Dia mundar-mandir di luar bilik. nak masuk ke tak nak? Kalau masuk, Red nak jawab ke tak soalan dia. kalau tak masuk, boleh ke sambung belek nota kuliah dengan tenang.
" Red, kau suka Balqis?" Ni macam open sangat. Ayat halus sikitlah.
" Red, Balqis tu calon kak ipar tiri aku ke?" Alaa.. macam tak best je soalan ni.
" Red, Balqis ke insan istimewa dalam hati kau tu?" Weeek... geli gila.
Arghhh... kedua tangan pegang kepala. berdiri betul-betul depan pintu. Malahan hampir nak mencium pintu tu.
“ eh Nuha... buat apa macam tu?”
Dia pandang belakang. sengih tengok Mama yang sedang membawa bakul baju.
“ mama nak masuk?”
Soalan bodoh. Dia tahu tu tapi sebab nak cover malu, terluah juga.
“ tak lah. nak tidur depan ni. dah tepi. Zuan, mama nak masuk ni. Nuha pun nak masuk sekali.”
Mama... dia ketap bibir. sengaja je jatuhkan air muka dia depan mamat ni. tapi alang-alang mama dah cakap tu, dia ikut je lah.
Redzuan sedang elok berbaring. Dah lah tak pakai baju. Macamlah seksi sangat. Kalau ada six packs tu sedap jugalah mata memandang. Setakat tulang rusuk berserangkai macam tu, buat sakit mata je nak tengok. Reynuha mengutuk dalam hati.
“ auwww...”
Dia pegang telinga. Redzuan hanya sengih sambil baring balik. Kenapa dia boleh tak sedar lelaki mendekat untuk tarik telinga dia.
“ kenapa suka sangat tarik telinga?” dia memprotes.
“ sebab anda tu kurang mendengar kata. Plus I heard you talking bad about me.”
Yeih... dia menyeringai. Bahaya sungguhlah mamat ni. macam ada super power pulak. boleh baca apa hati dia kata.
Dia lepak pada penjuru bilik berdekatan dengan balkoni. Menghempas duduk pada beanbag. Komik yang bersepah di lantai dicapai. dibelek-belek bosan sebelum tertarik dengan kandungannya. Nak tunggu Mama habis susun baju Redzuan dalam almari.
Dia tengok balik judul komiknya. 2 DUDES karya Zint. Wow! Best lah jugak. dia meneruskan membaca pengembaraan Slay dan Jerry. Langsung terlupa tujuan asal.
Buku kedua dihabiskan dengan senyuman berjuntai di bibir. dah puas gelak dengan gelagat bodoh-bodoh Slay. Dia menggeliat perlahan.
Bangun dari pembaringan . dari duduk di beanbag dah meniarap di lantai. Menarik. Lain dari komik Jepun yang dia selalu baca. Produk orang Malaysia pun ada umphh apa.
Redzuan yang sudang terbongkang atas katil dipandang geram. Lupa. Dia masuk sini nak tanya benda. Bukan nak lepak baca komik. Aduhai... dia tepuk dahi sendiri.
Awal pula mamat ni tidur. Pukul berapa ni? jam... jam... melilau dia mencari jam. Hampa sebab bilik Redzuan yang nyata lagi besar dari biliknya itu langsung tak punya jam.
Katil king size tu dihampiri. Jelesnya dengan Redzuan. Dah lah dapat bilik yang lagi besar, katil pula king size. Boleh bergolek sampai puas. Handphone!
Dia tolak peha lelaki tu. menarik keluar sony ericsson dari poket seluar. Nak tengok sekarang pukul berapa. Dah pukul 1 pagi. Lamanya dia baca komik tu.
Ada mesej...
Terasa tanduk tumbuh di kepala. mesej dari siapa ye? siang tadi Redzuan sempat jugaklah bertukar-tukar nombor telefon dengan Balqis. Dia mesej dengan gadis tu ke? tapi mamat ni bukan spesies suka main mesej.
Alaaa... Kelvin rupanya. Baca jugaklah.
‘ TQ . really need u to select good books.’
Heh? Tak faham. Dia tekan kotak masuk mesej. Baca beberapa mesej terdahulu.
‘ I need books. MPH? tomorrow? Can?’
Dia balik ke sent items.
‘ what books? Evening then. Morning got class.’- sent to Kelvin
‘ about solat. Think I need to read more. ok set. i call u then.’
‘ Ok. u’re doing good bro. Alhamdullilah!’- sent to Kelvin.
Bagusnya Kelvin. Berusaha sungguh-sungguh mendalami Islam. Sedangkan dia? pakai pun macam lelaki. Walaupun rukun Islam yang lima tu cukup tapi perangai tak lah semegah mana.
Tilik diri sendiri. Bila nak berubah ni Nuur Reynuha? Mati tu pasti, hidup InsyaALLAH.*
Gegaran yang tiba-tiba membuatkan handphone yang dipegang jatuh dari tangan. Betul-betul menghempap batang hidung Redzuan. Tak dapat nak sambut. Opps...
Terduduk lelaki tu dengan mata yang membulat. Bukan setakat mata yang malah telinga pun dah merah. Tangan memegang batang hidung. Dia sengih takut. Telinga pun masih terngiang-ngiang lagi dengan jeritan tadi.
“Nuha...” Tangan Redzuan dah pegang bahunya.
“ sorry!!!” dia pejam mata. berdoa dalam hati. Jangan marah, Red!
Termengah-mengah dia di hadapan pintu bilik. gila punya lelaki. Ingatkan mamai-mamai tak sekuat tu. nasib baik dapat lepaskan diri kalau tak mahu terkencing dia kena geletek. Redzuan bukan ada perasaan kasihan.
dia curi nafas. hari-hari macam ni lama-lama boleh dapat asthma ni. sorry lah Red. entah part mana dia tendang untuk lepaskan diri tadi. tak sengaja.
Dia pegang dada. tiba-tiba terasa sesak. Mesej terakhir tu dari si dia. Kak Long mata hazel.
kehkeh....
ReplyDeleterey jeles la 2.....
nak rey ngn red jg...
o-o..
ReplyDeletememang haru la dorang ni..
mama!!papa!!
nengokla..
rey jeles..eyeye! ehehe..arap2 rey dgn red..xmo red dgn qis...
ReplyDeleteOMG!!!kak long antr msg kul 1pgi??
ReplyDeletealahai..time org nk jiwang2 tue...
huhuhu
zuan mmg nk ngn kak long ke??
adus....ssh nie...
mcm ade sumthing je antra red ngn kak long tu.. bkn psl hati tp ntah la..firasatku mngatakn la...
ReplyDeleteteka je pun...
writer......... nak lagi...
typo there : kak long mati (= mata) hazel. anyway, nice story. looking forward for next part.
ReplyDeletehoho,,,
ReplyDeleterey jeles,,hehehe,,,,
ade smthing2 ke red n kak long nie...??
erm,,,,
nuha tgh sakit.................sakit dalam...........yg amat2 pedih...........
ReplyDeletetu baru baca mesej tu..........hehehee
best!!!!!! ank lagi..................
eh eh, Rey dah pandai jealous lah
ReplyDelete=)