Wednesday, June 4, 2014

Hai!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku rasa dah gemuk-gemuk belaka tempayan yang aku sediakan untuk menerima segala sumpahan korang.

Maaf.
Ampun.
Sembah patik harap diampun!

Selepas tambah-tolak lebih-kurang 30 bulan, aku kembali lagi. Kembali mencarik kertas dan melarik pena. Yee-haa!

Banyak betul benda yang berlaku dalam kehidupan aku selama 30 bulan kita berpisah. Ada suka dan ada duka. Ada cubaan dan rintangan dalam kehidupan sehari-hari.

Tapi berita sedih kita terajang tepi sebab korang mestilah tak nak dengar. Berita gembira barulah best bro!

Berita gembiranya: korang boleh dapatkan e-buku Hero Heroin dan Beza Dia & Dia (Tajuk asal: She_girl@He.man. Aku tukar tajuk ala kanak-kanak riang tu sebab macam malu je nak pohon ISBN di perpustakaan negara dengan tajuk asal.) di E-sentral.




Aku bukan tak cuba untuk menghantar manuskrip cerita aku dekat syarikat penerbitan, tapi semuanya tiada jawapan. Lagipun masa tu aku masih lagi di bangku peruniversitian jadi projek terbengkalai sebab nak study pun tak sempat, inikan pula nak mengejar gergasi-gergasi penerbitan yang ada.

Penamatnya, dua-dua aku jadikan e-buku sahaja. Lagipun aku tahu semua orang sekarang asyik berkepit dengan telefon-telefon pintar mereka. Jangan bohong kata kau tak pernah baca e-buku.

Aku memohon supaya korang-korang yang baik hati semua menyokong kerjaya aku dan membeli e-buku yang sah dan tidak diciplak. Kasihan kan daku.

Berita gembira lagi satu adalah, aku sedang menarik rambut menyiapkan cerita baru. Cerita Laila & Zakwan. Sebab aku suka sangat jadi pengusik, aku bagi korang baca secara percuma dulu cerita mereka berdua dekat sini sebelum korang kena keluarkan ka-ching, ka-ching! Bila boleh baca, tungguuu....

 Yee-ha!


Jemputlah enjoy.