Sunday, October 18, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [15]

Paluan kompang makin rancak. Debaran di dada Rea juga sudah tidak berirama. Terasa seperti mahu terkeluar sahaja jantungnya dari badan. Majlis akad nikah akan bermula seketika nanti. Majlis akad hanya dibuat di rumah dan Rea akan diwalikan oleh abang Azmizannya.

Dengan dua kali lafaz, Nik Adlan Baihaqi sah menjadi suaminya. Makin berdebar hatinya apabila kedengaran salam tatkala pintu bilik pengantin perempuan dibuka. Dia menjawab dalam hati. Faizah yang bersimpuh di sebelahnya asyik tersengih-sengih. Dia mengangkat muka apabila sedar mamat KL tu sudah berlutut di hadapan. Dia terkaku di situ.

Dia tersedar ketika Baihaqi menarik tangannya untuk disarungkan cincin. Alamak. Kenapa kuat sangat tangan aku menggigil ni. semua mata dah menumpukan perhatian kepada tangannya yang digenggam Baihaqi. Baihaqi yang kena melalui proses akad nikah, dia pula yang mengeletar lebih-lebih. Tangan oh tangan. Tangannya masih digenggam erat.Mungkin mahu mengurangkan gegaran tapi rasanya makin kuat pula. Baihaqi sudah tersenyum menahan tawa. Faizah dah mula nak ketawa mengekek di tepi. Lama tangannya digenggam. Kemudian lelaki itu menyarungkan sebentuk cincin bermata satu. Cantik.

Rea tunduk mencium tangan suaminya dan dia dihadiahkan sebuah ciuman kudus di dahi. Kemudian sesi bergambar lah pula. Macam-macam pose pula Datin Sofea sarankan. Baihaqi pula macam suka je peluk-peluk pinggang dia, cium pipi dia. Hailohh..


Rea leka menyuapkan nasi ke mulut. Laparnya dia. dia menggunakan sudu dan garfu kerana bau inai di tangan masih galak menusuk hidungnya. Baihaqi di sebelah turut sama menjamu selera. tatkala hari yang sudah petang itulah dia dapat menjamu selera. sewaktu makan beradap tadi hanya beberapa suap nasi je masuk ke mulut. Selepas itu sudah ditarik untuk sesi bergambar. Entah berapa banyak gambar yang Datin Sofea nak tangkap.

“ Rea.” Malaun mana pula yang kacau aku tengah bersantap ni. Baihaqi turut mengangkat muka tatkala mendengar suara lelaki yang memanggil isterinya. Macam pernah dilihat remaja lelaki itu.

“ cantiknya kau. Eh abang! Lama dah tak nampak abang datang kampung ni.” huluran tangan remaja tersebut disambut sambil menayangkan senyuman palsu. Kenalkah dia pada remaja itu? Dilihatnya Rea meneruskan suapan selepas mengangkat muka seketika.

“eh Amir. Korang pun datang gak. Jemput makan lah dulu. Pengantin korang tengah angin tu.” Firdaus mengajak mereka ke satu sudut untuk menjamu selera.

“Mana ada angin. Aku tengah lapar lah.” Tanpa disedari ayat itu terkeluar dari mulut Rea. Perlahan tapi dapat ditangkap oleh Baihaqi.

“ kenapa lapar? Tak makan ke pagi tadi?”

Rea mengangkat muka. Saat matanya berlaga dengan mata Baihaqi dia tertunduk. Serentak itu juga darah menyerbu ke muka. Eh dia dengar ke? Rasanya macam aku cakap dalam hati je tadi. Dia menggeleng cuma.

“ siapa tadi tu?”Baihaqi bertanya sewaktu Rea sedang mengunyah buah tembikai.

“ kawan sekolah. Nanti kejap lagi nak jumpa diaorang boleh tak?” Rea bertanya.

“ nak ikut. Boleh kenal dengan kawan-kawan Icha.”

Rea buat gaya geli menyebabkan Baihaqi ketawa kecil. Icha. Macam nama orang pelat pulak.

“ni Amir, Hadi, Mamat.” Baihaqi menyambut tangan yang mereka hulurkan. Tersengih-sengih mereka bertiga membuatkan Baihaqi pelik.

“ kenapa tersengih-sengih macam kera kena belacan ni?” Rea dah naik menyampah dengan kawan-kawannya. Mesti tengah kutuk aku lah tu.

“ tak delah. Tengok kau macam cun je hari ni. selalu selekeh je.” Mamat bersuara sambil tersengih.

Pang! Satu tamparan singgah di bahu lelaki itu. Rasakan. Amir dan Hadi ketawa. Baihaqi senyum terpaksa. Dia tidak suka isterinya bertepuk-tampar dengan orang lain.

“ kalau tahulah kau cun macam ni, awal-awal aku dah masuk meminang. Tak de lah terlepas ke tangan abang ni.” sambung jejaka tadi sambil menggosok bahu yang perit. Gerenti lebamlah kena penangan mak cik seorang ni.

“ mamat! Kau nak rasa kena terajang ke?” Rea dah ketap bibir. Malulah dia depan suami sendiri. Muka pun dah terasa panas membahang.

“ nah hadiah dari kitaorang.” Hadi menyerahkan bungkusan hadiah kepada Rea. Tidak mahu Mamat berterusan menyakat Rea. Dia sedar dengan senyuman plastesin Baihaqi.

“ baiknya korang. Terharu aku. Apa benda ni?” Rea dah belek-belek kotak tu. Kotak besar tapi ringan je.

“ bukalah.” Belum sempat Baihaqi nak menghalang, cepat je kertas pembalut merah hati terkoyak oleh dua tangan Rea.
Menyedari tangan Baihaqi yang hinggap di lengannya membuatkan Rea berpaling ke wajah itu. Hampir-hampir dia terlupa kewujudan Baihaqi tadi. Isyarat otak yang mengatakan ‘tidak sopan buka hadiah depan pemberi hadiah’ baru berjaya diterjemahkan oleh sel-sel neuronsnya.

“ maaf!” sayu suara Rea. Dia pun tak tahu kenapa dia meminta maaf. Baihaqi tersenyum Cuma. Dah terbuka dah pun hadiahnya.

“ Eleh. Ni bola aku ni. patutlah hilang. Korang yang ambik ek.” Sebiji bola sepak dikeluarkan dari kotak. Bola kesayangannya yang dibeli dari wangnya sendiri. Sanggup dia berpuasa di sekolah semata-mata untuk memilik bola tersebut. Risau betul dia apabila bolanya hilang beberapa bulan yang lepas. Saat ni terasa seperti macam nak dikucup sahaja bola tersebut. Tapi rasa lain bila memegang bola tersebut walaupun rupanya memang sama.

“ bukan! Sebenarnya kitaorang terpecahkan bola kau. Ni kitaorang ganti balik. Sama dan sebijik. Brand sama, harga sama, warna sama.” Hadi bersuara perlahan. Tahu akan nilai sentimental Rea pada sebiji bolanya. Bola yang diberi nama Owen. Bekas penyerang Liverpool yang sudah menjadi pemain Manchester United, pasukan kegemaran gadis itu.

“ tapi tetap tak sama.” Air mata bergenang. Bukan mengenangkan bola tapi kawan-kawan yang membohonginya. Setinggi-tinggi mana pun sayangnya pada sebiji bola tetap tidak dapat menandingi nilai persahabatan pada kawan-kawan yang sejak sekolah rendah lagi terjalin.

Segera bola itu diserahkan kepada Baihaqi yang memerhati sedari tadi. Dia menapak ke dalam rumah meninggalkan mereka sebelum air matanya tumpah di hadapan mereka. Amir, Hadi dan Mamat dah terpinga-pinga. Belum pernah lagi sahabat mereka itu berperangai sedemikian. Baihaqi lagilah hairan.

“ kenapa?” soalan Baihaqi hanya dijawab dengan jungkitan bahu oleh ketiga-tiga remaja itu.

“abang pergi cari dia kejap.”


Baihaqi merenung Rea yang sedang tertiarap di katil. Habis renyuk lah baju kebaya yang menyaluti tubuhnya kala itu. Menangis ke? Hal bola sebiji pun nak merajuk ke? Dia duduk di sisi Rea yang terhinjut-hinjut menahan tangis. Laju tangannya mengusap perlahan belakang gadis itu menyebabkan Rea bangun. Dia duduk bersila dengan kain kebaya yang sempit menghadap Baihaqi. Mata dan hidung kedua-duanya merah.

“ kenapa nangis?” soalan Baihaqi menyebabkan rasa sebaknya datang kembali.
Melihatkan Rea yang mahu mengangis kembali menyebabkan Baihaqi menarik gadis itu ke pelukan. Dibalas erat.

“ orang tak sedih pasal bola. Tapi diaorang semua tipu..huhu. cakap tak tahu bola hilang mana padahal diaorang yang pecahkan.. orang bukan nak marah pun.” Suara Rea tenggelam timbul dengan esakannya.

Manja juga isteri aku ni. Ingatkan brutal sangat. Kiranya berperasaanlah. Comelnya muka sememek dia.

“ diaorang bukan nak tipu. Tak nak bagi Icha sedih je tu. Kesian diaorang tunggu Icha.”

Icha? Rea menjarakkan pelukan. Alamak aii. Aku peluk mamat KL ke? Malunya aku. Kenapalah kantoi menangis depan dia ni. Air mata dikesat dengan belakang tangan. Kenapalah otaknya lambat menafsir isyarat neurons hari ni? kenapa juga dia sangat cengeng ni? Perubahan hormon kot.

Baihaqi hanya senyum melihat muka Rea yang kemerahan. Dia menghulurkan bola yang dikepit sekali ke dalam bilik tadi.

“ pergi jumpa diaorang!” arahnya bila Rea sudah agak tenang.

“ hmm..” Rea bangun menuju ke tingkap ruang tamu.

“Amir! Hadi! Mamat! Nah. Main bola jangan lupakan aku!” bola tersebut dibaling ke arah ketiga-tiga sahabatnya yang senyum. Hadi menyambut kemas. Masing-masing mengangkat ibu jari sambil tersenyum.

“ pandai betul abang tu pujuk kau!” Rea menjegilkan mata sebelum turut ketawa bersama mereka.

Baihaqi hanya tersenyum. Baru dia teringat wajah-wajah remaja itu yang sedang asyik bergelumang lumpur bermain bola tempoh hari. Sahabat baik Rea nampaknya.

2 comments:

  1. haha..
    comey2..
    icha..sgt nakal n comey je nme tuh..
    muahaha..
    baihaqi rea xnk kasi nme timangan gak??
    muehehe..
    smbung2...

    ReplyDelete