Sunday, March 20, 2011

Hero Heroine [24]

Huntington’s disease (Huntington’s chorea) a hereditary disease caused by a defect in a single gene that is inherited as autosomal dominant. Symptoms which begin to appear in early middle age, include unsteady  gait and jerky involuntary movements, accompanied later by behavioural changes , and progressive dementia.

                Atrophy of caudate and putamen due to cell loss and gliosis.

Redzuan garu kepala. tak berapa nak faham hal-hal macam ni. perenggan pertama boleh juga terima tapi masuk bab putamen segala ni, memang dia dah sesat. Tak boleh hadam.

Laman sesawang yang dibuka ditutup. Kalau dia teruskan baca pun, belum tentu lagi hati dia tenteram. Sukar nak percaya. Betul ke Tazz sakit. Dia tutup laptop.

Reynuha yang masih nyenyak disebelah dikerling. Kalau tak betul, tak kan Nuha menangis tak ingat dunia. Kalau tak benar, tak kan Nuha rasa teruk macam tadi. kalau tak serius, tak kan Nuha nak sayang Tazz macam yang Tengku Aiza mintak. Kesian Nuha.

Rambut Reynuha dilarikan dari meliar di wajah gadis itu. dibelai seketika. Kesian Nuha. Nafas dihela berat.

Tak kan dia nak jadi kejam? Tapi kalau dibiarkan, apa sudahnya hubungan dia dan Reynuha. Apa akhirnya hubungan Tazz dengan Nuha?

“ Tengku Aiza kata, satu hari nanti Tazz mesti terlupa siapa Nuha. Masa tu... dia kata... Nuha boleh tinggalkan adik dia.. tapi Zuan, tak kan... Nuha nak... mintak dia sakit macam tu. Nuha sayang kawan Nuha...”

Progressive dementia. Maknanya Tazz akan kehilangan sedikit demi sedikit ingatannya tapi dengan pantas. Setahun, sepuluh tahun, dia tak tahu selama mana Reynuha akan kekal dalam ingatan Tazz. Tak kan nak berdoa Tazz cepat-cepat lupa supaya dapat meneruskan hidup.

Alahai Nuha... tangan Reynuha digenggam.

“ apa Zuan patut buat?”

Pertanyaan diajukan buat Reynuha yang tertidur selepas meluahkan semua gundah di jiwa. Pertanyaan yang dia sendiri tak tahu apa jawapannya.


“ Aiza... I’m sorry to say this but Aizat condition is very miscellaneous. His disease progress too aggressive. I’m afraid he can’t take it easy.”

               Terasa beban seluruh dunia jatuh menimpa kepala. Ejat, adik kakak.

                Dia melangkah lemah menyelusuri kaki lima hospital. kata-kata Datin Dr. Ilina yang merawat Tengku Aizat bergema di telinga.

                Patutlah Aizat semakin teruk lupanya. Semalam, Aizat tak datang untuk majlis ulang tahun perkahwinan Mummy dan Daddy.

                “ Ejat... kenapa tak balik semalam?”

                Dia menyerbu kondominium Tengku Aizat. Semalaman menelefon langsung tak berangkat. Ingatkan sakit ke apa ke. hari ni elok je. sihat walafiat.

                “ kenapa nak balik?”

                Menyisip tenang milonya. Tiba-tiba Tengku Aiza menyerang dia di rumah.

                “ eh.. Ejat lupa something ke?”

                 Mana ada lupa. Semalam ulangtahun Kak Da kahwin kan? Ejat dah call dia dah. ada majlis ke? Kak Ja tak bagitahu pun.”

                Tengku Aiza kerutkan dahi. Masakan Aizat lupa. Semalam baru dia beritahu yang Mummy dan Daddy akan adakan majlis di rumah.

                Ulangtahun perkahwinan Tengku Aida? Itu sebulan yang lepas.

                Tengku Aiza memandang ke depan. Bila masa dia sampai ke taman permainan kanak-kanak yang tersedia di hospital ni? Tanpa melihat kiri dan kanan, dia menghempas duduk.

                “ Opps... sorry doctor.”

                Lelaki yang berpakaian pesakit itu bangun berdiri. Terkejut. Air kopi di cawan kertasnya tumpah. Terpercik sedikit di lengan kot putih Tengku Aiza.

                “ Eh.. I’m sorry. My bad. I’ll get you a new one?”

                Tengku Aiza baru tersedar akan perbuatannya. Lelaki itu ketawa kecil. Menggeleng-gelengkan kepalanya.

                “ No need. May I tumpang duduk?”

                Tengku Aiza senyum di pinggir bibir. Malu. seolah-olah lelaki itu menyindirnya. Dia anggukkan kepala.

                Diam. Lelaki itu seolah-olah hilang dalam renungannya yang jauh. Bibirnya bergerak-gerak kecil. Entah apa yang dibaca.

                Tengku Aiza memandang ke langit. Dia hanya mahu mencari secebis ketenangan di sini. Harapan? dia sudah tak mampu berharap lagi. adik lelakinya bakal pergi.

                “ Doctor ada masalah?”

                “ Huh?”

                Tengku Aiza tercengang seketika. Fikirannya bukan di jasad ketika ini.

                “ I’m asking... doktor ada masalah?”

                Lelaki itu tersenyum tanpa memandang ke arahnya.

                “ Why? Do I look miserable  to you?”

                Mungkin berbicara dengan seseorang mampu meredakan hatinya tika ini.

                Lelaki yang dirasakan lebih muda dari adiknya sendiri, menoleh seketika. Melihatnya dari hujung rambut ke hujung kaki. Kembali mengalihkan pandangan.

                “ despite of your dull looking shoes, you look beautiful.”

                Tengku Aiza tergelak kecil. Entah yang mana mencuit hatinya. Kasutnya yang kuno atau diri yang dipuji cantik.

                “ it’s comfortable.”

                Lelaki itu senyum kecil.

                “ Big problem. You pun ada masalah ke? jauh termenung.”

                Tengku Aiza merisik khabar. Bukan busy bosy tapi prihatin. Matanya dapat menangkap lengan lelaki itu yang berbalut. Kerana apa, dia tak pasti. Mungkin luka atau melecur.

                “ masalah, tak. ujian, ya. I’ll get over it, InsyaALLAH.”

                Bulat mulut Tengku Aiza. InsyaALLAH? He’s muslim?

                “ Islam, yes I am. Tutup mulut tu doktor, nanti masuk lalat.”

                Tengku Aiza tersenyum malu. kenapa dia asyik memalukan diri di hadapan anak muda ni. Jejaka yang memang pasti berketurunan Cina.

                “ you look young but strong. I envy it.”

                Diakhir kata dia mengeluh. Dia perlukan kekuatan untuk menghadapi hakikat yang terhidang di depan mata.

“ I’m not strong. I’ll be strong, InsyaALLAH. Sepahit mana pun hidup, I always believe HE is there for me. I get the power from the faith I have for HIM. ALLAH tu sebaik-baik pendengar, doktor. Percaya pada DIA, I can be myself. Saya tak perlu kekayaan untuk bersama DIA. saya tak perlu secebis pun dunia ni untuk bercinta dengan DIA. saya tak payah risau DIA tak cintakan saya sebab saya tahu HE’s AR-RAHMAN, AR-RAHIM. Maha Pengasih, Maha penyayang.”

                 Lelaki itu kelihatan tenggelam dalam ayatnya sendiri.

                “ ALLAH. Will HE take a good care of my only brother?”

                Pertanyaan Tengku Aiza yang beriringan air mata membuatkan lelaki itu berpaling. Tersentak.

                “ HE always take a good care of all HIS lovers doctor. Cinta yang tak kenal sempadan. Tak kira skin colour, race... looks.. wealth. Yang penting di sisi DIA, how much you love HIM. How obedient you are. Walaupun dosa lalu setinggi Everest, dia akan lupakan semua tu dengan taubat. HE’s AR-RAHIM bukan.”

                Tengku Aiza senyum dalam linangan air mata. DIA ada. DIA sentiasa lapang untuk luahan rasa walangnya.

                “ Thank you.”

                “ Thanks HIM for this. Kalau tak sebab DIA, kita tak jumpa.”

                Lelaki itu tersenyum. Tengku Aiza senyum sama. Dia tak boleh lemah. Untuk Aizat, dia kena kuat.

                “ So, apa ujian you? I’m a doctor. A good listener and can offer help. Not an ultimate helper like HIM but.. yeah. You can trust me.”

                Lelaki itu tergelak kecil.

                “ Ni... second degree burn.” Menunjukkan lengan yang berbalut.

                Ternganga seketika Tengku Aiza. Second degree tapi muka tenang macam kena api rokok je.

                “ there’ll be huge scar. You really a cool guy.”

                “ Not cool but I’ll be cooler, InsyaALLAH.”

                Giliran Tengku Aiza tergelak.

                “ but hati saya lagi parah. The one yang tertumpahkan minyak panas tu, my mum. My beloved mum.”

                Sayu. Rasa yang dihantar oleh redup mata lelaki itu.

                “ She must be really tired tu. you nakal sangat. Kacau dia masak buat apa.”

                Tengku Aiza bergurau. Dia tak mahu tambahkan kesedihan lelaki itu. mungkin ada sebab yang dia tak tahu kenapa ibu lelaki itu berbuat demikian.

                Lelaki itu tergelak. Ibu tak sengaja! Walaupun ibu tak suka agama baru dia, ibu tak akan sakitkan dia. Ibu sayang dia. Ibu tak sengaja!

                Bunyi handphone dari poket baju lelaki itu membuatkan kedua-duanya terpinga seketika. Terkejut dengan nada yang kuat itu.

                “ I’m sorry but need to go now. Nice talking to you. Assalamualaikum!”

                Lelaki itu bangun setelah menjawab panggilannya sebentar tadi. Tengku Aiza menjawab salam dalam hati.

                “ Eh.. you! Your name?”

                Lelaki itu berpaling. Tersenyum.

                “ next time, I’ll tell you. Ahh.. one more, your shoes fit you well and... you’ll definitely prettier in tudung.”

                Terngiang-ngiang walaupun bayang lelaki itu sudah lama hilang.

14 comments:

  1. seem like khalid rite??
    tamo nuha cedih2

    ReplyDelete
  2. ala...
    khalid ke?
    ksian die

    ReplyDelete
  3. a'ah lh...lpe plak ada khalid..beria fikir siapa...

    ReplyDelete
  4. besh3..nak lagi pls...hehe..
    ala, tu mesti besfren red tu...
    kan kan kan..???

    ReplyDelete
  5. Tak tau kenapa, entry ni buat aku sebak.
    mungkin sebab Tazz sakit ? entahlah.
    tapi apa yang aku tau, aku tengah menahan air mata.

    ='(

    ReplyDelete
  6. he's must b khalid aka kelvin..rite???
    n the one's calling is redzuan..nk mintak pendpt tntg mslh baru nya..hehehe..memandai je..hope next n3 xperlu tggu lme sgt mcm b4..but,whatever it is thanx 2 writer sbb sudi luangkn mse menulis..despite ur biziness..really enjoy ur story :D

    ReplyDelete
  7. "im not strong,but i'll be strong, insyaAllah"
    Thanx for this ! really need this kind of mtvation now :))

    and sayu jee bab tazz tuee. hes a good guy ;(

    ReplyDelete