Friday, October 23, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [19]

Rea berjalan laju meninggalkan lelaki itu di belakangnya. Pantai yang indah pun dah jadi membosankan. Sudah dua hari mereka berada di Pulau Pangkor yang mempunyai pantai yang cantik ni. Selama itu jugalah Baihaqi cuba memujuknya namun dikeraskan hati dan kepala.

“ janganlah laju sangat. Banyak hantu kat depan.” Baihaqi menjerit perlahan. Rea mencebik. Siang-siang ni nak takutkan dia pun carilah idea lain. Hantu disiang hari. Tanpa berpaling dia meneruskan langkah kaki menyusuri pantai.

Lambat-lambat dia berpaling. Eh, dah hilang pula mamat tu. Apa-apa jelah. Bukan dia kisah pun. Tudung di kepala dipegang. Angin yang kuat meniup menyebabkan tudungnya berkibar sama. Bestnya angin petang.

Sekolah di kampung mewajibkan dia memakai tudung. Lagipun dia takut dikatakan mewarnakan rambut seperti sewaktu sekolah rendah. Waktu lain jarang dia bertudung. Dengan rambut pendek dan gaya brutalnya dia sering dipanggil tomboy. Selepas berkahwin, Baihaqi sendiri yang memintanya memakai tudung. Menunaikan perintah ALLAH yang dahulunya dia sering abaikan.

Dia dibesarkan oleh lelaki dan berkawan pun dengan abang-abangnya. Semua itu secara tidak langsung menjadikan dirinya seorang yang lincah dan ganas.

Waktu umur 11 tahun, dia pernah jatuh dari pokok kelapa yang dipanjatnya. Ayahnya tak marah sebaliknya menangis. Ayah kata dia sedih kalau anak gadisnya pergi dulu dari dia. kerana tak sanggup tengok ayah menangis dikurangkan sedikit aktiviti ganasnya. Seketika cuma. Kenakalannya kadang-kadang memeningkan kepala ayah. Ahh.. rindunya kat ayah.

“ peewit!!”

Rea tersentak. Beberapa meter di hadapan kelihatan tiga remaja lelaki sedang merenungnya. Bosannya. Budak-budak tak matang ni nak mengorat pun gunalah cara gempak sikit. Cara ni dah basilah.

“ seorang ke? Boleh abang teman.” Salah seorang cuba nak menghampirinya. Dia menjauhkan diri.

“ amboi sombongnya!” ketiga-tiga mereka ketawa gatal. Mana pula Baihaqi ni. Tiba-tiba dia rasa takut dengan budak-budak gatal ni.

“ sayang!” Rea berpaling mendengarkan suara Baihaqi. Ketiga-tiga remaja itu turut sama berpaling.

“Siapa ni Icha?” Baihaqi buat-buat tanya sambil tangannya memaut pinggang gadis itu. Bukannya dia tak nampak tadi. Rea geleng perlahan. Dia memeluk erat lengan suaminya.

“ maaflah abang. Kami main-main je tadi. Tak buat apa-apa pun.” Salah seorang dari mereka menjawab. Tidak mahu membuat pasal kerana memang salahnya nak mengorat kekasih orang. Mereka saja je nak mengusik-usik gadis itu tadi. Tambahan pula berjalan seorang.

“ oklah. Pergi dulu.” Baihaqi berlalu. Rea berjalan beriringan. Tangannya masih kukuh di lengan Baihaqi.

“ abang dah cakapkan. Kat sini memang banyak hantu!” geram juga Baihaqi dengan tingkah Rea. Tadi dia ke bilik air kerana tidak tahan nak buang air kecil. Keluar dari tandas dicarinya Rea yang sudah hilang. Nasib baik dia cepat. Kalau tak, entahlah. Budak-budak sekarang bukan boleh percaya sangat.

“ janganlah marah. Mana orang tahu. Ingatkan hantu..”

“ jangan cakap. Nanti datang betul-betul baru tahu!”

Mereka meneruskan langkah. Lengan Baihaqi masih dipaut erat. Membuatkan dia berasa aman dan selamat. Seketika dia lupa sengketa mereka.

Rea menutup air pancuran. Segarnya terasa selepas mandi. Disarungkan sehelai t-shirt dan seluar track ke badan. Memang itulah pakaiannya sehari-hari selepas bergelar isteri. Seluar pendek dan singlet yang sering dia pakai dulu ketika di rumah dia tinggalkan. Dia malu mahu menayangkan tubuhnya pada Baihaqi. tangannya mengirai rambut yang masih basah. Tiba-tiba lampu terpadam. Gelap-gelita membuatkan Rea tergamam. Tak ada elektrik ke?

Bunyi sesuatu di luar bilik airnya membuatkan Rea menggigil. Tadi sebelum dia mandi, Baihaqi kata mahu keluar. Siapa pula yang menceroboh biliknya? Tanpa sedar Rea menggigil ketakutan. Peristiwa enam tahun lalu kembali terbayang. Kerana peristiwa pada malam terputus elektriklah itulah ayahnya pergi buat selamanya. Pergi di pangkuannya.

ALLAH! Rea merintih dalam hati. Teringatkan remaja di pantai tadi membuatkan Rea bertambah pucat. Dia takut remaja tadi datang nak membalas dendam. Apa nak buat ni? handphone pun tak ada nak telefon Baihaqi. Dia hanya mampu berdoa. Abang! Cepatlah balik.

“ tuk.. tuk!”

Pintu bilik air yang diketuk dari luar membuatkan mata Rea buntang seketika. Macam mana orang tu boleh tahu yang dia ada dalam bilik air. Abang! Saat itu Rea terasa seperti mahu menangis.

Ya ALLAH.. lindungilah aku. Doanya dalam hati.

“ tuk..tuk!”

Sekali lagi pintu diketuk. Rea menggengam kedua-dua tangannya erat. Dia mencapai gayung yang tersangkut dalam bilik air. Bersedia kalau-kalau pintu dibuka dari luar.

“ tuk..tuk!”

Rea kaku di dalam bilik air. Macam mana ni? Nak buka pintu ke tak. Buka pintu dan serang penceroboh tu sebelum dia sempat serang. Tapi dia ragu-ragu. Kuatkah kudratnya nanti nak melawan. Saat ni pun dah terasa bagai nak pecah dadanya menahan debaran. Macam mana kalau yang itu adalah hantu. Hantu! Teringat pula kata-kata Baihaqi.

Rea bersembunyi di sebalik dinding. Kunci pintu di buka. Dia tekad. Bila penceroboh tu jengukkan kepala, dia akan ketuk dengan gayung kuat-kuat. Pintu terbuka sedikit demi sedikit. Rea beristighfar dalam hati. Gelapnya.

Pintu dah terbuka separuh membuatkan Rea makin berdebar. Namun dia tidak nampak pun sesiapa pun. Dikuatkan semangat menjenguk ke luar.

“ arghh…” bersama jeritan kecil dia jatuh ke lantai.

1 comment: