Tocang rambut terasa ditarik-tarik. Tocang yang dibentuk dari helaian rambut hadapan. Mama kata macam sumbu pelita minyak tanah. Redzuan pula kata macam sumbu badak. Lantaklah nak panggil sumbu pelita ke sumbu badak ke sumbu sumbi ke, yang penting dia selesa.
Rambut hadapan yang panjang menutup separuh mata sekarang sudah semakin bertambah panjangnya. Bermakna bertambah jugalah tahap kerimasannya. Siapa suruh pilih stail rambut yang menyeksa batin macam tu.
Terasa tocang yang diikat dengan getah tempe ditarik-tarik. Dia tepis dengan tangan kiri. Mengantuk. Nak angkat muka dari dada buku yang dijadikan alas terasa malas. Lagipun dia tahu, ini mesti Redzuan punya angkara.
Bila kali keempat tocangnya ditarik, dia angkat muka. Nak kena penyepak ke apa mamat ni?
“ Kau... kenapa?”
Jemari kanan menggosok mata yang terasa perit disimbah cahaya lampu. Kepala kembali diletakkan ke buku. Menyenget memandang wajah Tazz.
“ Marry me?”
“ okay.”
Tazz yang senyum mengusik terus terdiam.
Dia kerut dahi. Apa yang Tazz tanya tadi? dan apa yang dia cakap?
“ kau tanya apa tadi?” dia sengih. mamai lagi tadi.
“ dah agak dah. kau busy?”
Tazz tarik buku catatan yang terbuka atas meja. Mencuri baca apa yang sedang dilakukan oleh Reynuha di perpustakaan. Wajahnya tercalit hampa.
“ rasa macam dah nak mati. Tidur pun tak sempat nak mimpi.”
Reynuha menggeliat kecil. Membetulkan tulang belakang yang semakin bongkok dek menghadap buku-buku tebal semenjak pagi.
Hajatnya tadi mahu melelapkan mata seminit dua. Tu pun sebab dah hampir nak tersembam ke meja kerana tersengguk-sengguk.
“ kau wuhat hapa hat sihi?” tangan kanan menekup mulut yang menguap.
Tazz ketawa kecil.
“ aku cari kau. Aku tengah free sekarang. So nak tanya kau kalau-kalau kau need any help for your last project. I have many great ideas.”
Reynuha cebikkan bibir.
“Ek eleh.. tahulah awak tu budak master. Menyampah pula dengar orang riak macam ni.”
Tazz ketawa lagi. bersama Reynuha membuatkan dia senang hati. Dia bukan nak riak. Dia ikhlas menawarkan bantuan. Reynuha mencapai pensel mekanikalnya. Meneruskan kerja yang terhenti tadi.
“ Andai ku tahu.. kapan tiba ajalku... ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umur ku...”
Reynuha tersentak. Spontan tangannya menekup mulut Tazz yang sedang mendendangkan lagu kumpulan Ungu itu.
Tazz juga tersentak dengan tindakan itu.
“He’s sick. Hayat dia tak lama...”
“ kau okay ke?”
Tazz memandang Reynuha yang menarik tangannya. Baru tersedar akan perbuatannya.
“ kau nak tinggalkan aku?”
“ Huh?... hey! It’s just a song. Janganlah emo sangat. Kau tengah ABC ke?”
Tazz berdebar-debar. Kenapa Reynuha berkata-kata seperti itu? dia dah tahu ke? dia langsung tak berniat apa-apa. Tiba-tiba sahaja lagu itu melintas di fikiran. Dia ketawa kecil menutupi gugup tapi janggal bunyinya.
“ ABC?”
Reynuha berkerut dahi. Istilah apa tu? air batu campur? Apa kaitan?
“ ALLAH bagi cuti? Kau tak pernah guna ke? kau perempuan kan?”
Istilah itu yang selalu kakak-kakaknya guna. Bukan dah universal ke istilah tu?
“ hey.. jangan meragui keperempuananku. Aku adalah perempuan sejati yang suci murni.”
Tazz ketawa. Terhibur dengan bicara dan gaya Reynuha yang beria-ria menegakkan jantinanya. Selepas tawanya reda, dia kembali merenung seraut wajah yang menemani lena saban malam. Hatinya terasa tenang. Sayang sekali kamu milik orang.
“ jangan tenung aku kalau sayang mata kau tu.”
Amaran keras Reynuha yang kedengaran lembut di telinganya. Kalau hati dah sayang, yang busuk pun dikatakan wangi.
“ cantik wajahmu, panahan mata menusuk kalbu. Sudikah dikau menjadi kekasih hatiku?”
Reynuha telan air liur. Tazz yang sedang tersenyum memandangnya membuatkan dia terasa malu.
“.. Dengan awak, saya dapat rasa how happy he is. His smiling face. His laughter. He never laugh to his heart before he know you...”
“ Tazz... aku sayang kau..”
Reynuha tarik nafas panjang.
“ Rey... I’m just kidding. I know you. You love him.”
Tazz senyum pahit. Dia dapat rasa betapa payahnya Reynuha mahu membalas rasa hatinya. memang dia bernada bergurau menuturkan kata-kata tadi tapi itu isi hatinya. Isi hati yang dia mahu Reynuha tahu. Bermimpi untuk Reynuha membalas rasa hatinya, dia tak layak pun untuk itu.
“ Tazz... aku betul sayang kau. Sekarang sayang aku sayang seorang kawan...”
Berhenti menarik nafas.
“ .. tapi aku rasa aku nak sayang kau lebih. Sayang orang yang sayang aku. Sayang kau macam kau sayang aku.”
Tazz bulatkan mata. Dia terkejut. Teruja. Macam tak percaya. Ini bukan mimpi kan?
“ but I need time... a lot of them.”
“ you got my whole life baby!”
Tazz senyum. Lebar sampai ke telinga. Mencari tangan Reynuha. Menggengam penuh kasih. Oh Tuhan, ini keajaiban.
Reynuha paksa senyum. Plastik rasanya. Hati macam tersayat. Melihat sinar bahagia di wajah Tazz, dia makin pilu.
Ya ALLAH, apa aku dah buat? Berdosa! Inilah kali pertama dia terasa sangat berdosa. Berdosa menipu Tazz. Tambah berdosa pada Redzuan, suaminya.
“ arghhh..”
Jeritan batin yang terzahir di bibir.
Buntu. Apa yang perlu dia buat. Expect the unexpected! Slogan yang dia cukup suka sekarang macam dah makan diri sendiri.
“ Tazz... aku betul sayang kau. Sekarang sayang aku sayang seorang kawan...”
“ .. tapi aku rasa aku nak sayang kau lebih. Sayang orang yang sayang aku. Sayang kau macam kau sayang aku.”
Kalau diikutkan kekecewaan hati, mungkin sahaja perpustakaan itu dibakar rentung. Mungkin juga kedua insan yang tengah berdrama itu dicampak ke laut dalam.
Reynuha....
Lupa ke kau adalah isteriku? Lupa ke kau yang kau masih punya suami? Lupa ke yang kita akan sama-sama cuba menerima hubungan baru ni? Lupa ke halal haram?
“ arghh...”
Langkah yang dipanjangkan ke pintu terhenti sendiri. Mana mungkin dia menerjah ke bilik sebelah. Ibarat menggali kubur sendiri.
Pintu bilik disepak geram bersama satu lagi jeritan. Melempiaskan geram. Geram pada Reynuha yang tak pernah fikir perasaannya. Geram pada Tazz yang masih mengejar isteri orang. Geram pada diri sendiri yang tak mampu nak halang semua ni.
Dia menghempas duduk pada bean bag di penjuru bilik. merenung syiling bilik. biar tembus ke angkasa raya yang luas.
Pertemuan pertama dengan Tazz, sewaktu dia di hospital kerana cirit-birit. Dia gagahkan diri mencari Reynuha yang melarikan diri. Tapi hampa kerana ada orang lain yang sedang memeluk gadis itu. tapi sungguh dia tak sangka yang insan itu akan merampas kekasih hatinya.
Perkembangan perhubungan Reynuha dengan Tazz semuanya dia tahu. Reynuha yang tak berahsia membuatkan dia lega. Sekurang-kurangnya waktu itu dia tahu Reynuha tak pernah anggap Tazz lebih dari sekadar teman.
Kadang-kadang hatinya diamuk cemburu melihat kemesraan mereka tapi dia tahu Reynuha tak cinta pada lelaki tu. tapi petang tadi, dia kecundang.
Dia tak pernah tahu Reynuha akan cuba memanjangkan hubungan antara mereka. Dia tak pernah tahu yang Reynuha sukakan lelaki yang dulu dilabelkan sebagai lelaki overconfident. Dia tak pernah sangka juga yang Reynuha akhirnya akan jatuh cinta. jatuh cinta bukan padanya.
“Arghhh...”
Kepala digaru kasar.
Kalaulah dia lebih dulu merasmikan status suaminya. Kalaulah dia lebih dulu menyatakan perasaan sebenarnya. Kalaulah dia dulu tak berjanji menunggu Reynuha jatuh hati padanya. Kalaulah dia menghalang persahabatan mereka dulu. Kalaulah dia tak meninggalkan Reynuha petang tadi. kalaulah... arghhh...
“ kalau tu permainan syaitan. Kita kena percaya pada ketentuan ALLAH. Qada dan Qadr. Kita merancang, ALLAH juga merancang tapi sesungguhnya perancangan ALLAH itu berganda-ganda lebih baik dari perancangan kita, yakni hambanya.”
Ceramah ustaz minggu lepas menerjah minda. Ceramah mingguan yang dihadiri kerana menemankan Khalid yang tak jemu menuntut ilmu. Segera dia beristighfar.
ALLAH lah sebaik-baik perancang.
Tuk.. tuk...
Ketukan di pintu mengalihkan ingatan. Dia melangkah ke pintu. Wajah Reynuha yang tersembul membuatkan rasa geramnya kembali menerjah.
“ Zuan... boleh aku masuk?”
Zuan? Panggilan yang sudah lama tak digunakan gadis itu.
“ ehmm.. masuklah.”
Dia duduk di birai katil. Reynuha masih tegak di tepi pintu yang sudah ditutup. Bermain jari sendiri.
Reynuha telan air liur. Kenapa Redzuan bersikap dingin seperti ini? dia dengar ke apa yang terjadi dengan Tazz tadi?
“ Kau nak apa?”
Sedari tadi membisu, Redzuan buka mulut. nak tunggu anak perempuan Arwah Razali bercakap macam tunggu durian gugur.
“ Kau marah aku? aku buat silap ke?”
Reynuha angkat muka sekejap sebelum kembali tunduk. Memandang hujung jari kaki. Beralih ke betis yang didedahkan oleh seluar separas lutut.
Redzuan tarik nafas dalam. Ya ALLAH... apa yang nak dia buat? Memang dia marah tapi.. dia tak boleh nak dedahkannya. Dia punya ego.
“ Kalau kau rasa kau silap, mesti kau tahu apa silapnya kan? Kalau kau rasa kau tak silap, so tu perasaan kau je lah. aku tak rasa apa-apa pun. Biasa je.”
Redzuan meluruskan tangan ke belakang. duduk 45 darjah dengan tangan menjadi tongkat. Mata galak merenung Reynuha yang sedang memintal hujung baju.
Reynuha ketap bibir. dia memang buat silap tapi macam mana nak diterangkan pada Redzuan? Dia tak tahu.
“ Zuan... aku mintak maaf.”
Dia angkat muka. Bertemu mata dengan Redzuan sebelum mengalihkan ke arah lain. Debarannya lain macam sahaja.
“ kenapa? Aku tak tahu pun apa kesalahan kau?”
Reynuha ketap bibir. mendekati Redzuan di birai katil. di hujung kaki Redzuan, dia bersila. Menadah tangan.
Redzuan terkedu dengan posisi itu. tersedar bila Reynuha sentuh pangkal pehanya. Segera dia betulkan duduk. Tegak 90 darjah. Tak terkurang walau satu darjah pun.
Reynuha pegang tangan Redzuan. Mencium lembut tangan itu. cara yang sama seperti lima tahun lalu saat mereka sah sebagai suami isteri.
“ Nuha minta ampun... Nuha must make Tazz happy. He’s sick and he only love me. He need me. Nuha minta ampun. Zuan, Nuha dosa dengan Zuan.”
Reynuha angkat muka. Air mata berjejeran di pipi.
Redzuan tambah terkedu. Apa ni? Tazz sakit?
suka suka !!
ReplyDeletenak lagi !!
Sayu la pulak part nuha mntk maaf dgn zuan:(
ReplyDeleteApe lagi lps ni eh..
Smbg..
wah...lagi2..
ReplyDeletebengong la Nuha ni. Ko selayaknya lebih pedulikan suami mu. Bukan sbb kasihankan Tazz ko belakangkan suami mu. sepatutnya ko bterus terang ngan kakak Tazz yg ko dah kahwin. xde la dia nk suruh ko bahagiakan Tazz. Bongok tul. Yg Redzuan pun satu, dah suka buat cara suka. Ni bila Nuha rapat ngan Tazz ko jealous. Cuba mulakan langkah besar2. Tunjukkan betul2 kasihmu. Baru nuha percaya. Dia was-was smada Red betul2 suka dia ke x. huh...
ReplyDeleteem..tktau nk kmen pe.. :) bes sgt..next3
ReplyDeletebetul tu! dah jadi isteri apa lagi nak berkepit dgn org lain, tak tau dosa pahala ke. buat apa nak ckp berbelit2, ckp aja dah kawin, tazz pun tau, saja nak mengatal.
ReplyDeleteaaaaaaaa.
ReplyDeletesedihnya.
sob sob.
melekat dihati entry ni..dua kali bace tak puas..ape2 pun nuha mesti utamakan zuan..
ReplyDeletecepat smbgggggggg
ReplyDeletetak nak nuha pisah zuan huhuhhu
ReplyDeletesambung lagi...
:(
o-o..
ReplyDeletezuan..
tamo marah marah..
nuha..niat x menghalalkan cara..
ReplyDeletehuaaaaaaaaaaaaaa...x suke nuha! cian zuan!!
ReplyDeletenuha,
ReplyDeleteingat awk tu isteri org...terus terang jer ngan kakak tazz tu yg awk dah kawin...walaupun tazz tu kwn awak n sakit tak semestinya kena mengembirakan dia dgn cara yg slh..syurga isteri ditelapak kaki suami....tazz x slh tp nuha yg patut berfikir sblm membuat kptsn
nuha.... hadoiyai...
ReplyDelete