Loceng rumah yang dibunyikan awal pagi membuatkan Mama bergegas menyarung tudung. Melihat tetamu yang bertandang.
“ Datin..”
Wanita ayu yang berdiri di luar pagar membuatkan Mama mengerutkan dahi. Siapa pulak ni?
“ Nak cari siapa ye?”
Manalah tahu kawan Redzuan. Tak pun kawan Reynuha. Tapi wanita ni nampak lebih tua berbanding anak-anaknya. Cari Papa? Hai.. jangan buat kecoh masa anak-anak ada di rumah ni. kes Reynuha tiga hari lepas, reda pun belum.
Ishh..ishh.. ishh.. tak baik sungguh berprasangka pada suami sendiri.
“ Datin... saya Tengku Aiza. Kakak Aizat. Boleh tak adik saya nak jumpa Reynuha?”
Aizat? Oh budak Tazz tu. mama berfikir panjang. Tetamu yang datang, tak kan dia nak halau. Tapi Redzuan yang sedang menjaga Reynuha di tingkat atas tu, belum pun reda marahnya. Berapi terus bila dengar nama Tazz. Aizat, si penyanyi baru tu pun dia tak boleh tengok. Nak marah je kerjanya.
Papa pun tak kurang marahnya. Dah berkali-kali dia dipesan, jangan bagi budak lelaki tu jumpa Reynuha lagi.
“ maafkan saya Tengku. Bukan saya tak izinkan tapi... suami saya tak bagi Nuha jumpa adik Tengku dah.”
Tengku Aiza melepaskan keluhan. Si adik yang terdesak.
“ Auntie... saya datang cuma nak minta maaf. jumpa Reynuha buat kali terakhir.”
Tazz muncul dari dalam kereta. Dia tahu si kakak tak dapat pujuk Mama Reynuha. Dia datang kali ni bukan nak menagih kasih. Dia mahu menuturkan maaf kepada gadis itu sendiri.
“ Tazz... Auntie bukan tak nak bagi. Papa Reynuha tak izinkan. Redzuan pun ada dekat atas tu. kalau dia belasah kamu, tak ada orang nak halang. Macam ni lah, Tazz datang malam ni. Tazz pujuk Papa Reynuha sendiri. Maafkan auntie.”
Tazz angguk kecil. Mama berlalu dengan hati yang berat.
Redzuan menghempas duduk di sofa. Dia hormatkan Papa, Mama. Hormatkan juga Tengku Aiza. Sebab itu dia duduk juga di ruang tamu ni. kalau mereka bertiga tak ada, tak tahulah apa yang bakal dilakukan kepada Tazz di sofa hujung sana.
“ Zuan tutup mulut, pasang telinga. Dengar, jangan nak menyampuk. Untuk kali terakhir ni, papa izinkan Tengku nak cakap.”
Redzuan membungkam di sofa. cuba menyabarkan hati sendiri. Mama pun diam tak berkutik di tepi Papa. Dia sendiri tak tahu macam mana Tazz pujuk sang suami yang membawa kepada situasi sekarang.
“ Reynuha?”
“ Dia dah tidur.”
Keras suara Redzuan menjawab pertanyaan Tazz. Papa mencerlungkan mata. memberi amaran kepada si anak. Dia tak pernah ajar anak tak hormatkan tetamu.
“ Saya akan benarkan Tengku jumpa anak saya bila saya puas hati dengan penjelasan Tengku.”
Tazz tarik nafas.
“ pertamanya, saya minta maaf. memang semuanya salah saya. Saya yang tak sabar. Saya yang naik angin.”
“ Kau patut tahu dari mula lagi. ni bukan kali pertama kau pukul dia.”
Redzuan sudah menjerit lantang. Bentangkanlah sejuta alasan pun, dia tetap tak boleh paksa hatinya maafkan Tazz.
“ Zuan.. jangan kurang ajar.”
Mama pegang Papa. Dia terkejut dengan kata-kata Redzuan.
“ Maksud Zuan, dia dah lama pukul Nuha? Pa...”
Redzuan ketap bibir. Dia sudah terlepas cakap.
“ Ya auntie. Saya minta maaf untuk semuanya. Saya memang tak layak nak sayang orang lain.”
Tengku Aiza peluk bahu adiknya. Dia juga tak tahu tentang sikap kaki pukul Aizat. Dia tahu Aizat semakin kerap mengamuk tapi dia tak sangka sampai naik kaki tangan pada anak dara orang.
“ saya sayang Reynuha. Kalau boleh saya nak dia sayang saya macam saya sayang dia. saya tak nak simpati. Saya rasa tertipu bila dapat tahu dia sebenarnya dah tahu saya sakit. mungkin sebab tu dia cuba sayang saya.”
Sayang.. sayang.. sayang.. Redzuan muak. Mulut kata sayang tapi tangan duk sedap balun anak orang. Masa tu tak rasa sayang pulak.
“ Saya tahu saya hidup tak lama. Setahun dua, mungkin saya dah terlantar di katil. tak boleh gerak. Mungkin juga saya dah mati. Dimakan ulat dalam kubur tapi... kalau Uncle izinkan...”
Tazz telan air liur. Ni bukti dia serius sayangkan Reynuha.
“ Saya janji saya tak akan pukul dia lagi. kalau uncle izinkan... saya nak kahwin dengan Reynuha.”
Redzuan hampir melompat dari sofa. bukan ke Tazz dah tahu yang Reynuha isteri dia? Reynuha sendiri yang cakap padanya.
Papa sudah buntang matanya. Bala. Dia pandang wajah Redzuan yang pucat tak berdarah.
“ Kau...jangan main-main.”
Perlahan suara Redzuan. Tak selantang tadi.
“ Sungguh. Saya serius uncle, auntie, Red. saya sayang Reynuha. Dia tak pernah cakap dia nak kahwin dengan saya tapi... betul uncle. Saya akan cuba bahagiakan dia.”
Papa menggelengkan kepala. siapa sebenarnya jejaka ni? begitu yakin sekali berbicara.
“ Tazz... kau jangan main-main. Dia isteri aku. Kau pun tahu kebenaran tu. stop messing around!”
Redzuan berdiri. Kali ni, dia tekad. Biarlah Reynuha nak kata apa. Yang penting, hak dia akan kekal sebagai hak dia.
Tazz ternganga. Isteri? Sejak bila?
“ Kau abang dia.”
“ Abang tiri... dan suami dia. Dari dulu lagi kau tahu tu. dari mula kau tahu dia perempuan. jangan buat-buat lupa sekarang.”
Tazz pegang kepala. betul ke? kenapa dia tak ingat? Kenapa dia lupa? Kenapa?
Tengku Aiza pegang tangan adiknya.
“ Ejat.. jangan macam tu.”
“ Kak Ja... betul ke Ejat tahu? Kenapa Ejat tak ingat?”
Tengku Aiza terdiam. Dia juga tak tahu hakikat tu.
“ Red...”
Tazz meluru mendapatkan Redzuan. Kedua lengan lelaki itu dipegang. Redzuan menjerit kecil. Ingatkan Tazz nak buat serangan hendap.
“ Betul ke?”
Wajah Tazz yang macam orang mati bini membuatkan dia telan air liur.
“ Ya. Dia isteri aku. Dia tak boleh kahwin dengan kau. Aku tak akan bagi. Dia hak aku.”
“ Bohong. Kau bohong kan? Dia sayang aku...”
Tazz melurut duduk di lantai. sebab apa Reynuha berbaik dengannya sedangkan sudah bersuami? Sebab dia sakit? sebab dia dah nak mati?
Sebab itu ke Reynuha tak cintakan dia? sebab tu ke Reynuha bersabar dengan dia? sebab tu ke Reynuha tak pernah marah padanya?
Jadi selama ni, dia bercinta sedangkan Reynuha hanya bersimpati.
“ I’m a girl...”
“... and I’m married!”
Suara Reynuha tiba-tiba bergema di gegendang telinga.
“ he’s your husband and you love him...”
Kali ni suara sendiri yang melintas. Dia tergamam. Jadi betullah dia tahu.
Majalah Wanita kepunyaan Mama ditutup. Bosan ah. Mana pula Redzuan ni? katanya sekejap je. sekarang dah dekat sejam di bawah tu.
Dia bangun dari katil. menuju ke cermin. Biru lagi pipinya. Ingatkan dah tiga hari, kuranglah lebamnya.
Spontan sikat dicapai. dibawa ke kepala. alang-alang dah depan cermin, apa salahnya sikat rambut sekali. Makin panjang rambut, makin cepat kusut.
Apa khabar Tazz? Dia ingin tahu tapi telefonnya Redzuan pegang. Nak tunggang Mr. Ninja pergi melawat, mahu kena rantai kaki dengan Papa.
Alasan. Bukan dia tak berani tapi hati sendiri yang tak mahu jumpa Tazz. Berat lagi nak maafkan lelaki itu. sampai bila nak macam ni, dia pun tak tahu.
“Tazz.”
Tanpa sedar nama tu terkeluar di bibir.
Dia menghala ke pintu. Nak juga meninjau apa yang dilakukan Redzuan di bawah. Dah lama benar Redzuan di bawah. Entah-entah Mama dah kerahkan Redzuan buat sesuatu tak.
Lambat-lambat dia buka pintu. Mengintai dulu. Kalau-kalau Redzuan mengendap dia dari bilik sebelah.
Bunyi bising dari bawah menarik perhatiannya. Ada tetamu datang rumah ke? malam-malam macam ni? siapa?
“ Ya. Dia isteri aku. Dia tak boleh kahwin dengan kau. Aku tak akan bagi. Dia hak aku.”
Eh? Ni suara Redzuan. Bukan suara dari television. Isteri? Maknanya dia lah. dengan siapa Redzuan bercakap pasal dia?
Dia memasang telinga di tingkat atas.
“ Bohong. Kau bohong kan? Dia sayang aku...”
Tazz? Ya ALLAH. Tazz datang rumah? bergaduh dengan Redzuan.
Dia gigit bibir. sakit! maknanya dia tak berkhayal. Apa yang dia kena patut buat sekarang? Turun bawah? Tak boleh. Dia belum kuat untuk berhadapan dengan Tazz.
“ Tazz... aku tak faham pasal penyakit kau. Aku tak tahu tentang perasaan kau. Yang aku tahu, Nuha isteri aku dan... aku tak kan pernah lepaskan dia. terutama pada lelaki macam kau. Tak pernah nak hargai dia.”
Redzuan. Kenapa cakap macam tu? sedangkan hatimu sudah dihuni orang. Kau pun sama je tak menghargai aku.
Diam. Perbualan dari bawah sudah tak jelas di pendengaran. Air mata yang menitik ke pipi di sapu.
Tazz.. macam mana keadaan lelaki tu? dia risau. Tazz sakit. dia tak seharusnya mementingkan diri sendiri. Menyeksa Tazz seperti perempuan tak berhati perut.
Dia memeluk lutut di situ. Berfikir. Menimbang buruk baik setiap tindakan yang terlintas di fikiran.
“ Uncle, Red.. boleh saya jumpa dia? last time.”
Tiba-tiba dia berdebar. Apa jawapan Papa.
“ No. I’m sorry but aku tak boleh benarkan. Semoga kau cepat sembuh.”
Redzuan! Kenapa jadi keras hati macam tu? dia bingkas bangun. Menuruni tangga.
“ Tazz...”
Tazz yang sudah sampai ke muka pintu berpaling. Reynuha sendiri terkejut dengan tindakannya. Tak sedar bila dia menjeritkan nama itu.
“ Nuha... kenapa turun?”
Redzuan kaget. Reynuha sedang menangis. dia takut hati gadis itu akan lembut dengan duka yang Tazz alami.
“ Rey... saya minta maaf. saya tak ada niat nak pukul awak.”
Tazz merenung wajah Reynuha. Reynuha menekur lantai. tak membalas soalan Redzuan. Sekarang, dia tak tahu apa nak dikatakan pada Tazz.
“ tak. saya yang kena minta maaf.”
Tazz senyum sumbing. Reynuha terlalu baik hati. bersimpati pada dia yang punya penyakit.
“ Uncle.. can I talk to Reynuha? Alone?”
Redzuan mahu menjawab bila Papa terlebih dahulu pegang bahunya. Dengan isyarat mata menyuruh dia diam.
“ for the last time.”
Papa senyum pada Reynuha.
Tazz mengucapkan terima kasih. Mengalihkan tumpuan pada gadis di hadapannya.
“ awak tipu. Awak tak sayang saya.”
“ Tak. saya tak tipu. Tazz, saya sayang awak. Tazz kawan saya. Zuan tak patut halau awak balik.”
Tazz senyum. Sayang. Kawan. Ya, selama ni memang Reynuha sayang dia sebagai kawan. Dia yang bermimpi sendiri.
“ Tazz? Siapa tu?”
Reynuha ternganga. tak kan nama sendiri pun lelaki tu dah lupa. Ya ALLAH.
“ ermm... acah je. awak ingat lagi macam mana kita mula-mula jumpa.”
Reynuha lepaskan nafas lega. Janganlah buat dia takut.
“ saya baling helmet Zuan kena kaki Tazz. Masa tu sakit hati sangat dengan dia. dah lah tu terjumpa pula mamat poyo, kerek. Kena helmet sikit dah nak suruh x-ray. Mengada sungguh.”
Tazz ketawa. Bila tu? dia tak dapat nak ingat. Kadang-kadang dia sendiri tak pasti bila dia kenal Reynuha. Tak ingat pun macam mana perkenalan mereka. Yang dia tahu, Reynuha sudah lekat dalam hatinya.
“ Rey... saya rasa saya tak kan ganggu awak lagi. kalau awak nak anggap saya dah mati pun tak pe.”
“ Tazz. Jangan cakap macam tu.”
Tazz senyum kecil. Mengalihkan tangan Reynuha yang memegang belakang tangannya.
“ Awak milik orang Rey. Marah dia nanti.”
Reynuha tunduk. Tak sengaja. Dia cuma mahu memberhentikan mulut Tazz yang bercakap bukan-bukan.
“ Rey... awak tahu, kadang-kadang saya lupa nama anak buah saya. saya tak ingat pun nama sekolah rendah saya. kadang-kadang saya lupa jalan balik rumah.”
Tazz berhenti. Memandang langit yang berbintang. Dia sendiri tak sedar bila mereka berbicara di meja ni. entah bila mereka menapak keluar dari rumah.
Reynuha ketap bibir. nada sayu Tazz sudah cukup membuatkan dia hiba.
“ saya mungkin lupakan seluruh dunia saya. lupakan Kawasaki saya. lupakan kawan-kawan tapi... saya tak kan lupakan awak. Saya tak kan pernah lupakan Reynuha hingga akhir hayat saya. saya janji.”
“ Tazz... janji.. janji yang awak akan ingat saya. saya kawan awak. Saya tak cintakan awak tapi.. saya sayang awak.”
Air mata yang berladung tumpah jua akhirnya.
“ Rey.. saya happy. Awak akan bahagia dengan dia. trust me, he love you.”
Reynuha senyum. Redzuan sudah punya orang lain. Ada gadis lain yang menghuni hati tu.
sob..sob..sob..
ReplyDeletesedih..huhuhuhu
eeeeeeii. sedihnyaaa.
ReplyDeletezuan, terus teranglah kat nuha.
ambil peluang ni.
tazz dah give up on nuha dah.
sedih tau.
next2.
aiyoo sedih pulakkk
ReplyDeleteNuha xtau eh zuan syg dia
ReplyDeleteApe lg zuan, confess lah
Tazz nk b'undur dh tu
tak nuha,,
ReplyDeletezuan cintakan nuha,,,
nk lg,,
please,,,
bila la agaknya zuan nk bgtau kt nuha kn..
ReplyDeletelama lg ke kena tgu ek?
terasa geram sgt dgn zuan plak!! heeeeee
ReplyDeletezuan...!!! ce la cepat sikit..!!
ReplyDeletealamak, double kesian dekat Tazz ni ha.
ReplyDeleteZuan, terus terang je lah.
janganlah bagi Nuha rase macam tu.
alahai..
ReplyDeletemana zuan ni..
cepatla confess
aduhh..zuan!! cepatla bertindak!...
ReplyDeleteluahkan la isi hati ko 2..
tazz da bg jalan da 2..
jgn biar kn nuha berprasangka yg bukan2..
lambat nti...ko jgk yg nyesal..adeyhh
selesai sudah pasal Tazz...
ReplyDeleteakhirnya Tazz undur diri...
ermmm hal nuha ngn zuan lak...
huhuhu....
cepat2la zuan tu bagitau nuha yang dia sayang nuha huhuh
:)
please biar c balqis juga tahu yang red tu da kahwin dgn rey..dan biar rey tau red pun cinta dia..
ReplyDeleteaisee
ish!! gerammnye!!!
ReplyDeletetrus trang la zuan..lagipun tazz nak undur diri tu.. huhu.. :)
ReplyDeletesokong naimah.... geram..geram...
ReplyDelete