Sunday, October 11, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [10]

Baihaqi ketawa riang mendengarkan celoteh yang terkeluar dari mulut Sarah. Gadis comel itu sedang asyik memarahi si abang yang mengusiknya. Walaupun Baihaqi tidak berapa faham butir bicaranya, mulut si comel yang sekejap muncung sekejap diketap itu amat mencuit hati.

Sudah lama Baihaqi bersama sekumpulan budak kecil itu di ruang tamu. Dia malas mahu turun ke dapur membantu keluarga Azmizan menyediakan juadah untuk majlis hari itu. Lagipun dia malas mahu menghadap muka Rea. Memandang gadis itu seperti menyiat kembali luka lama yang terpendam di hati.


“ gol!!!”

Gamat seketika ruang tamu rumah banglo Dato’ Nik Badrulhisham dengan pekikan dari Baihaqi dan Rizal. Mereka menjerit riang kerana pasukan kegemaran mereka berjaya menjaringkan gol kedua pada separuh masa kedua.

“ Jimatlah esok sebab ada orang kena belanja kita ni.” Rizal bersuara sambil menyiku lengan Baihaqi. Pecah tawa mereka melihat muka masam dari insan yang duduk di sebelah Baihaqi.

Mereka sudah bersetuju bahawa penyokong pasukan yang kalah terpaksa membelanja yang menang makan tengahhari.

“ mana aci macam ni. Korang berdua. Aku sorang-sorang je.”

“ janji tetap janji Ari. siapa suruh sokong MU. Chealsea the best tau.” Rizal ketawa. Gembira dapat membuli remaja itu. Hobinya bersama Baihaqi.


Tangisan kuat Sarah mematikan lamunan Baihaqi. Si comel itu sudah berguling-guling di lantai rumah. Si abang pula sudah melarikan diri bersama patung mainan yang berjaya dirampasnya. Belum sempat dia menghampiri, Sarah sudah pun berlari ke arah Rea. Terbantut terus langkahnya.

Gadis itu turut tergamam seketika terpandangkan wajahnya. Melihatkan Baihaqi yang mahu beredar menyebabkan Rea terus bersuara.

“ ma.. eh Datin cari saudara. Dia tunggu kat dapur.”

Tanpa sebarang reaksi Baihaqi berlalu meninggalkan Rea yang terpinga-pinga dengan tangisan Sarah.

“ Sarah kenapa?” Rea duduk bertinggung di hadapan si comel yang akan menjangkau usia empat tahun.

“ Abang Fiq amik nona Sarah nye. Cik Ya, nak syusyu!” nona, patung beruang milik Sarah.

Rea mencebik. Malasnya nak layan budak ni. Nak susu pula. Mana semua orang pergi ni.

“ nak syusyu!!!” tangisan Sarah sudah semakin kuat.

“kejap laa..” Rea melangkah malas mencari botol susu Sarah. Rasa macam nak dicubit-cubit sahaja budak ni. Faizah pun hilang entah ke mana. Selesai membancuh susu dia ke hadapan semula mencari kelibat anak ketiga Azmizan itu.

“ nah Sarah. Baring minum syusyu tu.”

Anak kecil itu dibaringkan di atas katil di dalam biliknya. Alamak mengantuklah pula. Pantang nampak katil betul. Rea turut sama berbaring dan tanpa sedar dia tertidur.

Rea terpisat-pisat. Sarah sudah tiada di sisinya. Jam di meja tepi katil dikerling. Mak oii, hampir dua jam dia tidur. Segera dia bingkas bangun. Membetulkan tudung yang sudah renyuk. Tadi dia tertidur dengan tudung di kepala.

“ baru bangun ke Rea. Penat sangat ke?” teguran Mak Kinah disambut dengan senyum malu. Menyindir dialah tu. Orang lain yang masak, tukang tiup api pula tidur lebih-lebih.

Di ruang tamu semua orang sudah mula berehat. Maknanya semua hidangan dah siap lah. Nak tunggu orang masjid datang untuk memulakan solat sunat dan cukur jambul. Janjinya lepas Zuhur nanti.

Rea turun ke tangga dapur. Perutnya sudah terasa lapar kerana pagi tadi tidak sempat nak sarapan. Hanya air milo secawan mengalas perut sampai ke saat ini. Faizah yang baru selesai makan berlalu ke sinki membawa pinggan kotor.

“ kak, nak makan ke?” Faizah bertanya. Rea hanya mengangguk perlahan. Pelik ke kalau dia nak makan. Selama ini tiada pula soalan macam tu dari Faizah.

“ tak ajak cik abang akak ke?”

“ kenapa pula?” Rea mengembalikan soalan. kalau tak makan sekarang, takut tak sempat pula. nanti tetamu dah datang, sibuk nak layan tetamu lagi.

“ eh akak ni. tadi dia tunggu akak tau nak makan sama-sama.”

Dahi Rea berkerut sambil mulutnya sengaja diherotkan. Apa masalah sebenarnya mamat tu. Bosanlah nak layan. Mulut aku bersambung dengan mulut dia ke? Selama ni boleh je dia makan seorang. Namun belum sempat Rea nak bertanya lebih lanjut kepada Faizah, Baihaqi telah muncul lengkap berbaju melayu. Lelaki itu terus duduk di meja makan.

“ nak pinggan satu.”

Rea baru tersedar. Segera sebiji pinggan dihulurkan buat lelaki itu yang dibalas dengan senyuman kecil. Hah? Dah senyum balik. Mesti nak kenakan aku lagi ni.

“ duduk lah makan sama.”

Rea melabuhkan duduk di kerusi. Tak ajak pun memang dia nak duduk. Perutnya sudah berkeroncong kelaparan. Pinggannya segera dipenuhkan dengan nasi. Baru sahaja mahu mengambil lauk, Baihaqi menyuakan pinggannya yang kosong.

“ tolong letak nasi.” Rea menurut patuh. Dalam hati dia memprotes bisu. Suasana tenang seketika di meja makan. Masing-masing senyap menikmati hidangan.

“ penat sangat ke tadi? Sampai Sarah nangis pun tak sedar.”

Alamak! Malunya Rea tatkala hal itu yang ditimbulkan oleh Baihaqi. Dia tersengih cuma. Mesti si Sarah menangis nak keluar dari bilik. Si kecil tu bukan tahu nak buka pintu sendiri. Tapi siapa pula yang keluarkan Sarah. Baihaqi ke? Mesti dia dah tengok aku tidur terbongkang tadi. Malunya. Rea mengetap bibirnya.

“ nak tanya sikit boleh? Kenapa kau main bola?”

Rasa macam nak tercekik tulang ayam je. Rea mengangkat mukanya menghadap Baihaqi. Muka tenang selamba tenuk lelaki itu dipandang. Soalan apakah itu? Seumpama menanyakan kenapakah dia makan nasi. Jawapannya ialah kerana permainan itu umpama darah dagingnya. Sesuatu yang pasti tidak dapat dikikis dari jadual harian.

“ minat.”

“ minat? Kenapa tak minat game lain? Netball ke..”

“ pendek.” Laju Rea memotong. Sekali lagi Baihaqi mencebik.

“ aku tengok kau tinggi je. Badminton pun ok apa.”
“ tak ada court lah. Kat sini berangin. Nanti entah ke mana melayang bulu ayam tu.” Rea berlalu ke sinki. Soalan-soalan percuma dari lelaki itu sudah cukup untuk mematikan seleranya. Terbantut terus nafsu makannya.

“ main teng-teng je lah.” Rea tersentap. Suara lelaki itu terasa menusuk telinga. Terasa nafasnya menampar pipi. Amboi dekatnya berdiri. Aku karate kang patah tengkuk.

“ tu game budak kan. Ada benda salah ke dengan bola? Berdosa ke kalau perempuan main bola. Buruk sangat ke rupanya? Macam pondan ke?”

Kini giliran Baihaqi tergamam dengan suara keras Rea. Namun seketika cuma.

“ memang pun. Dah macam kerbau berkubang lumpur. Kerbau pondan!”

Rea menutup paip sinki. Pinggan yang sudah dicuci diletak ke tepi. Terasa membahang mukanya saat itu. Kalaulah lelaki itu bukan bakal suaminya mesti sudah lebam ditumbuknya.

“ macam lah kau tu hensem sangat. Macam kambing adalah. Kalau aku ni kerbau, tak payah lah kahwin dengan aku.”

Rea meninggalkan Baihaqi yang masih agak terpinga-pinga. Ingat aku ni tak pandai melawan. Sakit hati betul. Lantaklah kalau nak batalkan perkahwinan pun. Aku tak rugi apapun. Nanti aku sendiri boleh pergi ambik balik kad undangan yang dah sekampung Pak Long bagi.

3 comments: