mana entah tu. Mungkin dah sedar yang suaranya makin tegang.

“ before I go, do you put this conversation on air? Please don’t do that.”

“ why not?” Basil bersuara.

“ I got a bunch of friends listening to your radio. And they surely know who Naja is. You will drop my water face laa dude.”

Pecah tawa mereka berdua. Memang betul pun. Malulah dia nanti dengan kawan-kawan. Jatuh air muka nanti.

“ surely we gonna air this. It is very interesting. Right dude?”

“ yeah man!”

Oh no!!! malulah dia nanti...


Dating? No way. Ni memang luar syllabus dia. Tak kisah lah luar syllabus ke luar alam ke luar kotak ke luar biasa ke tapi memang totally bukan style dia. tak pernah seumur hidup dia keluar dating. Dah lah dengan mamat mana-mana entah. Penyangak Medan ke samseng Kampung Dusun ke dia mana tahu.

Dating? Hish.. haram. Sekali lagi dia geleng kepala. Memanglah mamat mana-mana entah tu suruh dia bawa teman tapi kalau dah istilahnya dating tu memang Haram. Kalau dalam Islam tak ada hokum ni sekalipun, ni memang prinsip dia. No dating-dating, no couple-couple, no lovey-dovey thing sebelum kahwin. Dia nak simpan cinta sesama manusia tu untuk bakal suaminya. Untuk bakal pembimbing rakan sebaya sepanjang usianya.

Dia bukan alim ulama. Kalau tanya hokum yang jarang-jarang pakai confirm lidah kelu. Tak tahu nak jawab apa. Kalau halal haram tu adalah juga yang dia tahu. Barang syubhah? Alamak ni pun dah keliru.

Tapi bila bercakap pasal Islam, tak perlukan jawatan tok imam, bilal, pak ustaz, tok kadi pun. Sebab Islam itu agama. Cara hidup penganutnya. Jadi sesiapa sahaja boleh berbicara pasal agama. Bicara pun apa yang dia tahu. Jangan apa yang tak tahu dibedal juga. Tu memang saja nak tempah tiket neraka.

Dia bukan pun sebaik-baik manusia. Baju pun tak semua ikut piawai. Tudung pula tak semua ikut standard. Kadang-kala ada juga solat yang terbengkalai. Memang sesal lah sebab tiang agama pun tak tertegak macam mana nak ada rumah di syurga nanti.

Mata yang tak sepatutnya tengok benda bukan-bukan pun kadang-kala lepas pandang juga. Tak berkelip bila tengok T.O.P BigBang. Padahal tu dah jadi zina mata dah. Tengok dengan perasaan berbunga-bunga. Rasa indah je makhluk ALLAH yang satu tu.

Bila bercakap, ada juga laghonya. Tak semua ada isi. Kalau dah ketawa memang kalah hantu Pontianak. Nak-nak bila berkumpul satu geng. Cerita zaman tok kaduk, zaman dalam stroller pun boleh keluar.

Tapi bila bab lelaki dengan perempuan ni dia memang tak boleh nak bukakan minda. Cinta tu tak salah tapi cara menzahirkan cinta tu yang tak betul. Perlu ke pegang-pegang tangan untuk tunjuk kita sayangkan dia. kalau suami isteri, tak kisah. Lagi pegang lagi banyak pahala. Ni yang belum ada apa-apa ikatan. Setakat diikat cincin pasangan stainless steel, tak diiktiraf tu.

Biar ada ijab, biar ada Kabul, baru boleh nak ajak keluar jalan-jalan di tasik madu.

Setakat ucapan I Love You, sayang sayang abang, tak sah. Tak diterima pakai dalam piawai perkahwinan.

Untuk kesekian kalinya dia geleng kepala. Setakat dengar suara boleh jatuh hati? Boleh tidur malam terngiang-ngiang suara? Hishy... Sah mamat mana-mana entah tu ada short wayar dalam otak. Lagi tak betul sebab buat proprosal ajak dating dekat radio. Memang gila.

Arghh... malas nak fikir pasal mamat mana-mana entah tu lagi. kena fikir macam mana nak hadapi dunia pula. walaweii.. you drop my water face!

p/s: English terabur? sorry sb memg lemah bab2 ckp english ni. best, x best? korg komen lah. so, enjoy!

Saturday, November 14, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [29]

Baihaqi meletakkan beg pakaian ke tepi almari. Matahari pun sudah mula nak bersinar terang. Rea masih elok berbungkus dalam comforter. Dia menuju ke katil. Duduk di sebelah Rea yang tertiarap.

“ abang... orang ok.”

Selepas hampir 15 minit Rea menangis di telefon, hanya satu ayat tu je yang dia mampu cakap. Ok? Kalau ok kenapa menangis tak ingat dunia.

Terus dia minta setiausahanya carikan tiket penerbangan balik dari Kuching ke Kuala Lumpur. Biar dah tengah malam sekalipun. Yang dia tahu, dia nak dan dia perlu balik.

Sekarang ni melihat Rea dia tertanya apa yang berlaku. Zahra pun tidak tahu. Kesian gadis itu yang terganggu dengan panggilannya lewat malam semalam sebelum penerbangan.

Tangannya mengusap rambut Rea yang terlena. Mata yang bengkak tak usah cakap lah.

“ Icha...” Dia tepuk pipi Rea perlahan. Macam biasa, memang susah nak bangun budak ni.

“ Icha sayang. Bangunlah. Abang balik ni.” bibir dia tersenyum.

Terasa pipi ditepuk perlahan. Sayup-sayup dia dengar suara Baihaqi. Abang? dah balik ke... Mata yang berat dia buka. Berbalam-balam nampak Baihaqi yang sudah tersenyum melihatnya.

“ abang!” tanpa sedar dia sudah dalam pelukan Baihaqi. Terasa macam air mata nak merembes lagi. Hailohh, tak kering lagi ke?

“ Sayang gaduh dengan siapa ni?” Baihaqi meregangkan pelukan. Ibu jarinya dah menyentuh hujung bibir Rea yang terluka.

Rea geleng kepala. Dia kembali merapatkan kepala ke dada Baihaqi. Saat ni dia ingin damai dalam pelukan Baihaqi. Baihaqi kaku membuatkan Rea malu sendiri. Macam tak nak peluk je. Selalunya Baihaqi suka.

Baihaqi sengih. Wajah baru bangun Rea memandangnya aneh. Mamai ke apa budak ni? Janganlah macam ni Icha. Don’t give me that look. Abang tak tahan ni.

Perlahan Baihaqi kucup dahi Rea. Dia berdoa dalam hati. Andai Rea menolak dia tak akan memaksa. Bibirnya menghala ke pelupuk mata Rea yang bengkak. Kedua-dua belah dicium lama. Kemudian turun ke pipi sebelum bertaut dengan bibir Rea. Hangatnya nafas Rea menampar wajahnya.

Rea yang tidak menolak membuatkan Baihaqi semakin berani. Sesungguhnya dia rindukan Rea. Seminggu tidak bertemu membuatkan rindunya menggunung.


Rea duduk di birai katil. Tidak mahu membalas pandangan Baihaqi. Dia tahu Baihaqi sedang merenungnya. Tapi dia segan. Malu dengan adegan pagi tadi. Ahh.. Baihaqi memang pandai cari peluang. Saat dia bersedih dan kerinduan, Baihaqi datang menghulurkan belaian. Dia pula tidak mampu menolak.

“ Icha, abang nak dengar cerita ni. Dari tadi senyap je. dah jadi patung cendana ke?”

Baihaqi duduk di sebelah isterinya. Terus merona wajah putih Rea. Haha.. dia sengih. Entah kenapa dia sukakan rona itu.

“ mana ada cerita.” Rea pandang ke sisi satu lagi. Mahu sahaja dia tolak Baihaqi jauh dari sisinya. Dia malu.

Bisu. Dua-dua membisu. Hembusan nafas yang menampar telinga membuatkan Rea terkedu. Mr. Qiqi yang melirik menggoda dipandang dengan hujung mata.

“ abang kenapa?” Rea bingkas bangun sebelum tangannya ditarik Baihaqi. tidak sedar yang dia sudah di ribaan sang suami. Malahan sudah dikunci ketat menghalang dia lari.

“ kenapa sayang abang ni menangis semalam?” Baihaqi kembali kepada persoalan asal. Tidak mahu terus terbuai dengan keinginannya yang membara.

“ tak ada apa-apa.” Rea cuba mengelak. Alasannya terlalu bodoh. Menangis sebab kena penampar? Dia bukannya lemah sangat. Menangis sebab dihina? Ye lah kot.

“ Baik cerita. Kalau tak, abang takut jadi macam pagi tadi je.”

Erkk... tatkala bibir Baihaqi mencecah pangkal lehernya, Rea terkelu.

“ abang! Orang nak ceritalah ni.” Dia menolak dada Baihaqi. Dia tarik nafas dalam. Mahu berkongsi rasa dengan Baihaqi.

Belum sampai separuh cerita terasa tangan Baihaqi yang melingkari pinggangnya semakin longgar. Dah lah lelaki itu diam membisu. Dia bangkit dari ribaan. Tersenyum melihat Baihaqi yang sudah tersengguk kecil.

Mesti suaminya itu penat sampai boleh tertidur. Dengan dia di pangkuan. Macam mana ni?

“ abang...” dia pegang tangan Baihaqi.

“ ehh.. dah habis ke?”

“ abang tidurlah dulu. Penat sangat nampak.”

Laju Baihaqi memanjat katil. Berbaring selesa sebelum menarik tangannya sekali. Hampir sahaja dia terjerit.

“ Ya ALLAH. Dok meronta ni kenapa? Sekarang Icha dah naik pangkat jadi bantal peluk rasmi abang.” Baihaqi mengeraskan pelukan.

Naik pangkat jadi bantal peluk? Sebelum ni kain buruk ke?

Dia berhenti meronta. Merenung wajah Baihaqi yang sudah memejamkan mata. Rasa bersalah kerana membuatkan Baihaqi keletihan sebegitu. Mesti lelaki itu kerisauan semalam.

Cupp... dia terkedu. Serangan hendap lagi. Ingatkan Baihaqi dah tidur. Eh eh, boleh pula tersenyum dengan mata yang sudah terpejam tu. Suka ye.

Dia dekatkan wajah ke wajah Baihaqi. Bibirnya menyentuh bibir Baihaqi. Membulat mata Baihaqi. Dia pula pejamkan mata. Segan! Dia tarik balik bibirnya.

“ sayang abang dah makin berani ye.” Terasa pipinya ditarik Baihaqi.


Datin Sofea yang merenungnya pelik dipandang. Dia angkat kening. Wanita itu hanya geleng kepala sebelum berlalu keluar dari dapur. Dia pula yang rasa pelik. Apa kena dengan mama?

“ Aqi. Apa buat anak orang macam gitu sekali?”

Suara Datin Sofea yang menegur Baihaqi di meja makan menerjah telinga. Anak orang mana? Buat apa? Ni yang nak pasang telinga ni.

Rea menikus di tepi pintu dapur. Tanpa sedar gelas yang tadi diambil dibawa ke mulut. Cuba sedaya upaya memasang telinga. Tak apa ke?

“ buat apa ma?” Baihaqi yang sedang menyuap nasi ke mulut berhenti seketika. Mama ni laa. Baru je balik dah nak start membebel. Rea ni mana? Orang suruh ambil gelas, dia pergi beli gelas ke. Nak tercekik dah ni.

“ ye la. Baru seminggu tak jumpa, sampai lebam bibir Rea. Aqi gigit ke apa?”

Datin Sofea duduk di bangku sebelah anaknya. Balik pagi tadi, terus Baihaqi menghilang ke bilik. Dah dekat pukul tiga baru nampak muka. Tu pun sebab lapar nak makan tengahhari. Turun dari bilik, hujung bibir Rea dah nampak lebam. Semalam tak ada pun.

“ mana ada ma. Bibir dia tu bukan Aqi yang buat. Dia jatuhlah.”

Rea yang mencuri dengar terasa malu. Ketara sangat ke lebam di hujung bibir. Nasib baik Mr. Qiqinya pandai cover. Kalau mama tahu dia bergaduh semalam mesti teruk kena leter. Tapi sekarang mama dah salah sangka. Sebab tu kot pandang dia macam alien kepala tiga je tadi.

“ yang kat leher tu, jatuh juga?” Datin Sofea masih tak puas hati. Risau anak terunanya ganas sangat.

“ tu Aqi buat ma. Over excited sikit pagi tadi.” Baihaqi tebar sengih. Malu juga dengan mama yang menyoal macam polis je ni. Macam mana tak teruja sakan, first time tu.

Rea tengok leher sendiri. Ishh... macam mana tak perasan ni. Tu lah, tengok cerminnya jarang. Macam mana nak cover ni? Baju t-shirt yang dipakai pun leher bulat. Tak ada kolar. Kalau berkolar boleh juga tutup sikit-sikit. Belum sempat fikir, Baihaqi dah menyeru namanya.
Alamak, gelas air.

“ lamanya ambil gelas. Nasib baik tak tercekik je.”

Rea pandang sekeliling. Mama dah tak ada. Ke ruang tamu kot. Baihaqi yang merenungnya dikerling sekilas. Air kosong dituang ke dalam gelas.

“ tengok apa?” Baihaqi menyoalnya pelik.

“ tak ada apalah. Nak nasi lagi ke?” dia soal Baihaqi balik.

“ ni pun tak luak lagilah. Duduk lah makan sekali.”

Rea duduk. Baru teringat yang mereka baru nak mula makan tadi sewaktu dia berlalu mengambil gelas di dapur. Baihaqi yang tersengih-sengih dipandang geram.

“ kenapa?”

“ Tak ada apa. Nak lagi tak?”

Rea kerut dahi. Nak apa? Hantar isyarat mata je. Malas nak buka mulut.

“ Macam pagi tadi.” Serentak itu Baihaqi kenyit mata.

Arghh... gatalnya. Sekeh kepala tu karang.

Friday, November 13, 2009

(i)

Balada seorang aku

Otot jemari yang rancak menaip terhenti. Sel-sel neurons yang ligat berfikir aku ‘pause’kan. Aku pejamkan kedua bebola mata yang sudah kelayuan . sejenak aku berfikir. Menelusuri perjalanan hidup semalam. Cuba mencari sebuah kebenaran. Lalu ia terdetik dalam benak pemikiran. Atas dasar apa aku menulis?


Demi sebuah nama. Semegah sasterawan negara. Seantero Malaysia mengenalinya. Adakah aku punya bakat sebesar itu? atau adakah aku hanyalah penconteng picisan? Yang banyak melangut di tepi jalan. Umpama buih-buih di permukaan lautan. Sesungguhnya aku tak perlukan pengiktirafan. Kerana aku menulis untuk mengisi ruang kosong dalam kehidupan. Adakah aku menulis untuk wang? Oh tidak. Kerana karya online adalah percuma. Tidak ada caj tersembunyi. Malahan aku juga menikmati internet percuma. Aku menulis bukan kerana nama.


Otot jemari yang rancak menaip terhenti. Sel-sel neurons yang ligat berfikir aku ‘pause’kan. Aku pejamkan kedua bebola mata yang sudah kelayuan . sejenak aku berfikir. Menelusuri perjalanan hidup semalam. Cuba mencari sebuah kebenaran. Lalu ia terdetik dalam benak pemikiran. Atas dasar apa aku menulis?


Aku menulis bukan kerana kamu. Bukan juga kerana mereka. Aku menulis apa yang terlakar dalam minda. Pada setiap bait ayatnya, aku temui ketenangan. Pada setiap tanda noktahnya, aku ukirkan senyuman. Pada setiap helaian naskahnya aku temui kebahagiaan. Lalu perlu alasan apa lagi? aku menulis untuk kepuasan diri sendiri. Kekadang aku terfikir juga, adakah kamu rasa apa yang aku rasa?


Aku pejamkan mata. menelusuri liku-liku kehidupan. Melewati kembali masa yang tidak akan mampu diulang. Lalu aku terpaku.


Apa yang aku tuliskan bukan sekadar bacaan. Bukan sekadar cerita dongengan. Aku punya misi. Bukankah hidup ini sebuah perjuangan. aku bertanggungjawab atas setiap abjad yang aku tuliskan. aku mahu sampaikan makna yang mendalam. Tapi adakah kau dapat huraikan apa yang aku sembunyikan? Adakah kau mendapat manfaat? Atau kau hanya membuang waktu untuk tulisanku? Adakah aku melekakan kamu?


Ohh.. harapan nak mencapai langit, gunung Daik pun tak terdaki. Aku berharap kau memahami simbolik tulisan, tapi nampaknya kau hanya mencari keseronokan. Lalu perlukah lagi aku mencoret angan-angan?


Jemari ku berhenti. Aku merenung kembali. Biarlah aku teruskan perjuangan. menyelitkan simbolik perbuatan dalam tulisan. Menambahkan nilai kemanusiaan dalam tulisan. Mendekatkan kamu dengan Pencipta Alam. Andai aku menyimpang, andai aku tersalah jalan, bimbing aku kembali. Kerana apa? Kerana aku bertanggungjawab dalam setiap apa yang aku ukirkan. Semoga ALLAH mengetahui apa yang tersirat dalam lubuk hati ku ini....

p/s: InsyaALLAH esk ad entry SGHM. F.L.Y pun nak stat masuk panggung gak.

Sunday, November 8, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [28]- last entry..

sorry u all. this will be the last entry...

last entry before my exam... ngee~~~ suspen x?hehe... marah ke? jgn marah nanti cepat tua....

monday until friday ni, everyday ada paper exam. so memg tak sempatlah nak menaip entry. so, hope korg bersabar ye! jumpa Rea & Aqi next week. InsyaALLAH...

laptop akan dibungkus kemas. masuk dalam laci tutup rapat-rapat. mangga sekali. after exam br buka... ngee~~ hyperbola je ni.

tolong doakan cik penulis ye. moga beroleh kelapangan dalm jawb exam. moga beroleh kejayaan dunia akhirat.

so, enjoy!

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [28]

Wah penatnya. Dia menggeliat perlahan. Alhamdulillah, urusan kerja di sini Allah permudahkan. Esok dah boleh balik. Teruja. Rindunya pada masakan mama. Tapi lebih rindukan dia kan? Haha, suara hati berbisik membuatkan dia tersenyum.

Handphone diatas katil hotel dicapai. Jam sudah pukul 10 malam. Harapnya Rea tak tidur lagi. budak tu bukan boleh agak. Duduk sorang-sorang dalam bilik entah-entah dah hanyut dalam mimpi.

Lama menunggu panggilan disambungkan tapi tak ada yang menjawab. Didail sekali lagi. entah-entah memang si Rea ni dah tidur. Panggilan kedua pun tak dijawab. Tidur mati ke ni? Dia mencuba buat kali ketiga. Perasaan risau dah mula bertandang.

“ abang...” Ingatkan bila Rea dah jawab hatinya senang. Ni makin parah sebab tangisan Rea sudah berlagu-lagu.

“ Icha, kenapa ni?” Baihaqi dah bernada cemas.

“ abang...” tangisan Rea sudah semakin kuat. Makin berlagu. Macam mana ni? Soalan tadi pun tak dijawab.

“ Sayang, sabarlah. Menangis macam ni sekali kenapa?” Baihaqi cuba memujuk. Walau tak tahu hujung pangkal isterinya begitu.


Rea berjalan laju ke perhentian bas. Pak Mat kata dia datang lambat sikit sebab nak hantar mama ke rumah kawan dia dulu. Zahra dah pun balik. Teruja semacam sebab kakak dia baru balik dari Korea. Teruja nak belek buah tangan dari sana.

Dia melabuhkan duduk. Handphone dikeluarkan dari poket baju kurung. Earpiece disumbat ke telinga disebalik tudung. Hari ni tiba-tiba rasa rindu nak dengar Fly.fm. Dah selalu dengar sewaktu naik kereta dengan Baihaqi. Celoteh Hunny Madu mengetuk gegendang telinga.

Wallpaper handphone ditatap. Gambar syok sendiri Baihaqi masih setia di situ. Seolah-olah tersenyum nakal padanya. Tiba-tiba terasa rindu. Alamak! Bahaya ni.

“ senyum sorang-sorang ke sayang?”

Dia pantas berpaling. Ishk.. mamat ni lagi. menggangu ketenteraman awam betul. Sayang? Loya tekak. Rea halakan pandangan ke depan. Cepatlah Pak Mat. Dia malas nak duduk menghadap muka mamat ni.

“ sombonglah you ni. kitakan sekelas, tapi tak pernah pun borak-borak.” Zackri dah melabuhkan duduk di sebelah. Rea jeling tajam. Tak suka.

“ you duduk mana? I boleh tolong hantarkan. Kalau nak singgah mana-mana pun boleh.”

Ahh, lelaki ni laa. Lembut gigi dari lidah, lembut rahang dari gusi. Ingat aku perempuan murah ke senang-senang nak tumpang buaya macam kau tu.

“ You ni cantik tapi sombong sangatlah.”

Pap... Tangan Zackri yang menyentuh hujung tudungnya diketuk dengan handphone. serentak itu dia bangun dari duduk. Ni dah lebih dah ni. Zackri pula masih tersenyum sinis.

“ I sukalah hot chick yang jual mahal macam you ni. more challenging.”

Hot chick? Aku bukan anak ayamlah. Ayam berkepak dengan manusia yang bertangan ni pun dah tak boleh nak bezakan ke? Geram dah ni.

“ jom sayang. Kita keluar. Malam nanti I send you back to your house.” Zackri dah berjalan menghampirinya.

“ hei Zackri. Ingat aku ni murah sangat ke? Sorry sikit eh. Jaga mulut kau tu.”

“ Ala Rea. Semua orang dah tahu lah. You tu first day dah buat kontroversi depan fakulti. Berkepit dengan sugar daddy you je. Ingat pakai baju kurung orang buat tak nampak ke perangai you tu.”

“What? Sugar daddy kau cakap. Dia husband aku lah.” Jantan ni memang tak guna. Rasa nak tampar je.

“ husband? Ok. Malam ni biar aku pula jadi husband kau.”

Pang! Lima jari dah melekat pada pipi kiri. Jangan nak menghina ikatan suci kami Zackri.

Zackri pegang pipi sendiri. Sengalnya rasa. Rasanya dah merah pipi ni. Rea memang dah mencabar kesabarannya. Sengaja cari penyakit. Dia mencapai tangan kanan Rea.

Weh, apa ni? Ingatkan dah terkelu dengan penampar sebijik tadi. Rasanya berdesing juga telinga dengan penamparnya tadi. Nak buat apa ni? sembur mata dia dengan air lada.

Air lada?... err, aku mana ada bawak tu. Perfume... lagilah tak ada. Ridsect... gila apa bawak pergi kelas benda tu. Tapi kalau dia tahu akan jadi macam ni, memang dia angkut walau gila tak gila. Jantan sorang ni lagi gila.

“ lepaskan aku!” tangan cuba direntap dari pegangan Zackri. Confirm berbiratlah tangan dengan cengkaman kuat lelaki itu. Tangan kirinya pula dipegang. Alamak! Dua-dua dah kena pegang ni. Ya ALLAH, tolong aku.

“ only after I got a kiss from you!”

Amboi, dah lebih dah ni. Baihaqi pun tak dapat free. Saat muka Zackri makin mendekat, dia nekad. Kaki kanan diangkat kemudian dihentak kuat ke kaki Zackri.

“ woi.. adoii!” kedua tangan dah terlepas.

Zackri terlompat-lompat memegang kakinya. Siapa suruh pakai selipar datang kuliah. Kena hentak dengan sandal bertumit kan sakit. Tambah-tambah kaki besi macam aku ni. Nasib aku tak pakai kasut bola. Maunya berlubang kaki.

“ Hubby...” ada suara manja yang menyapa telinga.

Rea pandang muka masam Sallina yang laju menghampiri Zackri. Ni baru hubby Haram. Aku dengan Baihaqi hubby Halal tau.

“ eii pompuan. Kau ni buat apa ni hah? Hubby buat apa dengan dia ni?” Sallina dah menempel pada lengan Zackri yang dah berhenti melompat.

“ Honey. Dia yang goda I. I dah nak pergi tapi dia pegang-pegang I. I tak nak.”

Yaaa... kenapa cerita dah masuk versi lain ni. Versi cik Tan berekor. Sallina dah merenung tajam. Kalau mata dia macam mata Cyclops dalam X-Men tu gerenti dah rentung terbakar. Tak sempat jumpa Baihaqi. eh jangan...

“ kau ingat kau tu cun sangat ke? Nak goda boyfriend orang lain kenapa?”

Ya ALLAH. Sallina oii. Hang dah rabun ke? Tu lah, siapa suruh pakai contact lens warna pink. Dah tak nampak muka Zackri yang ada Hi-5 merah tu. Yang tadi dok terkinja sebab kaki rasa macam nak meletup sakit. Tak akan lah nak menggoda sampai tertampar pula. Tak tahu pula ada teknik sepak-menyepak, tampar-menampar dalam menggoda lelaki.

Pang... Rea pegang pipi. Sakit juga kena penampar minah ni. Serang hendap. Memang dia tak boleh nak elaklah. Lain kali tu, bagilah warning dulu cik Sallina oii.

“ woii...” Rea tertolak ke belakang. Eh, kenapa minah ni nak naik angin pula ni.

“ kau ni kan. Harap pakai macam alim ulama tapi perangai macam sial. Ayah kau tak ajar ke?”

“ Ayah aku, kau tak payah nak sibuk.” Rea genggam tangan. Tak nak cari pasal. Kang esok masuk surat khabar, pelajar universiti masuk hospital dibelasah classmates.

“ Budak kampung, entah dari manalah kau ni datang. Dapat bapak ayam kaya terus nak eksyen. Sedar diri sikit. Pakai tudung tapi gatal nak mampus.”

Rea tak sempat fikir. Yang dia tahu tangan kanan dia dah mencekup rambut karat Sallina. Terjerit-jerit perempuan tu di perhentian bus yang memang sunyi. Tangan Sallina dah menampar mukanya lagi. Kali ni lebih sakit. Mulut Sallina becok menyumpah.

“... pompuan gatal. Ayah kau pun tak guna macam kau jugak..”

Rea terhenti. Jangan hina ayah aku! Dia rasa berdosa. Tak mampu nak pertahankan maruah ayah. Tiba-tiba air mata dah bergenang. Rasa marah sudah bertukar sayu. Nak ayah!

Sallina merentap tudungnya. Tercabut pin yang elok duduknya. Serentak itu juga tangan kanan menampar pipi Sallina. Kuat. Dia yakin sebab Sallina terus terduduk. Zackri yang dari tadi terkaku di hujung bangku menerpa pada teman wanitanya itu.

Rea kutip pin dan berlari. Dia ingin jauh dari situ. Maruahnya terasa dipijak-pijak. Sanggup seorang wanita memperlakukan kaum sejantinanya begini. Saudara Islamnya sendiri.

“ Pak Mat, orang balik sendiri.” Telefon dicampak ke dalam beg. Dia terduduk di bahu jalan.


Rea menekup muka dengan bantal. Masih lagi menangisi kejadian siang tadi. Sewaktu dia balik tadi mama tiada di rumah. Terus dia berlari ke bilik. Menyembunyikan diri. Sampailah sekarang.

Pada mama dia katakan yang dia sudah kenyang. Dia tidak mahu mama risau. Walaupun hakikatnya mama sudah pun risau dengan dia yang mengurungkan diri.

Abang... saat ni itu sahaja yang dia nak. Dia nak abang.

My chemical romance menjerit di hujung katil. Dipandang sayu. Berkelip-kelip handphone hitam tu. Kemudian terhenti sendiri. Dia tarik nafas panjang.

Kali ketiga berdering, dia capai juga. Abang! air mata semakin laju menitis.

Saturday, November 7, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [27]

Nota kuliah disisipkan ke dalam beg. Pen yang berterabur atas meja dimasukkan ke dalam bekas pensel putih.

“ Jom gi makan wei. Aku lapar lah.” Zahra yang tersengih di sebelahnya dipandang.

Jam di tangan dikerling sebelum dia mengangguk kecil. Belum pun tengahhari. Awal lagi. Hari ni pensyarah membatalkan kelas. Ada hal peribadi katanya.

“ Rea, kenapa si Zackri tu selalu tengok kau pelik je?” Zahra bersuara dalam perjalanan ke kafeteria.

“ Eh ye ke? Tak perasan pun. Aku macam kampung sangat kot.” Bukan tak perasan tapi malas nak ambil peduli. Buaya darat macam dia tu bukan boleh dilayan.

“ adakah kau mengatakan bahawa berbaju kurung itu kekampungan? Oh no! Kau dah menghina aku Rea.”

Rea mengecilkan mata. Zahra ni la. Drama queen betul. Dah lah kecoh macam merak kena curi ekor.

Rasanya dalam kelas yang hampir 30 orang tu, ada berapa kerat je budak perempuan berbaju kurung. Sudah semestinya termasuk dia dan Zahra. Yang lain macam-macam fesyen ada.

“ dah dah. Kau ni bising la Zara.” Dia menarik tangan Zahra ke meja hujung. Agak jauh dari pelanggan lain.

“ Mak cik, kau tak nak makan ke?” Zahra menyoal. Buku di tangan beralih ke meja. Rea sudah pun melabuhkan duduk di kerusi.

“ Tak nak lah. Kau gi lah order.” Sekejap lagi dia dah nak balik. Boleh makan kat rumah. Mama masak lagi sedap pada kafe ni. Duduk di sini pun sebab meneman Zahra yang dah berkerut muka kelaparan. Sambil-sambil menunggu Pak Mat datang jemput.


“ Abang Qi!” laungan seorang gadis membuatkan Rea mengangkat muka. Gadis yang berbaju kurung pink berselendang lilit-lilit mendekati.

“ Zara, baru je abang nak telefon awak. Nak mintak tolong.” Baihaqi tersenyum pada gadis itu. Rea turut membalas senyuman gadis itu.

“ Ah abang. Ibu tanya kenapa lama dah tak datang rumah. mentang-mentang dah kahwin lupakan saudara ye. Abang buat apa kat sini?”

Tadi dia ingatkan siapalah yang buat drama swasta depan fakulti ni. Tapi kereta dan lelaki yang sedang berbicara dengan pasangannya seperti biasa dilihat. Apabila diamati rupa-rupanya sepupunya. Yang menjadi kemusykilan, siapa gadis di sisi Baihaqi ni?

“ Tu yang abang nak mintak awak tolong. Ni Rea, awak tak pernah jumpa lagi kan?”

Rea sengih sambil menyambut tangan gadis berbaju pink yang dia belum tahu namanya. Yang kedengaran Baihaqi sebut Zara.

“ Rea? Bini abang ek?” Laa, ingatkan anak mat salleh mana yang Baihaqi culik. Sewaktu Baihaqi kahwin, dia sedang bercuti di luar negara. Yang dia tahu, ibu cakap abang sepupunya tu kahwin dengan gadis kampung dari Johor. Dan yang di depannya ni memang tak ada rupa kampung langsung.

“ Nama kita Adna Zahra, panggil kita Zara je. Kita sepupu abang Aqi. Anak Achik Sakinah.”

“ Nama saya Rea Alyssa. Rea je.” Rea senyum. Owh sepupu. Achik Sakinah? Adik mama.

“ Zara, tolong tengokkan sayang abang ni ek. Apa-apa report kat abang. Nanti abang bagi gaji kat awak sebagai body guard Icha abang ni.” Baihaqi kenyit sebelah mata.

Rea dah terasa mukanya membahang. Qiqi ni lah. suka malukan dia depan orang lain.

“ ye lah. Jom masuk kelas. Kita samakan?” Zahra tarik tangan Rea. Baru dia ingat semalam ibu ada beritahu yang isteri Baihaqi ambil kursus sama macam dia.

Rea mengikut langkah Zahra yang dah ke depan sambil menarik tangan kanannya. Lambaian Baihaqi dibalas dengan tangan kiri.

“ Kau orang Johor kan?” Zahra menyoal setelah mereka duduk di penjuru kiri kelas.

“ A’ah. Dekat Muar.” Rea lepaskan beg sandang dari belakang.

“ kau kacuk ke?” Zahra sudah mengadap mukanya.

“ err...” Ketara sangat ke? Gen ibu memang banyak menyumbang dalam DNA dia berbanding abang-abangnya.

“ Mak kau orang mana?” minah ni lah. banyak mulut betul.

“ Belanda. Tapi dia dah tak ada. Aku nampak pelik ke?” Rea kerut dahi.

Zahra tenung gadis yang sedang duduk itu. Berkulit putih kemerahan. Ketinggian yang hampir 170 barangkali. Kurus tapi punya potongan badan yang menawan. Err.. menawan? Ye lah kot. Walaupun berbaju kurung dan bertudung tapi memang rupa mat salleh dia tu tak dapat nak disembunyikanlah.

“ pelik, tak lah. Kau tu ‘hot’ tau.”


Zahra yang meletakkan pinggan di meja mengejutkan Rea dari lamunan. Tak sedar macam mana dia boleh terimbau saat pertemuan pertama mereka.

Aroma nasi goreng pattaya menjamah hidung. Selama beberapa kali dia meneman Zahra makan, memang itu je lah menu gadis itu. Tak bosan ke asyik makan benda sama je.

“ pattaya lagi. Kau ni lama-lama muka pun macam pattaya.”

Zahra yang sedang mengunyah mengherotkan bibir. nasi ditelan sebelum membalas kata-kata Rea.

“ Tak pe lah. Aku suka. Kau tak tau kenapa aku suka makan pattaya. Sebab Jesadaporn Pholdee la. Dia hensem.”

Aik? Mamat mana pulak ni.

“ kau tak kenal dia ke? Weii, drama Soda and Ice Tea tu popularlah. Nama dia Pataya dalam cerita tu.”

Err.. apa-apa lah minah oi. Seingatnya Zahra gila Korea. Tak tahu pula Thailand pun dia sebat jugak.

“ excuse me girls. May I join you?”

Rea toleh belakang. Tengok siapa yang rajin nak menyapa mereka di meja makan.

“ Assalamualaikum.” Rea senyum. Seketika muka insan tadi kelat. Zahra dah nak terkekek ketawa.

“ meja lain banyak lagi. Tu kosong. Kami bukan sombong, tapi nanti apa pula orang kata.” Rea menunjuk ke arah meja lain yang masih kosong. Gatal je nak duduk semeja.

“ Sombongnya dia. Macamlah kita nak ngorat.”

Eh eh mamat ni. nak kena cepuk dengan aku ke?

“ Kalau tak nak ngorat, duduklah.” Zahra bersuara membuatkan Rea pelik. Aik, sejak bila minah ni jadi gedik semacam.

“ Jom Rea. Bye-bye. Duduklah puas-puas kat meja tu.” Zahra bangun. Senyuman Zackri yang baru nak mengutum terus padam.

Rea angkat beg. Tak perasan Zahra dah habis makan. Baru nak buat hipotesis yang Zahra dah buang tebiat ajak Zackri makan semeja. So, Zahra si anti-buaya masih waras lagi.

Keluar je dari kafe, dua-dua dah menekan perut. Senak sebab ketawa kuat sangat. Tak boleh lupa muka bengang campur malu Zackri. Jatuhlah saham mamat tu.

“ confirm lepas ni dia tak berani lagi nak kacau kita.” Zahra menyeka mata. Sampai terkeluar air gara-gara ketawa tak ingat dunia.

“ tak pe ke weii? Classmate kita tu.” Rea pandang muka Zahra yang sudah berhenti gelak. Masing-masing balas pandang. Dua-dua juga dah menguntum senyum.

“ naa... lantak dia lah.” Dah sambung gelak balik.

“ siapa ambil kau ni?” Zahra berdiri memerhatikan Rea yang sudah melabuhkan duduk di bangku menunggu.

“ Pak Mat.”

“ Abang Aqi tak balik lagi?”

Rea angguk. Dah tiga hari Baihaqi ke Sarawak menguruskan projek syarikat di sana. Lagi empat hari baliklah tu. Tiba-tiba rasa rindu.

“ aku balik dululah wei. Bye!” Zahra sudah berlari ke kereta kakaknya yang baru sampai.

p/s: a bit boring i think. Aqi rehat kejap untk entry ni. enjoy ye.

Thursday, November 5, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [26]

Hujung minggu akhirnya tiba. Masa untuk merehatkan minda. Baru minggu pertama tapi penatnya boleh tahan jugalah. Matanya melilau melihat orang ramai yang agak sesak di Times Square ni.

Eh... Cantiknya. Matanya seakan terpaku pada koleksi kasut bola yang tersusun elok pada rak. Tiba-tiba terasa genggaman pada tangannya terlerai. Baihaqi yang berjalan di hadapan sedang bercakap di telefon. Tangan kanan yang menggenggam jemarinya kini sudah memegang handphone.

Rea berhenti. Baihaqi seolah-olah tidak sedar yang mereka semakin jauh terpisah. Yes! Rea menapak ke arah kedai kasut tadi. Dari tadi Baihaqi menarik tangannya membataskan keinginannya untuk melihat apa yang menarik hati.

Dia terpaku di luar cermin. Kasut merah berbelang hitam itu menjadi santapan mata. Dia tak nak masuk ke dalam takut Baihaqi tidak nampak dia di sini nanti. Cantiknya. Harganya pun cantik juga.

“ Icha!” Terasa ada tangan melingkari pinggangnya dari belakang. Dia toleh ke belakang.

“ kenapa tak ikut abang? kalau hilang kan susah.” Baihaqi dah mula nak membebel.

Rea mencebik. Macamlah dia anak kecil. Dia dah besar. Dah jadi penuntut kolej pun. Lagipun handphone kan nada. Kalau hilang bukannya tak boleh telefon.

“ auchh..” perit pipinya. Baihaqi sengih.

“Jom. Nak makan apa ni?” Baihaqi sudah menggengam tangannya. Menarik kakinya mengikut jejaka itu.

“ makan KFC nak tak?” Rea sudah seiring dengan Baihaqi. Lengan kanan Baihaqi sudah dipeluk erat. Muka Baihaqi dipandang dengan mata yang bersinar-sinar.

“ tak payah lah pandang abang macam tu.” Tangan kiri Baihaqi sudah mencubit pipinya.

“ Abang! sakitlah. Lama-lama gelebeh pipi orang.” Rea menggosok pipi sendiri. Dada Baihaqi yang tersengih disiku.

“ alalaa...” Baihaqi sudah memeluk bahunya. Lelaki itu tidak mempedulikan langsung mata-mata yang memandang mereka.

Rea menarik muncung. Kedua tangannya disembunyikan dalam poket jeans. Baihaqi yang memeluk bahunya dibiarkan. Melangkah selari menuruni escalator ke tingkat bawah.

“ Abang, orang nak x-meal deluxe. Tambah cheesy wedges tau!” Rea berlalu ke meja yang kosong. Nasib baik orang tak ramai. Tak adalah sesak sangat KFC ni. Baihaqi beratur menunggu giliran.

Baihaqi meletakkan dulang di atas meja. Mata Rea sudah bersinar-sinar. Ermm... dah lamanya tak makan. Set makanan dikeluarkan dari dulang. Baihaqi sudah berlalu untuk membasuh tangan.

“ Icha ni comot lah.” Tangan Baihaqi menyapu hujung bibirnya yang sudah terkena sos. Xinger burger tu terlalu besar untuk mulutnya. Dia senyum sumbing.

Pepsi disedut. Ya ALLAH, kenyangnya. Baihaqi masih mengunyah French fries yang tinggal separuh. Cheesy wedges pun masih belum berusik. Tadi tamak sangat. Sekarang dah kenyang.

“ Icha, makan tu. Habiskan.”

Rea menggelengkan kepala. Mulut dikembungkan. Kenyang sangat dah ni.

“ Abang lah makan... orang dah kenyang sangat ni.”

“ tapaulah. Abang tak suka makan tu.”

“ Abang, kawan abang ke tu?” Jari telunjuk Rea mengarah kepada satu meja di hujung. Dari tadi lagi dia perasan yang penghuni meja tu asyik benar merenung Baihaqi.

Baihaqi menoleh ke belakang. Insan yang merenungnya tersenyum sambil melambai tangan. Erkk... segera dia memandang muka Rea.

“ Dah habis makan kan. Jom lah.” Rea pandang muka Baihaqi yang agak merah.

“ orang basuh tangan dulu.” Rea bangun. Menuju ke sinki sebelum berlalu ke kaunter. Dengan plastik di tangan dia kembali ke meja.

“ Icha cepatlah.” Baihaqi sudah bersedia nak bangun.

“ Jom lah.” Rea membimbit chezzy wedges yang belum berusik. Tak baik membazir.

“ Bye bang!” Insan yang tadi merenung Baihaqi menegur tatkala mereka melintasi mejanya. Errr... Rea sengih sumbing. Baihaqi pula buat-buat tak dengar. Menonong ke depan.

“ Abang, kenapa dia tegur abang?” Rea tergelak kecil. Merenung muka Baihaqi yang sudah merah.


Vibration handphone dalam poket kanan memaksa Baihaqi melepaskan tangan isterinya yang digenggam sejak dari mula melangkah tadi. Dia menjawab panggilan dari Rizal sambil berjalan. Tidak sedar yang Rea dibelakangnya sudah melangkah ke arah lain.

“ okay. Show me that tomorrow. See you then.” Handphone dikembalikan ke dalam poket.

“ Icha.. nak makan kat mana ni?” tangannya kembali menyambar tangan disisi kanannya. Eh, apasal macam besar je tangan ni?

“ bang.. Apa pegang-pegang ni.” pautan dilepaskan.

Erkk.. Baihaqi toleh ke belakang. Alamak ai. Minah celup mana pula lah ni. Dia senyum malu memandang si baju pink bersama kawan-kawan sejenisnya.

“ sorry ye. Tak sengaja.” Baihaqi sudah berkira mahu melarikan diri.

“ eh tak pe bang. Abang hensem pegang, saya rela bang.”

Loya tekak Baihaqi. Rosak mood hari ni. Nasib baik tak berdosa pegang kaum sejantina. Kaum sejantina yang dah beralih arah. Suara dah lah garau semacam.

Baihaqi melangkah pergi. Dia sudah nampak kelibat Rea yang sedang berdiri di hadapan kedai Adidas.

“ Bang, sombongnya dia. Malas mak layan nyah.” Rakan-rakannya sudah tergelak. Gelak garau yang cuba dimanjakan.

Baihaqi sebal. Hish, malu jer. Rea ni lah. Bukan nak cakap nak pergi mana-mana.


“ Abang! berangan ke? Orang tanya, dia buat donno jer.” Rea tayang gigi. Nak tergelak tengok muka kelat Baihaqi.

“ apanya? Abang tak kenallah.” Baihaqi tarik tangan Rea. Rea dah tergelak.

“ abang, katakanlah diorang kawan abang kan, memang orang kena panggil abang Qiqi lah.” Rea sambung gelak. Tak boleh bayang Baihaqi berjalan bersama-sama geng baju ketat pink bersuara garau. Mekap pun tebal seinci. Vogue habis gayanya.

“ Icha ni kan. Abang kiss baru tau.” Baihaqi tergeleng-geleng. Ya ALLAH, jauhkanlah dia dari gejala-gejala songsang macam tu.

“ Janganlah marah Qiqi...”

“ Icha ni lah...” Baihaqi berhenti melangkah. Terasa Rea yang sudah berlaga dengan belakang badannya. Segera dia memusingkan badan. Tangannya mencubit pipi Rea yang masih tergelak. Apa yang lucu sangat pun dia tak tahu. Terserempak dengan golongan mak nyah tu lucu sangat ke.

“ sakit!!” Rea sudah memuncungkan bibirnya. Tangannya menepis jemari Baihaqi pada pipinya. Kejamnya. Suka sangat cubit pipi.


Buku nota ditatap kosong. Mulutnya sudah berapa kali menguap. Mood nak belajar masih belum ada. Baihaqi yang sedang khusyuk menaip pada laptop dipandang sekilas.

Mata beralih pada meja belajarnya yang berkongsi bilik dengan meja bekerja Baihaqi. Elok berlapik dengan plastik putih. Dibawahnya terselit beberapa kata-kata motivasi.

There is no word for hands up,
No word for surrender,
There are only two things;
Win as mujahid or die as syahid.


Ni paling dia suka.

Ada juga beberapa potong doa memulakan pelajaran. Semuanya cantik ditulis pada kertas yang berwarna-warni. Dan semuanya hasil tangan Baihaqi. Terharu sekejap dengan keprihatinan suaminya itu.

Sayup-sayup lagu Butterfly- Crazy Town kedengaran dari kamar tidurnya di sebelah. Laju dia berlari untuk menyambut panggilan. Abang Aizuddin!

“ Assalamualaikum dik.”

“ Waalaikummussalam. Kenapa telefon malam-malam ni?”

“ Amboi.. orang telefon pun dah cukup baik tau. Nak harapkan dia, entah bilalah. Entah ingat entah tak kat abang dia kat kampung ni.”

Eh? Mood sedih jiwang awan larat ni kenapa? Mesti gaduh dengan awek ni.

“ Abang gaduh dengan Kak Ju eh?”

“ tak gaduh lah. perang dingin sikit je. Adik sihat tak?”

“ patutlah macam pompuan datang bulan. Abang ni lah. orang sihat je.”

“ study macam mana?”

“ ok. Best jugak laa..” Rea mengerling Baihaqi yang sudah duduk di sisinya di atas katil.

“ siapa call?” soal Baihaqi.

“ Abang Din. Ehh...” Rea cebik bibir pada Baihaqi yang sudah merampas telefon di telinganya. Seketika tawa lelaki itu bersabung dengan tawa abangnya.

“ Abang ni. Sayang Qiqi lebih. Lupa adik sendiri. Merajuklah macam ni.” Rea meluahkan setelah telefon kembali kepadanya. Aizuddin tergelak. Qiqi?

“ adik ni. Ada panggil suami Qiqi. Tak baik lah.”

“ Biarlah. Comel apa. Qiqi.. Qiqi...” tangan Baihaqi yang melingkari pinggang ditepis. Tapi macam biasa, tepis macam mana pun masih jua melekat.

“ adik ni. Abang tak reti pujuk. Nanti suruh Aqi je pujuk adik ye.”

“ tak mahu. Orang nak merajuk dengan abang.”

“ Alalaa... Abang pass kat Qiqi adik untuk pujuk. Bye!”

Aik? Dah letak. Hampagas punya abang. Dia senyum sendiri.

“ apa tengok-tengok?” Rea jegilkan mata pada Baihaqi yang sengih memandangnya.

Cupp... Rea terkedu. Eii... Qiqi! Berani sungguh dia.

“ Ni ubat orang merajuk.” Baihaqi senyum mengatur langkah ke bilik air. Dia mahu berwudhuk sebelum tidur.

Rea mengesat bibir yang basah. Nasib baik telefon di tangan tak terhempas ke lantai. Baihaqi selalu sangat buat serang hendap.

“ Dah jadi patung ke?”

Ya ALLAH. Rea mengurut dada. Terkejut dengan Baihaqi yang tak sampai sejengkal dari mukanya. Bila masa pula mamat ni keluar dari tandas. Lelaki itu senyum.

“ Jom tidur.”

“ siapa nak tidur dengan abang?” Rea bangun dari katil. Muka terasa panas.

“ Siapa nak tidur dengan awak. Saya ajak tidur je. Saya atas katil, awak di sofa ye. Selamat malam. Jangan lupa tutup lampu. Sebelum tidur, ambil wudhuk dan doa dulu tau. Assalamualaikum.” Baihaqi sudah berbaring di tengah-tengah katil.

Eii... stress akulah! Rea mengomel sebelum berlalu ke bilik sebelah. Hampir terlupa yang buku-bukunya belum dikemas untuk kuliah esok.

p/s: enjoy....

Wednesday, November 4, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [25]

Rea dah kelam-kelibut. Semua sebab Mr. Qiqi tu lah. Baju kurung yang baru digosok diletakkan ke tepi. Tudung berwarna krim dihamparkan ke atas iron board. Disemburkan starch Kiwi Kleen biar tudung tu keras sikit. Nanti tak adalah terlentok bila dipakai. Selesai menggosok, dimatikan suis.


“ Dah siap belum?” Baihaqi mengjengukkan kepala disebalik pintu.

“ arghh!” Rea segera menutup badan yang terdedah dengan t-shirt yang dibuka.

“ opps! Sorry. Lain kali buat lagi.” Baihaqi menutup pintu bilik. Senyum tersungging di bibir.

Rea mencebikkan bibir. Hampeh! Sukalah dia. dapat tengok free show. Aku juga yang malunya. Kenapalah lupa nak kunci pintu bilik tadi. Segera dia berlari ke pintu bilik sebelum punat kunci ditekan. Langkah berjaga-jaga sebelum mamat sengal yang seorang tu buat serangan hendap lagi.

Jam dikerling. Dah hampir pukul 8.15 pagi. Alamak! Tak kan hari pertama dah lewat. Ni semua sebab Baihaqilah. Sewaktu sarapan dia sudah siap menyarung t-shirt merah, jeans kelabu dan bertudung kelabu. Sudah bersedia untuk memulakan hari pertama bergelar mahasiswi.


“ eh, tak kan Icha nak pakai macam ni jer?” mata Baihaqi dah merenungnya dari hujung kepala ke hujung kaki.

“ tak boleh ke?” pelik ke pakai macam ni? selalu tengok dalam televisyen, semua bantai pakai apa yang diorang suka je pergi kelas.

“ No.. No! Tukar baju. Sekarang!” Arahan mandatori. Alahai! Kenapalah suami aku hari ni aura serius pulak ni. Ye lah, ye lah. Diletakkan kembali sudu berisi nasi goreng ke pinggan. Segera dia bangun dari meja makan.

“ Wear baju kurung sayang!” suara Baihaqi jelas mengetuk gegendang telinganya yang sudah mengira anak tangga ke bilik. Sayang? Yukks...


Tudung krim disematkan dengan pin di kiri dan kanan bahu. Silang kupu-kupu. Mama yang ajar dia pakai tudung macam tu. Nampak lebih kemas kata mama.

Eh! Jangan nak berangan. Nanti lambat. Segera beg galas belakang di sarungkan ke tubuh. Macam tak sesuai je pakai baju kurung dengan beg galas belakang. Nampak skema pun ada. Arghh... belasah je lah.

Laju dia berlari menuruni tangga. Baihaqi sudah tiada di meja makan. Cuma tinggal Dato’ Nik dan Datin Sofea. Maknanya dia kena cepat. Dia belum bersarapan pun lagi. Selamat tinggal nasi goreng.

“ Aqi tunggu Rea kat kereta. Rea dah nak pergi ke?” Datin Sofea menyapa.

“ A’ah ma. Pergi dulu.” Tangan kedua mertuanya disalam dan dia laju menuju ke luar rumah. Baihaqi sudah menunggu dalam keretanya.

“ Qiqi, jom!” Rea menghenyakkan punggung di sebelah seat pemandu.

“ Auchh...” segera tangan kanannya menggosok pipi yang merah dicubit Baihaqi.

“ degil betul Icha ni. Buatlah abang bengang pagi-pagi ni. tak berkat belajar baru tau.” Baihaqi memasang tali pinggang keledarnya.

“ Tak sengaja lah. Sorry ek?” dia mengerdipkan matanya beberapa kali. Dia sengaja tayang senyum nakal.

Baihaqi pandang sekilas sebelum berdoa lalu memulakan pemanduan. Rea masih merenung muka Baihaqi. Baihaqi masih belum senyum. Marahlah tu.

“ Abang!” tangan kanan mendarat di lengan kiri Baihaqi.

“ Apa?”

“ Jangan marahkan orang.” Dia menggosok lengan Baihaqi yang berkemeja biru berjalur halus.

“ kiss dulu..” Baihaqi tayang pipi kiri. Tahu takut tak berkat.

“ tak nak. Nanti orang tengok.” Rea tarik kembali tangannya. Dia duduk tegap memandang ke depan. Malas nak layan Baihaqi bila gatal dia datang.


Cupp! Pipi kanannya terasa panas. Eii.. Baihaqi ni lah. Suka sangat ambil kesempatan. Dia kalih pandangan pada lelaki itu yang sudah menapak keluar dari kereta. Dah sampai ke? Dia segera turun. Jam di tangan kiri dikerling. Lagi sepuluh minit sebelum pukul 9.00 pagi.

“ berangan sampai mana sayang?” Baihaqi sudah berdiri di hadapannya yang bersandar pada kereta.

Tangan lelaki itu sudah mendarat pada tudung di kepalanya. Dikemaskan muncung tudung yang rasanya dah kemas.

“ abang, orang pergi dululah. Nanti lambat.” Rea malu. Malu bila mata hitam Baihaqi galak merenung mukanya. Memang confirm mukanya merah saat ini. Jangan Baihaqi buat kontroversi kat depan Fakulti ni sudah. Tak pasal-pasal popular pulak dia.

“ kejap lah. semalam dah tengok kelas kat mana kan. Tak de lah sesat nak cari kelas. Ke dah lupa?” Rea geleng. Mestilah dia ingat. Bukannya dia ada masalah kurang daya ingatan pun.

“ nanti belajar rajin-rajin. Dengar cakap pensyarah. Hari ni pun jadual tak padat sangat. Tengah hari nanti abang datang ambil.” Hari ni ada briefing pasal course yang dia ambil jer. Alamak, malu pula bila ada juga dua tiga orang yang lalu menjeling Baihaqi yang sedang memegang kedua pipinya.

“Nanti tegurlah kawan-kawan sekelas. Jangan rapat sangat dengan boys tau. Nanti abang jeles. Bagitahu semua orang yang Icha dah kahwin dengan abang. barulah tak ada orang nak kacau.” Panjang lagi ke amanat Baihaqi ni?

Saat bibir Baihaqi mengucup dahinya, muka terasa membahang. Malulah!

“ Ingat pesan abang. pergilah masuk kelas sana. Jangan nakal-nakal. Ada apa-apa call abang ek.” Rea tunduk mengucup tangan kanan Baihaqi. Yang kiri sibuk menggosok lembut kepalanya.

“ Abang Qi!” laungan seorang gadis membuatkan Rea mengangkat muka.

Sunday, November 1, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [24]

Baihaqi melangkah ke dalam rumah. Tubuh dihempas ke sofa berangkai di ruang tamu. Penat terasa memenuhi urat saraf. Semakin bertimbun pula kerja di pejabat. Jam di tangan dikerling sekilas. Pukul 8.30 malam.


“ Aqi, dah solat Maghrib belum?” Datin Sofea menghampiri anak lelakinya.

“ dah ma. Singgah kat masjid tadi.” Baihaqi mencapai tangan ibunya lalu sicium. Tabiat yang sudah disemai sejak kecil. Tanda dia menghormati wanita yang sudah melahirkan dan membesarkannya dengan gigih.

Datin Sofea menggosok kepala anaknya. Baihaqi sukakan sentuhan ibunya. Terasa sudah lama tidak bermesra begitu dengan mama.

“ mana Papa ma?”

“ masjid la. Lepas Isyak nanti balik lah papa tu.” Baihaqi bersyukur. Walaupun sibuk dengan urusan dunia tapi papanya masih setia meluangkan masanya untuk bekalan akhirat. Memang itulah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap manusia yang bergelar hamba ALLAH, YANG MAHA PENCIPTA.

“ Aqi dah dinner belum?”

“ belum ma. Mama masak apa hari ni?”

“ Ayam masak merah. Tomyam udang pun ada. Aqi nak makan sekarang ke?”

“ mandi dululah ma.” Badan terasa melekit. Lagipun kalau mandi lepas makan nanti perut jadi buncit. Hilanglah kemachoan dia nanti.

“ Ye lah. Nanti ajak Rea makan sekali. Dari petang tadi dia duk berkurung dalam bilik. Risau juga mama kalau dia sakit. Bila tanya cakap ok, ok.”

Baihaqi tersentak. Sebenarnya memang dari tadi dia ingin bertanya ke mana gadis itu. sejak dia pulang tidak terlihat pun kelibat isterinya itu. laju dia bingkas bangun.

“ Aqi naik dulu ma.” Laju dia memanjat anak tangga. Risau bertandang di hati.


Pintu bilik dibuka perlahan. Dia melangkah ke dalam setelah mengucapkan salam. Suis lampu dipetik menerangi seluruh bilik. Dia cuba menenangkan hati yang diamuk kerisauan. Dia menghampiri katil. Rea berbungkus enak di dalam selimut. Ingatkan sakit teruk. Wajahnya yang terlena nampak sedikit pucat. Tangan dilekapkan ke dahi. Tak panas. Lega hatinya.

Dia masih merajuk dengan Rea. Rea pula buat tak kisah dengannya. Petang dua hari yang lepas semasa di kampung dia puas mencari isterinya. Memanglah Rea meminta izin untuk keluar berjumpa dengan kawan-kawannya tapi tiba-tiba dirinya terasa rindu. Terasa lama isterinya itu keluar. Juga terasa bersalah kepada Rea kerana sibuk menyemak kerjanya walaupun ketika di kampung.

Nasib baik ada Firdaus yang kebetulan mahu ke padang. Kata Firdaus, kalau Rea kata nak berjumpa dengan kawan-kawannya mesti di padang. Lalu dia bersetuju membonceng motosikal Firdaus ke padang.

Sepuluh minit dia memerhatikan Rea yang masih lincah di padang. Firdaus yang mahu memanggil Rea dihalang. Perasaannya ketika itu bercampur aduk. Marah kerana Rea seolah-olah tidak mahu mendengar katanya yang dia tidak suka gadis itu bermain bola. Geram kerana Rea kata mahu berjumpa kawan bukannya meminta izin untuk bermain bola sepak.


“ Qiqi!” Berlagu dia memanggil.

Baihaqi tidak mengendahkan panggilan Rea. Dia mengkakukan diri di atas katil. Sejak balik dari padang dia tidak menegur langsung gadis itu membuatkan Rea tidak keruan.

“ Qiqi! kenapa ni?” Rea sudah bersila di hadapannya. Tangan gadis itu memegang lengannya yang berbaju melayu.

“ abang marah ke? Orang mintak maaf.” Rea menggoncangkan tubuh suaminya yang langsung tidak mengendahkan dirinya. Selalunya panggilan Qiqi akan membuatkan lelaki itu menarik muncungnya.ni langsung tak beriak.

“ tak. Abang tak marah pun. Pergilah main lagi.” sedikit keras suara Baihaqi membuatkan Rea tersentak.

“ orang kan dah minta maaf. Abang dendalah orang.”

“ malas.” Laju Baihaqi merebahkan tubuh. Dia mahu menenangkan perasaan sendiri.
Terasa pipinya dikucup lembut. Kedengaran suara sayu Rea mengucapkan selamat malam. Tiba-tiba dia terasa nak merajuk. Untung-untung dia boleh dapat lebih dari sekadar kucupan di pipi.

Namun rajuknya tidak dilayan kerana pagi esoknya Rea turut menarik muka masam. Marah kerana dia membuat keputusan untuk pulang awal ke KL. Gadis itu tidak sempat mahu pergi berjumpa teman-temannya yang lain. Dan sampai ke hari ni, mereka tidak bertegur sapa. Masing-masing cuma memaniskan muka ketika di hadapan mama dan papa.


Baihaqi tersedar dari lamunan apabila terdengar azan Isya’ yang berkumandang dari masjid yang hanya selang lima buah rumah dari banglo papanya. dia segera membersihkan diri untuk menunaikan kewajipannya.

Kopiah putih diletakkan ke atas meja solek. Usai sudah kewajipannya. Lega kerana tanggungjawabnya pada YANG ESA sudah dilakukan. Dia menghampiri Rea yang masih berselubung dengan selimut. Wajah gadis itu berkerut-kerut.

“ Icha kenapa ni?” Baihaqi sudah mula diburu risau. Rea mencelikkan matanya yang sudah bergenang dengan air mata.

“ sakit.” Rea bersuara perlahan. Dari petang tadi sakitnya datang. Seketika tadi je dia tertidur setelah lega sedikit. Ni sakitnya dah mula menggila lagi.

“ kat mana? Jom pergi klinik.” Baihaqi menarik selimut. Dia ingin memeriksa isterinya. Namun dia terkaku seketika. Kali pertama dia melihat tubuh Rea yang hanya bersinglet dan seluar pendek paras paha. Cepat-cepat dialihkan pandangan dari tubuh Rea. Nafsu janganlah datang tika ini.

Tangan Rea masih menekan-nekan perut yang sakit. Setelah emosinya sedikit stabil, Baihaqi menarik tangan Rea dari perutnya. Wajah Rea memang pucat saat itu.

“ kenapa?” tanya Baihaqi lagi.

“ sesungut.” Perlahan suara Rea antara dengar dengan tidak dengar.

Baihaqi garu kepala. Sesungut?

“ Sesungut? Apa tu?”

“tak tak.. senggugut!” Rea membetulkan bahasanya.

Owh.. period pain. Apa yang dia nak buat ni? Bukannya dia tahu pun hal-hal perempuan ni. Ada ubat ke tak? Tanya mamalah.

Baihaqi laju mencari ibunya di ruang tamu.

“ ma. Ada painkillers tak?”

“hah?” terkejut Datin Sofea. Tiba-tiba sahaja Baihaqi menyergahnya. Dia pun tengah leka menonton rancangan di kaca televisyen.

“ sorry ma. Ada painkillers tak?” Baihaqi cuba bertenang.

“ nak buat apa?siapa yang sakit?”

“ Icha. Dia period pain.” Terasa panas wajah Baihaqi. malulah berbicara soal perempuan dengan mama sedangkan dia seorang lelaki.

“ period pain?” Datin Sofea tersenyum kecil.

“ tak adalah Aqi. Mama pun dah lama tak kena period pain ni.”

“ macam mana ni ma? Macam sakit sangat je Icha tu ma.” Baihaqi garu kepala yang tidak gatal. Lupa seketika pada rajuknya.

“ ambik minyak anginlah. Urut-urut sikit perutnya.”

Arahan ibunya dipatuhi. Dia menyentuh perut isterinya yang sedikit keras. Mula-mual Rea enggan tapi dia berkeras. Tidak tahan sakit, gadis itu membenarkannya mengurut. Wajah Rea yang tadinya pucat sudah kelihatan kemerah-merahan. Malu mungkin. Dia pun terpaksa menyabarkan nafsu yang mencucuk-cucuk hati.

“ dah ok ke?” Baihaqi bertanya prihatin.

“ oklah sikit. Terima kasih.”

“ dah tidurlah.” Baihaqi menyelimuti tubuh isterinya. kucupan lembut dihadiahkan di dahi Rea. Tangannya membelai rambut Rea yang masih cuba menutup mata. Matanya merenung wajah Rea.

“ janganlah tengok.” Rea bersuara halus membuatkan dia tersenyum.

“ ye lah. Tidurlah. abang nak pergi makan kejap ek.” Rea membuka mata.

“ belum makan ke?” rasa bersalah mengetuk tangkai hati. Baihaqi mengangguk perlahan.

“ Orang temankan abang ek?”

“ tak payah lah. Dah tak sakit ke?”

“ tak. Abang turun dulu. Orang tukar baju kejap nanti orang turun.” Baihaqi akur. Ok jugak. Tidaklah bosan sangat makan malam sendirian.


p/s: idea ngah kering skrang ni. risau dengan exam kot. tp still nak menulis. so, hope enjoy.