Rea mendengus perlahan. Tak sangka perjanjian semalam dah memakan diri sendiri pula. Makan tuan pula. Baihaqi punya macam-macam idea untuk mengenakannya. Baru hari pertama dah sakit kepala.
Bertimbun kemeja milik lelaki itu yang terpaksa dia gosok. Baru ingat nak tengok tv selepas solat Zohor. Tapi lelaki itu dah mencantas hasratnya dengan menyuruh dia menggosok baju-bajunya. Maklumlah esok dah nak masuk pejabat.
Kemeja. Macam mana nak gosok ni? Dia bukannya jenis yang suka gosok baju. Sewaktu sekolah dulu Faizah yang selalu menjadi mangsanya. Sebagai tukaran untuk mengajarkan gadis itu kerja sekolahnya, Faizah terpaksa menggosok seragam sekolahnya.
Seterika yang sudah panas dilekapkan ke kemeja berwarna biru lembut itu. Alamak susahnya nak hilang kedut ni. Di lalukan seterika yang sudah berasap di tempat yang sama.
Kenapa banyak sangat asap ni? auchh.. panas nye. Seterika diletakkan ke tepi. Tangan kiri yang berbahang ditiup perlahan.
Alamak! Baju kemeja tersebut sudah berlubang di tengahnya. Bulat mata Rea memandangnya. Macam mana ni? apa yang dia nak buat kalau mamat tu tahu? Baju tersebut mesti segera disembunyikan. Macam mahal je baju ni. Apa nak buat ni?
Tiba-tiba pintu bilik terkuak dari luar. Baihaqi masuk dengan sengihan. Hatinya masih gembira kerana pagi tadi berjaya menjalankan misi yang pertama. Masih dia ingat muka masam Rea yang didenda kerana bangun lebih lewat dari dia. dengan muncung sedepa gadis itu mencium pipinya. Ciuman selamat pagi yang pertama dari Rea. Walaupun secara paksa tapi dia puas. Pandai sangat buat peraturan.
“ dah habis belum?” pertanyaan Baihaqi menyentak Rea ke alam nyata. Dia sengih bersalah. Kepala digeleng perlahan.
Rea sedang berkira-kira mahu memberitahu ke tidak hal tersebut. Kalau dia menyembunyikan hal itu pasti Baihaqi akan lebih marah. Dia takut kalau dia meneruskan 'kewajipan'nya itu, lebih banyak yang akan terbakar di tangan.
“ kenapa bau hangit ni?” segera Baihaqi menghampiri Rea yang sedang berdiri di hadapan papan penggosok.
“ kenapa buka iron sampai nombor 6. Selalu nombor 3 je lah.” Laju Baihaqi menutup suis seterika. Macam ada sesuatu yang tak kena je.
“ abang! Maaf.” Baju yang disorok ke belakang sewaktu Baihaqi masuk dihulurkan. Buntang mata lelaki itu melihat bajunya sudah berlubang. Adoyai! Baju kegemaran ni.
“ macam mana ni?”
“maaf.” Rea dah merenung kakinya. Takut pula nak membalas pandangan mata Baihaqi.
“ pandai iron baju tak?” Baihaqi bertanya. Kedengaran keluhan kecil apabila gadis itu menggeleng takut-takut.
“ kenapa tak cakap? Dah bisu ke?” sedikit tegas suara Baihaqi. Rea bergenang air mata. Tiba-tiba rasa nak menangis.
“ tengok ni. biar abang ajar macam mana nak iron baju. Pasal baju yang dah berlubang tu, terpaksa abang denda Icha.”
“ denda apa?” Rea mengangkat muka. Sedikit lega kerana lelaki itu tidak mengamuk. Buatnya dia seterikakan kulit ke rambut aku tadi tak ke haru.
“ tidur dengan abang!”
“ huh?” Baihaqi ketawa dengan muka terperanjat Rea. Acah je dah cuak.
“ acah je. Dendanya ialah…” Rea tengok muka suspens Baihaqi.
Baihaqi merapatkan bibirnya ke telinga Rea lalu membisikkan sesuatu. Terus membuntang mata Rea.
“ kejamnya.” Pagi tadi kena paksa mencium pipi Baihaqi yang berwajah gatal. Sekarang kena denda lagi. Memang Baihaqi sengaja mahu membulinya.
“ tak kejam pun.”
“Ya. Abang saja nak buli orangkan.”
“ Ermm.. Betul tu!” Baihaqi sengih lebar membuatkan Rea bertambah sebal.
“ Abang pun patut kena denda jugak.”
“apasal?”
“ sebab abang panggil orang Icha.” Baihaqi mencebik.
“eleh…”
“macam ni abang batalkan denda tadi, orang akan bagi abang panggil orang Icha.”
“ tak nak. Abang nak teruskan denda tadi. Kalau Icha nak denda abang, abang ok je. Cepatlah cakap apa dendanya.” Baihaqi sengih. apa sangatlah denda yang gadis itu nak bagi kepadanya.
Rea buntu. Bencinya! Apa denda yang dia nak bagi. Mop lantai, tapi itu kerja Kak Siti. Basuh baju, tu kerja dia. kalau disuruh Baihaqi mesti mama pelik nanti. Lipat kain, semuanya dah dibereskan oleh Kak Siti.
“ orang panggil abang Qiqi.” Yes! Brilliant idea.
“ what?” air liur terasa macam nak tersembur. Qiqi? Nama perempuan nak panggil dekat aku yang macho ni. Mana boleh.
“ tukar tukar.” Baihaqi dah tergeleng-geleng.
“ tak nak. Jom Qiqi, kita iron baju yang bertimbun ni. cepatlah Qiqi.” Rea sengaja menegaskan panggilan Qiqi.
“ Icha! Jangan panggil abang macam tu. Kalau tak...” Baihaqi sendiri terasa geli nak sebutkan perkataan Qiqi tu.
“ tak takut! Qiqi, Qiqi, Qiqi..” Rea sudah berlari ke katil. cuba mengelakkan diri dari ditangkap Baihaqi yang mengejarnya.
“ Arghhh...” Rea sudah tergolek di atas katil. Dia sudah tersilap langkah tadi. Dan kini Baihaqi sudah berjaya menjatuhkannya. Tatkala tangan lelaki itu sudah menggeletek pinggangnya, dia terjerit-jerit.
“ Qiqi, gelilah. Tak nak.” Dia masih meronta-ronta tapi Baihaqi yang berada di atasnya memustahilkan dia lolos.
“ stop calling me Qiqi.”
“ Qi..” Bibirnya sudah ditekup dengan kehangatan. Serentak itu, darah merah menyerbu muka. Satu.. dua.. tiga.. empat.. lima.. Oh no! Dengan segala kudrat dia menolak badan Baihaqi yang seakan terleka. Dia segera menjauh. Tangan kanan dibawa ke bibir.
“ Icha panggil abang macam tu lagi, lebih lagi abang bagi kat sayang.”
Eii... Ni baju entah ke mana, seterika tah ke manalah ni.
Pagi esoknya Rea terpaksa memberikan ciumannya sekali lagi kepada Baihaqi. Bertambah-tambah malunya. Dengan kejadian semalam lagi. kenapalah dia bersetuju dengan syarat Baihaqi sedangkan selama tiga minggu menjadi isteri lelaki itu belum pernah lagi dia bangun awal dari lelaki itu. handphone pun tak ada nak kunci jam loceng.
Selepas berjemaah Subuh, dia segera turun ke bawah. Langkah diatur ke rak kasut milik Baihaqi. Rak itu hanya memuatkan kasut milik Baihaqi yang pelbagai warna dan jenama. Memang orang kaya ni suka beli kasut banyak-banyak kot. Kalau tengok rak kasut Datin Sofea lagilah penuh.
Sepasang kasut hitam Crocodile diambil dari laci. Kiwi ditangan laju dilumurkan ke atas kasut kulit itu.
“ Tahniah. Rea Alyssa memenangi kontrak kilat kasut Nik Adlan Baihaqi selama sebulan.” Bisik Baihaqi.
“Kejamnya.”
“tak kejam pun !”
“Ya. Abang saja nak buli orangkan.”
“ Ermm.. Betul tu!”
Hish! Geramnya. Selama ini pun dalam dua tiga kali je dia pernah kilatkan kasut sendiri. Yang lain semuanya Firdaus yang paksarela tolong.
“ hari ni nak pakai yang satu lagilah. Bukan yang ni.” suara Baihaqi mencelah dalam kebisingan berus yang bekerja membersihkan kasut.
Rea mengangkat muka. Dah naik lenguh dia kilatkan, sekarang baru nak cakap. Tadi dia juga yang kata nak pakai yang warna hitam jenama buaya ni. wajah Baihaqi yang sedang berpeluk tubuh di pandang geram.
“ Ya Allah. Kenapa Rea kilat kasut pagi buta ni?” Datin Sofea muncul di belakang anak terunanya. Terkejut juga dia melihat menantunya sedang bersila di lantai sambil memegang kasut dan kiwi. Baihaqi pula sedang enak bersandar di dinding.
“ saja ma. Tolong abang.” Rea tayang sengih. Nasib baik dia waras lagi. kalau tak, nak dia cakap yang ‘anak mama yang suruh sebab dia memang suka buli orang.’
“ tak payah nak tolonglah. Selama ini pun kasut yang berkulat kusam tu juga yang dia pakai. Dah bangun, jom breakfast.” Datin Sofea sudah menarik tangannya bangun.
haha..
ReplyDeletesyok la si qiqi nieh dpt buli icha yee..
sgt comey la dorang..
smbung2..
ouh??QIQI kiss icha ea??so sweet
ReplyDelete