Tuesday, March 22, 2011

Hero Heroine [26]

Redzuan duduk di birai katil hospital. merenung pinggir bibir Reynuha yang pecah. Di pipi, berbekas lima jari. Penjuru dahi, ada gauze yang dilekatkan.

               Dia selak rambut Reynuha ke tepi. Mata gadis itu masih terpejam. Tidur dalam kesakitan tapi nampak tenang. Terasa tubir mata sendiri panas.

                “ I’m sorry. Zuan minta maaf Nuha...”

                Kepalanya dijatuhkan. Bersentuh dahi ke dahi dengan Reynuha. Mata dipejamkan. Hatinya terasa sakit. Tazz memang sudah melampau.

                Bulan pertama, Reynuha pernah pulang dengan lebam di lengan. Dia bertanya, Reynuha jujur memberitahu Tazz yang buat. Sebabnya dia bercakap dengan lelaki lain di kedai makan.

                Dia marah, mahu bersemuka dengan Tazz tapi Reynuha halang. Kata Reynuha, Tazz sakit dan cepat marah tu salah satu sakitnya.

                Bulan kedua, makin banyak lebam dan lukanya. Dia sabar demi Reynuha. Dia tahan untuk Reynuha yang tabah.

                Bulan keempat, sampai masuk hospital. Tazz memang sudah betul-betul melampau. Kalau diikutkan hati, mungkin Tazz turut terlantar seperti ini.

                “ Zuan...”

                Dia angkat muka. Reynuha sudah mencelikkan mata. air sudah bergenang di pelupuk mata gadis itu.

                “ Nuha...”

                Lembut dia peluk Reynuha. Tak mahu menambah kesakitan gadis itu.

                Reynuha peluk lelaki itu kuat. Dia takut. Tazz yang dia kenal bukan seperti tadi. air mata mengalir ke pipi.

                “ Syuhhh.. Zuan ada. Nuha jangan takut.”

                Dia gosok belakang Reynuha lembut. gadis itu menggigil dalam tangisan.

                “ Tadi Zuan tak de... Nuha takut.”

                “ I’m sorry.”

                Dia kucup dahi Reynuha. Maafkan Zuan.

                “ Zuan... jangan cakap kat Mama.”

                Redzuan telan air liur. Dah cakap dah. dia tak menjawab. Membantu Reynuha yang sudah reda berbaring. Menarik selimut untuk gadis itu.

                “ Zuan... jangan cakap kat Mama tau.”

                Reynuha pegang tangan lelaki itu. dia geram bila Redzuan tak menjawab. Kalau boleh dia tak mahu Mama dan Papa tahu. Nanti mereka susah hati.

                “ Nuha... Ya ALLAH anak Mama.”

                Mama yang menyerbu masuk membuatkan Redzuan ketap gigi. Opps.. Mama datang ‘tepat’ pada masanya. Reynuha ternganga seketika. Papa muncul di belakang Mama.

                “ Zuan... apa yang jadi?”

                Mama memeluk anak gadisnya. Sedih nanti melihat si anak yang sudah bengkak sana sini. Lebam kiri kanan. mujur tak ada yang patah riuk.

                “ Ma... orang okay. Sakit sikit je.”

                Papa mendekat. Menggosok kepala si anak. Hailohh.. ni anak perempuan. Anak lelaki pun tak pernah dibelasah seteruk ni.

                Reynuha mencerlung mata ke arah Redzuan. Kalaulah dia tak pengsan tadi, memang dia akan meminta perkara ini dirahsiakan. Redzuan sudah pasti memenuhi permintaannya.

                Redzuan mengangkat kedua belah tangan ke udara.

                ‘Not me.. Khalid!’ dia menggerakkan bibir tanpa suara.

                Reynuha mendengus kecil. Masih melayan Mama yang sudah tangkap leleh.

                “ Mama dah kata.. jangan kawan dengan apa nama budak tu. Nuha dah ada Zuan, buat apa kawan rapat dengan budak tu. Kesian Nuha mama. Kenapa dia buat Nuha macam ni?”

                “ Ma... dia sakit.”

                Reynuha menjawab perlahan. Tazz sakit. dia tak boleh tolak hakikat tu. dia juga tak boleh halang Mama untuk marah. Memang Tazz melampau kali ni.

                “ Assalamualaikum... Uncle, auntie.”

                Khalid muncul. Berseorangan. Dia menyalami tangan Papa. Tunduk hormat pada Mama yang duduk di birai katil. mengirai rambut anaknya.

                “ Balqis mana?”

                Redzuan bertanya. Lupa seketika pada kedua-dua temannya itu.

                “ Dah balik. Dia pesan, cepat sembuh Reynuha.”

                Khalid mengalih pandang kepada Reynuha. Dia masih berdiri di sisi Papa.

                Reynuha angguk perlahan. dia berhutang nyawa pada Balqis.

                Khalid cuit bahu Redzuan dan Papa. Mengajak mereka keluar. Redzuan berkerut dahi. Enggan ke mana-mana. Dia nak tunggu Reynuha.

                ‘ Jom...’

                Khalid berkeras tarik tangannya.

                “ Auntie, kami pergi minum kejap ye.”

                “ aku tak nak minum.”

                Redzuan membatukan diri di sofa. biarlah dia duduk jauh dari Reynuha pun, asalkan boleh tengok muka gadis tu.

                “ Jom!”

                Khalid menariknya sepenuh hati. memaksanya berdiri. Entah apa yang nak diminum. Beria terlebih. Songkok di atas meja pun tak sempat dicapai.

                Papa, Khalid dan dia meninggalkan Mama dan Reynuha.

                “ Nak minum apanya?”

                Dia mencerlungkan mata pada Khalid. Papa hanya senyum dengan kelakuan mereka. Berjalan menuju ke cafeteria hospital.

                “ Dato’ Yusof.”

                Papa berpaling. Mencari siapakah gerangan yang menegur. Menghentikan langkahnya.

                “ Saya daddy Aizat.”

                Papa bersalaman dengan Daddy Tazz. Redzuan mendengus bila terpandang wajah Tazz disisi seorang wanita. Mungkin ibunya.

                Khalid diam. Ini sebabnya dia memanggil Papa dan Redzuan keluar.

                “ Saya minta maaf bagi pihak my son.”

                Papa tercengang seketika. Kemudian dia senyum sinis. Sudah dapat menangkap perkara yang sedang dibicarakan oleh lelaki itu.

                “ jadi, your son belasah anak perempuan saya? Boleh saya tahu kenapa? Apa anak saya dah buat?”

                Papa memeluk tubuh.

                “ my son sakit. Tak boleh kawal emosi. Bertindak melulu. Saya mintak maaf.”

                Daddy Tazz tunduk. Dia sendiri kesal dengan perlakuan si anak. Walau apapun alasannya, memang perlakuan si anak tak boleh dimaafkan.

                “ Pa... orang blah laa.”

                Redzuan mahu berlalu. Dia tak boleh tengok muka Tazz. Risau penumbuknya melayang lagi. sakit menghentam dinding tadi masih tak hilang.

                “ Zuan.. stay..”

                Papa tegas. Redzuan mendengus. Mengalih pandang ke lain. Tak mahu memandang muka Tazz. Khalid menepuk-nepuk bahu si teman.

                “ Tengku... saya tak akan bawa kes ni ke mahkamah. Saya maafkan perbuatan anak Tengku.”

                Daddy Tazz anggukkan kepala. kalau kes ini dilaporkan kepada pihak polis, reputasi dan nama baiknya bakal tercalar.

                “ Terima kasih Dato’.”

                “ Sejauh mana hubungan mereka berdua, saya tak tahu dan saya tak mahu tahu. Sebabnya... lepas ni anak perempuan saya tak akan pernah kenal anak Tengku lagi. Tengku fahamkan maksud saya?”

                “ Uncle... saya minta maaf tapi jangan halang saya jumpa Reynuha. Saya janji saya tak buat lagi. Red, aku minta maaf. kau tahukan aku sayang Reynuha.”

                Tazz menerpa. Sudah melutut di hadapan Papa. Dia tak mahu Reynuha pergi dari hidupnya. Redzuan menggengam penumbuk. Sayang konon. Tanpa pamitan, dia berlalu pergi.

                “ Tengku sayang anak Tengku bukan? saya juga sayangkan anak saya. Anak Tengku tak ada hak hatta nak jentik anak saya sekalipun. Jadi saya harap Tengku faham maksud saya. Assalamualaikum.”

                Papa tak mengendahkan Tazz. Bersalaman dengan Daddy Tazz sebelum berlalu. Khalid mengikut dari belakang. Redzuan entah hilang ke mana.

                Air mata menitis juga ke pipi Tazz. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak tulis boleh dipadam. Terlajak kata, buruk padahnya. Terlajak perbuatan, badan menanggung balasan.

13 comments:

  1. haaahahhaa
    padan muka tazzz....
    tu la..
    cari pasal x ingat dunia...
    *hahahaheeeeee...gelak jahat

    ReplyDelete
  2. aaaaaaa..
    sedihnya.

    penyakit tazz ni parah..
    mmglah kesian, tapi....
    sob sob.

    ReplyDelete
  3. Oke, frankly memang lah kesian jugak dekat Tazz tu. Tapi, tak boleh lah nak menggunakan alasan 'sakit'.

    ReplyDelete
  4. biar tazz tau yg rey berkorban pun kerana
    ingatkn dia tu sakit. kenapa sampai hati
    dia belasah rey hingga tak ingat dunia.
    hendaknya jgnlah rey masih lagi nk kesian
    dgn org yg begitu kejam terhadapnya dn
    sayangilh zuan suaminya sendiri baru nk
    kesiankan org lain lagi pun rey dh ada suami
    kenapa sanggup nak berkorban utk org yg tak
    tau nak nilaikannya. nk rey dgn zuan dn biarlah
    rey cepat sedar nk kesian pun tengoklh
    situasi macammana dn jgnlh nk gadaikan maruah
    suami yg begitu baik kpdnya.

    ReplyDelete
  5. tamo bagi tazz dekat..

    ReplyDelete
  6. hurm.dahsat jugak penangan sakit si tazz tu.tapi kannn..kenapa sampai tak boleh nak sabar? belasah PEREMPUAN pulak tu.ikh3.

    mengharapkan yang terbaik utk tazz.tak lupe jugak utk zuan dgn nuha.

    ReplyDelete
  7. rasa geram dgn tazz. tp dia sakit.

    rasa kesian dgn zuan n nuha. tp masing2 tak mahu nak serius-serius wujudkan hubungan suami isteri tu. zuan kena bertindak!

    ReplyDelete
  8. nuha pun gatal dah ada laki nak cari jantan lain, kan dah kena sbb tak dengar ckp suami

    ReplyDelete
  9. kan dah kene debush cara baik tu...pdn muke

    ReplyDelete