Thursday, March 24, 2011

Hero Heroine [28]

Bucu bantal digigit geram. Dia sedih tapi air mata tak nak mengalir. Tazz... lelaki itu dah pergi. pergi dari hidupnya. Tak akan berjumpa lagi. itu yang terbaik, kata lelaki itu.

                Bukan ke dia sepatutnya gembira. Tak perlu lagi nak berpura di hadapan lelaki itu. tak ada lagi dah orang yang selalu pukul dia.

                Tapi kenapa hati sedih. Rasa macam kehilangan.

                Ketukan di muka pintu membuatkan dia memandang ke pintu. Mesti Redzuan. bantal diangkat. Bersedia untuk menyerang siapa yang buka pintu tu.

                “ Nuha!”

                Suara Mama yang sedang menggosok dahi membuatkan dia gigit bibir. segera tangan diangkat.

                “ sorry Ma.. ingatkan ermm.. tak pe lah. Ma nak apa?”

                Mama masuk. Duduk di tepinya. Sebelah tangannya Mama genggam.

                “ Nuha okay? Sedih lagi?”

                Dia angguk kecil untuk kedua-dua soalan itu. okay sebab tak ada apa yang sakit walaupun lebam masih ketara. Sedih, mestilah. Dia hilang kawan.

                “ Ma... kesiankan dia. dia sakit.”

                Kepala direbahkan ke riba Mama.

                “ Kesian Zuan lagi. Nuha... Nuha... kenapa Nuha buat macam ni?”

                Dia terdiam. Kenapa? Dia tak punya jawapan.

                “ Nuha suka dia?”

                “ Ma... mestilah orang suka. dia kawan Nuha tau. Baik. Mama tak sempat nak kenal dia lama-lama.”

                “ Baik Nuha kata. Orang yang pukul anak Mama, bukan baik namanya. Nuha yang baik. senang je maafkan dia.”

                “ Ma... tak baik cakap macam tu. dia sakit. kalau dia sihat, dia lagi baik dari orang. Mama maafkan dia ye?”

                Mama belai rambutnya. Bukan dia tak kasihan budak lelaki tu, tapi... betul dia tak boleh terima perbuatannya. Pukul anak orang sampai masuk hospital. dah tiga hari pun, bengkaknya masih ada.

                “ Nuha suka dia?”

                Reynuha kerut dahi. Mama pun ada dementia ke? tak sampai lima minit pun soalan tu tadi.

                “ maksud Mama, suka lebih dari Nuha suka Zuan.”

                Kenapa nak dibandingkan Redzuan dengan Tazz?

                “ Ma... orang sayang Zuan. Lebih dari Tazz. Tapikan... Mama tak tahu.”

                Ni yang mata jadi panas ni. Cepat aje nak sentap bila soal ni dibangkitkan.

                “ Apa yang Mama tak tahu?”

                Reynuha ketap bibir. nak bagitahu ke tak? nak ke Mama percaya? Redzuan tu anak tiri kesayangan Mama.

                “ Nuha...”

                “ Ma... Zuan yang tak sayang orang. Dia suka perempuan lain.”

                “ huh? Jangan buat cerita Nuha. Siapa cakap? Nuha tanya Zuan sendiri?”

                Dah agak dah. Mama bukan nak percaya cakap dia.

                “ tak pe lah kalau Mama tak percaya.”

                “ Laaa macam tu pulak... cerita lah betul-betul. Pening kepala Mama dengan korang ni. sorang macam tu, sorang lagi macam ni. Nuha cintakan budak Tengku tu ke?”

                “ Tak. Nuha sayang Tazz macam kawan je.”

                “ Zuan? Nuha sayang Zuan tak?”

                Kenapa Mama macam memaksa malam ni?

                “ Sayang. Nuha sayang dia sangat-sangat. sayang sampai mati.”

                Geram. Biarlah dia mengaku malam ni. dia dah penat main tarik tali.

                “ Baguslah. Zuan, masuk sini. Mama penat dah dengan kamu dua ni la. dah lah tak pasal-pasal kena baling bantal.”

                Mama bingkas bangun. Menuju ke pintu. Penat dah dengan hal dua orang anak ni. drama Tazz tak sampai sejam selesai, Redzuan dah heret dia ke sini. Konon nak merisik perasaan sebenar Reynuha.

                Reynuha ternganga. apa? Redzuan dengar apa yang dia cakap dengan Mama. Baru dia perasaan pintu bilik yang regang.

                Cepat-cepat dia sapu sisa air mata di pipi. Menggelosor turun dari katil. muka disembam ke katil. kaki yang mengisi ruang kosong bawah katil, dia lipat sila. Malunya!

                Tapak kaki yang mendekat, membuatkan jantung bertambah kencang. Nak cakap apa?

                Redzuan turut melipat sila. Menghadap Reynuha di seberang sana. Kini, mereka berdepan, dipisahkan oleh katil single itu.

                Tangan kanan dipanjangkan. Menggosok kepala Reynuha sebelum tangannya ditepis.

                “ marah?”

                “ kura-kura makan tauhu, jangan buat tak tahu.”

                Redzuan hela nafas. apa salah dia? sebab marah-marah Tazz tadi? kata sayang sebagai kawan je.

                “ Pasal Tazz ke? aku minta maaf. Dia... melampau.”

                Minta maaf tapi masih nak burukkan Tazz. Reynuha angkat muka. Matanya disapa kesamaran lampu meja. Tak perasan bila Redzuan tutup lampu bilik.

                “ Dia sakit. kau tahu kan?”

                Redzuan gerakkan kepala ke kiri kanan tapi bukan menggeleng. Lebih kepada pergerakan tanda malas nak kisah.

                “ Kau... dah la. keluar. Aku nak tidur.”

                Reynuha betulkan kakinya. Menolak kaki Redzuan keluar dari bawah katilnya. Dia dah tak ada jiwa nak bertekak lagi. seluruh tenaga dah habis sewaktu Tazz datang tadi.

                “ Nuha... masa di ruang tamu tadi, masa Tazz ada lagi, kau dengar aku cakap apa?”

                Reynuha kerut dahi. Banyak je yang dia dengar tapi yang mana satu Redzuan maksudkan?

                “ sikit-sikit. kenapa? Penting ke? lepaslah.”

                Kakinya yang dipegang Redzuan digerak-gerakkan kasar. Dia menjerit kecil bila kaki Redzuan sudah saling bertingkah dengan kakinya. Menghalang dia menggerakkan kaki sendiri.

                “ Kalau kau tak dengar, biar aku cakap lagi sekali. Kali ni, biar kau je dengar.”

                Redzuan berjeda. Mengumpul kekuatan.

                “Nuha isteri aku dan... aku tak kan pernah lepaskan dia untuk mana-mana lelaki sekalipun... Nuha, aku cintakan kau. Aku sayangkan kau. Sepenuh hati aku.”

                “ Tak... kau tipu Tazz. Kau tipu aku. Kau suka orang lain. Kau suka Balqis.”

                Redzuan ternganga. kenapa Balqis pulak yang timbul dalam isu antara mereka?


Nuha... sekarang kau cakap, kenapa kau tuduh aku suka Balqis?”

                Reynuha terkaku. Dia rasa nak lap bibir tapi kedua tangan dah dipegang kuat oleh Redzuan.

                Redzuan berlagak selamba. Dia sendiri tak sedar tindakannya. Yang dia tahu tadi, dia nak hentikan Reynuha yang menangis.

                “ Balqis... kau rapat dengan dia. Dulu Khalid kata kau suka perempuan hazel eyes, macam mata Balqis. Kau keluar makan dengan dia, pergi kedai buku.”

                Redzuan senyum.

                “ sayang oii.. kau tak pernah tengok cermin?”

                Cermin? Belum sempat dia bertanya, Redzuan bingkas bangun. Mencari sesuatu di atas meja solek.

                Cepat-cepat dia lap bibir dengan belakang tangan. Tak percaya first kiss nya sudah dicuri Redzuan.

                “ Nah. Tengok mata sendiri.”

                Aik? Dia capai juga cermin kecil yang Redzuan hulur. Sejak bila pula ada cermin macam ni dalam biliknya.

                Tengok mata? dia tilik imej mata sendiri yang terbentuk di cermin. Bulu matanya tak lebat tapi lentiklah jugak. Bulat macam bola kalau dia besarkan mata. anak mata hitam dia berkilat. Hitam? Tak... coklat cair. Anak matanya warna hazel. Hazel.

                “ Baru perasan ke? teruknya kau.”

                Reynuha kerutkan hidung. Ceih... malu je. kenapa selama ni dia tak perasan warna anak mata sendiri?

                “ Mata aku hazel. So? Balqis pun hazel jugak.”

                Wajah Redzuan yang menongkat dagu ke tilam dipandang. lelaki tu sedang merenungnya.

                “ Balqis.. dia tak lebih dari kawan. Pasal pergi kedai buku tu, dia yang nak ikut. Lagipun Khalid ada sekali. Kau yang cari pasal, degil tak nak ikut cakap orang.”

                Reynuha mencebik. Yang degil tu dia je lah. diri sendiri yang keras kepala tak nampak.

                “ Masa aku cirit-birit tu, aku keluar dengan Khalid. Sungguh. Mama sendiri nampak aku keluar, balik pun mamat tu hantar. Masa makan yang terserempak dengan Balqis dekat gerai tu jugak. So, Khalid ajak dia join. Kau jeles ke?”

                Dia kembungkan mulut. menggeleng cepat-cepat. Tak kan nak mengaku dia cemburu. Nak kena gelak setahun ke?

                “ Masa dekat hospital tu... aku... aku nampak Tazz peluk kau. Suka kau ye, kena peluk.”

                “ mana ada. Dia yang tiba-tiba peluk aku.”

                Coco, beruang besar tu dihayun ke muka Redzuan yang masih gelak.

                “ Kenapa kau boleh fikir aku suka dekat Balqis? Aku sendiri tak pernah nampak kemungkinan tu. lebih dari kawan, aku boleh buat macam tu dengan kau je.”

                Redzuan panjat naik katil. lenguh belakang duduk bersila. Tadi pun, dia terbongkok-bongkok pasang telinga di luar bilik. tak nak bagi Reynuha perasan dia tengah curi dengar.

                “ dia kan cantik. Ayu. Sopan-santun. Mama pun suka dia.”

                Redzuan berbaring mengiring. Menongkat kepala dengan tangan. Menghadap ke arah Reynuha.

                “ Nuha... betul. Aku suka kau je. I’m falling for you. Day after day.”

                Tangan kanan Redzuan memegang pipi Reynuha. Diusap lembut. perlakuan yang cukup untuk buat muka terasa panas.

                “ Bila?”

                Sepatah kata pun terasa payah nak keluar dari mulut.

                “ sejak hari pertama aku jumpa kau... kali pertama aku jadi hero kau...”

                Redzuan menelentang. Memandang syiling.

                “ Aku pernah janji dengan kau, aku akan tunggu sampai kau boleh terima aku. Terima hubungan baru kita. Sebab tu aku sabar. Kau nak kawan dengan siapa pun aku tak halang. Aku tak nak paksa kau suka aku.”

                “ even dengan Tazz?”

                “ yup. Tazz. Ben. Aku tak nak halang kau berkawan biarpun hati aku sendiri yang sakit. tapi Tazz... melampau sangat. sebab tu aku kena masuk campur. Auww...”

                Redzuan gosok sisi perutnya. Bisa dicubit jemari Reynuha terasa mencucuk sampai ke usus.

                “ Zuan, please jangan burukkan Tazz lagi... and forgive him. Dia sakit. aku yang kena pukul ni pun dah maafkan dia.”

                Redzuan senyum sumbing.

                “ Kau yang kena pukul, aku rasa sepuluh kali ganda sakitnya. Sakit hati aku ni tak seteruk sakit lebam, bengkak kau. Sakit tu boleh ubat tapi sakit hati aku ni, tak ada penawar.”

                Sekali lagi Big Coco menghentam muka.

                “ stop ayat keju lemak manis kau tu.”

                Big Coco dipeluk. Bersandar di tepi katil. membelakangi Redzuan. betul ke rasa hati mereka sama? Janggal juga nak hidup dengan status baru ni.

                “ Zuan, aku...maafkan aku. lepas Balqis, Tazz muncul, baru aku sedar hati aku sendiri. Lama kau tunggu aku kan.”

                Kepalanya terasa digosok-gosok.

                “ better late than never. Baik kau peluk tuan bagi bear tu. lagi besar, lagi best tau.”

                Reynuha mencebik. Sejak bila Redzuan jadi mamat gatal macam ni.

                “ kau dah mengantuk ke?”

                “ ermm... boleh lagi berjaga sejam dua. Kenapa?”

                Redzuan hanya senyum. Bergegas bangun keluar dari bilik. kedengaran bunyi pintu bilik sebelah pula yang dibuka.

                Aih? Bulat matanya memandang Redzuan yang muncul dengan barang penuh di tangan. Nampak macam hadiah. Fuhh.. nasib baik bukan balik angkut selimut bantal.

                Redzuan senyum. Meletakkan kesemua barang yang beraneka saiz tu dihadapannya. Rapi berbalut. Untuk apa semua ni?

                “ Ni... first anniversary gift. Aku beli untuk kau tapi takut nak bagi.”

                Dia mengerdipkan mata beberapa kali. Tak percaya.

                Lambat-lambat dia capai hadiah yang disua oleh Redzuan. lelaki itu tersenyum bahagia, memaksanya membuka hadiah itu.

                Kain songket. Lembut warna dan teksturnya. Hampir sahaja air mata terharu menitis.

                “ Thanks Zuan.”

                “ thanks to Ma. Duit dia.”

                Masa tu dia baru 19 tahun. Tak punya duit sendiri lagi. songket ni dibeli sewaktu mereka sekeluarga bercuti ke Terengganu. Mama tolong bayarkan tapi corak ni dia sendiri yang pilih.

                “ second anniversary.”

                Kotak kecil itu digoncang. Apa yang ada dalam ni? mungkin rantai tangan. Cepat sahaja tangan mengoyakkan pembalut bercorakkan bunga ros itu.

                “ Kenapa?”

                Gelang kaki stainless steel itu diangkat ke depan muka.

                “ supaya kau jadi suri rumah yang lekat di rumah. taat pada perintah. Lagipun... it’s look sexy.”

                Pap! Satu tamparan hinggap di bahu Redzuan yang bercakap macam lelaki miang.

                Gelang kaki itu bertukar tangan. Perlahan-lahan, Redzuan pakaikan pada pergelangan kaki kanan. Reynuha melurut perhiasaan barunya. Ini simbol pengharapan Redzuan. seorang isteri yang menurut perintah.

                Kotak ketiga, kerongsang kaca. Cantik tapi terlalu rapuh. Risau pecah kalau terjatuh. Alih-alihnya simpan buat semak dalam laci meja lah ni.

                Tahun keempat, tudung hitam dihiasi kerawang dan manik kecil di tepi. Tidak terlalu sarat tapi menawan hati.

                Hadiah ulangtahun kelima, buku siri Aku Terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal kemas dalam pembalut kuning jingga. Tiga jilid buku yang masih elok dan cantik rupanya.

                “ Zuan.. terima kasih. Maafkan aku sebab... aku tak beli apa pun.”

                Redzuan senyum.

                “ Kau... hadiah terbaik untuk aku. Thanks sebab sudi terima aku. Kalau tak, mahu berhabuk hadiah ni. nasib baik tak berkulat.”

                Reynuha gelak kecil. Berpadu dengan Redzuan yang turut ketawa dengan lawak sendiri.

                “ Kau balut sendiri ke? susah-susah je.”

                Kertas-kertas pembalut yang berselerak di atas katil dikumpulkan. Mata melilau mencari tong sampah.

                “ Nuha...”

                Redzuan memegang tangannya menghentikan dia yang sedang menggumpal kertas-kertas pembalut. 

                “ Hadiah yang berbalut tu nampak lagi cantik dan special. Walaupun tak mahal, tapi bila dibalut, pemberinya nampak ikhlas dan hadiah tu nampak lagi bermakna. Macam ni...”

                Tudung yang terlipat di tepi, Redzuan capai. Meletakkan ke atas kepala si isteri. Dililit cermat. Keronsang kaca disematkan pada hujungnya.

                “ .. kau nampak cantik. Lagi tinggi nilainya Nuha.”

                Tanpa dapat ditahan air matanya tumpah. Perlahan, kemudian bertukar menjadi esakan kecil.

                Redzuan tarik isterinya ke pelukan. Mengucup perlahan dahi itu.

                “ Aku nak jadi suami terbaik...  untuk agama... untuk kau... untuk bakal anak-anak kita.. dan aku nak ajak kau sekali.”

                Reynuha anggukkan kepala. dia sedar salah dia. pada Redzuan yang sabar menegurnya, dia berhutang budi.

                “ stop crying. Kita sama-sama jadi orang yang lebih baik. InsyaALLAH.”

                Reynuha sapu air mata dengan belakang tangan. Dia terharu. Pelukan diuraikan. Redzuan mengumpul kertas-kertas pembalut. Dia tanggalkan tudung dan kerongsang kaca.

                Songket dan tudung diletakkan ke dalam bakul pakaian. Kerongsang kaca diletakkan kembali ke dalam bekasnya. Disimpan di dalam laci meja solek. Buku-buku disusun elok di rak tepi meja solek.

                Nafas dihela. Dia melabuhkan duduk di birai katil. Disisi Redzuan yang tersenyum seolah-olah seluruh masalah hidup diterbangkan angin.

                “ Zuan..”

                Wajah Redzuan dipegang dengan kedua tangan. Lelaki itu tercengang seketika.

                “ Ni..”

                Pipi kanan Redzuan dia kucup. Lima saat bibirnya mendarat di situ.

“..untuk first anni. Terima kasih sebab sudi terima aku seadanya.”

 Ciuman dengan momentum sama hinggap di pipi kiri.

“ second anni... terima kasih sebab sabar layan perangai aku.”

Mata kanan menjadi sasaran.

“ terima kasih sebab tak jemu betulkan aku.”

Mata kiri dihadiahkan ciuman keempat.

“ terima kasih sebab setia di sisi aku, suka dan duka.”

Di dahi, ciumannya menjadi saksi penyatuan dua hati.

“ terima kasih sebab cintakan aku.”

Reynuha melepaskan tangan yang memegang wajah Redzuan. Tersenyum. Tu je lah hadiah yang mampu dia bagi pada Redzuan sekarang ni.

“ Hei..”

Jeritan kecilnya hilang disebalik bibir yang bertaut dengan bibir lelaki itu.

“ Untuk first night kita!”

Pinggir bibir yang masih lebam terasa sakit dek serangan tiba-tiba itu. segera ditekup dengan tangan. Aihh? Apa maksud Redzuan?

“ Nuha...”

Redzuan menarik dia ke dalam pelukan. Mengucup ubun-ubunnya. Turun ke dahi. Reynuha telan air liur.

“ Zuan...”

“ hhmmm.”

Nada suara Redzuan membuatkan bulu roma meremang di tengkuk.

“ Aku bendera Jepun minggu ni...”

44 comments:

  1. yeayyy !
    dah baik dah baik.
    sukeeee..

    ekekekee.
    bendera jepun berkibar plak yee.
    next2.

    ReplyDelete
  2. Uish.. dah lama kawin ni.... haha.. setengah dekad dah...

    ReplyDelete
  3. hahaha
    comey je nuha..

    nak lagi bole??

    ReplyDelete
  4. hahaha....comey giler ar....
    so sweet la zuan nie....aish...

    ReplyDelete
  5. yey!!!! sukenye!! gelak srg2 dlm library sekolah ble bace n3 ni..nsb bek dh tau feeling masing2..ngehehe..NAK LAGI!!

    ReplyDelete
  6. hahaha....so cute la nuha n zuan...nak lagi..nak lagi...:)

    ReplyDelete
  7. yeah!!!!!
    we want m0re....
    hehehe

    ReplyDelete
  8. right.. we want more..
    huhu

    ReplyDelete
  9. so sweet..
    suke sangat!!!hehehehe

    ReplyDelete
  10. akhir nye!!!confess pon!!!
    syuke3!

    ReplyDelete
  11. haha tgh zuan nak rasmi first nite, c nuha plak bendera jepun haha..frust la zuan..
    hoho hepi utk dorg :)

    ReplyDelete
  12. hahahaa...
    lawaklah...
    potong mood romantis jer

    ReplyDelete
  13. bile balqis nk tahu diorg ni dh kawen??

    ReplyDelete
  14. sgt best..ape kte bg hbs je trus b4 holiday..hehe

    ReplyDelete
  15. ala,,,
    melepas zuan,,hehehe,,,

    nk lg,,

    ReplyDelete
  16. Pergh. Sedikit meremang ye masa bab cheesy Zuan tu. Boleh rasa keikhlasan hati Zuan. Hehehe..

    Alamak ! Zuan melepas sudahhh ..
    ;D

    ReplyDelete
  17. wawawa..
    berbaik sudah..
    zuan!!nuha!!
    buat pe tu??
    hikhikhik

    ReplyDelete
  18. suweeeeeettttnyerrrrr

    it's so cute
    i'm gonna die!!!

    ngee

    ReplyDelete
  19. akhirnyeee zuan luahkan jugak ec ati dye...yessss!!
    macam 2 ler...suwitnyeee mreke nih..

    alamak! bendera jepun kaco line la..hakhak..
    melepasss zuan..

    ReplyDelete
  20. suka2...baik gak akhir nye....nape cik noory suka bt cite sweet.....

    ReplyDelete
  21. sukerr...bila nak sambung???tk sabar...

    ReplyDelete
  22. nak lagiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  23. akhirnya.....
    suka...suka....
    sam2 dah mengaku...
    tak nak lagi ader gangguan lpas ni huhuhu
    :)

    ReplyDelete
  24. harap2 cptlah smbg...x sanggup nak tungu lama2 huhuhu...

    ReplyDelete
  25. tersenyum sorang2 mlm2 buta bce n3 ni.. hahaha.. smbung yerrr.. suke snggtttt.. :)

    ReplyDelete
  26. wakakaka.... osak pogram..keh3...

    nak lagi... :)

    ReplyDelete
  27. tahniah tahniah tahiah :)

    suka suka suka :D

    teruskan lagi usaha.....

    sy setia menanti

    ReplyDelete
  28. suke,suke,suke!...cpat2 la smbg ye..

    ReplyDelete
  29. waaa...sambung2 ke yg ni last???

    ReplyDelete
  30. hari2 cek akt sini kot2 ler ada n3 baru...bila lagi nak post n3 baru?dah rindu nih ngan zuan n rey

    ReplyDelete
  31. xnk smbung ka cita nie...??

    ReplyDelete
  32. xplan nk smbung lg ka?
    xbest la., xtau ending...

    ReplyDelete
  33. bila nak sambung lagi lamanya

    ReplyDelete
  34. akak!! nk HH!! sambung la ye.. citer ni best sgt..
    x sabar nak tau ending!!
    :)

    ReplyDelete