Baihaqi melangkah longlai ke dalam rumah selepas memakir kereta di garaj. Rea tersengih di depan pintu. Terasa hilang sedikit penatnya tatkala matanya memandang seraut wajah itu. betullah orang kata. Nak cari isteri biarlah yang menyejukkan mata dan hati. Penat balik kerja pun boleh jadi segar. Tangannya digapai Rea lalu dicium.
“ lambatnya balik.” Baihaqi senyum. Bayangkanlah tiga minggu cuti. Sangat banyak fail dan dokumen yang perlu disemaknya. Dalam begnya pun masih ada beberapa fail yang perlu disemak dengan segera.
“ dah makan belum.” Baihaqi bertanya. Jam di tangan sudah hampir pukul 10 malam.
“ dah. Abang nak makan ke?” Baihaqi geleng kepala. Dia melabuhkan punggung ke sofa di ruang tamu. Tadi dia sudah makan di pejabat. Kelibat mama dan papa tidak terlihat langsung.
“ nak air?” Rea masih tersenyum memandangnya. Perlakuannya cukup membuatkan Baihaqi pelik. Selalunya gadis itu lebih suka memandang lantai dengan muka yang merah. Mungkin masih segan dengannya.
“ tak nak lah. Nak naik mandi.” Baihaqi bingkas berdiri. Melekit seluruh badan.
“ ok.”
Rea senyum lebar melihat Baihaqi yang sudah nyenyak dibuai mimpi. Awal pula mamat ni tidur. Menyenangkan lagi projeknya malam ni. haha… dia gelak dalam hati.
Baihaqi tersedar.dia menggeliat kecil. Membetulkan segala urat sarafnya. Jam Rolex di tangan dikerling sekilas. Pukul 2 pagi. Arghhh… Mengantuknya.
Dia bingkas bangun. Malam tadi hasratnya nak menyambung kerja pejabat yang dibawa pulang tapi tertidur pula. Tiga minggu asyik tidur awal, badan pun naik lemak. Pantang penat sikit dah nak rehat.
Langkah diatur menuju ke bilik air untuk menyegarkan matanya. Bolehlah dia buat tahajjud kejap kemudian menyiapkan kerja-kerjanya. Eh.. Mana Icha? Digaru kepala yang tak gatal melihat pembaringan Rea yang kosong di sofa. pergi dapur kot. Akalnya membuat agakkan sendiri.Langkah diteruskan menuju ke bilik air.
Usai doa, dia bangun berdiri. Kopiah di kepala diletakkan atas meja solek yang kosong. Isterinya bukan punya alat solek pun. Yang ada cuma sebotol bedak talkum milik gadis itu. barang lain yang elok tersusun di atas meja semuanya milik Baihaqi. Sikat pun dibantai sikatnya. Tapi memang jarang dia lihat gadis itu sikat rambut. Serabai betul.
Tak naik-naik pun budak Icha ni. Tertidur kat bawah ke? Baihaqi memulas tombol pintu. Dia ingin pergi melihat apalah yang dibuatnya Rea di ruang tamu.
Anak tangga dituruni perlahan. Langkahnya terhenti di tangga terakhir. Hanya cahaya dari televisyen menyinari ruang tamu. Rea enak bersila di atas sofa. sesekali gadis itu bersorak kecil. Bersuara perlahan agar tidak mengejutkan seisi rumah yang sedang dibuai mimpi. Paling ingin dielakkan adalah Baihaqi.
Baihaqi berdiri di belakang sofa tanpa menegur Rea. Mata gadis itu tepat ke skrin sehingga kehadirannya pun tidak disedari. Dia senyum kecil. Patutlah bukan main baik lagi gadis itu padanya tadi. Nak bodek dialah tu.
Manchester United. Pasukan kegemaran Rea. Inilah yang diceritakan oleh Aizuddin kepadanya. Rea memang tidak akan pernah ketinggalan perlawanan MU. Jersi pasukan itu yang dihadiahkan oleh kawannya juga dijaga rapi oleh Rea. Kipas susah mati MU(hard-die-fans). Sama macam Ari.
Ari! Hati Baihaqi sayu mengenangkan insan itu. Maafkan Aqi sebab tak jaga Ari baik-baik. Maafkan Aqi sebab mengabaikan Ari. Maafkan Aqi sebab biarkan Ari berkawan dengan mereka. Maafkan Aqi sebab tak memberikan sepenuh perhatian. Maafkan Aqi sebab gagal menjadi seorang abang yang baik untuk Ari.
“ Ya ALLAH!!! Huh…huh..”
Rea mengurut dadanya. Dia terkejut kerana melihat Baihaqi yang tegak berdiri di belakangnya. Ingatkan jembalang mana. Dah lah dalam gelap boleh pula dia pakai baju hitam berdiri macam zombie. Jeritannya sekaligus mematikan lamunan Baihaqi.
“ abang! Sukalah buat orang terkejut.” Rea mengomel perlahan. Baihaqi sengih. dibuat muka jahatnya dengan kening terangkat kedua-dua belah.
“ buat apa ni?”
Rea berdiri. Dalam hati dia berdoa agar lelaki itu tidak mengamuk. Kalau dia mengamuk pagi-pagi buta ni kan susah.
“ermm…ermm… tengok bola.” Rea tunduk pandang permaidani. Tidak berani nak tengok muka Baihaqi.
“ bukan ke abang dah cakap yang abang tak suka Icha tengok bola or main bola.”
Rea angguk perlahan. Kenapa Baihaqi tak pernah faham. Dia dan bola sepak seperti isi dan kuku. Bagai aur dengan tebing. Umpama ketupat dengan rendang. Ibarat monyet dengan pisang. Dia memang tidak boleh berpisah dengan bola sepak. Hilanglah irama dalam jiwanya.
Rasa seperti mahu menangis. Dia sendiri pun pelik kenapa dia sangat manja terutamanya selepas berkahwin dengan Baihaqi. perangai yang sudah enam tahun dia tinggalkan. Perangai yang dikuburkan bersama jasad ayah. Tapi kenapa perangai ini datang kembali. Datang hanya ketika dia bersama Baihaqi.
Baihaqi serba salah. Sekelip mata sahaja air mata dah bergenang di kelopak mata isterinya. Dia tidak berniat mahu memarahi gadis itu atau membuatkan dia sedih.
“ abang tak marah lah.” Baihaqi mahu menarik Rea ke pelukan apabila gadis itu menolak laju dadanya. Merajuk ke?
“boleh orang tengok sampai habis tak? Kejap je lagi.” Rea dah angkat muka.
“ ye lah. Tapi Icha still kena denda.” Baihaqi melabuhkan punggung ke sofa. ditarik tangan Rea agar duduk di sisinya.
Rea mencebik. Baru je nak gembira sikit. Apa lagilah denda yang dia nak bagi tu. Mesti yang mengarut-ngarut lagilah tu. Geramnya!!!
Rea melihat cermin. Rambutnya dikuak ke belakang. Rimas betul dengan rambut panjang. Kena sikat, kalau tak nanti kusut. Kena letak perapi lepas syampu, kalau tak rambut rosak. Dah lah geli bila asyik kena dekat leher. Nak ikat, tak lepas. Ye lah. Rambut pun baru cecah leher.
Teringat pula kejadian semalam. Denda baru yang dikenakan oleh Baihaqi ialah mengemaskan bilik bacaan lelaki itu yang sudah seperti rumah tikus. Walaupun berat untuk diterima tapi kini dia bebas untuk menonton bola sepak. Yahoo!!! Demi MU, segala halangan akan ku tempuh.
Rea menuruni tangga. Dia mahu bersiar-siar di halaman banglolah sekejap. Badan pun dah rasa berat sebab dah hampir sebulan jugaklah dia sudah tidak berkejar-kejar di padang merebut sebiji bola. Lama-lama ni boleh jadi gemuk dia ni.
“ arghh…” jeritan Datin Sofea membuatkan Rea berlari ke arah wanita itu.
“ kenapa mama?”
“tu..” jari Datin Sofea tepat ke arah seekor katak berwarna hijau muda yang melekat di pasu bunganya. Mamanya itu sedang menyiram pokok bunganya. Aktiviti setiap petang Datin Sofea.
Cepat tangan Rea mencekup binatang itu menyebabkan Datin Sofea sekali lagi menjerit kegelian. timbul idea nakalnya.
“ mama!!! Kejar mama.” Tangan yang menggenggam katak dihulurkan kepada Datin Sofea menyebabkan wanita itu menjerit-jerit. Berlaku adegan kejar-mengejar antara mereka berdua.
“ Rea buang benda itu. Gelilah.” Datin Sofea berhenti berlari. Dia membuang mengah. Rea mencampakkan si katak ke luar pagar. Sudah penat dia mengusik mamanya. Kesian tengok mama yang berusaha melarikan diri. Tangannya dicuci di paip dengan sabun. Datin Sofea sudah terduduk di kerusi batu di halaman.
“ Rea ini sukalah usik mama. Sama macam abang Aqi dia.”
“ suami isteri harus sepakat, barulah rumahtangga mendapat berkat.” Rea menyanyikan lagu filem Tiga Abdul karya P.Ramlee dengan senyuman gatal. Datin Sofea hanya ketawa kecil. Nakal jugak menantunya ni.
hahaha...
ReplyDeletesgttt cute la icha nieh..
huhukk..
aqi ade adk ke??
cm ade sumthing yg tak terbongkar lagi je nieh..
huhu..
baru jumpa blog ni. haha comel la rea ni :D bila dia nak sambung blajar? ari tu adik aqi ke? apa kaitan ayah rea dgn ari? pelik. sila sambung :D
ReplyDelete