Thursday, October 1, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [4]

Rea tidak keruan. Amiruddin memang teruk. Entah perangai siapa yang diwarisinya. Apa yang harus dilakukannya ni? Eiii…tensionnya. Rasa macam nak terjun sungai je.


“Angah dah bagitau Dato’ Nik yang Rea dah setuju nak kahwin. Nanti dia nak datang rumah kita.” Amiruddin bersuara ketika makan malam yang disertai oleh semua orang. Rea sudah tidak senang duduk. Seleranya seakan sudah mati.

“Kenapa cepat sangat?” Pak Long Zaidi bertanya. Amiruddin terlalu terburu-buru pada pandangannya. Pertengkaran semalam pun masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Bukan apa Pak Long. Saya cuti ni pun bukan lama sangat. Nanti kalau saya tak de masa Dato’ datang kekok pulak dia.”

“Bukan kami nak halau dia pun Ngah. Sebodoh-bodoh Long ni masih tau nak menghormati tetamu.” Amiruddin tersentak dengan sindiran abangnya. Dia hanya tersenyum sumbing. Malas mahu membidas.

“Lusa dia sampai. Nanti Rea perangai elok-elok lah sikit. Dia datang pun nak tengok Rea.”

Apa??? Rea tersentak. Kenapa pula nak tengok aku? Tengok lah Ezah ke Daus ke. Alamak lupa plak aku yang nak kahwin. Serabai betul lah. Nak suruh aku sopan-sopan lah tu. Bosan betul.

“ Amboi kak Rea… belum kahwin dah berangan.” Faizah tersengih di sebelah Rea. Dia melabuhkan punggung di atas rumput di mana Rea sedang bersila. Rea yang mencebikkan bibir di sebelah dipandang.

“ Izah.. aku rasa macam nak lari. Tak pun terjun sungai.” Rea bersuara perlahan.

“ Jangannn!!!! Nanti Izah pula kena ganti kak Rea.” Bergegar tawa Faizah di sisinya.
Amboi budak ni. Suka betul dia mainkan aku.

“ eiii… nak kena sepak ke?” Rea sudah menayangkan tapak tangannya di hadapan sepupunya itu.

“ sabar laa. Gurau sikit pun dah tak boleh. Ni abang ngah panggil kak Rea.”

Rea tersentak. Alamak aku dah gelabah dah ni. Laju dia mengorak langkah balik ke rumah. Faizah mengekek ketawa. Hilang gaya macho Rea yang selama ini ditonjolkan.


Rea bersembunyi di belakang pokok mempelam di hadapan rumah Pak Long Zaidinya. Dia memerhatikan sebuah kereta Mercedes yang tidak pernah dikenalinya. Dato’ tu dah sampai ke? Alamak… rasa macam nak gugur jantungnya. Rasa beraninya terbang hilang entah ke mana.
Semut yang mula menggigit tangannya di batang pokok pempelam pun tidak terasa sakit. Rasanya mukanya pucat lesi ketika itu.

Macam mana nak masuk rumah ni? tapi aku nak masuk ke? Alamak Angah dah menjenguk di pintu. Mesti cari aku. Rasa macam nak lari je. Baik aku cepat sebelum Angah nampak aku.

“ Ehem, ehem… mengendap siapa?”

Rea tersentak. Dia berpaling mencari suara siapa yang menegurnya.

3 comments: