Balada seorang aku
Otot jemari yang rancak menaip terhenti. Sel-sel neurons yang ligat berfikir aku ‘pause’kan. Aku pejamkan kedua bebola mata yang sudah kelayuan . sejenak aku berfikir. Menelusuri perjalanan hidup semalam. Cuba mencari sebuah kebenaran. Lalu ia terdetik dalam benak pemikiran. Atas dasar apa aku menulis?
Demi sebuah nama. Semegah sasterawan negara. Seantero Malaysia mengenalinya. Adakah aku punya bakat sebesar itu? atau adakah aku hanyalah penconteng picisan? Yang banyak melangut di tepi jalan. Umpama buih-buih di permukaan lautan. Sesungguhnya aku tak perlukan pengiktirafan. Kerana aku menulis untuk mengisi ruang kosong dalam kehidupan. Adakah aku menulis untuk wang? Oh tidak. Kerana karya online adalah percuma. Tidak ada caj tersembunyi. Malahan aku juga menikmati internet percuma. Aku menulis bukan kerana nama.
Otot jemari yang rancak menaip terhenti. Sel-sel neurons yang ligat berfikir aku ‘pause’kan. Aku pejamkan kedua bebola mata yang sudah kelayuan . sejenak aku berfikir. Menelusuri perjalanan hidup semalam. Cuba mencari sebuah kebenaran. Lalu ia terdetik dalam benak pemikiran. Atas dasar apa aku menulis?
Aku menulis bukan kerana kamu. Bukan juga kerana mereka. Aku menulis apa yang terlakar dalam minda. Pada setiap bait ayatnya, aku temui ketenangan. Pada setiap tanda noktahnya, aku ukirkan senyuman. Pada setiap helaian naskahnya aku temui kebahagiaan. Lalu perlu alasan apa lagi? aku menulis untuk kepuasan diri sendiri. Kekadang aku terfikir juga, adakah kamu rasa apa yang aku rasa?
Aku pejamkan mata. menelusuri liku-liku kehidupan. Melewati kembali masa yang tidak akan mampu diulang. Lalu aku terpaku.
Apa yang aku tuliskan bukan sekadar bacaan. Bukan sekadar cerita dongengan. Aku punya misi. Bukankah hidup ini sebuah perjuangan. aku bertanggungjawab atas setiap abjad yang aku tuliskan. aku mahu sampaikan makna yang mendalam. Tapi adakah kau dapat huraikan apa yang aku sembunyikan? Adakah kau mendapat manfaat? Atau kau hanya membuang waktu untuk tulisanku? Adakah aku melekakan kamu?
Ohh.. harapan nak mencapai langit, gunung Daik pun tak terdaki. Aku berharap kau memahami simbolik tulisan, tapi nampaknya kau hanya mencari keseronokan. Lalu perlukah lagi aku mencoret angan-angan?
Jemari ku berhenti. Aku merenung kembali. Biarlah aku teruskan perjuangan. menyelitkan simbolik perbuatan dalam tulisan. Menambahkan nilai kemanusiaan dalam tulisan. Mendekatkan kamu dengan Pencipta Alam. Andai aku menyimpang, andai aku tersalah jalan, bimbing aku kembali. Kerana apa? Kerana aku bertanggungjawab dalam setiap apa yang aku ukirkan. Semoga ALLAH mengetahui apa yang tersirat dalam lubuk hati ku ini....
p/s: InsyaALLAH esk ad entry SGHM. F.L.Y pun nak stat masuk panggung gak.
No comments:
Post a Comment