Wednesday, October 21, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [18]

Rozana memandang pasangan pengantin yang asyik melayan tetamu yang datang. Cemburu meluap-luap di hati. Sakit hatinya apabila mengetahui yang lelaki pujaan itu akan berkahwin masih belum reda. Kini semakin menyala-nyala api kemarahan.

“ zana.. anything wrong?” Benjamin memerhatikan muka kekasihnya yang masam mencuka sepanjang berlangsung majlis.

Rozana menggeleng perlahan. Benjamin mengangkat kening. Sedikit sebanyak hatinya lega kerana Baihaqi sudah pun berkahwinan. Tidaklah dia risau kalau-kalau kekasihnya itu mahu kembali mengejar jejaka tersebut. Rasanya Rozana tidak akan terus mengejar suami orang. Peluangnya untuk memiliki wanita yang dipuja sejak di universiti itu amat cerah sekali.

Benjamin memerhatikan Baihaqi dan pasangannya. Nampak begitu padan sekali. Gadis itu bertudung dan tubuh lampainya dibaluti kebaya merah jambu yang cantik. Berkulit putih dan berwajah kacukan. Cantik! Cuma nampak janggal apabila dia berjalan. Seolah-olah tidak biasa dengan kasut tumit tinggi yang tersarung.

“ pretty.” Mata Rozana terbuka luas.

“ siapa?” laju lengan Benjamin dipegang menyebabkan jejaka kacukan melayu-cina itu terkejut. Alamak. Terkeluar pula. Padahal memang dia cukup tahu bahawa gadis itu memang tidak suka ada wanita lain dipuji dihadapannya.

“ the bride.”

“ Ben!!!” Rozana sudah berdiri. Merajuklah tu. Rozana yang berlalu keluar perlu dikejarnya.


Rea melabuhkan punggung ke kerusi. Kaki yang tersarung kasut pink bertumit tiga inci itu begitu menyakitkan kaki. Rasanya kaki yang tergeliat semalam akan kembali tergeliat jika dia meneruskan majlis ini. Baihaqi menghampiri dengan segelas air di tangan.

“ abang. Orang sakit kakilah. Tak biasa dengan kasut ni.” Rea mengurut-urut kakinya. Gelas di tangan Baihaqi beralih tuan. Laju dia membasahkan tekak. Kering tekaknya asyik tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada para tetamu. Dahlah semua tetamu yang hadir tidak dikenalinya. Kebanyakkannya kenalan perniagaan Dato’ Nik dan juga rakan-rakan Baihaqi.

“ kejap je lagi. sakit sangat ke?”

“hhmm…” Rea mengangguk. Dia pun tidak pernah memakai kasut tumit tinggi. Yang dia kenal hanyalah selipar jepun dan kasut bola.

“ Aqi. Auntie panggil.” Rizal menghampiri. Rea tersenyum melihat sepupu suaminya itu. Dia sudah pun agak rapat dengan Rizal dan Suraya kerana semalam mereka bertandang ke rumah. Suraya dengan perut yang semakin membesar itu amat peramah orangnya.

“ jom.” Baihaqi memegang tangan Rea. Gadis itu mencebikkan bibir sambil menggeleng kepala. Kakinya betul-betul sakit.

“ sakit sangat ke? Nak abang dukung?” Baihaqi sengih di hujung kata.

Rea menarik muka. Main-main pula. Orang sakit betul-betul lah. Digagahi juga kaki untuk bangun. Lengan Baihaqi dipaut supaya dia ada tempat untuk bergantung.

“ jalanlah elok-elok sikit. Macam king kong lah.” Baihaqi berbisik perlahan. Dadanya disiku gadis itu. Asyik nak menyakat aku jer.

“ Rea kenapa? Masam je mukanya.” Datin Sofea memegang tangan Rea.

“ sakit kaki lah mama.” Rea senyum sikit. Tidak mahu membuatkan mamanya susah hati.

“ sakit semalam belum ok ke?”

“ dah makin sakit ma.” Baihaqi pula mencelah.

“ tu lah korang. Macam mana boleh jatuh katil. Bukannya katil tu kecil sangat.” Datin Sofea dah mula nak membebel. Rizal sengih lebar. Semalam kecoh jugak dia gelakkan sepupunya. Mana taknya. Pagi-pagi pengantin perempuan dah terhinjut-hinjut. Bibir pula dah bengkak.

“ ma.. malulah cakap macam tu.” Baihaqi memegang tangan ibunya. Rea menahan rasa malu yang menebal.

“ malu konon. Rea tahan lagi tak?”

Rea angguk perlahan. Dikuatkan kakinya. Majlis pun tinggal sikit je lagi nak habis. Boleh tahan!


Baihaqi mencari-cari telefon bimbitnya. Mana pula hilang ni. Baru pagi tadi dia gunakan telefon itu sewaktu bermain squash dengan Rizal. Dalam poket seluar tak. Mungkin dia lupa untuk keluarkan tadi.

Mana pula seluar sukan yang dia pakai tadi. Bakul pakaian kotor pun dah kosong. Entah-entah dah basuh kot. Hanphone?

“ Icha!!” laju Baihaqi berlari menuruni tangga mencari Rea. Gadis itu tidak kelihatan pula di ruang tamu. Dia menapak ke dapur.

“ma.. macam mana nak tahu dah lembut ke belum daging ni?” Rea mengacau rendang sambil matanya mengjenguk ke dalam periuk. Datin Sofea yang sedang memotong sayur tersenyum.

“ try kunyah. Kalau dah lembut maknanya ok lah.”

“ huh?” Rea berpaling ke arah mamanya yang ketawa halus. Terkena lagi dia. Terkejut pula terpandangkan wajah Baihaqi yang tercegat di muka pintu dapur.

“ Icha nampak handphone abang tak?” suara Baihaqi menyebabkan Datin Sofea turut berpaling.

“ tak pun. Abang letak kat mana?”

“ rasanya dalam saku seluar track abang pakai tadi.”

“ huh? Tak ada lah sebab seluar tu dah basuh.”

“ tak pelah. Abang cari kat atas je lah.” Baihaqi berlalu. Mana pula tercicir handphone ni.

Rea meneruskan kacauannya yang terhenti tadi.

“ Rea pergi tolong abang cari handphone dia je lah. Biar mama masak dengan kak Siti je.”

Rea memandang Datin Sofea. Ni yang lemah ni. Dia tidak sukalah berdua-duaan dengan Baihaqi. Nanti dia jadi tidak keruan. Dia lebih suka membantu mama masak untuk makan tengahhari.

Datin Sofea mengambil senduk dari tangan Rea menandakan yang dia serius mahu gadis itu pergi kepada suaminya. Lambat-lambat Rea keluar dari dapur.

“ Cik Rea..” kak Siti, pembantu rumah di villa Datin Sofea memanggil Rea yang sudah mula memanjat tangga untuk naik ke biliknya..

“ kenapa Kak Siti?” Sudah berapa kali ditegahnya Kak Siti dari memanggilnya cik. Dia bukan siapa-siapa pun.

“ ni..” dihulurkan sesuatu ke arah Rea. Buntang mata Rea memandang handphone Baihaqi yang lencun.

“ kak Siti…” Rea gigit jarinya. Mesti mamat kambing tu marah dengan dia. salah dialah kerana tidak memeriksa dulu seluar lelaki itu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Rea mencapai handphone tersebut. Digagahkan kaki melangkah ke atas.

“ abang!” Rea memanggil Baihaqi yang terbongkok-bongkok mencari handphonenya di bawah katil.

“ dah jumpa ke?” Baihaqi duduk di birai katil. Penat dia mencari handphonenya. Didail nombornya pulak enganged. Dianggap yang telefon itu sudah kehabisan bateri.

Rea gigit bibir bawahnya. Tangannya menghulurkan handphone ke arah Baihaqi. Jelas lelaki itu terkejut kemudian tersenyum. Lega kerana berjaya dijumpai kembali.

Segera dicapai dan mahu menghidupkan alat tersebut namun tidak berjaya. Dia membelek seketika. Terasa basah.

“ boleh jelaskan?” ditayangkan handphone yang rosak itu di hadapan Rea.

“maaf. Orang tak sengaja. Terbasuh sekali dengan seluar.” Matanya memandang kaki. Takut untuk menerima panahan tajam mata Baihaqi.

“ abang simpan banyak nombor penting dalam itu. sekarang dah rosak pula. Apa abang nak buat sekarang?”

“ maaf. Betul orang tak sengaja.” Kedengaran dengusan kasar dari mulut Baihaqi. Rea angkat muka memandang Baihaqi yang berlalu ke balkoni.

“ macam mana kalau handphone Icha jatuh dalam kolam.” Baihaqi dah menghulurkan tangan ke luar balkoni. Hujung handphone Rea dipegang dengan dua jari. Sesaat je handphone tu dah terlepas dari tangan. Bulat mata Baihaqi. Rea ternganga kemudian segera berlari. Mengejar handphonenya.

Baihaqi turut berlari ke bawah. Dia tidak berniat pun nak menjatuhkan telefon bimbit Rea. Dia hanya mahu mengacah sahaja. Jarinya licin kerana memegang telefonnya yang bermandikan air sabun.

Rea sudah berteleku di pinggir kolam. Handphone itu adalah pemberian Aizuddin. Walaupun tidak secanggih handphone Baihaqi tapi itu adalah handphone kesayangan abangnya. Handphone yang dibeli dengan duit gaji pertama abangnya. Sanggupnya Baihaqi memperlakukan sebegitu. Air matanya bergenang.

“ Icha..” Baihaqi memanggil perlahan.

“ Abang jahat!” serentak itu air matanya mengalir menuruni pipi. Dia ingin berlalu tapi tangannya dipegang Baihaqi.

“ abang tak sengaja.” Rea menyentap tangannya dan berlalu. Apa yang dia tahu Baihaqi kejam. Tak patut. Mahu sahaja ditumbuknya lelaki itu.

Rea berbaring di sofa yang menjadi katilnya setelah beberapa hari di rumah besar ini. Selimut ditarik menyelubungi diri. Sehari selepas kejadian tidur memeluk Baihaqi, digagahkan juga kaki yang sakit untuk mencari selimut. Sebenarnya ada terlipat dalam almari pakaian lelaki itu. saja je nak kenakan dia cakap tak ada selimut. Baihaqi pun dah tak rendahkan suhu aircond dengan keterlaluan.

Pintu bilik dibuka. Rea mematungkan diri dalam selimut. Kejadian tengahhari tadi masih kuat menghantui jiwa. Makan tengahhari pun dia tak turun. Semuanya tanda protes pada lelaki itu. Untuk makan malam dia turun juga kerana lapar sangat. Selebihnya dia berkurung dalam bilik.

Tetiba terasa seseorang menarik selimut yang sudah menutupi kepalanya itu. Baihaqi tersengih memandangnya yang terkebil-kebil.

“ ingatkan dah tidur.” Lelaki itu duduk di hujung sofa membuatkan Rea bangkit dari baringan. Dia duduk memeluk lutut.

“ kalau dah tidur nak buat apa?” muncung ditarik. Sebenarnya nak mogok tak nak bercakap tapi tertanya pula. Sudahnya lelaki itu tersenyum cuma.

“ abang minta maaaaaf sangat. Betul-betul tak sengaja.” Tangan Rea dicapai.

Laju Rea menepis lalu ditolak tubuh Baihaqi sehingga jatuh ke lantai. Segera dia berbaring lalu menarik selimut menutupi seluruh dirinya.

“ tiada maaf bagimu!”

Baihaqi garu kepala yang tidak gatal. Comel betul isterinya buat gaya macam tu. Macam mana lah nak pujuk ni. Esok dah nak bertolak ke Pulau Pangkor untuk bulan madunya. Mamalah yang beria-ria mahu mereka ke sana. Kalau Rea dengan mogok tak nak bercakap macam ni susahlah.

“ Nanti kemas baju! Esok pergi.”

Rea spontan membuka selimut yang menutupi muka tatkala mendengar bicara Baihaqi. Dia pun sebenarnya lemas dalam keadaan gelap sangat.

“kenapa?” mamat ni nak halau aku keluar rumah ke. Tak sampai dua minggu kahwin dah nak kena cerai ke?

“ esok kan nak pergi honey moon.” Baihaqi sengih gatal. Rea menjelirkan lidahnya. Saja buat gempaklah mamat sorang ni.

1 comment: