Thursday, May 27, 2010

Hero Heroine [10]

Keterlaluan ke dia? dia cuma mahu membetulkan si tulang rusuk yang bengkok. Nafas dihela berat. Hmmm... mungkin dia terlalu berkeras pada si manja itu.

               “ nak potong rambut... nak potong...”

                Merengek-rengek sambil menarik-narik hujung baju Redzuan.

                “ Kotorlah Nuha kat bawah tu.. bangun dulu.” Dia tarik tangan Reynuha yang bersila atas simen parking depan rumah.

                “ Janji dulu. Bagi potong rambut baru Nuha bangun.”

                “ Ye laa... bangun cepat.”

                “ Yeay!” melompat gembira budak sembilan tahun tu.

                Redzuan mengiring ke kanan. bermain-main dengan jemari sendiri. Macam mana tak berkeras kalau cara lembut dia tak nak dengar.

                “ Nuha... Baju tu tak cantik la.”

                “ tipu! Kalau tak cantik kenapa Red beli?”

                “ Tak cantik untuk Nuha la.”

                “ eiii... nak juga.” Reynuha tarik pipi Redzuan.

Arghh... kalau dari kecil dia tak ikut je karenah minah tu, mesti sekarang Reynuha tak berani nak membantah. Mama dan Papa pun selalu ikut kehendak minah tu atas sokongan dia.

 “ Red... bad mood?”

Kelvin mulakan bicara. Sedari kedai buku lagi, Redzuan tak banyak berbicara. Selalu pun macam tu jugak. tapi tak adalah tayang muka bosan memanjang. Dia pula yang rasa bersalah mengheret lelaki tu  ke kedai buku.

“ Sorry bro! kepala masuk angin.”

“ Balqis... who’s she actually? It is rare for you having girl by your side.”

“ daa... Nuha tu. she’ s girl kan?” Kelvin gelak kecil.

Bukan Redzuan tak tahu kenapa setiap kali Kelvin panggil Reynuha mesti dia tekankan perkataan GIRL tu. ala-ala psikologi taktik untuk ingatkan balik minah tu yang dia sebenarnya perempuan bukan jantan.

“ ok la.. beside Nuha.”

Redzuan angkat bahu. Entah. Dia pun tak tahu. Kenapa dia boleh ingat muka Balqis walaupun sekali je terserempak di kafe. Dia juga tak tahu kenapa dengan Balqis dia cepat mesra. Macam ada chemistry.

“ Adila apa cerita? You tell her your feeling?” dia ubah topik. Tak nak berbicara soal gadis tu lagi.

“ No laa. still early maa. I need to convince my parents first about my Islam. Then I can tell her. Lagipun jodoh maut tu kan ALLAH yang tentukan.” Kelvin senyum.

Sedari dulu dia mencari erti sebenar kehidupan. Jiwanya kosong. Pada Islam dia temukan ketenangan tapi dia masih ragu-ragu. Adila cuma penguat tekad bukan alasan utama.

“ InsyaALLAH bro... Kalau dah jodoh tak ke mana. You’ll get your tulang rusuk back.”

“ kau tu... your tulang rusuk tu bengkok. Jangan nak betulkan kasar-kasar. You’ll break it. Make it slow.” Kelvin senyum.

sony ericsson ditekan-tekan. Dah pukul 9 malam.  Dah balik ke belum minah tu?

Redzuan bangkit dari katil. menyarung t-shirt untuk turun ke bawah. Kalau di bilik dia memang lebih selesa tak berbaju. Depan mama malulah juga.

“ Zuan... mana Nuha ni? belum pernah lagi dia balik lambat macam ni. risau mama.”

Mama dah mundar-mandir di ruang tamu. Papa hanya memandangnya sambil jungkit bahu. Belum balik?

“ mama dah call dia?”

“ masuk voicemail.. Pa, macam mana kalau jadi apa-apa? Accident ke?”

Mama duduk di sisi Papa. Redzuan telan air liur. Tak kot. Reynuha yang ganas tu tak bawak Kawasaki melulu. Dia penunggang berhemah. Tapi dah lewat ni.

“ Mama... jangan cakap macam tu. sekejap lagi balik lah tu. Jumpa kawan kot.”

Mama mencebik. Papa macam tak kisah je. hello.. Nuha tu anak gadis. Buatnya diculik orang. Diapa-apakan macam mana? Barulah putih mata anak jantan awak tu.

Kawan... Ben! Berlari dia ke bilik. mencapai handphone. Mencari-cari nama lelaki tu dalam senarai contacts. Ben Blonde didail. Menanti seketika sebelum panggilan disambung.

“ yo Red. whats up?”

Bisingnya. Manalah mamat ni lepak.

“ Nu... Rey ada dengan kau ke?”

“ Kenapa? Dia belum balik? Dia tak keluar dengan aku.” Cemas. Kebisingan tadi semakin berkurangan.

“ dia pergi mana? Kalau apa-apa jadi...” dia cuba menggertak. Dia sendiri tak tahu kenapa ramai yang seperti takut padanya. Bukan dia kepala gangster pun. Tapi saat genting macam sekarang ni berguna jugaklah.

“ dia hantar mamat sesat mana ntah pergi klinik. Kau dah call dia?”

“ voicemail. Kau kat mana Ben? Disco?”

“ woii.. aku kat kedai mamak la. jangan sebarangan bro.” Redzuan jungkit kening dengar suara tak puas hati Ben.

“ great. Okay la. thanks.”

“ Red... kalau dia dah balik, mesej aku tau. Aku pun risau gak.”

“ mmmm...”

Panggilan ditamatkan. Hantar pergi hospital? Reynuha langgar orang ke? Dia kembali ke ruang tamu.

“ Zuan call siapa? Dia tahu Nuha kat mana?”

“ kawan. Nuha tak ada dengan dia.”

“ Pa...” mama pegang tangan Papa. Macam mana ni? makin bertambah risaunya. Sedikit-sebanyak dah mampu buat Papa tak senang duduk.

“ pa... call polis.”

“ Nak cakap apa? Anak dara umur 22 tak balik rumah lagi. dia naik Kawasaki dan pakai macam lelaki tapi dia perempuan. ”

                Pap...

                Papa gosok peha yang makan penampar Mama. Mama tarik muncung. Orang risau, dia lagi nak main-main.

                “ kita tunggu kejap lagi Ma. Kalau tak balik juga, orang keluar pergi cari.”

                “ cari kat mana?” Mama memandang wajah Redzuan yang turut membiaskan kerisauan. Reynuha bukan gadis yang suka melepak di luar. Keluar malam jauh sekali.

                Dia jungkit bahu. Dia sendiri pun tak tahu mana nak cari. Nak naik apa pun tak tahu. Naik kereta? Mahu dia yang accident. Malam-malam ni lagilah teruk rabunnya.

                Aduhai... Nuha cepatlah balik. Kalau tak pun, telefonlah rumah.

                Vrommm...vrooomm...

                Mama dah berlari ke pintu. Menyambut anaknya. Alhamdullilah dia balik sama seperti dia keluar tadi. Rasa macam nak buat sujud syukur kat situ juga.

                “ Ma... penatnya!” Langkah dihayun masuk. Memaut bahu Mama.

               “ Nuha pergi mana? Kenapa tak call umah? Mama call handphone masuk voicemail.”

                Dia menghempas duduk di permaidani. Beg sandang dicampak ke atas meja kopi. Berbaring di tengah-tengah ruang tamu. Gila punya mamat. Taubat tak nak jumpa dia lagi.

                “ Nuha...” Mama bersimpuh di tepi kepalanya. Mengalas kepalanya dengan peha.

                “ Mama... tadi ada mamat ni. orang terbaling helmet kena kaki dia. then dia suruh orang hantar pergi hospital takut tulang dia patah. Tak nak pergi hospital dekat, nak pergi Putrajaya. Lepas tu, kena bayar dia makan dulu. Hantar dia balik rumah. penatnya Ma...”

                Dia menggeliat. Ingat naik motosikal tu tak letih ke? mahu kematu dah buntut. Gila betul mamat tu. harap muka je hensem. Perangai macam setan.

                “ kenapa tak call?” Papa pula yang bertanya.

                “ abes bateri. Nombor rumah pun dah tak ingat sebab geram sangat tadi.”

                Manalah tak geram. Dia ikutkan juga permintaan lelaki tu ke Hospital Putrajaya. Bukannya mamat tu pergi check tulang kaki, tapi pergi dating dengan doktor perempuan mana ntah. Berjam-jam pulak tu dia kena menunggu.

                Kalau ikutkan nak je dia tinggalkan mamat tu tapi lelaki tu pegang handphonenya. Konon sebagai cagaran kalau dia larikan diri. Kena menunggang balik ke Bangi. Singgah makan, hantar mamat tu balik ke fakulti ambil kereta dia. Gila lah. baik lagi dia ikut Benjamin dating. Tak adalah menderita macam ni sekali.

                “ Lelaki mana? Nuha tak kenal ke?”

                “ tak tahu... Ma penat!”

                Memang dia langsung tak tanya nama mamat tu. dia tak ingin dan tak pernah ingin pun nak tahu. Kalau boleh langsung tak nak tengok dah muka mamat tu.

                “ Auwww...”

                Dia pegang telinga. Redzuan sedang merenung mukanya. Arghh... menambahkan sakit hatilah mamat rambut pacak ni.

                “ Lelaki tak kenal tapi suka hati je ikut. Kalau jadi apa-apa macam mana? Ak... bang juga susah. Nuha ni memang selalu tak dengar kata laa.”

                Chiss... nasib baik tak tersasul aku tadi. mahu papa ketuk kepala dengan mug atas meja. Reynuha mencebik. Siapa juga yang tak kasi dia ikut pergi MPH tadi. huh... dia mengiring ke kiri. Memeluk pinggang Mama.

                “ Nuha dah makan? Kalau tak Mama panaskan lauk.”

                Dia geleng kepala. perut dah rasa sebu tak boleh nak masuk apa-apa. Dah masuk angin kot. Lagipun sekarang yang terbayang di mata hanyalah katil.

                “ tak pe lah Ma.. Nuha nak tidur. Nuha naik dulu. Ma.. Pa... Assalamualaikum.” beg sandang diheret dengan longlai. Sengaja dihayun pada bahu Redzuan tatkala dia melintas lelaki tu. Balas dendam.

12 comments:

  1. uuuuuuuu..
    mama papa nie macam ade plan something2 je untuk red n nuha..
    sape la mamat yg kejam tuh??isk2..
    curious apa yg kelvin kata kat red..

    "kau tu... your tulang rusuk tu bengkok. Jangan nak betulkan kasar-kasar. You’ll break it. Make it slow."

    macam ditujukan pada nuha kan..?
    hehe..sambung2..

    ReplyDelete
  2. curiosnye psl yg kelvin kate..asal die kate tulung rusuk red bngkok? waaa....mao lg! leraikn lah persoalan sy ni..ahaha

    ReplyDelete
  3. ur tulang rusuk red??
    huhuhu...
    ma n pa pon taw psal prsan red tue..cpat2 lraikan kekustan ini...

    ReplyDelete
  4. hohhhooh...
    sape lak llki 2...
    klu ada wtak llki lain ok jg...
    bru adil...
    klu red ngn balqis mst rey jeles 2....

    ReplyDelete
  5. siapa tulang rusuk red yg bengkok tu???? buha ke??? apapun, akak follow...................

    ReplyDelete
  6. klu aku jd nuha, aku sound je balik red..haha.. dahla tinggal die, pastu dpt prob dgn laki ntah mane2 ntah, pastu red nk potpet2 lak..bia kena sedas si red 2..haha..giler kejam aku

    ReplyDelete
  7. ooo...
    ben's know everything bout red rite??
    nuha..love red..

    ReplyDelete
  8. uhuh....
    makin byk ye watak2nyer...
    ehehe...

    ReplyDelete
  9. "kau tu... your tulang rusuk tu bengkok. Jangan nak betulkan kasar-kasar. You’ll break it. Make it slow."

    suka betul ayat ni
    =)

    ReplyDelete