Wednesday, May 19, 2010

Hero Heroine [4]

Dia sikat rambut depan cermin. Eii... dah panjang. Dah mencecah tengkuk. Dah berapa lama tak potong rambut? Tapi kenapa rambut Red pendek je? Red potong senyap-senyap ke?

Muhammad Redzuan Muhammad Yusof. Anak tunggal Papa yang kehilangan ibunya sejak usia dua tahun. Dia pula anak tunggal mama yang juga kehilangan ayah sejak kecil. Sering diejek dan dipersenda.

            Hari pertama Red dan Papanya pindah ke sini, Red sudah menjadi heronya. Sejak itu dia rasa selamat. Berdua ke mana sahaja dengan Red. dia mahu jadi seperti Red. Dia enggan dipanggil Nuha lembik lagi. Dia nak hidup sebagai Rey yang gagah.

Rambut yang hampir mencecah punggung dipotong. baju-baju kurung dibuang. Dia mengamuk mahukan baju yang sama dengan Red. Malahan di hari raya dia berbaju Melayu sedondon dengan Red. sewaktu tu usianya baru enam tahun. Ketika hari raya sewaktu umur 12 tahun barulah dia kembali berbaju kurung. Sekali setahun sahaja. Itupun Red yang memujuk.

Ketika itu pun, Mama sudah berkahwin dengan Papa. Dan menjadi adik-beradik tiri menjadikan dia dan Red lebih rapat. Sekarang, di mana ada si rambut pacak tu, di situ jugalah dia. kalau Red rambut pacak, dia rambut tirai. Bahagian depan yang panjang tutup mata kiri.

Dia turun tangga. Hari sabtu macam ni selalunya dia lepak di rumah. tolong teman mama dekat rumah. Atau lebih tepat lagi, tolong usik mama.

Redzuan hari ni keluar dengan Kelvin. Tolong bawa mamat tu ke pejabat agama untuk pengislaman dia. Alhamdullilah. Tambah seorang lagi umat Islam dekat Malaysia ni.

“ Mama...” dia terkam pada mama yang sedang membelek majalah Wanita di sofa.

“ Ya ALLAH... budak ni laa.”

Dia tidur beralaskan peha Mama. Mama masih teruskan pembacaan tanpa pedulikan dia yang sedang menarik-narik rambut paras pinggang mama.

“ manja-manja dengan mama ni sebab Zuan tak de lah tu.”

Dia mencebik. Tapi memang betul pun. Kalau Redzuan ada, sekarang ni mesti dia tengah main PS2. Tak pun lawan catur.

“ ma... pa mana?”

“ Jumpa kawan.”

Mulutnya spontan membentuk huruf o.

“ So sekarang kita perempuan je lah kat rumah. jom buat aktiviti perempuan.”

Mama angkat kening. Mengigau ke apa anak aku ni?

“ Buat apa?”

“ Masak-masak?”

“ Hmmm.. kalau nak makan tu cakap je lah. mama boleh masakkan. Nak main masak-masak. Alih-alih mama masak sorang-sorang.”

Dia sengih. mama ni tau-tau aje la. alang-alang mama dah offer kenalah ambil peluang.

“ Nak  kek coklat. Auwww...”

Dia pegang pipi. Mama jenis yang suka cubit pipi.

“ jangan nak mengada. Mana ada coklat. Nanti makan nasi tengahhari je. tunggu Papa dengan Zuan dulu.”

Dia mencebik. Mama ni...

Vrommm... cepat-cepat dia jenguk keluar rumah. kereta persona Kelvin.

“ Assalamualaikum...”

Rasa macam bola mata nak jatuh dari soket. Hensemnya mamat ni. Berbaju melayu hitam. Siap dengan samping. Macam nak pergi kahwin.

“ Jawab lah salam tu.”

Auwww... dia pegang telinga yang ditarik Redzuan. Kacau daun. Dalam hati dia jawab salam Kelvin. Salam pertama saudara baru. ye ye je salam pertama. tak apa lah. yang pertama untuk dia.

“ GIRL... you’re drooling.”

Cepat-cepat dia tutup mulut. sengih pada Kelvin yang ketawa kecil. Mama, saya jatuh hati!

“ Did you fall for me?”

Cehh.. macam boleh je baca hati orang. sayangnya hati kamu dah ada yang punya.

“ dah.. dah... come in Kelvin.”

Mama dah siap sarung tudung bila dia melangkah masuk ke dalam dengan Redzuan dan Kelvin. Apa nama Islam mamat tu? tanya Red la lepas ni.

“ auntie.. masih cantik macam dulu.”

“ Kelvin pun makin hensem. Kalau lah Nuha tak berpunya, auntie ambil jadi menantu.” Mama senyum.

Kelvin ketawa. Reynuha buat muka. Menghimpit duduk pada Redzuan di sofa.

“ duduklah dulu. Makan tengahhari kat sini ek. Tunggu Uncle balik kejap lagi.”

“ Yes maam... haha.. lagipun dah janji nak pergi masjid dengan Red zuhur nanti.” Kelvin duduk di sofa bertentangan.

“ Alhamdullilah. Dah pandai solat laa..”

“ Tapi still ada bacaan yang tak berapa nak ingat lagi.” Kelvin senyum malu. dah seminggu dia menghafal sejak berkeputusan nak memeluk Islam. Tapi dengan lidahnya yang keras tu, susah sikit.

“ Tak pe... boleh try sikit-sikit. Auntie buat air kejap.”

Mama berlalu ke dapur. Redzuan sudah meletakkan songkok ke atas meja kopi. Bersandar ke sofa. Reynuha yang sedang bersila di sebelah dipandang.

Pukk...  dia tepuk peha Reynuha.

“ Apa?” Reynuha bulatkan mata. tiba-tiba pukul orang. Nak cari gaduh ke?

“ Pergi pakai seluar panjang sana. Betis tu kalau cantik tak pe lah.”

“ alah... macamlah Kelvin tak biasa.” Dia memprotes. Bukan pendek mana. Seluar tiga suku. Nampak betis sekerat je.

“ yang nak tambah dosa Kelvin tu kenapa? Dia suci je lagi tadi. masuk rumah ni, dah buat dosa tengok aurat anak dara orang.”

Terasa sembilu menghiris hati. Kelvin yang sedang memandang ke arah lain buat-buat tak dengar. Redzuan buat muka ‘kau nak lawan aku ke?’.

Kalau ye pun nak tegur, janganlah depan-depan Kelvin. Malu dia. dia bangun dari sofa. nak balas dendam boleh? satu... dua... tiga...

“ auwww!”

Redzuan pegang kepala. sakitnya. Reynuha pula sudah hilang sebelum kedengaran bunyi pintu dihempas di tingkat atas. Kelvin tahan gelak.

“ Ya ALLAH.. macam nak botak aku rasa.” Redzuan urut-urut kulit kepala yang rasa macam nak tercabut. Kelvin ketawa lepas.

“ Zuan kenapa?” Mama menatang tiga gelas kordial oren dari dapur.

“ Nuha tarik rambut orang. Sakit lah Ma. Botak tak?”

Mama gelak sama.

“ Hilang dah sejemput Zuan.”

“ what...” berlari ke cermin muka di atas cabinet di tepi tangga. Kelvin sudah tergelak besar.

Lega.. tak hilang pun rambut dia. mungkin tercabut beberapa urat je tadi. jagalah Nuha. Ku balas dendam nanti.

“ Assalamualaikum...”

“ Waalaikummussalam.” Mama sambut papa di muka pintu depan.

Kelvin bangun dari sofa. Redzuan menghampiri Papa dan Mama.

“ Uncle...” Kelvin salam tangan Papa. Dah biasa sejak kecil. Meniru tingkah Redzuan.

“ Kelvin... everything’s okay?” Kelvin angguk kecil. Papa senyum sambil tepuk belakang pemuda tu.

“ Pa...” giliran Redzuan mencium tangan papanya.

“ emmm... someone missing. Nuha mana?” selalunya mana boleh Redzuan duduk sorang dekat ruang tamu ni.

Mama tergelak kecil dengar soalan Papa. Kelvin pun dah tersenyum sama. Redzuan je yang bermuka masam.

“Papa....”

Reynuha berlari turun. Memeluk tubuh Papa.

papa kaku di situ. Mama terkedu sama. Redzuan dah ternganga. Kelvin tahan gelak.

“ Pa... Zuan buli Nuha.” Dia jelirkan lidah pada Redzuan yang masih belum mampu nak tutup mulutnya.

13 comments:

  1. citer ni best, tapi kenapa jarang update? sy suka baca..

    ReplyDelete
  2. maafkan saya...
    sy org kg, balik umah,internet tak de!

    ReplyDelete
  3. o..
    x per taketime...
    buat rangka2 je dlue..
    kalau g cc,,
    leh update byak ckit..
    hi3..
    cter nie best suka bcer,,
    smer cam he man,she girl.

    ReplyDelete
  4. best..menarik....ade jek gelaknya.....release tension ....teruskan menulis adik...

    ReplyDelete
  5. uh! sgt sgt ske cite ni! dorg swit je together2..hehehe..em..adk bradik tiri len mak len ayah leh kwin kn? jeng2..ehehe

    ReplyDelete
  6. cite ni best~
    "Kalau lah Nuha tak berpunya, auntie ambil jadi menantu."
    mama diorang cam bagi hint jer~mama dia tau ke yg red suka rey?haha(pndai jerk wat kesimpulan sndri.heeee

    ReplyDelete
  7. weeeeeeeeeeeehooooo..
    comel je dorang berdua ni ha !

    ReplyDelete
  8. adik beradik tiri yg mak bapak len2 leh kawin la!!!
    apa yg rey pakai smpai sume terkejut....pe2 pun tq noory 4 new entry.........

    ReplyDelete
  9. mesti red dah jatuh hati kat nuha kan!!!!!!!apapun, akak follow................

    ReplyDelete
  10. cepat lah sambung

    ReplyDelete
  11. huhuhu...
    uuuhhhh..kevin..nak menikah ya..

    ReplyDelete
  12. best2...
    ai2 check blog awk tau..
    nk nunggu post baru..hehe

    ReplyDelete