Thursday, November 5, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [26]

Hujung minggu akhirnya tiba. Masa untuk merehatkan minda. Baru minggu pertama tapi penatnya boleh tahan jugalah. Matanya melilau melihat orang ramai yang agak sesak di Times Square ni.

Eh... Cantiknya. Matanya seakan terpaku pada koleksi kasut bola yang tersusun elok pada rak. Tiba-tiba terasa genggaman pada tangannya terlerai. Baihaqi yang berjalan di hadapan sedang bercakap di telefon. Tangan kanan yang menggenggam jemarinya kini sudah memegang handphone.

Rea berhenti. Baihaqi seolah-olah tidak sedar yang mereka semakin jauh terpisah. Yes! Rea menapak ke arah kedai kasut tadi. Dari tadi Baihaqi menarik tangannya membataskan keinginannya untuk melihat apa yang menarik hati.

Dia terpaku di luar cermin. Kasut merah berbelang hitam itu menjadi santapan mata. Dia tak nak masuk ke dalam takut Baihaqi tidak nampak dia di sini nanti. Cantiknya. Harganya pun cantik juga.

“ Icha!” Terasa ada tangan melingkari pinggangnya dari belakang. Dia toleh ke belakang.

“ kenapa tak ikut abang? kalau hilang kan susah.” Baihaqi dah mula nak membebel.

Rea mencebik. Macamlah dia anak kecil. Dia dah besar. Dah jadi penuntut kolej pun. Lagipun handphone kan nada. Kalau hilang bukannya tak boleh telefon.

“ auchh..” perit pipinya. Baihaqi sengih.

“Jom. Nak makan apa ni?” Baihaqi sudah menggengam tangannya. Menarik kakinya mengikut jejaka itu.

“ makan KFC nak tak?” Rea sudah seiring dengan Baihaqi. Lengan kanan Baihaqi sudah dipeluk erat. Muka Baihaqi dipandang dengan mata yang bersinar-sinar.

“ tak payah lah pandang abang macam tu.” Tangan kiri Baihaqi sudah mencubit pipinya.

“ Abang! sakitlah. Lama-lama gelebeh pipi orang.” Rea menggosok pipi sendiri. Dada Baihaqi yang tersengih disiku.

“ alalaa...” Baihaqi sudah memeluk bahunya. Lelaki itu tidak mempedulikan langsung mata-mata yang memandang mereka.

Rea menarik muncung. Kedua tangannya disembunyikan dalam poket jeans. Baihaqi yang memeluk bahunya dibiarkan. Melangkah selari menuruni escalator ke tingkat bawah.

“ Abang, orang nak x-meal deluxe. Tambah cheesy wedges tau!” Rea berlalu ke meja yang kosong. Nasib baik orang tak ramai. Tak adalah sesak sangat KFC ni. Baihaqi beratur menunggu giliran.

Baihaqi meletakkan dulang di atas meja. Mata Rea sudah bersinar-sinar. Ermm... dah lamanya tak makan. Set makanan dikeluarkan dari dulang. Baihaqi sudah berlalu untuk membasuh tangan.

“ Icha ni comot lah.” Tangan Baihaqi menyapu hujung bibirnya yang sudah terkena sos. Xinger burger tu terlalu besar untuk mulutnya. Dia senyum sumbing.

Pepsi disedut. Ya ALLAH, kenyangnya. Baihaqi masih mengunyah French fries yang tinggal separuh. Cheesy wedges pun masih belum berusik. Tadi tamak sangat. Sekarang dah kenyang.

“ Icha, makan tu. Habiskan.”

Rea menggelengkan kepala. Mulut dikembungkan. Kenyang sangat dah ni.

“ Abang lah makan... orang dah kenyang sangat ni.”

“ tapaulah. Abang tak suka makan tu.”

“ Abang, kawan abang ke tu?” Jari telunjuk Rea mengarah kepada satu meja di hujung. Dari tadi lagi dia perasan yang penghuni meja tu asyik benar merenung Baihaqi.

Baihaqi menoleh ke belakang. Insan yang merenungnya tersenyum sambil melambai tangan. Erkk... segera dia memandang muka Rea.

“ Dah habis makan kan. Jom lah.” Rea pandang muka Baihaqi yang agak merah.

“ orang basuh tangan dulu.” Rea bangun. Menuju ke sinki sebelum berlalu ke kaunter. Dengan plastik di tangan dia kembali ke meja.

“ Icha cepatlah.” Baihaqi sudah bersedia nak bangun.

“ Jom lah.” Rea membimbit chezzy wedges yang belum berusik. Tak baik membazir.

“ Bye bang!” Insan yang tadi merenung Baihaqi menegur tatkala mereka melintasi mejanya. Errr... Rea sengih sumbing. Baihaqi pula buat-buat tak dengar. Menonong ke depan.

“ Abang, kenapa dia tegur abang?” Rea tergelak kecil. Merenung muka Baihaqi yang sudah merah.


Vibration handphone dalam poket kanan memaksa Baihaqi melepaskan tangan isterinya yang digenggam sejak dari mula melangkah tadi. Dia menjawab panggilan dari Rizal sambil berjalan. Tidak sedar yang Rea dibelakangnya sudah melangkah ke arah lain.

“ okay. Show me that tomorrow. See you then.” Handphone dikembalikan ke dalam poket.

“ Icha.. nak makan kat mana ni?” tangannya kembali menyambar tangan disisi kanannya. Eh, apasal macam besar je tangan ni?

“ bang.. Apa pegang-pegang ni.” pautan dilepaskan.

Erkk.. Baihaqi toleh ke belakang. Alamak ai. Minah celup mana pula lah ni. Dia senyum malu memandang si baju pink bersama kawan-kawan sejenisnya.

“ sorry ye. Tak sengaja.” Baihaqi sudah berkira mahu melarikan diri.

“ eh tak pe bang. Abang hensem pegang, saya rela bang.”

Loya tekak Baihaqi. Rosak mood hari ni. Nasib baik tak berdosa pegang kaum sejantina. Kaum sejantina yang dah beralih arah. Suara dah lah garau semacam.

Baihaqi melangkah pergi. Dia sudah nampak kelibat Rea yang sedang berdiri di hadapan kedai Adidas.

“ Bang, sombongnya dia. Malas mak layan nyah.” Rakan-rakannya sudah tergelak. Gelak garau yang cuba dimanjakan.

Baihaqi sebal. Hish, malu jer. Rea ni lah. Bukan nak cakap nak pergi mana-mana.


“ Abang! berangan ke? Orang tanya, dia buat donno jer.” Rea tayang gigi. Nak tergelak tengok muka kelat Baihaqi.

“ apanya? Abang tak kenallah.” Baihaqi tarik tangan Rea. Rea dah tergelak.

“ abang, katakanlah diorang kawan abang kan, memang orang kena panggil abang Qiqi lah.” Rea sambung gelak. Tak boleh bayang Baihaqi berjalan bersama-sama geng baju ketat pink bersuara garau. Mekap pun tebal seinci. Vogue habis gayanya.

“ Icha ni kan. Abang kiss baru tau.” Baihaqi tergeleng-geleng. Ya ALLAH, jauhkanlah dia dari gejala-gejala songsang macam tu.

“ Janganlah marah Qiqi...”

“ Icha ni lah...” Baihaqi berhenti melangkah. Terasa Rea yang sudah berlaga dengan belakang badannya. Segera dia memusingkan badan. Tangannya mencubit pipi Rea yang masih tergelak. Apa yang lucu sangat pun dia tak tahu. Terserempak dengan golongan mak nyah tu lucu sangat ke.

“ sakit!!” Rea sudah memuncungkan bibirnya. Tangannya menepis jemari Baihaqi pada pipinya. Kejamnya. Suka sangat cubit pipi.


Buku nota ditatap kosong. Mulutnya sudah berapa kali menguap. Mood nak belajar masih belum ada. Baihaqi yang sedang khusyuk menaip pada laptop dipandang sekilas.

Mata beralih pada meja belajarnya yang berkongsi bilik dengan meja bekerja Baihaqi. Elok berlapik dengan plastik putih. Dibawahnya terselit beberapa kata-kata motivasi.

There is no word for hands up,
No word for surrender,
There are only two things;
Win as mujahid or die as syahid.


Ni paling dia suka.

Ada juga beberapa potong doa memulakan pelajaran. Semuanya cantik ditulis pada kertas yang berwarna-warni. Dan semuanya hasil tangan Baihaqi. Terharu sekejap dengan keprihatinan suaminya itu.

Sayup-sayup lagu Butterfly- Crazy Town kedengaran dari kamar tidurnya di sebelah. Laju dia berlari untuk menyambut panggilan. Abang Aizuddin!

“ Assalamualaikum dik.”

“ Waalaikummussalam. Kenapa telefon malam-malam ni?”

“ Amboi.. orang telefon pun dah cukup baik tau. Nak harapkan dia, entah bilalah. Entah ingat entah tak kat abang dia kat kampung ni.”

Eh? Mood sedih jiwang awan larat ni kenapa? Mesti gaduh dengan awek ni.

“ Abang gaduh dengan Kak Ju eh?”

“ tak gaduh lah. perang dingin sikit je. Adik sihat tak?”

“ patutlah macam pompuan datang bulan. Abang ni lah. orang sihat je.”

“ study macam mana?”

“ ok. Best jugak laa..” Rea mengerling Baihaqi yang sudah duduk di sisinya di atas katil.

“ siapa call?” soal Baihaqi.

“ Abang Din. Ehh...” Rea cebik bibir pada Baihaqi yang sudah merampas telefon di telinganya. Seketika tawa lelaki itu bersabung dengan tawa abangnya.

“ Abang ni. Sayang Qiqi lebih. Lupa adik sendiri. Merajuklah macam ni.” Rea meluahkan setelah telefon kembali kepadanya. Aizuddin tergelak. Qiqi?

“ adik ni. Ada panggil suami Qiqi. Tak baik lah.”

“ Biarlah. Comel apa. Qiqi.. Qiqi...” tangan Baihaqi yang melingkari pinggang ditepis. Tapi macam biasa, tepis macam mana pun masih jua melekat.

“ adik ni. Abang tak reti pujuk. Nanti suruh Aqi je pujuk adik ye.”

“ tak mahu. Orang nak merajuk dengan abang.”

“ Alalaa... Abang pass kat Qiqi adik untuk pujuk. Bye!”

Aik? Dah letak. Hampagas punya abang. Dia senyum sendiri.

“ apa tengok-tengok?” Rea jegilkan mata pada Baihaqi yang sengih memandangnya.

Cupp... Rea terkedu. Eii... Qiqi! Berani sungguh dia.

“ Ni ubat orang merajuk.” Baihaqi senyum mengatur langkah ke bilik air. Dia mahu berwudhuk sebelum tidur.

Rea mengesat bibir yang basah. Nasib baik telefon di tangan tak terhempas ke lantai. Baihaqi selalu sangat buat serang hendap.

“ Dah jadi patung ke?”

Ya ALLAH. Rea mengurut dada. Terkejut dengan Baihaqi yang tak sampai sejengkal dari mukanya. Bila masa pula mamat ni keluar dari tandas. Lelaki itu senyum.

“ Jom tidur.”

“ siapa nak tidur dengan abang?” Rea bangun dari katil. Muka terasa panas.

“ Siapa nak tidur dengan awak. Saya ajak tidur je. Saya atas katil, awak di sofa ye. Selamat malam. Jangan lupa tutup lampu. Sebelum tidur, ambil wudhuk dan doa dulu tau. Assalamualaikum.” Baihaqi sudah berbaring di tengah-tengah katil.

Eii... stress akulah! Rea mengomel sebelum berlalu ke bilik sebelah. Hampir terlupa yang buku-bukunya belum dikemas untuk kuliah esok.

p/s: enjoy....

6 comments:

  1. woah suka la quote tu. sangat terkesan di hati :D

    ReplyDelete
  2. wakakakkaa..
    gle laa..
    nyah seyyhh...
    ekekeekekee..sure malu gle aqi..
    haha...
    ske nyakat ek qiqi nieh..isk2..
    ske bg icha pakai blusher free...
    haha..

    ReplyDelete
  3. walaweh... skali kne dgn nyah kot!!
    hahahaha...

    ReplyDelete
  4. kejap2..
    org yg panggil aqi time antar rea gi kolej tuh sape??episod lps punyer..
    kompius2..

    ReplyDelete
  5. L: qoute tu terjumpa kat mse blogwalking.. pinjam kejap ye tuan blog!

    Cik Sengal n Hana: hehe...

    saadiah: si gadis tu next entry br kuar...
    watak x pentg ngat..
    sabar ye...

    ReplyDelete