Monday, March 21, 2011

Hero Heroine [25]

Tengku Aiza memerhatikan adiknya yang riang bernyanyi. Sibuk di dapur tapi senyuman tak lekang dari bibir.

                Tak pernah lagi Aizat seriang itu. selepas didiagnos dengan penyakitnya tiga tahun lepas, langsung wajah itu tak bergelak ketawa. Tersenyum pun paksa.

               “ Kak Ja.. nak minum apa ni? sejuk, panas?”

               Sejengkal wajah itu dari wajahnya. Hampir nak berlaga hidung.

                “ Neslo. Ais. Kaw-kaw punya!”

                Tazz menangguk. Menerima pesanan minuman si kakak dengan riang hati. memang hati tengah senang. Semuanya kerana Reynuha yang akhirnya menerima dia juga.

                Empat bulan yang bahagia. Walau kadang-kadang mereka bertekak, tapi gadis itu sabar melayannya. Semakin feminin, semakin cantik!

                Reynuha yang sedang berbulan madu. Sudah lepas dari segala buku-buku. Lega dari segala macam praktikal dan latihan. Reynuha yang sedang menikmati cutinya. Bakal menerima ijazah tak lama lagi.

                “ Nah.. Kak Ja nampak susah hati je?”

                Secawan Neslo asi diletakkan di hadapan si kakak.sedari sampai lagi, Tengku Aiza berwajah muram. Bukan dia tak perasaan tapi malas bertanya. Mahu si kakak sendiri bercerita.

                “ Tak de lah. Ejat dah makan ubat?”

                Ubat? dia keluarkan Blackberry. Menekan-nekan. Mencari jadual pengambilan ubatan hariannya.

                “ Dah. kenapa tak ingat ek?”

                Lantaklah. Blackberry dimasukkan kembali ke poket seluar. Mana boleh berenggang. Takut si jantung hati menelefon.

                Tengku Aiza seperti mahu menangis.teringat lagi kejadian dua minggu lepas. Si adik yang terlebih dos ubat sebab dia lupa sama ada dah ambil ubat ke belum. Waktu tu rasa macam dunia nak kiamat. Sejak itu, Tazz mencatat setiap kali dia mengambil ubat. tak mahu kejadian sama berulang lagi.

                “ Kak Ja... kalau Ejat nak kahwin macam mana?”

                Hampir tersembur air dari dalam mulut. kahwin?

                “ Ejat serius? Dengan Reynuha ke?”

                Tazz mengangguk. Tapi dia tak yakin Reynuha akan setuju. Setiap kali hal itu dibangkitkan, macam-macam hal Reynuha jadikan alasan. Baru berkenalan lah, nak kerja dulu lah, sekarang ni bila dia bercakap hal kahwin, Reynuha akan alih topik. Kalau tak pun berdiam diri.

                Dia tak ingat apa-apa yang menghalang perhubungan mereka. Mummy yang langsung tak pernah bersua muka dengan Reynuha pun tak kisah. Kata Mummy, dia tak kisah dengan siapa pun asalkan Tazz bahagia. Jangan dengan lelaki sudahlah.

                Kalau difikirkan, Reynuha seolah-olah tak cintakan dia. Rajin berbual mesra dengan Benjamin. Rapatnya berlebihan dengan Redzuan. Walaupun dia tahu itu abang tiri Reynuha tapi dia tetap diburu cemburu. Khalid, lelaki cina itu pun sama je menggatal dengan Reynuha.

                “ Kak Ja rasa tak payahlah. Korang kan baru kenal lagi.”

                Masakan dia mahu beritahu yang dia pernah merayu pada gadis itu?

                Tazz menepuk meja di hadapan. Berang. Kenapa si kakak mahu menghalang?

                “ Ejat... istighfar Ejat. Jangan marah kakak. Kalau Ejat selalu marah-marah, macam mana Reynuha nak suka Ejat.”

                Tengku Aiza cuba menenangkan si adik yang sekarang cepat berubah emosi. Salah satu symptoms penyakitnya. Perubahan perangai dan emosi.

                “ Kak Ja... apa maksud Kak Ja? Reynuha suka Ejat macam Ejat suka dia.”

                Tazz pandang kakaknya dengan pandangan berapi. Apa maksud Tengku Aiza dengan kata-katanya tadi. kenapa kakaknya mahu meragui perasaan Reynuha padanya? Reynuha sukakan dia. Ianya keluar dari bibir Reynuha sendiri.

                “ Kak Ja... maafkan Kak Ja, Ejat. Kakak dah bagitahu Reynuha tentang penyakit Ejat.”

                Tengku Aiza menghembuskan nafas berat. Dia perlu sedarkan si adik tentang sakitnya. Penyakit yang cukup cepat prosesnya. Cukup pantas melumpuhkan fungsi tubuh badan si adik.

                Prang...

                Tengku Aiza tersentak. Ya ALLAH. Hampir sahaja pinggan yang melayang itu singgah di kepalanya.

                “ Bila Kak Ja bagitahu dia?”

                Tengku Aiza telan air liur. Dia seolah-olah sedang berdepan dengan singa yang kelaparan. Yang bila-bila masa mampu menerkam dan menyakitinya.

                “ dah lama. Sebelum dia sudi terima Ejat lagi.”

                “ Arghh...”

                Jeritan panjang itu keluar dari mulut Tazz. Tangan kanan dan kiri sudah menolak pinggan, cawan dan apa yang berada di atas meja. Semua berderai ke lantai.

                Dia terduduk di lantai. Memegang kepala. kenapa? Kenapa dia tak boleh bahagia?

                “ Ejat... Kak Ja sayang Ejat.”

                Tengku Aiza menerpa pada si adik yang sudah menghantukkan kepala sendiri ke kaki meja makan. Dia rasa menyesal. Apa yang dia lakukan ni?

                  Kak Ja jahat. Leave me alone!”

                Badan Tengku Aiza terdorong ke belakang dengan tolakan Tazz. Dia menjerit kecil. Tangan yang digunakan untuk menghalang terbaring ke lantai terasa ditusuk kaca.

                Ya ALLAH. Tangan kiri dan kanan sudah berlumuran darah. Serpihan kaca ada yang tertusuk di telapak tangan.

                “ Ejat! Stop hurting yourself.”

                Tengku Aiza memeluk si adik. Tangan yang berdarah tak diendahkan. Perasaan si adik perlu ditenangkan. Ejat kesayangannya tidak sematang dulu.

                “ Kak Ja tipu Ejat. Rey tipu Ejat. Semua orang tipu Ejat... Rey tipu Ejat... Rey tak sayang Ejat...”

                Tengku Aiza menahan. Sakit di telapak tangan menyucuk-nyucuk. Sekarang Tazz pula sedang memukul belakang badannya.

                Tazz tersedu-sedan. Menggongoi dalam pelukan Tengku Aiza. Jadi sememangnya Reynuha tak cintakan dia. Reynuha tipu dia. Reynuha tipu!


Reynuha turun tangga dengan pantas. Di hadapan cermin di ruang tamu, dia berhenti. Menilik penampilan seketika.

               Rambut yang semakin panjang diselit ke belakang telinga. Tangan kiri mengepit helmet di bawah ketiak.

                “ Nuha nak pergi mana?”

                Mama muncul dari dapur. Di tangan ada pasu bunga yang tak ada bunganya.

                “ Nak jumpa kawan kejap? Zuan mana Ma?”

                Dia mengekori Mama ke sofa.

                “ Tazz ye? Nuha rapat ke dengan budak tu?”

                Reynuha telan air liur. Mama tak faham. Dia terpaksa. Dia tak mahu Tazz bersedih di hujung hayatnya. Dia perlu bahagiakan lelaki itu.

                “ Ma...”

                “ Ma, mana baju Melayu warna biru orang?”

                Reynuha terdiam bila percakapannya dihentikan oleh Redzuan yang menjerit di tangga. Apa hal pagi-pagi lagi dah cari baju melayu?

                “ biru mana? Zuan ada baju biru ke?”

                Mama bangkit. Menghampiri Redzuan yang berdiri di tangga.

                “ memang tak ada ke? Mama salah masuk dalam wardrobe Papa kot. Kejap Mama check.”

                Mama berlalu. Kalau tak ada di almari Redzuan, dalam almari Papa lah. siapa lagi nak pakai baju melayu dalam rumah ni.

                Redzuan turun. Menghampiri Reynuha yang santai di sofa.

                “ kau nak pergi mana?”

                “ jumpa Tazz. Kau cari baju melayu buat apa?”

                “ majlis nikah. Nak ikut?”

                Reynuha tersentap. Nikah? Redzuan nak nikah?

                “ kau nak nikah? Dengan... auwww!”

                Dia pegang telinga kanan. Redzuan jatuhkan tangan. Reynuha ni laa.

                “ Kawan aku laa. Aku kan dah nikah. Walaupun bini aku keluar dating dengan lelaki lain, tapi aku tak pernah lagi fikir nak kahwin dua.”

                Reynuha telan air liur. Menyindir! Redzuan selalu menyindir dia selepas dia mula berbaik dengan Tazz. Redzuan tak faham perasaan dia.

                “ Nuha minta ampun.”

                Dia menekur lantai. Dah berapa banyak ucapan tu dia tujukan pada Redzuan. Dosanya sebagai isteri, pada Redzuan dia kena memohon ampun. Sesakit mana pun hati, satu perkara tu dia tak boleh lupa.

                Redzuan hembus nafas. tangan kanan menggosok kepala Reynuha. Apa yang perlu dia ucapkan pada Reynuha saat ni?

                “ Zuan.. Ni bajunya.  A’ah lah. masuk sekali dalam baju Papa.”

                Mama muncul dengan baju melayu biru yang sudah siap diseterika. Redzuan bingkas bangun. Dia dah lambat untuk majlis kawan sekolah rendahnya. Lagipun dia kena jemput Khalid di rumah lelaki itu.

                “ Zuan... drive elok-elok.”

                Tangan yang ditarik Reynuha membuatkan dia menghentikan langkah. Sayu wajah itu menyapa mata.

                “ Nuha pun. Jaga diri elok-elok.”

                Sekali lagi dia gosok kepala gadis itu. mahu sahaja dia halang gadis itu tapi... dia tak berdaya. Tazz insan penting untuk Reynuha.


Kali ketiga penumbuknya menghentam perut Tazz, lelaki itu rebah ke lantai. Mengerengkot. Mengerang kesakitan. Kaki yang hendak dihayun ke tubuh Tazz tak sampai bila ada orang menarik tubuhnya ke belakang.

                “ Zuan.. sabar!”

                Khalid memegang badannya. Menghalang dia dari terus membelasah Tazz. Dia meronta-ronta. Mana boleh sabar. Tazz melampau.

                “ Ya ALLAH, Ejat!”

                Tengku Aiza yang baru muncul menerpa ke arah adiknya. Membantu Tazz duduk menyandar ke dinding koridor. Senak. Dia terbatuk-batuk kecil.

                Redzuan berhenti meronta. Dilepaskan jeritan kecil. Penumbuk yang digumpal untuk Tazz dilayangkan ke dinding. Khalid tak berhenti menyuruhnya bersabar.

                “ Redzuan..”

                “ I’m so sorry Tengku but adik Tengku dah melampau...”

                Dia memotong percakapan Tengku Aiza.

                “.. Kau, jangan pernah tunjuk muka kau depan aku dengan Nuha lagi. pergi mati je laa.”

                Kolar baju Tazz yang digenggam dilepaskan. Jari telunjuk terasa seperti nak menunjal-nunjal dahi lelaki itu tapi dia masih menghormati Tengku Aiza.

                Tazz hanya membisu. Dia tahu salahnya. Redup matanya menghantar langkah Redzuan yang menuju ke bilik Reynuha dirawat.

                Khalid memandang Tengku Aiza yang sudah mengalirkan air mata di sisi Tazz. Dia kesal. Kalaulah dia tak membiarkan Redzuan pergi dulu sementara dia memarkirkan kereta.

                “ Doctor, Tazz... I’m sorry.”

                Dia sudah berlari anak mahu menyaingi langkah Redzuan.

                Tengku Aiza angkat muka. Eh, awak! Dia tak sempat menegur bila lelaki yang tak diketahui namanya berlari. Lelaki taman permainan tu kawan Redzuan.

                Redzuan kaku seketika di depan bilik Reynuha. Dari cermin kecil di pintu, dia hanya nampak Balqis yang sedang duduk di kerusi. Wajah Reynuha terlindung. Yang nampak hanya bahagian kakinya sahaja.

                Tepukan Khalid di bahu membuatkan dia berpaling ke arah lelaki itu.

                “ Masuklah.”

                “ hmm..”

                Dia tarik nafas dalam.

                “ Nanti besar, Zuan nak jadi apa?”

                “ Jadi hero. Nanti kalau ada orang usik Nuha, Nuha cakap kat Zuan. Zuan pukul dia.”

                “ Kalau orang jentik?” Reynuha sengih.

                “ Zuan patahkan jari dia.”

                “ Janji.”

                “ Janji!” dua kelingking berkait.

                Sekarang bukan ada yang usik, jentik. Sekarang ni ada orang dah pukul Reynuha sampai terlantar dekat hospital. dia pula, tak berdaya buat apa.

                “ Red.. Khalid...”

                Balqis berdiri memandang dua jejaka di hadapannya. Pelik. Berbaju melayu pula. nak bertanya tapi Redzuan sudah mendekati Reynuha yang tidur.

                Khalid menguakkan tangannya. Memanggil Balqis keluar dari ruang itu bersamanya. Balqis akur.

                “ Korang dari mana ni? pakai cantik-cantik.”

                “ Wedding kawan. Macam mana Reynuha?”

                Khalid melangkah seiringan dengan Balqis. Melabuhkan duduk di bangku. Majlis baru sahaja bermula bila Balqis menelefon Redzuan. Mengkhabarkan Reynuha berada di hospital. dibelasah Tazz.

                “ bruises and cut je. no internal bleeding. I rasa bersalah pula biarkan diorang berdua je tadi. kalau I tahu si Tazz tu jahat macam tu, eiii...”

                Balqis ketap gigi. Reynuha yang ajak dia menemankan kawannya itu dating. Dia ikutkan je lah. boleh cuci mata. lagipun dia dah biasa menemankan mereka tu.

                Bila Tazz mintak berdua dengan Reynuha, dia akur. Menjauhkan diri. Tak sampai empat meter dia berlalu dari mereka, dia dengar suara orang mengerang. Reynuha sedang dipukul oleh Tazz yang naik hantu.

                Mujur ada beberapa orang lelaki tolong meleraikan Tazz yang langsung tak boleh dibawa berbincang. Kesian Reynuha.

                Khalid senyum sumbing. Tak sangka Tazz macam tu. pukul perempuan, itu lelaki dayus namanya. Mata sempat menjeling tempat Redzuan menyerang Tazz tadi. dua beradik tu dah tak ada.

                “ dah call their parents?”

                Khalid mengangguk. Entah macam mana nak jawab dengan Mama Reynuha nanti. 


p/s: time2 stress mcm ni laa rajin idea datang mencurah-curah plak. i'll try to speed up things before my holiday. holiday = long hiatus. nanti korang marah aku lagi bila x update. =(. hehe.. silalah menikmati entry ini.

18 comments:

  1. knp tazz blsh nuha?
    ciannye nuha..

    wat baik dibalas jahat

    ReplyDelete
  2. asal jd cm ni plak?
    tazz ni giler ke?
    biarlah tazz mati awal*jht x?

    ReplyDelete
  3. cian nyer nuha...nape tazz belasah nuha pulak...sambung lagi plss

    ReplyDelete
  4. serius tak mo la rey pura2 lagi dgn c tazz.. biarkan red bgtau kpd semua yang dia suami rey..
    x baikla isteri org tu keluar dgn lelaki lain
    huhu

    ReplyDelete
  5. knapa tazz blasah nuha....???
    ke sbb tazz da tau nuha da kawen??..

    oh sian nuhaa

    ReplyDelete
  6. aikk apsal nih tak paham .
    apsal red ngn tazz gaduh ?
    tazz usik nuh eak ?

    ReplyDelete
  7. kenapa dgn tak tu
    tak pasal2 buat camtu kat nuha..
    haish~

    ReplyDelete
  8. alaaa nk tarik balik ! hes not a good guy. kenapa pukul rey ;((
    haish tazz ni pun laa...

    ReplyDelete
  9. waa..mmg lju jln cerita...tp xpe..keep speeding..hehe

    ReplyDelete
  10. Eeeee !
    JAHATNYE TAZZ tu ! ade ke patut dia pukul Nuha ?!

    ReplyDelete
  11. cian nuha..hukhukhuk...
    penyakit tazz da mkin truk la tu tnde nye...
    huhuhu
    bla la sume org nk taw y nuha n zuan tu huby n wifey...
    da xsbar....hehehe

    ReplyDelete
  12. cian rey..
    its ok..
    ni la time red n rey nak berbaik kan..?
    everything ade hikmah..

    ReplyDelete
  13. sedey..sian kat zuan n nuha..moga meka bahagia dunia akhirat

    ReplyDelete
  14. tazz tgh x ingt 2 kn? cian jgk die..tp jahat la wat g2! huk!

    ReplyDelete
  15. marah punye pasal..lgsung x igt ape dah..taw nak belasah je..sayang pun melayang

    ReplyDelete