Tuesday, October 20, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [17]

Baihaqi tenang memandu. Rea sudah terlena di kerusi sebelah pemandu. Melihat Rea yang terlentok mencetuskan senyuman di bibir Baihaqi.

Perjalanan dari kampung Rea di Johor ke Kuala Lumpur walaupun agak memenatkan namun Baihaqi sudah lali kerana acap kali dia berulang-alik. Selepas empat hari di rumah Rea, hari ini mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Tiga malam itu jugalah dia terpaksa tidur berteman sang nyamuk. Sempat juga dia mengetahui serba sedikit tentang gadis itu dan mengeratkan hubungan dengan abang-abang Rea.

Papa dan mama sudah dua hari pulang ke Kuala Lumpur. Mama mahu pulang awal kerana perlu membuat persiapan untuk majlis sambutan perkahwinannya di sana pula. Rizal dan keluarganya pun tidak mahu berlama-lama di kampung kerana ada urusan penting untuk dilakukan.

Di simpang satu jalan, kereta Amiruddin membelok ke jalan lain. Amiruddin membunyikan hon pendek dan mengangkat tangan. Isyarat perpisahan. Mak Long dan Pak Long akan bermalam di rumah Amiruddin. Walaupun sudah puas diajak untuk bermalam di rumahnya namun orang tua itu menolak.

Baihaqi meneruskan pemanduan menuju ke villa milik papanya. Jam pun sudah pukul 5.30 petang. Sekejap lagi sampailah tu. Rea menggeliat kecil. Sakitnya leher tidur terlentok. Dia memang akan tertidur kalau naik kenderaan. Kadang-kadang kalau membonceng motosikal pun dia boleh tertidur.

“ dah sampai ke?” dia bertanya dengan suara serak lepas bangun tidur.

“ kejap lagi sampailah.” Baihaqi menjawab.

“eh kereta Angah mana?” Rea tertoleh-toleh ke belakang. Tadi kereta Amiruddin hanya mengekori kereta yang dipandu oleh Baihaqi.

“ jalan lain. Dia balik ke rumah dia lah. Kita nak balik rumah mama.”

“ hhhmm… nak ikut Mak Long.” Rengek gadis itu perlahan.

“what?” suara Baihaqi mengejutkan Rea. Laju dia menggeleng. Kenapa pula dia nak merengek kat lelaki ni.

Lima belas minit kemudian kereta Mitsubishi Lancer milik Baihaqi membelok masuk ke villa mewah Dato’ Nik. Laju Datin Sofea keluar dari rumah menyambut anak menantunya. Terus sahaja Rea ditarik ke dalam pelukannya.

“ mama ni macam sepuluh tahun tak jumpa Icha.” Ujar Baihaqi yang sedang mengeluarkan beg dari bonet kereta selepas menyalami ibunya tadi.

Rea hanya terkulat-kulat di sisi ibu mertuanya yang mengjegilkan mata ke arah anaknya. Dia mahu menolong Baihaqi mengangkat beg ke dalam namun lengannya sudah ditarik ke dalam oleh Datin Sofea.

“ cantik tak bilik ni?” Datin Sofea menunjukkan bilik Baihaqi yang sudah cantik dihias. Terkedu sebentar Rea melihat susun atur bilik itu. dia menganggukkan kepala.

Memang cantik. Bertemakan warna putih dan ungu lembut. Besar dan memuatkan satu set sofa mewah di hujung bilik. Katil bertiang yang diperbuat dari kayu jati yang cukup cantik. Set almari pakaian tiga pintu beserta almari solek.

“ mama! What had happened to my room?”Baihaqi terjerit kecil.

“ mamas’ make over time. tak cantik ke?”

“ mana meja kerja Aqi ma?” Baihaqi meletakkan begnya dan beg Rea ke dalam bilik. Rea yang berdiri di pintu turut sama melangkah masuk. Dia menuju ke balkoni. Menjenguk ke bawah. Terdapat sebuah kolam renang di halamannya.

“ mama letak kat bilik sebelah. Bilik kerja baru Aqi.”

“ oklah ma. Aqi nak solat Asar dululah.”

“ taulah pengantin baru. Nak halau mama pun janganlah terang-terang.” Datin Sofea bernada mengusik. Baihaqi tersengih. Bukan menghalau pun tapi memang dia belum sempat solat Asar lagi ni.

“ lepas solat turun bawah ek.”

“ yelah. Tak kan nak bertapa dalam bilik ma.” Baihaqi memeluk bahu ibunya mesra. Pipi wanita itu dikucup mesra. Rindu juga pada ibunya selepas dua hari tidak berjumpa.

Baihaqi sengaja melingkari tangannya di bahu Rea kerana dia tahu gadis itu tidak akan berani marah di hadapan mama dan papa. Rea buat muka geram. Sewaktu di meja makan tadi pun Baihaqi asyik mengambil kesempatan. Sekejap memegang jemarinya kemudian meletakkan tangan di pahanya.

“ jangan menggatallah.” Rea berbisik perlahan. Tidak mahu Datin Sofea dan Dato’ Nik menyedari ketidakselesaannya. Baihaqi yang mencebik membuatkan Rea bertambah geram. Tangannya masih belum dialihkan.

Rea menguap. Mengantuk pula rasanya. Drama yang ditayangkan di tv dipandang kosong. Datin Sofea masih rancak berbual dengan Baihaqi. Kadang-kadang Dato’ Nik mencelah. Sambil berbual tangan Baihaqi mengirai-ngirai rambutnya. Malas mahu melarang lalu dibiarkan sahaja. Lelaki itu tak makan saman langsung.

“ mama, naik dululah. Rea dah terlelap dah ni.” ucapan Baihaqi menyedarkan Rea.
Tidak sengaja dia terlelap. Terlentok elok di bahu Baihaqi. Dia senyum malu. Datin Sofea tersenyum sambil mengangguk perlahan. Gembira dengan kemesraan yang terserlah. Lagipun Rea mesti penat kerana perjalanan petang tadi.

Rea berdiri di tepi katil. Baihaqi sudah mengeraskan badan di atas katil. Dia memandang Rea yang kaku di tepi. It’s payback time!!!

“ abang.. sejuk sangat lah. Perlahankan aircond.” Rea separuh merayu.

“ abang panaslah.” Bahasa yang sudah ditukar semenjak dia menjadi suami gadis itu.
Baihaqi sengaja mengipas-ngipas badannya yang tidak berbaju itu. Nasib baik ruang bilik dah gelap. Kalau tak mesti Baihaqi sedar akan mukanya yang dah merah.

“bak selimut abang. Orang tak ada selimut.”

“mana boleh. Nanti abang nak selimut jugak.”

“ ada selimut lain tak?”

“ tak ada. Oklah. Abang penat ni.” laju Baihaqi memejamkan matanya. Menarik comforter sehingga ke leher.

Rea mencebik. Dia mencari kain batik dari timbunan bajunya yang dibawa dari kampung. Sofa berangkai di sudut bilik dihampirinya. Dia cuba melelapkan mata dalam kesejukan. Namun semakin lama semakin sejuk pula. Kain batik yang nipis itu tidak mampu menghangatkan badannya.

Dia bangun menghampiri katil. Kelihatan Baihaqi pun sudah mengeringkuk dalam comforter. Panas konon. Mana mamat ni sembunyikan remote aircond ek? Lama matanya melilau dalam kegelapan. Dia memanjat katil. Sudah tidak tertahan kesejukannya. Lantaklah. Dia menarik-narik hujung comforter lalu menyelimuti diri. Lebih selesa berbanding tadi. Seketika kemudian dia sudah tertidur.

Baihaqi tersedar. Terkejut seketika dia apabila menyedari Rea yang sedang lena disebelahnya. Wajah gadis itu menghadap dadanya. Kaki Rea juga sudah bersulam dengan kakinya dalam comforter. Dicapai remote aircond yang disembunyikan di bawah bantal. Suhu aircond dinaikkan sedikit. Dia sendiri pun sudah hampir menggigil.

Dia mengamati wajah gadis itu yang nyenyak tidur. Rambutnya sudah mencecah leher. Rambut curl yang berwarna agak keperangan itu sesuai dengan bentuk wajahnya. Bermata bundar dan beralis lentik. Bibir nipisnya berwarna merahnya dan sedikit merekah. Pipi Rea diusap lembut. Di leher gadis itu, rantai pemberiannya masih setia tergantung. Rasa apakah yang semakin kuat bertandang ke hati? Baihaqi merangkul tubuh kecil Rea.


“ Icha… bangunlah.” Sayup-sayup dia mendengar suara mengejutkannya bangun. Kemudian terasa pipinya ditepuk lembut. Dia merengek-rengek. Matanya masih belum mahu terbuka.

“ bangunlah. Dah subuh ni.” terasa rambutnya diusap-usap. Serentak itu matanya terbuka luas.

Arghh… Rea menjerit. Segera dia menggolekkan tubuh menjauhi Baihaqi. Gedebuk!

“ sakit..” Rea memegang kaki kiri yang tersangkut di tiang katil. Punggungnya terasa kebas. Bibirnya terasa panas kerana terhantuk ke tepi katil. Baihaqi yang masih dengan tawa menjenguk ke bawah katil. Wajah kesakitan Rea membuatkan lelaki itu turun dari katil. Bilik mereka diterangi cahaya lampu.

“ auww… sakitlah.” Jerit Rea tatkala Baihaqi menyentuh pergelangan kakinya.

“ boleh bangun tak?” Baihaqi membantu gadis itu untuk bangun. Dibaringkan ke katil. Bibir Rea sudah berdarah.

Baihaqi menyarung t-shirt dan berlalu pergi. Seketika kemudian dia muncul dengan first aid kit dan semangkuk ais.

“ letak ais kat bibir. Nanti tak bengkak.”

Kaki Rea dipegang perlahan. Tergeliat urat je ni. Diambil minyak urut lalu disapu perlahan. Mengurangkan kesakitan. Sewaktu dia masih aktif bersukan dulu pun selalu jugak tergeliat urat.

“ ok sikit tak.” Rea mengangguk perlahan. Rasa sakit di kakinya sudah agak berkurang.

“ abang mandi dululah. Nanti lewat pulak solat subuh.” Baihaqi berlalu ke bilik air. Jam pun sudah pukul 6.10 pagi.


p/s: sorry kalau macam boring. kita tak reti nak buat scene-scene romantika musim bunga. nanti kita cuba.

6 comments:

  1. hahaha..
    sgt comey laa..
    ske bangat..
    nk lggiikk..

    ReplyDelete
  2. okeh je macam ni
    rea takmo degil2 ye dgn baihaqi :)

    ReplyDelete
  3. ekekek...best lar,,,
    tayah nk romantik2 sgt,,geli
    camni ok jer...nmpak nuetral jer

    ReplyDelete
  4. saya sokong ....taklah melampau sgt........

    ReplyDelete
  5. best. kalu romantik sgt mcm nak termuntah sesuailah dgn sy yg tak jiwang ni.

    ReplyDelete
  6. ni pon ok la.. haha.. bestt.. :)

    ReplyDelete