Sunday, November 8, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [28]- last entry..

sorry u all. this will be the last entry...

last entry before my exam... ngee~~~ suspen x?hehe... marah ke? jgn marah nanti cepat tua....

monday until friday ni, everyday ada paper exam. so memg tak sempatlah nak menaip entry. so, hope korg bersabar ye! jumpa Rea & Aqi next week. InsyaALLAH...

laptop akan dibungkus kemas. masuk dalam laci tutup rapat-rapat. mangga sekali. after exam br buka... ngee~~ hyperbola je ni.

tolong doakan cik penulis ye. moga beroleh kelapangan dalm jawb exam. moga beroleh kejayaan dunia akhirat.

so, enjoy!

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [28]

Wah penatnya. Dia menggeliat perlahan. Alhamdulillah, urusan kerja di sini Allah permudahkan. Esok dah boleh balik. Teruja. Rindunya pada masakan mama. Tapi lebih rindukan dia kan? Haha, suara hati berbisik membuatkan dia tersenyum.

Handphone diatas katil hotel dicapai. Jam sudah pukul 10 malam. Harapnya Rea tak tidur lagi. budak tu bukan boleh agak. Duduk sorang-sorang dalam bilik entah-entah dah hanyut dalam mimpi.

Lama menunggu panggilan disambungkan tapi tak ada yang menjawab. Didail sekali lagi. entah-entah memang si Rea ni dah tidur. Panggilan kedua pun tak dijawab. Tidur mati ke ni? Dia mencuba buat kali ketiga. Perasaan risau dah mula bertandang.

“ abang...” Ingatkan bila Rea dah jawab hatinya senang. Ni makin parah sebab tangisan Rea sudah berlagu-lagu.

“ Icha, kenapa ni?” Baihaqi dah bernada cemas.

“ abang...” tangisan Rea sudah semakin kuat. Makin berlagu. Macam mana ni? Soalan tadi pun tak dijawab.

“ Sayang, sabarlah. Menangis macam ni sekali kenapa?” Baihaqi cuba memujuk. Walau tak tahu hujung pangkal isterinya begitu.


Rea berjalan laju ke perhentian bas. Pak Mat kata dia datang lambat sikit sebab nak hantar mama ke rumah kawan dia dulu. Zahra dah pun balik. Teruja semacam sebab kakak dia baru balik dari Korea. Teruja nak belek buah tangan dari sana.

Dia melabuhkan duduk. Handphone dikeluarkan dari poket baju kurung. Earpiece disumbat ke telinga disebalik tudung. Hari ni tiba-tiba rasa rindu nak dengar Fly.fm. Dah selalu dengar sewaktu naik kereta dengan Baihaqi. Celoteh Hunny Madu mengetuk gegendang telinga.

Wallpaper handphone ditatap. Gambar syok sendiri Baihaqi masih setia di situ. Seolah-olah tersenyum nakal padanya. Tiba-tiba terasa rindu. Alamak! Bahaya ni.

“ senyum sorang-sorang ke sayang?”

Dia pantas berpaling. Ishk.. mamat ni lagi. menggangu ketenteraman awam betul. Sayang? Loya tekak. Rea halakan pandangan ke depan. Cepatlah Pak Mat. Dia malas nak duduk menghadap muka mamat ni.

“ sombonglah you ni. kitakan sekelas, tapi tak pernah pun borak-borak.” Zackri dah melabuhkan duduk di sebelah. Rea jeling tajam. Tak suka.

“ you duduk mana? I boleh tolong hantarkan. Kalau nak singgah mana-mana pun boleh.”

Ahh, lelaki ni laa. Lembut gigi dari lidah, lembut rahang dari gusi. Ingat aku perempuan murah ke senang-senang nak tumpang buaya macam kau tu.

“ You ni cantik tapi sombong sangatlah.”

Pap... Tangan Zackri yang menyentuh hujung tudungnya diketuk dengan handphone. serentak itu dia bangun dari duduk. Ni dah lebih dah ni. Zackri pula masih tersenyum sinis.

“ I sukalah hot chick yang jual mahal macam you ni. more challenging.”

Hot chick? Aku bukan anak ayamlah. Ayam berkepak dengan manusia yang bertangan ni pun dah tak boleh nak bezakan ke? Geram dah ni.

“ jom sayang. Kita keluar. Malam nanti I send you back to your house.” Zackri dah berjalan menghampirinya.

“ hei Zackri. Ingat aku ni murah sangat ke? Sorry sikit eh. Jaga mulut kau tu.”

“ Ala Rea. Semua orang dah tahu lah. You tu first day dah buat kontroversi depan fakulti. Berkepit dengan sugar daddy you je. Ingat pakai baju kurung orang buat tak nampak ke perangai you tu.”

“What? Sugar daddy kau cakap. Dia husband aku lah.” Jantan ni memang tak guna. Rasa nak tampar je.

“ husband? Ok. Malam ni biar aku pula jadi husband kau.”

Pang! Lima jari dah melekat pada pipi kiri. Jangan nak menghina ikatan suci kami Zackri.

Zackri pegang pipi sendiri. Sengalnya rasa. Rasanya dah merah pipi ni. Rea memang dah mencabar kesabarannya. Sengaja cari penyakit. Dia mencapai tangan kanan Rea.

Weh, apa ni? Ingatkan dah terkelu dengan penampar sebijik tadi. Rasanya berdesing juga telinga dengan penamparnya tadi. Nak buat apa ni? sembur mata dia dengan air lada.

Air lada?... err, aku mana ada bawak tu. Perfume... lagilah tak ada. Ridsect... gila apa bawak pergi kelas benda tu. Tapi kalau dia tahu akan jadi macam ni, memang dia angkut walau gila tak gila. Jantan sorang ni lagi gila.

“ lepaskan aku!” tangan cuba direntap dari pegangan Zackri. Confirm berbiratlah tangan dengan cengkaman kuat lelaki itu. Tangan kirinya pula dipegang. Alamak! Dua-dua dah kena pegang ni. Ya ALLAH, tolong aku.

“ only after I got a kiss from you!”

Amboi, dah lebih dah ni. Baihaqi pun tak dapat free. Saat muka Zackri makin mendekat, dia nekad. Kaki kanan diangkat kemudian dihentak kuat ke kaki Zackri.

“ woi.. adoii!” kedua tangan dah terlepas.

Zackri terlompat-lompat memegang kakinya. Siapa suruh pakai selipar datang kuliah. Kena hentak dengan sandal bertumit kan sakit. Tambah-tambah kaki besi macam aku ni. Nasib aku tak pakai kasut bola. Maunya berlubang kaki.

“ Hubby...” ada suara manja yang menyapa telinga.

Rea pandang muka masam Sallina yang laju menghampiri Zackri. Ni baru hubby Haram. Aku dengan Baihaqi hubby Halal tau.

“ eii pompuan. Kau ni buat apa ni hah? Hubby buat apa dengan dia ni?” Sallina dah menempel pada lengan Zackri yang dah berhenti melompat.

“ Honey. Dia yang goda I. I dah nak pergi tapi dia pegang-pegang I. I tak nak.”

Yaaa... kenapa cerita dah masuk versi lain ni. Versi cik Tan berekor. Sallina dah merenung tajam. Kalau mata dia macam mata Cyclops dalam X-Men tu gerenti dah rentung terbakar. Tak sempat jumpa Baihaqi. eh jangan...

“ kau ingat kau tu cun sangat ke? Nak goda boyfriend orang lain kenapa?”

Ya ALLAH. Sallina oii. Hang dah rabun ke? Tu lah, siapa suruh pakai contact lens warna pink. Dah tak nampak muka Zackri yang ada Hi-5 merah tu. Yang tadi dok terkinja sebab kaki rasa macam nak meletup sakit. Tak akan lah nak menggoda sampai tertampar pula. Tak tahu pula ada teknik sepak-menyepak, tampar-menampar dalam menggoda lelaki.

Pang... Rea pegang pipi. Sakit juga kena penampar minah ni. Serang hendap. Memang dia tak boleh nak elaklah. Lain kali tu, bagilah warning dulu cik Sallina oii.

“ woii...” Rea tertolak ke belakang. Eh, kenapa minah ni nak naik angin pula ni.

“ kau ni kan. Harap pakai macam alim ulama tapi perangai macam sial. Ayah kau tak ajar ke?”

“ Ayah aku, kau tak payah nak sibuk.” Rea genggam tangan. Tak nak cari pasal. Kang esok masuk surat khabar, pelajar universiti masuk hospital dibelasah classmates.

“ Budak kampung, entah dari manalah kau ni datang. Dapat bapak ayam kaya terus nak eksyen. Sedar diri sikit. Pakai tudung tapi gatal nak mampus.”

Rea tak sempat fikir. Yang dia tahu tangan kanan dia dah mencekup rambut karat Sallina. Terjerit-jerit perempuan tu di perhentian bus yang memang sunyi. Tangan Sallina dah menampar mukanya lagi. Kali ni lebih sakit. Mulut Sallina becok menyumpah.

“... pompuan gatal. Ayah kau pun tak guna macam kau jugak..”

Rea terhenti. Jangan hina ayah aku! Dia rasa berdosa. Tak mampu nak pertahankan maruah ayah. Tiba-tiba air mata dah bergenang. Rasa marah sudah bertukar sayu. Nak ayah!

Sallina merentap tudungnya. Tercabut pin yang elok duduknya. Serentak itu juga tangan kanan menampar pipi Sallina. Kuat. Dia yakin sebab Sallina terus terduduk. Zackri yang dari tadi terkaku di hujung bangku menerpa pada teman wanitanya itu.

Rea kutip pin dan berlari. Dia ingin jauh dari situ. Maruahnya terasa dipijak-pijak. Sanggup seorang wanita memperlakukan kaum sejantinanya begini. Saudara Islamnya sendiri.

“ Pak Mat, orang balik sendiri.” Telefon dicampak ke dalam beg. Dia terduduk di bahu jalan.


Rea menekup muka dengan bantal. Masih lagi menangisi kejadian siang tadi. Sewaktu dia balik tadi mama tiada di rumah. Terus dia berlari ke bilik. Menyembunyikan diri. Sampailah sekarang.

Pada mama dia katakan yang dia sudah kenyang. Dia tidak mahu mama risau. Walaupun hakikatnya mama sudah pun risau dengan dia yang mengurungkan diri.

Abang... saat ni itu sahaja yang dia nak. Dia nak abang.

My chemical romance menjerit di hujung katil. Dipandang sayu. Berkelip-kelip handphone hitam tu. Kemudian terhenti sendiri. Dia tarik nafas panjang.

Kali ketiga berdering, dia capai juga. Abang! air mata semakin laju menitis.

8 comments:

  1. ala....
    kesian Icha....

    gud luck utk exam...
    pas exam smbg blik yer...

    suke cite ni...

    ReplyDelete
  2. aloorr..cedeyh...siyot la sallina tu..men tampa2..2 kali dye tampa rea..

    ReplyDelete
  3. ngeeeeeee..
    kuang asam keping punya zackri n sallina..
    nk jeee aku sekeh2 smpai lebam..argghh..sian icha..
    wait icha..abg qiqi mu akan dtg..
    haha..
    smbung cpt2 taw pas exam..heehee..

    ReplyDelete
  4. hhohohoh...
    hmmm lpas ni umumkan prkawinan echa ngn aqi...
    'krng asam punya llki...
    pe pun gud luck for exam...

    ReplyDelete
  5. zackri ni.. gile ke hape!
    memang tak sesuai..romeo tahap gaban

    good luck to writer :)
    all the best ya!

    ReplyDelete
  6. salam writer...first time ni bca citer ni...
    x der komen pnjg2...y penting...
    citer ni best, kelakar n sweet...
    pah exam smbg lg yer..TAHNIAH

    ReplyDelete
  7. waaaaa, best giler cite ni!
    nak abang gak! haha

    ReplyDelete
  8. Siapa dah baca penuh? Ada tak novel?

    ReplyDelete