Friday, October 2, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [6]

Baihaqi menggeliat perlahan. Comforter ditarik menyelubungi diri. Dia malas mahu bangun dari tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Pagi tadi pun selepas subuh baru dia tidur kerana menyiapkan kerjanya.

Dia mencapai telefon bimbit yang berdering di sebelahnya. Nama Rizal muncul di skrin. Mengganggu betul mamat ni la. Dalam keterpaksaan dia menjawab panggilan.

“ nak apa ni pepagi telefon aku?”

“ amboi garangnya. Kot ye pun bagilah salam. Main terjah je kau ni la.” kedengaran tawa Rizal di hujung talian.

“ aku ngantuklah bro. pagi tadi baru tidur. Penat pun tak hilang lagi.” Baihaqi menjawab malas.

“ ok lah. Aku faham. I’m just want to remind you to come for my party tonight. 8 pm sharp ok.”

“ InsyaAllah. Berapa kali kau nak cakap. Kat office pun dah dekat sepuluh kali kau remind aku. Nanti aku datanglah.”


Talian dimatikan. Tiba-tiba rasa mengatuknya hilang. Dia membuka gambar tunangannya yang diambil secara curi. Amboi dah mengaku tunang pula. Padahal baru minggu lepas dia pertama kali bersua dengan gadis itu. Rea Alyssa...


“ apa nama penuh kau?” Rea sedikit tersentap. Kasarnya bahasa mamat ni.

“ Rea Alyssa Binti Ahmad Tarmizi. R.E.A A.L.Y.S.S.A.” Rea mengeja namanya satu-satu. Soalan itu sudah melenyapkan terus rasa mengantuknya.

“orang panggil kau apa?” Baihaqi terus menyoal.

“Rea.”

“ aku panggil kau Lysa.”

“ kenapa pulak?” sesuka hati nak alih bahasa nama aku.

“ suka hati aku laa.”

“ memanglah suka hati kau. Tapi itu nama aku.” Akibat daripada ayat ini, Rea menerima satu tunjalan di dahinya oleh Baihaqi.

“ Panggil aku abang. Jangan nak berkau aku pula.”

“ kenapa pulak orang tak boleh. Kau boleh pula.”

“issh… ikut je la. Jangan banyak soal.” Rea sudah sebal. Ini tidak adil.

“ orang tak nak.”

“ eh budak ni. Pak Long kau tak ajar ke hormat orang lebih tua dari kau. Lagipun aku ni bakal suami kau tau.”

“ bakal je. Belum lagi. Cikgu ajar yang tua dihormati yang muda disayangi.”

“ issh.. dah tu nak suruh aku panggil kau sayang ke?”

“ tak nak!” meremang bulu tengkuk.

“ tak nak tak pe.” Baihaqi sengih.

“ Anak kera dapat bunga, nama saudara siapa?” Baihaqi terdiam. Alamak! Termengelamun pulak. nama? siapa? anak? Dahinya berkerut. Nama apa pula budak ni tanya. Nama bakal anak ke? Eh jauhnya dia fikir.

“ ikut suka hati kau lah nak bagi nama apa pun.” Eh boleh pula mamat ni. aku tanya nama dia. Dia suruh aku bagi pula. Apa tak de nama ke dia ni.

“ boleh pula.. tak kan suka hati orang pula.”

“ ye lah. Suka hati oranglah. Tak kan suka hati ayam pula. Biarlah. Lambat lagikan.” Apa pula yang lambatnya. Tension pula aku cakap dengan mamat ni. Nak sangat ke aku panggil dia abang baru nak jawab.

“ orang nak tau je nama ABANG ni siapa. Nanti tak kan nak panggil encik tak bernama pula.” Baihaqi tersengih. Alamak malunya aku. Boleh pula aku ingat nama anak. Siapa suruh dia berpantun. Rupanya aku belum cakap nama aku. Minta-minta dia tak perasan apa yang aku maksudkan.

“ Anak itik sakit gigi, nama abang Baihaqi.” Itik ada gigi ke? Eii poyo betul mamat ni.

Rea mencebik. Mamanya peramah tapi anak macam sangat hampeh je. Bolehke aku nak menghabiskan sisa hidupku dengan insan ini?

“ kenapa kau nak kahwin dengan aku?”

Rea tersentak. Eh, bukan papa kau ke yang nak sangat bermenantukan aku? Itu kata abang Ngah lah. Kalau kau tak ingin, aku ni seribu kali tak nak.

“ Sebab... abang Ngah yang paksa.” Rea bernada sayu. Tak guna nak berlindung.

Amboi. Straight to the point sungguh jawapannya. Budak tak matang ni memang tak reti nak jaga hati lelaki aku.

“ kau tak teringin ke nak kahwin dengan jejaka Melayu terhangat masa kini ni?”

Perghh.. perasannya. Hangat? Tak terasa bahang pun. Rasa loya anak tekak adalah.

“ Kalau dah hangat sangat kenapa saudara tak kahwin je dengan perempuan melayu terakhir yang berlambak-lambak kat Malaysia ni? nak juga datang kampung meminang ‘nak dara Tarmizi ni. ”

Klasik pula ayat aku ni. Dia tersengih sendiri. Masuk juga lah sikit ilmu pengajaran kesusasteraan Cikgu Siti dulu. Tawa yang meletus di sebelah mematikan sengihan.

Baihaqi menghembuskan nafas dari mulut perlahan-lahan. Cuba mematikan tawanya. Nak meredakan hati yang bagai digeletek.

“ Ok lah. Back to the business, aku tak kisah kahwin dengan saudari Rea. Harapnya saudari pun sudilah menerima hamba sebagai suami saudari.”

Ciss.. menyindir. Rea menggigit bibir.

“ aku ni baru 26 nak masuk 27. Masih bujang dan tidak punya kekasih. Diulang, tidak punya kekasih...”

Tak perlu ulangan pun.

“...Aku berkerjaya dan InsyaALLAH boleh nak menyara hidup kita nanti. Walaupun tak mewah, tapi cukup makan pakai...”

Bapak hang Dato’, anak tak kan kebulur kot.

“... aku kadang-kala mulut laser...”

Bukan kadang-kadang. Dari tadi asyik melaser jer kerjanya.

“...aku ni cerewet...”

Macam mak nenek.

“ ...aku suka gadis berambut panjang. Tak delah nampak macam jantan...”

Chisss... menyindir. Ni memang cerewet mak nenek bongkok sabut.

“... aku rasa kita boleh jadi kawan yang baik...”

Harapan nak capai langit. Boleh ke nak kawan kalau dari tadi asyik menghentam.

“... dan aku percaya saudari boleh jadi isteri yang baik...”

Gulp! Jangan nak beromantika asmaradana dengan aku. Cheq segan. Ni yang cair ni.


Lagu Untukmu-Meet Uncle Hussein nyaring di telinga. Terus ingatan mati. Dijeling sekilas.

“ kau lagi?” tawa meletus di hujung talian.

“ jangan lupa bawak hadiah besar tau. Bye.” Terus Rizal meletakkan telefon.

Baihaqi mendengus. Kenapalah dia punya sahabat sengal macam Rizal. Sakit hati juga dengan gurauan luar alam dia. kacau orang nak berangan.

Aik En. Baihaqi, sejak bila pandai nak berangan ni?

3 comments:

  1. waaaaaa..
    comey je dorang..
    ske2..
    cpt mesra plak..
    muehehe..

    ReplyDelete
  2. nape ganash sgt bhase baihaqi??al0oorr...

    ReplyDelete
  3. hahahaha...
    gila ketawa part itik ada gigi...
    hahaha...lawak2...

    ReplyDelete