Monday, October 12, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [11]

Datin Sofea menghampiri anaknya yang sedang asyik menonton televisyen. Sukarnya nak membaca isi hati lelaki itu walaupun sudah hampir 27 tahun dia menjaganya. Belum campur masa dalam perut. Payah sekali nak meneka perasaan yang terlindung oleh wajah tenangnya.

“ Aqi…”

Baihaqi memandang wajah ibunya sekilas sebelum mengalihkan wajah ke kaca televisyen semula. Dia membetulkan duduk sekaligus memberikan ruang buat ibunya. Datin Sofea mengambil duduk di sisi anaknya itu.

“ papa mana mama?”

“ ada kat atas. Pening kepala katanya. Nak berehat sekejap.”

Baihaqi menganggukkan kepalanya. Petang tadi dia bersama Dato’ Nik melawat tapak pembinaan. Pasti cuaca panas tadi yang membuat ayahnya rasa tidak sedap badan. Ayahnya itu sudah tua. Sistem imun badan pun sudah menjadi lemah.

“ Aqi ada telefon Rea?”

Baihaqi terdiam. Sejak pulang dari kampung gadis itu beberapa hari yang lalu, dia tidak pernah lagi menelefon ke sana. Sebetulnya selepas pertelingkahan yang berlaku. Sewaktu mereka mahu bertolak balik ke Kuala Lumpur pun gadis itu tidak menampakkan diri. Marah benar barangkali.

“ Aqi still want to go on with the wedding?” sambung Datin Sofea selepas soalan tadi dibalas dengan gelengan dari jejaka itu. Baihaqi tersentak seketika.

“ kenapa mama tanya macam tu? Aqi nampak tak serius ke ma? Ke Rea nak cancelkan betul-betul? I thought she was just too angry that time.”

“ tak. Rea tak cakap apa-apa pun. Mama pelik je. Korang berdua kalau berjumpa mesti gaduh. Maybe Aqi keras sangat dengan dia kot.”

“ mamakan tau Aqi macam mana. Aqi memang macam ni kan ma.”

Baihaqi sudah menghadap muka ibunya. Kasar sangat ke dia dengan gadis itu? Mungkin juga kerana gadis itu nampak marah sangat waktu itu. Sudah tidak dapat menahan rasa kot.
“ ya, mama kenal Aqi. Mama tahu sangat perangai Aqi tapi Aqi kenalah berlembut sikit dengan Rea. Diakan budak lagi. Umur pun baru nak masuk 18. “

“ tapi ma, Aqi tak nak jadi hipokrit depan dia ma. Kalau lepas kahwin dia baru tahu perangai Aqi macam ni, lagi teruk ma. Aqi tak nak jadi duda ma.”

“ eh Aqi ni. Sampai ke situ fikirnya. Banyaklah alasan anak mama ni.”

Datin Sofea menggeleng-gelengkan kepala. Susah nak baca pemikiran anaknya itu. Sewaktu disuarakan tentang perkahwinan Baihaqi dan Rea dulu, anaknya itu menerima dengan sangat tenang. Malahan tanpa sebarang bangkangan dan rungutan. Namun bila dia memerhatikan tingkahlaku anaknya itu sewaktu berdepan dengan Rea, segala benda jadi tak kena.

Rambut pendek pun dia bising, main bola lagilah dilarang. Semua ini dia dapat sendiri dari pengakuan paksa gadis itu. Tapi rasanya banyak lagi benda yang gadis itu tidak ceritakan. Apa yang diharapkan ialah mereka berdua akan berbahagia nanti.

“ mama dah siapkan semua tempahan baju pengantin dan dewan majlis nanti. Aqi dah apply cuti belum?” Datin Sofea mengubah topik perbincangan.

“ belum lagilah ma. Dua bulan lagikan. Lambat lagi.”

“ apply esok. Mama cadangkan tiga minggu. Eh silap, mama nak Aqi cuti tiga minggu. Macamlah mama tak tau yang anak mama ni gila kerja. Sama macam papa dia.”

“ lamanya ma. Boringlah nanti duduk rumah lama-lama.”

“ siapa kata duduk rumah. Mama dah tempah honeymoon package korang.”

“ semangatnya mama ni. tapi macam kes paksa rela je ni. Aqi tak cakap apa pun, mama yang dah siapkan semuanya.”

“ sebab kalau nak harapkan Aqi, tak de maknanya.”

“ eh eh mama ni.. yelah. Nanti Aqi apply cuti kat papa. Aqi cakap mem besar kat rumah dah bagi arahan mandatory. Papa pun tak boleh bangkang.”

Baihaqi mengaduh dicubit oleh mamanya. Dia memang suka sangat menyakat ibunya itu. Mamalah buah hatinya. Tempat dia bermesra.

“ minggu depan Aqi amik Rea dari kampung ek. Nak try baju pengantin.”
Baihaqi terkejut. Mama ni memang tak sabar-sabar lah.

“ jangan nak buat terkejut pula. Mama dah cakap dengan Rea dah. Dia cakap okey. Lagipun Abang Ngah dia ada kat KL ni.”

“ nanti dia nak duduk sini ke rumah abang dia? Berapa lama mama nak tahan dia kat KL ni? aduhh...”

Satu lagi cubitan hinggap di lengan kiri Baihaqi. Rea kerbau, dia kambing, mama pula ketam. Dia ketawa dengan lawaknya sendiri.

“ mama nak suruh dia duduk sini je. Seminggu dah lah. Nanti boleh dia teman mama kat rumah ni. Aqi dengan papa kan busy je 24 jam.”

“ seminggu. Lamanya ma.”

“ eleh. Macam mama tak tau. Aqi pun suka kan”

“ suka suka…” Datin Sofea ketawa.

1 comment:

  1. haha..
    aqi da ske..
    rea??
    huhu...
    smbung2..
    xsaba nk tggu dorang kawen..
    mesty ade gado2 agy..
    muahahaa..

    ReplyDelete