Baihaqi terjaga dari lena. Lengannya yang gatal digaru. Banyak betul nyamuk kat kawasan ni. Dalam kegelapan dia menilik jam di tangannya. Pukul 5.15 pagi. Lambatnya masa berlalu. Bila nak pagi ni. Tadi sewaktu terjaga pukul 4. Macam nilah kalau tidur tempat tak selesa. Kalau tidur atas katil memang confirm tak pernah cukup.
Dikerling Rea yang enak terbongkang atas katil. Kelambu yang tergantung mengelakkan puteri itu diusik oleh sang nyamuk yang enak menghisap darah manisnya yang bergelar pengantin baru. Pengantin baru yang terpaksa tidur atas papan beralaskan permaidani dan selimut kusam.
Rea memang kejam. Awal-awal lagi gadis itu sudah mengatakan bahawa selagi belum ada cinta antara mereka jangan harap boleh tidur sekatil. Dia perlu mempertahankan egonya lalu bersetuju. Padahnya dia yang sakit badan. Ditambah pula dengan kulit yang berbintat-bintat digigit nyamuk.
Kedengaran seseorang sedang batuk di ruang dapur. Lantas Baihaqi bangun. Mood untuk tidurnya sudah hilang kerana tidak tahan dengan nyamuk yang makin banyak menjelang dinihari. Dia menyarungkan sehelai t-shirt lengan panjang untuk mengelakkan kesejukan yang membungkus diri. Juga untuk melindungi bintat-bintat nyamuk yang merah di seluruh badan.
“awalnya bangun Baihaqi. Tak selesa ke?” Mak Long yang sedang menjerang air menegurnya. Dia senyum cuma. Memang tak selesa pun.
“ banyak nyamuk lah Mak Long.”
“ laaa..tak turunkan kelambu ke? Budak Rea ni bertuah sungguh lah. Entah-entah dia pun tak tahu yang katil tu ada kelambu.”
“ dah turunkan Mak Long. Tapi masuk jugak nyamuk.” Baihaqi berdalih. Silap pula cakap banyak nyamuk.
“ Rea tu budak lagi Baihaqi. Banyak sangat benda yang dia tak tahu. Sebulan dua ni ada jugak dia belajar masak. Tapi Mak Long rasa tak sedap-sedap juga. Budak tu suka sangat main-main.” Mak Long Kinah duduk di kerusi berhadapan Baihaqi. Secawan kopi yang masih berasap diletakkan di hadapan anak muda itu.
“ nanti kalau dia buat salah,tegur elok-eloklah. Jangan nantikan masing-masing buat keras kepala. Bergaduh pula korang nanti. Dulu pun dia pernah baling batu kat kepala Fakhri sebabnya anak Mak Long tu marah dia main berudu. Nasib baik kena sipi jer.”
Baihaqi ketawa. Main berudu? Selekeh betul minah ni.
“ mak dia pergi masa lahirkan dia. ayah dia pula manjakan dia sangat. Tu yang kadang-kadang keras kepala budak tu. Mak Long pun tak tahu kenapa dia setuju nak kahwin dulu. Agaknya sebab dia tak nak si Amiruddin tu mengamuklah tu. Diaorang dua tu bukan ngam pun. Si abang keras, adiknya pun keras. Kalau kena pujuknya dia tu, lembut hati.”
Baihaqi senyum mendengarkan ucapan Mak Long Kinah. Wanita itu seolah-olah tidak berdendam langsung dengannya setelah apa yang telah berlaku enam tahun dulu.
“ kamu janjilah dengan Mak Long. Jaga Rea tu baik-baik. Bimbing dia elok-elok biar jadi isteri solehah.”
“InsyaALLAH, Mak Long.” Sememangnya itulah yang ditanamkan dalam jiwanya sewaktu melafazkan akad nikah semalam. Berjanji untuk setia di sisi isterinya. Belajar untuk mengasihi dan menyayanginya sehingga nafas terakhir.
“ awalnya pengantin bangun.” Sampuk Pak Long yang sudah duduk di kerusi. Segera Mak Long bangun mencapai cawan dan menghidangkan kopi. Baihaqi sengih lagi.
“ Pak Long nak pergi masjid ni. Nak ikut ke?”
“ boleh juga. Kejap saya siap.” Sudah lama dia tidak berjemaah di masjid. Terasa berdosa pula kerana mengabaikan tuntutan yang satu itu. Dia terlalu asyik dengan kehidupan dunia.
Rea segera bangkit dari tidur. Cahaya matahari pun sudah mula menyinari bilik tidurnya yang dihias cantik melalui ruang jendela yang terbuka. Dia mencari jam di sudut meja di tepi katil. Pukul 7.30 pagi. Nasib baik dia cuti kalau tak pasti melayang solat Subuhnya.
Dia menjenguk keluar jendela. Wah seronok betul mamat KL tu berbual dengan Aizuddin. Sesekali ketawa mereka pecah. Mencemarkan keheningan pagi sungguh lah. Eh mamat KL tak kejutkan aku solat subuh pun. Ke dia tahu aku cuti ek? Tapi macam mana pula dia tahu. Lantaklah. Kalau tak solat subuh pun dia tanggung sama dosanya.
“ amboi lewatnya bangun. Penat ke?” soalan kak Fahani menerjah pendengarannya. Rea hanya tersengih memandang wajah anak sulung Mak Long Kinah.
“ pengantin barulah katakan.” Sahut Kak Farhana,anak kedua Mak Long. Kedua-duanya sudah mendirikan rumah tangga. Sebab itulah asyik tersengih-sengih gatal je dari tadi. Faizah pun dah mula nak gelakkan Rea.
“ cik abangnya bangun awal bukan main. Puterinya pulak tidur sampai baby ayam pun dah bangun.” Mak Long Kinah pun sama nak menyindir dia. mestilah dia bangun awal. Agaknya dah habis semangkuk pun darah dia kena hisap dengan nyamuk. Baru dia tahu yang nyamuk kat rumah ni super power. Tanpa sedar dia tersengih sendiri.
Rea duduk di meja makan. Perutnya terasa lapar pula. Dibukanya tudung saji mengintai apakah juadah pada pagi itu. bihun goreng! Sedapnya. Segera dia mencapai pinggan.
“ Rea!” Mak Long memanggil dengan suara yang tegas. Dia jungkit kening sambil tangan mengisi bihun ke dalam pinggan.
“ pergi panggil Baihaqi makan sekali. Dia tunggu kamu bangun tadi.”
Ye ke? Macam tak percaya pula. Dengan malas dia melangkah menuju ke halaman tempat dia melihat abangnya dan Baihaqi rancak bersembang tadi. Eh hilang pula mamat ni. Dari beranda rumah dia menjerit.
“ abang! Mamat KL tu mana?” Aizuddin menoleh. Dia mengerutkan dahi. Mamat KL mana pula ni. Baihaqi ke?
“ Baihaqi ke?” buat-buat tanya pula Aizuddin ni. Rapat benar nampak dengan adik ipar yang lanjut usia tu. Baihaqi seusia dengan Abang Amiruddinnya. Dengan Aizuddin jarak umur mereka lebih kurang empat tahun.
“ yelah. Mana Abang Baihaqi tercinta tu pergi?”
“ tadi dia dah masuk lah.”
Rea kembali ke dalam rumah. mana pula suaminya pergi ni. suami? Ngee... Rea sengih sendiri sambil memanjangkan leher. ruang tamu tak ada, kat dapur pun tak ada juga. Tanpa sedar dia melangkah ke bilik tidur. Tak kanlah sambung tidur kot.
Pintu dibuka dan dilihatnya lelaki itu enak tidur di atas katil. Rea tergelak kecil. Balas dendam tidur tak lena semalamlah tu. Kesian pula dia tengok. Semalam dia hanya mengacah sahaja. Tak sangka pula lelaki itu mengambil serius hal itu. Nasib baik juga. Dia pun belum bersedia untuk menjadi isteri lelaki itu dalam erti yang sebenarnya.
haha..
ReplyDeletesian aqi..
ekekkee..
jgn sme2 keras nnty da laa..
smbung2..