Friday, October 2, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [5]

Amiruddin menjeling tajam ke arah Rea yang sedang mengelap air teh yang tertumpah ke lantai. Muka merah menahan marah dan malu pada keluarga Dato’. Geramnya dia pada Rea hanya Tuhan yang tahu. Baihaqi tersenyum lebar menahan tawa yang meletus sebelum dia dicubit oleh mamanya tadi.

Rea membawa tuala ke dapur. Kalau boleh mahu saja dia menangis di depan tadi ketika cawan yang dipegang terhempas ke lantai. Mahu juga dia melarikan diri ke dalam batu belah batu bertangkup supaya dia tidak lagi perlu berdepan dengan dunia. Jelingan Amiruddin menambah kegugupannya dan seolah-olah dia adalah seorang pesalah yang dijatuhi hukuman gantung.

Malunya dia hari ini. Tadi dia disergah oleh bakal suaminya sendiri. Penegasan: bakal suami. Kemudian dimarahi Angah kerana menghilangkan diri. Diarah pula menyarung baju kurung yang hanya setahun sekali dipakai. Entah macam mana boleh tersepak hujung permaidani yang sudah bertahun-tahun dipijaknya. Dan akhirnya dia berjaya menumpahkan air ke lantai. Nasib baik bukan di atas bakal mertuanya. Lengkap pakej memalukan diri sendiri untuk hari ini.

Mak Kinah hanya tersenyum melihat Rea yang sedang membasuh tangan di sinki sambil mengomel sendiri. Lucu apabila terkenang reaksi gadis itu tadi. Dia terkaku sebentar menyaksikan cawan yang tergolek ke kaki.

“ maaf. Orang tak sengaja. Nak buat macam mana ni?” mata Rea mencari wajah mak longnya untuk meminta bantuan. Dia kelihatan hilang arah.

“ ambik kain lap kat dapur cepat.” Laju Rea melangkah ke dapur mendengar arahan mak longnya. Kain yang diambil dihulur ke arah mak Kinah namun angah yang menjegilkankan matanya mengelirukan Rea. Lama dia terdiam sebelum bertindak mengelap air yang membasahi lantai. Mak Kinah tersenyum lagi. Nampak sangat anak dara itu memang tak pernah membuat kerja rumah.


“ gelakkan orang lah tu.” Rea menumbuk perlahan lengan mak longnya yang tersengih dari tadi. Mak Kinah tertawa kecil namun segera ditahan. Tidak sampai hati melihat gadis terkulat-kulat malu. Rasa kasihan menerjah hati.

Rea baru sahaja melabuhkan duduk di meja makan apabila Datin Sofea menjengukkan diri ke dapur. Gadis itu bingkas berdiri menyebabkan meja makan bergegar kuat. Masing-masing tergamam sebentar. Kenapalah aku gelabah sangat ni?

“ Rea duduklah.” Datin Sofea menghampiri Rea sambil tersenyum.

“Datin duduklah.”

“ panggil mama je Rea. Lagipun tak lama lagi Rea dah jadi menantu mama.” Datin Sofea mempamerkan kemesraan yang sedikit melegakan hati Rea.

“ Kak Kinah nak masak apa ni?” Datin Sofea menghampiri Mak Kinah di sinki.

“ ingat nak masak lemak ubi keladi je. Sofea makan ke tak?”

“ sedap tu kak. Biar saya tolong ye.”

Mak Kinah hanya mengangguk kecil. Walaupun baru sekejap mereka berjumpa, jelas wanita itu tidak sombong malah peramah orangnya. Harapannya nanti Rea tidaklah dilayan buruk oleh keluarga itu.

Rea hanya memerhatikan kedua-dua wanita itu yang sedang rancak berbual sambil menyediakan makan tengahhari. Mereka seolah-olah tidak menyedari langsung kewujudannya. Dia berteleku di meja makan kebosanan. Faizah mesti sudah pergi ke rumah sahabatnya. Memang itulah sikap gadis itu bila ada tetamu yang bertandang. Sikap yang entah apa-apa entah.

Alamak mengantuk pula. Dia melentokkan kepala ke meja. Hasrat di hati hendak masuk tidur di bilik tapi takut nanti Angah perasan mesti angah membebel lagi. Aku tahu nak pergi mana. Rea menyusup keluar dari rumah menuju ke belakang.


Baihaqi meninjau sekeliling rumah papan milik pak Zaidi. Rumah itu agak besar dan strukturnya stabil. Ruang tamu papan dan bahagian dapurnya simen. Gaya rumah tipikal bagi masyarakat kampung. Reka bentuknya cantik namun dia tidak menyukai warna cat rumah itu. Warna yang agak gelap membuatkan rumah itu kelihatan usang.

Dia berhenti apabila ternampak seorang gadis sedang bersila di atas pangkin di bawah sebatang pokok yang rendang. Dia menghampiri gadis yang baru sahaja dikenalinya lewat sejam yang lalu. Dia tersenyum sumbing apabila melihat si gadis itu sedang lena bersandar di batang pokok.

Sewaktu dia menyergah gadis itu tadi, langsung tidak terlintas di kepalanya yang itulah bakal isterinya. Malahan dia juga tidak menyangka yang insan itu seorang perempuan. Rambut yang dipotong pendek dengan t-shirt dan seluar pendek. Sangkaannya budak kampung yang sedang mengintai kereta mewah papanya. Namun dia terkejut apabila Amiruddin memanggil gadis itu masuk ke dalam rumah. Tatkala itu baru dia tersedar yang itulah bakal isterinya. Hailaaa...

Dia merenung gadis itu yang sudah di‘make over’ mungkin oleh abangnya sendiri. Baju kurung putih berbunga ungu dan tudung senada yang tersarung menutupi kepala menyerlahkan keayuannya. Namun jelas gadis itu kekok. Rasanya bukan dia seorang yang perasan kerana Pak Long gadis itu turut tergelak kecil dengan keletahnya sewaktu menumpahkan air tadi.

Dalam diam Baihaqi tertanya-tanya. Mampukah dia hidup dengan gadis itu. Gadis yang jarak umur mereka begitu ketara. Bersediakah gadis itu menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri buat lelaki sepertinya. Mungkin gadis itu hanya terpaksa kerana sinar matanya jelas kurang cahaya. Bermuka keruh dengan bibir yang hanya menguntum senyuman palsu.

Baihaqi tersentak apabila tangan Rea terpegang tangannya. Mata gadis itu masih tertutup rapat. Nyenyak betul dia tidur. Kesempatan itu digunakan untuk mengamati wajah Rea. Gadis itu memang comel tapi tudungnya agak serabut. Bentuk hidung yang persis Amiruddin.

“Amboi-amboi. Belum apa-apa dah pegang tangan.”

Baihaqi tersentak. Dia hanya tersenyum sumbing memandang gadis yang sedang tersengih di hadapannya. Ketika sampai tadi gadis itulah yang diarahkan mencari Rea yang menghilang. Baihaqi sendiri pun belum sempat berkenalan dengannya.

“ Kak Rea ni buat-buat tidur ke memang dah tidur kat sini.” Faizah bertanya apabila Rea tidak pun membuka matanya.

“ Dia memang dah tidurlah masa abang sampai kat sini tadi.”

“ owh.. jadi abanglah yang gatal pergi pegang tangan dia ek. Bagitahu kat abah.” Faizah mengusik.

“ bukan abanglah. Dia yang pegang.” Baihaqi menjawab laju. Segera dia menarik tangannya yang ditindih oleh jemari Rea. Tindakannya menyebabkan Rea terkejut dari lena. Gadis itu dalam mamai nyata terkejut melihat Baihaqi yang duduk disebelahnya. Wajah tersengih Faizah dipandang lama.

“ best tidur kak Rea? Mestilah best sebab cik abang dia jaga kat sebelah kan.” Faizah tersenyum mengusik lalu berjalan pergi. Masih terkekek-kekek ketawa. Rea terpisat-pisat dalam kebingungan. Dia memandang wajah Baihaqi lama. Mencari jawapan bagi persoalan Faizah.

“ dah puas tidur?” Baihaqi mengalihkan pandangannya dari wajah Rea.

“ errmmm… maaf. Orang ngantuk sangat.” Rea membetulkan tudungnya yang senget. Rimasnya bertudung apabila dipaksa orang. Dahlah berwarna terang. Tidak sesuai langsung dengan gayanya yang brutal.

4 comments:

  1. waaaaaa..
    brape ek umo baihaqi nieh??
    comey je..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. cik Sengal...
    tq sb sudi singgah sni...
    nanti next entry akn ad bape umo dia...
    hehe...

    ReplyDelete
  3. weird name..baihaqi??never heard ader org nme camtu..tpi besh la..

    ReplyDelete