Monday, April 12, 2010

Hero Heroine [3]

Benjamin mendekat. Cepat-cepat dia sauk lengan kanan Redzuan. Buat-buat memeluk erat mamat rambut pacak tu.

                “ Rey!” Redzuan yang bingung lima saat yang lalu sudah buat muka bosan. Buaya ni lagi.

                “ Ben... nak apa? Kitaorang nak cepat ni.” Reynuha buat-buat tak peduli dengan muka kelat Benjamin.

                “ kot ye pun tak suka tengok muka aku, tak payah lah nak peluk mamat tu.”

                “Oh ho... sorry. Dah terbiasa.” Dia gelak gedik. Redzuan buat muka bosan.

                “ Nak bagi ni je pun. Nah... Lagipun hari ni I got new minah. See you. Bye!” sepantas kilat Benjamin berlalu.

                Amboi. Terkejar-kejarkan dia lepas tu boleh pula cakap pasal awek lain depan dia. whatever lah mamat.

                “ Hey... that’s so gay!”

                Automatik dia berpaling mencari arah suara tu. cepat-cepat dia lepaskan lengan Redzuan. Redzuan hembuskan nafas dengan mulut.

                “ Kelvin!”

                Lelaki cina tu gelak kecil sebelum menyapa Redzuan. Menumbuk perlahan penumbuk kanan Redzuan. Reynuha juga menghulurkan penumbuk. Mahu disapa dengan cara yang sama.

                “ You’re not my kawan , GIRL !” Kelvin gelak sebelum mengetuk sesudu cap yang dia pakai. Perkataan girl sengaja dikuatkan.

                Dia muncungkan mulut lalu cap ditanggalkan. Membetulkan rambut sebelum disarungkan balik cap hitam Adidasnya.

                “ Coffee?”

                Redzuan mengangguk. Membuntuti langkah kawan sedari kecilnya. Reynuha ikut sekali. Dah lama tak tengok muka lelaki mata sepet tu.

                “ Kau pergi mana?” Redzuan duduk. Bertentangan dengan Kelvin. Reynuha ambil tempat di sebelahnya. Menghirup teh ais.

                “ Quite busy laa this week.” Spek mata hitam ditanggalkan.

                “ hmm... already starting your practical right. So, how? Fun?”

                Kelvin sengih sambil menangguk-anggukkan kepala. Diam sebelum ambil nafas dalam-dalam.

               “ I think I’m in love laa bro.”

                Nyaris tak tersembur air dalam mulut. Redzuan yang tadi galak mengetuk meja terkaku seketika. Ini hal luar alam ni.

                “ Siapa?” Reynuha yang teruja. Bukan senang mamat cina ni nak buka topik macam cinta.

                Kelvin seluk poket mengeluarkan PDAnya. Redzuan yang selama ni asyik buat muka tak perasaan pun dah mula teruja sama. Reynuha lagilah dah terjenguk-jenguk mengintai apa yang sedang Kelvin cari dalam PDAnya.

                Gambar sekumpulan manusia yang berlatarbelakangkan bangunan warna biru tu ditatap. Dan bangunan tu adalah 2/3 daripada gambar.  Jatuh cinta dengan bangunan? That’s so like Kelvin.

                “ as expected from you.” Reynuha dah mencebik. Kembali menyandarkan badan ke kerusi. Ingatkan jatuh cinta betul-betul. Kelvin sengih.

                “ Malay girl?” Redzuan kembalikan PDA kawannya. Bukan susah nak baca hati Kelvin. Reynuha bulatkan mata. macam mana Red tahu?

                Kelvin gelak lagi. Red memang boleh baca dia walaupun dia tak kata apa. Dia anggukkan kepala.

                “ which one?” Reynuha rampas balik PDA tu. tak puas hati. Nak juga cari siapa gerangan gadis bertuah tu.

                “ Kurung with blue shawl.” Matanya menangkap imej gadis tu. di hujung kiri sedangkan Kelvin di hujung kanan. macam mana Red boleh tahu? Ke Kelvin dah bagitahu Redzuan dulu dan pura-pura konon tak tahu. Saja nak buli dia.

                “ how did you know that? Kelvin already told you right?”

                “ silly. That’s the power of friendship. Only me and Red know how to do that.” Kelvin gelak. Reynuha jelirkan lidah. Kalau mamat berdua ni dah jumpa, memang dialah yang jadi mangsa.

                “ her name?” Redzuan pandang wajah temannya. Malas nak layan perangai Reynuha.

                “ Adila.” Kelvin tersipu seketika.

                “ Good luck then.”

                Kelvin yang malu-malu menjeling pada si gadis. Namun gadis tu hanya tersenyum dengan tanda peace di tangan. Dari situasi gambar tu dia tahu, Kelvin sudah jatuh cinta dan gadis tu masih tak tahu.

                Reynuha mengeluh. Benci bila dia ada di antara mereka berdua. Memang langsung dia tak boleh nak faham bahasa mereka.

                “ Thanks and I think you also need the luck.”

                Satu ayat tu je sudah membuatkan telinga Redzuan merah. Malu! Reynuha sudah ternganga. Hebatnya Kelvin boleh baca hati Redzuan macam buku. Sedangkan dia yang dah sudah berbelas tahun berkongsi rumah pun tak boleh faham hati batu lelaki tu.

                “ Kelvin... teach me that skill. I also want to read his mind.”

                “ tunggu lagi sepuluh tahun laa GIRL !” Kelvin gelak besar dengan Redzuan yang senyum mengejek. Eiii... benci.

                “ dengan siapa? Kelviiiiiin.... bagitahulaaa.” Reynuha panggil nama Kelvin meleret.

                “ Ok laa GIRL! Obviously with a girl... sweet smile... small nose... hazel eye... a pair of ear...  black hair.... Physically perfect. ”

                Kelvin hirup kopinya. Reynuha muncungkan mulut. baik tak payah cakap macam tu. Redzuan hanya jungkit bahu. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu bahawa hati Redzuan sudah dihuni orang.

                “ dah... dah.. drop the subject. So, what you gonna do with her?”

                Soal cinta dua bangsa bukan soal remeh. Bukan setakat bangsa malah berlainan agama. Dia kenal siapa Kelvin. Lelaki yang membesar dalam rumpun Melayu. Dah banyak tahu budaya dan adat orang Melayu. Tapi soal agama? Islam bukan mainan.

                “ haah... I guest no other way. I need to ask your help. Guide me about Islam. will you?”

                Terasa berat beban kepercayaan yang Kelvin galaskan ke bahunya. Minah yang duduk sebelah dia sambil buat konon-konon tak dengar tu pun dia tak berjaya nak betulkan. Diri pun masih bengkok. Tapi alangkah berdosanya kalau dia menolak seorang yang berminat dengan Islam.

                “ InsyaALLAH... but don’t do this for a girl. Do it for ALLAH.”

                Kelvin tarik nafas dalam-dalam. Dia yakin. Ini yang hatinya mahu. Dia senyum.

                “ thanks kawan!”

                Redzuan  tepuk bahu Kelvin. Reynuha hanya membisu.

                “ one more... mung keno blaja kecek kelate.”

                Kelvin ternganga sebelum tergelak.

                “ I don’t get it but you sound so funny.”

                “ You kena belajar cakap Kelantan.”

                “ oww... it’s will be hard. And funny.” Kelvin senyum. Adila, tunggu saya boleh?

                Reynuha sekali lagi ternganga. Macam mana Redzuan boleh tahu minah tu orang Kelantan dengan hanya sekeping gambar. Tu pun yang muka nampak sebesar kepala mancis.

                “ I need to go. See you next time. and also thanks for the help.” Kelvin berdiri. Dia ada kelas sekejap lagi.

                “ No hal laa kawan.”

                Bertemu penumbuk sebelum bertukar senyuman.

                “ And you GIRL, wear something girlish please.”

                Sekali lagi Kelvin tumbuk sesudu capnya. Eii... mamat ni la. dah laa suka sangat tekankan perkataan GIRL tu. macamlah dia tak sedar yang diri tu perempuan..

                Langkah Redzuan diikut dari belakang. Kelvin berlalu ke arah bertentangan. Dia sekali lagi betulkan rambut.

                “ Red... how you know that girl from Kelantan?”

                Redzuan senyum segaris sebelum pandang belakang.

                “ she got the logo on her bag. Daaa... lembap!”

                Auchh... dia pegang telinga yang ditarik Redzuan. Geramnya. Satu..dua.. tiga.. belakang badan Redzuan ditolak ke depan.

                Prang... bunyi pinggan yang jatuh ke lantai membuatkan satu kafe terdiam. Reynuha ketap bibir. salah dia, kan?

                Redzuan ketap bibir. Geram!

                “ Sorry...” gadis berbaju kurung biru muda tu nampak pucat. Abang rambut pacak ni nampak garang.

                “ No... my fault. Sorry.”

                Redzuan seluk poket jeans. Not lima ringgit dihulur pada gadis tu.

                “ Ganti rugi.”

                Reynuha gigit bibir sebelum tayang peace. Senyum pada gadis tu. perlahan-lahan dia berjalan melepasi Redzuan yang sudah bermandi mee goreng. T-shirt putih tu dah bertompok minyak.

                “ Nuha...”

                Cepat-cepat dia tekup kedua telinga. Jangan tarik telinga lagi. Redzuan cekap mencekup bahagian belakang kolar bajunya. Dia sengih lebar-lebar. Angkat sepuluh jari macam nak sembah raja.

                “ sorry kak long... saya tak sengaja tertolak abang saya tadi. maafkan saya dan dia.”

                Gadis tu terpinga-pinga. Reynuha tayang sengih lebar-lebar. Redzuan makin merah muka. Malu ke?

                “ tak pe.. sorry abang . baju dah kotor. Saya betul-betul tak sengaja.” Takut-takut gadis tu bersuara.

                “ tak pe. Jom!”

                Redzuan tarik dia keluar dari kafe.  Masih pegang kolar bajunya. Hmm... kenapa Red macam malu-malu? Selalu tu bukan buat muka tak de jiwa ke?

                Hazel eye.. gadis tu ada hazel eye!

Sunday, April 11, 2010

Hero Heroine [2]

Pap.. terus dia tegakkan badan. Sengih memandang wajah merah Dr. Amirah yang sedang berpeluk tubuh di depan matanya. Bergegar tadi meja kena hempuk dengan buku setengah kilo.

                “ Jaga anak ke malam tadi?” sinis.

                “ Sorry doktor. Adik saya meragam semalam. Mak kan dalam pantang lagi.”

                Riuh seketika kelas yang berisi tiga puluh orang pelajar itu dengan gelak ketawa. Dia tarik senyuman dengan wajah kelat pensyarah tu. Dr. Amirah mendengus sebelum kembali ke hadapan kelas. Menyambung kuliah yang terganggu dengan pelajar yang tidur.

                ‘ kenapa kau tak kejut aku?’ dia berbisik pada Redzuan yang sedang sibuk melakar pada sketchbook.

                ‘ siapa suruh kau tidur.’

                Hishh... dia mencebik. Apa punya orang laa. tak bersimpati langsung dengan orang. Mentang-mentang dia budak top dalam kelas.

                Terasa ada yang mencuit bahunya. Dia berpaling ke belakang. angkat kening pada mamat rambut blonde yang mencuitnya tadi.

                Huluran kertas disambut dengan malas. Dibaca dalam hati.

                ‘ dating jom? Berdua je. tak payah bawak Red.’

                Dia angkat bibir belah kiri. Apalah mamat sesat seorang ni mengarut. Redzuan di sebelah cuba panjangkan tengkuk nak curi baca.

                ‘ mintak izin Red. kalau berani laa...’

                Kertas itu digumpal lalu dicampak ke belakang. malas nak pandang muka buaya karat tu. Benjamin di belakang dah teruja menyambut kertasnya.

                “ Reynuha... what are you doing? Sleeping in class and now flirting with boys? How shameless...”

                Tiga saat dia terkedu. Nafas ditarik dalam-dalam. Cuba bertenang.  Pelajar lain senyap buat-buat tak berminat.

                “ what’s wrong with that? I’m not flirting with my lecturer.” Dia senyum sinis.

                Auww... terasa kakinya Redzuan pijak kuat-kuat. Okay! Terlebih sudah. Siapa suruh pensyarah tu cari pasal. Hanya sebab kami tak sealiran pendapat.

                “ Sorry doctor. Can you continue?” Redzuan bersuara.  Membuat doktor berpangkat PHD tu meneruskan pengajaran. Kali ni dengan suara yang tak seyakin tadi.

                “ Aaww...awwww... sakitlah!” tangan kiri Redzuan yang masih menarik telinganya dipukul. Nasib baik kelas dah habis. Kalau tengah kelas, sah-sah kena hentam lagi.

                cepat-cepat tangan pegang telinga. Risau tercabut. Bukan main kuat lagi mamat tu tarik. Tanpa sedar dia dah tarik muncung.

                “ kau kenapa lawan dia hari ni? selalu buat donno je.” Redzuan dah bangkit dari kerusi. Mencapai beg sandang dan bersedia nak berlalu pergi.

                “ sorryyy...” perlahan. salah hormone. Dia kan tengah dilawat kawan dari bulan sekarang ni. rasa menyesal pulak tadi. tu laa. buat apa-apa tak pernah nak fikir.

                “ bukan dengan aku.” Langkah Redzuan disaingi.

                “ Ye laa. kau teman aku jumpa dia?”

                “ jangan harap!” nak tergelak tengok muka kelat Redzuan. Siapa tak tahu yang Dr. Amirah yang masih bujang tu ada hati pada anak murid sendiri. Siapa juga tak tahu yang lamaran dia ditolak bulat-bulat. Pensyarah yang berani. Malangnya pilihan dia tak tepat. Redzuan yang tak berjiwa ni juga yang dia minat.

                “ Rey!”

                Dia pandang belakang. Benjamin sedang melangkah laju-laju dengan senyuman bermadu dia tu. kalau dia buat-buat tak dengar sekarang boleh tak?

                “ Rey... wait lah babe. Jom gi dating.” Benjamin berjalan di sisi kiri. Redzuan hanya buat tak peduli di sisi yang satu lagi.

                “ Not interested....” Reynuha geleng kepala sekali.

                “ Red...” Benjamin dah berhenti. Merangkul bahunya untuk menghadap muka Red. Eh, apa ni? pegang-pegang pulak.

                “ You can flirt... but not touching!” Redzuan tarik tangan kanan Benjamin yang elok parking pada bahu Reynuha. Dijatuhkan ke bawah. Muka tanpa perasaan.

                Benjamin ternganga seketika. Reynuha senyum lebar bila Redzuan sudah tarik tangannya masuk ke kafe. Dia pandang belakang menjelirkan lidah pada Benjamin yang masih terkaku di situ.

                He’s scary and she’s just too hot. ‘kembar’ aneh!


Auwww... telinga kanan dipegang. Tak perlu pandang belakang. dah tahu  dah hobi siapa yang suka tegur telinga dia dulu sebelum berbunyi.

                Redzuan hempas tubuh di sebelah Reynuha yang elok landing atas sofa depan tv.

                “ sempitlah mamat.” Reynuha tolak-tolak tubuh Redzuan yang langsung tak berganjak. Makan besi ke? macam keluli dah badannya.

                “ kau tu yang kena blah. Pergi tolong mama kat dapur tu.” remote tv dicapai. Apa kes tengok doraemon? Tukar rancangan lain.

                “ weii... mamat! Aku duduk depan tv dulu.” Dia cuba capai remote di tangan kiri Redzuan. Suka hati je main tukar-tukar rancangan.

                Tangan kanan Redzuan dah menghadang dia bangun. Tepat-tepat kena dada. Oii... oii... hadang tang mana dah tu. dia bersandar balik ke sofa. senyum sebelum tangan kanan tu dipegang. Dia nganga mulut. siaplah kau Red!

                “ Arghhh... sakitlah!” tangan kiri Red tarik telinganya. Makin kuat lelaki tu tarik, makin kuat dia gigit lengan Redzuan.

                Pap...pap...

                Dua-dua dah gosok kepala. pandang belakang sofa.

                “ Maghrib-maghrib bertekak depan tv ye. Zuan dah solat? Nuha... pergi lah tolong mama masak kat dapur tu.”

                Papa dengan gulungan surat khabar dia. dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah.

                “ Zuan dah solat Pa.”

                “ Nuha dah tolong tadi. mama yang tak kasi.”

                Bulat mata Papa. Dia tahu Papa bukan suka anak-anak menjawab katanya. Dia sengih cuma. Red dah sambung tukar siaran di tv. Papa betulkan spek mata sebelum berlalu dengan menggeleng-gelengkan kepala.

                “ Mama....” Mama yang sedang membancuh air pandang muka pintu dapur.

                “ Kenapa? Budak berdua tu bergaduh?” Papa mendekat.

                “ a’ah... Mama tak kasi Nuha tolong?” Papa peluk pinggang Mama.

                “ Bukan tak nak bagi tolong. Masalahnya dia lagi banyakkan kerja mama. Bising pulak tu.” Mama gelak kecil.

                Dia suruh bancuh air. Reynuha  tanya nak bancuh air apa? Guna jug ke mug? Berapa banyak air nak kena letak? gula masuk banyak mana? Nak manis macam mana?

                Dari jawab soalan berjela-jela macam tu baik dia buat sendiri.

                “ budak berdua tu okay ke tak?” Mama cari wajah papa di belakangnya.

                “ kenapa Papa nak risau? Pandai-pandailah diorang dua tu. masing-masing dah besar.” Mama senyum.

                “ tak lah. Zuan tu, kalau dah sayang tu, cakap je lah. ni dok main tarik tali.” Papa membebel perlahan cukup untuk membuat Mama tergelak kecil.

                “ ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Bapak borek anak rintik lah kan.”

                “ Mama ni kan...” Papa cubit dua-dua pipi Mama. Mama tambah gelak.

                Teringat sebelum kahwin dulu, Papa bukan nak cakap isi hati sendiri. Nasib baik dia pandai teka. Kalau tak buat malu je dia cari jalan nak korek rahsia tu.

                “ Ma.... Nuha dah lapar ni. Ma Pa dah kenyang ke?”

                Merah muka Mama. Cepat-cepat tangan Papa yang melingkari pinggangnya diuraikan. Bila dia pandang muka pintu, bertambah merah muka. Bukan Reynuha je, anak tirinya Redzuan pun ada sekali. Malu.

                “ Jom... jom makan.”

Friday, April 9, 2010

Hero Heroine [1]

Dia jatuh ke lantai rumput. Patung beruangnya sudah melambungkan ke ruang udara. Serentak itu juga air mata laju menuruni pipi.

                “ bagi balik Coco! Coco! Korang jahat.”

                Saat dia menerkam ke arah mereka, dia jatuh lagi. Ketiga mereka sudah  ketawa terbahak-bahak. Mentertawakannya.

                “ budak tak de papa. Ne! Ne! Ne! tak de papa.” Si gempal berbaju merah sudah menjelir-jelirkan lidahnya.

                “ Nuha lembik! Nuha lembik” si baju kuning menambahkan kesedihannya.

                “ adoi!” si baju hijau sudah menggosok belakang kepalanya. Ishh.. siapa yang baling bola tadi?

                Dia dah berhenti menangis bila ketiga-tiga pembuli tadi sudah terkelu lidah. Dia lap air hidung. Menghalakan mata ke arah  yang dipandang ketiga-tiganya. Di hujung taman, si seluar pendek berdiri kaku. Muka tanpa perasaan.

                “ eii.. budak! Kau nak kena belasah ke?” Si gempal sudah melemparkan Coco ke rumput. Berjalan menghala ke budak seluar pendek.

                Dia merangkak menghampiri Coco. Laju beruang coklat itu dirapatkan ke dada. Dia menyoroti hujung taman. Tiga lawan satu? Adakah itu superheronya?

                “ Budak-budak ni. buat apa tu?” Jeritan seorang mak cik memberhentikan tumbukan yang bertalu-talu mengenai tubuh si seluar pendek tadi. Laju si gempal berlalu dengan rakan-rakannya.

                Si seluar pendek berdiri. Mengesat lelehan darah pada hidungnya. Tiga lawan satu? Dia tidak berdaya. Saiznya lebih kecil berbanding mereka bertiga. Matanya terpaku pada si baju kelabu dengan beruangnya.

                “ Jom.” dia tarik si baju kelabu bangun. Berpegangan tangan menghala ke jalan raya. Mendekati rumah bercat krim beratap biru.

                “ Papa...” dia berhenti di hadapan Papa yang leka memotong rumput.

                “ Zuan!” Laju Papa berlari ke arahnya. Membelek si anak yang sudah terluka. Sempat matanya menjeling pada si comot berbaju kelabu di belakang.

                “ siapa tu Zuan?” Papa senyum pada tetamunya.

                “ awek.” Itu yang didengar dari si gempal tadi.


Dia panjat balkoni ke bilik sebelah. Dasar tidur mati. Dah dikejutkan berkali-kali pun masih liat nak bangun. Tingkap kaca yang tidak berkunci dibuka.

                Masih elok berbungkus dalam selimut. Dikepala, headphone elok tak berusik. Patutlah tak dengar langsung.

                Dia menghampiri katil. MP3 yang bersambung dengan headhone dicapai. Dia sengih jahat. Laju tangan naikkan volume sehingga ke maximum.

                “ arghh!” Headphone tercampak ke lantai. Si dia sudah terduduk dengan mata yang buntang.

                “ Bangun!”

                Laju berlalu ke pintu yang berkunci dari dalam. Dia keluar.

                Argghh.. gila punya taktik. Mau pekak jadinya. Dia bingkas bangun. Jam dikerling. 8 pagi? Isnin? Aaa.. laa.. makkk!

Laju tuala disambar. Mencicit ke bilik air. Hari ni ada kuliah. Dan nampaknya memang akan lambatlah ni.

                Skinny jeans kelabu disarung ke kaki. T-shirt putih Baby Milo pula dicapai.  Rambut yang sudah dikeringkan disapu gel. Disikat seperti selalu. Jaket coklat disarung tanpa dibutang.

                Stokin dalam laci meja dicapai sepasang. Alat tulis dicampak ke dalam beg sandang coklat. Juga senaskah testpad. Helmet atas almari pakaian diambil.

                Dia tutup pintu bilik. Berlari menuruni tangga sambil mengerling jam di tangan kanan. 8.20 pagi.

                “ Nuha... sarapan!” Mama memanggil dari meja makan. Dia berlari ke sana. Susu diteguk perlahan tanpa duduk.

                Pukk.. adoi! Nasib baik tak tersedak. Papa mengetuk kepalanya dengan surat khabar di tangan. Sengih tanpa rasa bersalah.

                “ bye pa..” tangan papa dicapai. Dia capai roti bakar dalam pinggan lalu digigit. Mama yang baru selesai menuang kopi ke dalam cawan menggeleng. Dia cium tangan Mama dengan roti yang tersungging di mulut.

                “ Bangun lambat lagi. Jenuh nak mengejutkannya. Subuh pun tak lah tu.”

                “ cuti lah Ma.” Dia jerit dari pintu depan.

                Dengan roti tersumbat dalam mulut, dia capai Converse dalam rak. Aik? Kenapa sebelah merah sebelah hijau talinya ni?

                “ Red!!!” dia seru satu nama.  Tak mengjenguk pun. Dah lah buta warna, pekak pulak tu. Dia bawa kasut tu keluar rumah.

                “ Red!” elok bersantai atas Kawasaki yang sudah dihidupkan enjin.

                “ Salah tali kasut lah. tak perasan ke?” dia tunjuk juga tali yang kontra warnanya walaupun dah tahu mamat tu tak dapat nak beza.

                “ tibai je laa. malas nak buka.”

                Dia sarung juga. Bukan benda baru pun tapi masih juga nak bawak bergaduh dengan mamat tu. Selesai ikat tali kasut, fullface helmet disarung ke kepala. Redzuan juga sudah menyarungkan helmetnya.

                “ Jom!” Kawasaki Ninja 250R tu menderum pergi.

Thursday, April 8, 2010

Hero Heroine [teaser]


'aku nak jadi gagah walaupun hakikatnya goyah. Biar tampak tabah meskipun lemah. Kerana kau hero lalu aku mesti jadi heroinnya.'

'aku tak ingin Rey si gagah. Aku mahukan Nuha yang lemah. Menangis bila disakiti, berlindung bila diancam. Itu bukti aku masih diperlukan.'

Umpama kembar,mereka melangkah seiringan. Saling melengkapi. Saling memerlukan. Di hati, masing-masing menyimpan rasa. Menjeruk manisnya cinta. Bila muncul insan ketiga, keempat, kelima, dua-dua mula salah tingkah. Sudahnya satu membatu, yang satu lagi membisu. Tapi yang sejati itulah yang kekal abadi.

Ini bukan fantasi Spidey dan MJ. Bukan juga cerita Batman bersama Catwoman. Tidak sehebat cinta rahsia Wolverine dengan Jean Grey. Biar tak sepadan. Biar tak seragam. Walaupun tak bagai pinang, yang pasti bila kau ‘hero’, akulah ‘heroine’nya.