Friday, October 1, 2010

Hero Heroine [20]

Balqis melangkah masuk setelah salam disambut oleh seseorang dari dalam. Si adik yang berusia 12 tahun melonjak kegembiraan dengan kepulangannya.

                “ Ibu mana?”

                Kepala si adik diusap perlahan. selalunya dia pulang disambut si ibu. Hari ni langsung tak nampak muka.

                “ Ibu dalam bilik. tadi ayah balik.” Elliana kembali memusatkan perhatian ke kaca televisyen. Seronok menonton Spongebob yang berkejaran dengan Patrick Star.

                Balqis tersentak. Tadi ayah balik. Ayat itu berulang beberapa kali dalam kepala. dia bingkas bangun dari sofa. laju menuju ke bilik ibu.

                “ Ibu....”

                Balqis memulas tombol. Pasti si ibu sekarang tengah bersedih. Kecewa seperti selalu. Menangis sendirian di penjuru bilik.

                “ Qis dah balik?”

                Datin Amirah yang sedang menyikat rambut berpaling. Melemparkan senyuman buat anak sulungnya. Senyuman yang Balqis dapat lihat betapa plastiknya.

                “ Ibu... ayah buat lagi?”

                Si ibu dipeluk dari belakang. memang dia tak dapat rasa derita ibu tapi sekurang-kurangnya dia dapat menghadiahkan ibu pelukan kasih. Bukan pelukan bernafsu dari ayah.

                “ Qis...”

                Suara Datin Amirah sudah serak. Berladung dengan hiba. Kenapa dia diperlakukan sebegitu oleh sang suami yang disanjung?

                “ Ibu... Qis sayang Ibu..”

                Kucupan dihadiahkan di ubun-ubun ibu. Dia kasihkan ibu. Ibu yang membesarkan dirinya adik-beradik. Bukan setakat menyumbang nama seperti ayah.

                Balqis tahu ibu isteri kedua. Balqis tahu ayah cintakan isteri pertamanya sepenuh jiwa. Balqis juga tahu alasan utama ayah berkahwin dengan ibu hanya untuk cahaya mata. Balqis juga tahu ayah yang mahukan anak lelaki yang mana ibu tak berdaya kurniakan.

                Tapi ayah tak patut memperlakukan ibu seperti sekarang. Datang bila nafsu menguasai akal. Singgah bila dahagakan belaian. Memeluk ibu dengan rakus bukan dengan kasih. Mencumbui ibu dengan ghairah bukan sayang.

                Padanya ayah orang yang tak reti bersyukur. Yang tak tahu menghargai nilai pengorbanan ibu. Yang buta dalam melihat gunung sayang ibu padanya. Pekak untuk mendengar bisikan kasih ibu. Ayah orang yang bodoh.

                Balqis menelan air liur. Sungguh dia bencikan insan yang membintikan namanya. Dato’ Khairudin, aku benci kamu!


Datin Amirah menghadiahkan senyuman buat puterinya. Biarlah jika si suami tidak ingin mengasihi anak-anak dari benihnya sendiri. Dia mampu menyayangi mereka.

                “ Ibu... biar Qis tolong ye?”

                Balqis sudah mencapai senduk nasi dari tangannya. Dia senyum. Si sulung ini memang tak jemu membantu.

                “ Qis.. Ibu dengar Qis rapat dengan lelaki gay dekat fakulti. Betul ke?”

                Cerita itu dia dengar dari kawannya yang punya anak sama universiti dengan Balqis. Dia kerisauan. Tidak mustahil Balqis akan terpengaruh dengan naluri songsang kawan-kawannya.

                “ Ibu dengar dari mana?” Bulat mata Balqis. Dia tetap juga mahu bertanya walaupun dah dapat mengagak siapa yang mencanang cerita.

                “ Kawan ibu. Ibu bukan nak sekat Qis kawan dengan siapa tapi...”

                “ Buuu... Qis faham. Tapi diorang bukan gay. Si adik yang tomboy tapi diaorang baik. ibu jangan risau.”

                Tak sampai hati Balqis mahu melawan kata. Si ibu itu dia amat sayang walaupun perangai ibu kadang-kadang terlalu lurus.

                “ Adik? Diaorang adik-beradik ke?”

                “ A’ah.. Rey dengan Red. Si adik nya perempuan tapi dia lagi hensem dari si abang.”

                Balqis ketawa. Teringat Reynuha yang konon macho tapi sangat sayangkan si Coco, patung beruangnya. Teringat juga Redzuan yang semakin lama semakin senang dibuat kawan.

                “ Qis... ni ibu lagi risau ni. Qis jangan sukakan adiknya pula.”

                Datin Amirah sudah bulat matanya memandang Balqis yang bersambung-sambung gelaknya. Apa yang lucu sangat.

                “ Ibu... Qis normal tau. Lagipun siapa kata Qis suka si adik.”

                Diakhir kata Balqis mengenyitkan matanya. Datin Amirah senyum. Anak gadisnya sudah dewasa.

                “ Qis suka si abang?”

                Balqis senyum. Kalau dia suka, si dia pun sukakan dia jugak ke?

                “ Tapi Qis tak nak jadi perigi cari timba, bu.”

                Balqis berlalu dengan mangkuk nasi di tangan. Tiba-tiba dia rasa malu dengan rasa hati sendiri. Datin Amirah tersenyum. Walaupun si anak kurang kasih seorang bapa, tapi masih elok sopan-santunnya.

                “ Nanti Qis bawaklah dia jumpa Ibu. Ibu pun nak kenal juga orang yang bertuah tu.”

                Datin Amirah meneruskan topik setelah Balqis muncul semula di ruang dapur.

                “ nantilah bu. Tak lari gunung dikejar. Kalau boleh Qis nak habiskan study dulu.”

                Balqis mencapai jug air. Membancuh minuman untuk seisi keluarga. Adik-adik sudah makin lapar di meja makan. Seperti biasa makan malam tanpa si bapa.

                “ Tapi dia tu orang Qis. Jangan sampai terlepas ke tangan orang.”

                Balqis senyum. Mengangkat bahu. Kalau jodoh tak ke mana. Kalau bukan jodoh dia, dia pun tak boleh main paksa.

                Biarlah. Malas nak fikir.

Yahoo. Rasa macam nak melompat naik ke langit. Dua minggu yang penuh penyeksaan akhirnya tamat. Memang terasa susah hidup bila hilang kaki. Macam manalah nasib kalau yang kudung tu?

                “ Janganlah buas sangat Nuha. Elok-elok dah sembuh tu jangan sampai patah pula. Nanti mama awak kuarantin dalam bilik lagi.”

                “ Baiklah boss.”

                Dia angkat tabik pada Papa yang berlalu ke tingkat atas. Mama yang mahu ke ruang dapur hanya senyum sambil geleng kepala. Redzuan, entah hilang ke mana.

                Dari duduk menyandar, dia berbaring di sofa. Terlentang macam dugong. Remote controller tv dicapai sebelum dia memilih siaran di kaca tv. Gian juga nak tengok tv.

                Redzuan kembali ke ruang tamu dengan gelas berisi air tembikai yang Mama kisar semalam. Menepuk kaki Reynuha yang masih berbalut selepas cast dibuang.

                “ auww...”

                Kaki diangkat memberi ruang pada Redzuan duduk sebelum riba lelaki itu menjadi alas. Alas untuk kakinya.

                “ banyak cantik kaki kau. Aku patahkan nanti baru tahu.”

                Dia mencebik. Macamlah berani. Tangan dipanjangkan mencapai gelas di tangan Redzuan. Air tembikai yang sudah separuh gelas makin surut.

                “ tak de cerita lain ke? bosan laa...”

                Redzuan mencapai remote controller. Menukar-nukar siaran. Mencari yang menarik hati.

                ‘ Balqis, saya cintakan awak. Tolong jangan tinggalkan saya.’

                Reynuha terkedu seketika. Redzuan pula berhenti menukar siaran. Memusatkan perhatian dengan drama yang sedang bersiaran.

                Seperti biasa. Adegan pujuk-memujuk. cerita melayu terlalu banyak yang bertemakan cinta semata-mata. Dedah sana sini. Apa dekat Malaysia ni dah kurang kilang kain ke? Berpelukan tak kira lelaki perempuan. Tak kira halal haram. Dia muak. 

                “ Tukar.”

                Hujung kaki menguis peha Redzuan.

                “ kejap lah.”

                Apa yang menariknya? Sebab pelakon perempuan tu cantik. Nampak ayu berbayu kurung bertocang satu. Atau sebab nama watak tu Balqis?

                Dia mendengus perlahan. bangkit dari sofa. hati sudah mula terasa sebu. Lama-lama dia di situ, makin parah jiwanya nanti.

                “ Nuha...”

                Redzuan yang baru tersedar teman yang tadi di sisi sudah memanjat tangga. Kenapa? Bukan dia suka Adi Putra ke? dia jungkit bahu.  Mungkin Reynuha penat kot.

                Dengan dahi yang berkerut matanya kembali ke kaca tv. Menonton drama yang dia sendiri tak pasti hujung pangkalnya.


 Meja ditepuk kuat menyebabkan lelaki yang sedang khusyuk menatap buku notanya mengurut dada. Dia sengih sebelum menarik kerusi duduk. Dua beg sandang diletak ke atas meja.

                “ Assalamualaikum...”

                “ Waalaikummussalam warahmatullah hiwabarakatuh ya Khalid! Apa khabar ente?”

                Kelvin gelak kecil. Walaupun Reynuha seolah-olah mempermainkannya tapi gadis itu nampak comel. Alahai.. Reynuha memang sedari dulu comel.

                “ Redzuan mana? Kaki dah baik?”

                “ Redzuan? Siapakah itu?”

                Reynuha kerutkan dahi. Redzuan mana? Kelvin buat muka menyampah.

                “ Your beloved hubby?”

                “ ehem... ehem..ehem... Red?  kau mengigau ke tersampuk ni? panggil nama penuh pula.”

                Rasa nak tercabut anak tekak buat-buat batuk tadi. mintak-mintak lah orang di meja sebelah ni tak dengar perkataan terakhir yang Kelvin ucap. Tak pasal-pasal timbul gossip liar lagi. gossip dengan si Tazz pun belum surut lagi.

                “ Apa salahnya? Dah maksudnya baik.”

                Reynuha cebik bibir. berpaling mencari abang waiter. Tekak rasa haus. Mungkin penat berjalan dengan kaki yang masih sakit.

                “ Khal...”

                Redzuan menepuk bahu Kelvin. Mengambil tempat berhadapan si teman, di sebelah Reynuha. Posisi rutin.

                “ id.. Khalid!”

                Kelvin membulatkan mata. Reynuha tumpang sengih dengan lagak Redzuan yang terkulat-kulat disergah begitu.

                “ Opps.. Sorry. Assalamualaikum ya Muhammad Khalid Tan.”

                Tangan kanan diangkat ke dahi. Gaya orang Arab mengucapkan salam.

                Kelvin ataupun sekarang nama penuhnya Muhammad Khalid Tan hanya senyum segaris. Tidak guna tenaga lebih pun setakat nak tambah satu suku kata lagi untuk panggil nama yang elok maksudnya.

                Kelvin a.k.a Khalid sekarang sudah banyak berubahnya. Lebih senang berbahasa Melayu. Alasannya praktis sekarang, nanti nak pinang anak dara orang senang. Lebih selesa berkemeja, tiada lagi t-shirt pelbagai corak mahupun yang berselirat dengan perkataan. Lebih kerap berbaju Melayu.

                “ lama tak nampak Balqis.”

                Ucapan Khalid yang tiba-tiba membuatkan Reynuha terkedu. Macam dah rapat pulak mamat ni dengan gadis tu.

                “ busy study week.”

                Redzuan kembali menyedut sirap limau yang baru sampai seminit yang lalu. Khalid mengangguk-anggukkan kepala. walaupun satu fakulti, antara tahun memang sedikit berbeza jadual peperiksaan.

                Reynuha menggigit straw. Bukan dia tak sukakan Balqis tapi entahlah. Hati kadang-kadang tak senang dengan kehadirannya. Cemburu? Hai.. susah nak kata.

                “ Tazz apa cerita sekarang?”

                Khalid mengalihkan pandang ke arah Reynuha. Gadis itu hanya menjungkit bahu. Cerita apa? Mamat tu biasa-biasa je. tak ada yang menarik pun nak dikongsi.

                “ Somebody calling for me? tada.. here I am.”

                Tiga-tiga ternganga. Jatuh dari langit lagi.

                “ janganlah macam nampak hantu. Rey... kaki dah baik?”

                Tazz duduk di sebelah Khalid. Terus tumpuan memusat pada gadis di hadapannya. Menghadiahkan senyuman.

                “ belum nak mati tapi sakitnya ada lagi laa. Kau intip aku ke? bila sebut je nama, tup-tup muka tak comel kau dah tersembul.”

                Tazz ketawa galak. Khalid hanya tersenyum. Redzuan tayang muka plastik. Tak ada perasaan walaupun dalam hati terasa menggelegak.

                “ sixth senses. Barulah kau tak mengumpat aku. Kau datang dengan apa? Ninja tak ada pun.”

                “ naik kereta. Ninja aku pun kau nak spy jugak. nasib la dapat kawan macam kau ni.”

                Pagi tadi, jenuh bertekak dengan Papa yang berkeras tak mahu dia tunggang Kawasakinya sebelum tempoh tiga bulan berakhir. Tempoh doktor melarang dia dari sebarang aktiviti sukan supaya kaki betul-betul sembuh.

                “ kalau Nuha degil, stay dekat rumah je. Nanti Papa mintak tangguh study.”

                “ Noooo... ye lah. Bak kunci kereta. Persona ke myVi?”

                Setakat seliuh kaki sampai tangguh pengajian. Jangan buat gila. Tak sanggup dia nak ulang lagi. sekarang pun dah terasa nak muntah kelabu dah.
  
              “ Zuan drive. Nuha duduk je.”

                “ what? Pa... nak bunuh orang ke?”

                Ni lagi gila. Bukan Papa tak tahu Redzuan tu ambil lesen pun sepatutnya tak lepas. Entah macam manalah boleh lepas.

                “ Muluuut... ak..bang boleh drive okay. Jangan cakap sebarangan.”

                Telinga yang baru dipiat Redzuan digosok. Papa yang melihat senyum padanya. Haidoo... Papa, lelaki yang penuh dengan toleransi tapi kalau dah datang tegasnya, memang tak terlawan.

                “ Bismillahir rahman nirrahim.”

                Dibaca sekuat-kuatnya sebelum melabuh duduk di seat sebelah pemandu. Biar Papa yang juga mahu bergerak ke pejabat dengar .

                “ jangan risau. Percaya pada abang.”

                Dia menjeling Redzuan. Abang konon. Geli tekak nak sebut. Bertambah geli telinga yang mendengarnya. nasib je Papa yang mahu panggilan macam tu, kalau tak...

                “ wei!”

                “ huh?”

                “ berangan. Punyalah aku cerita macam-macam. Rupanya cakap dengan minah jenin.”

                Tazz yang menarik muncung dipandang. Alamak. macam manalah boleh terberangan dekat sini. Kerusi depan Redzuan yang sudah kosong membuatkan dahinya berkerut.

                “ Kelvin mana?”

                “ daaa... Encik Muhammad Khalid Tan tu dah balik laa.”

                Redzuan menjawab sambil memberikan pandangan jengkel. Dia berkerut dahi.  Dah balik? Tak sedar pun.

                “ kenapa abang tak kejut?”

                Abang? dia sebut abang ke tadi?

                Redzuan ternganga sekejap. Terkejut.

                “ Haha..Kenapa kau tak kejut?”

                Dia ketawa janggal. Menepuk-nepuk bahu Redzuan. Janganlah buat muka pelik macam tu.

                “ kau tidur ke nak kejut. Tengok mata macam burung hantu je tadi.”

                a’ah. Betul juga. Dia tak tidur. Eii.. apa yang dia merepek petang-petang macam ni. kepala yang bertutup snowcap digaru. Nak tutup malu tapi tak tahu dah nak buat apa.

                Ketawa Tazz yang pecah tiba-tiba membuatkan Reynuha terpinga seketika. Ni kenapa pula?

                “ you both look soo cute... sweet couple.”

                 Reynuha telan air liur.

                Redzuan alih pandang ke arah lain.

                Tazz masih ketawa. Menekan-menekan perut yang terasa senak.