Friday, May 21, 2010

Hero Heroine [5]

Dia garu kepala. Lepas makan tengahhari tadi, langsung Reynuha tak tunjuk muka. Berkurung dalam bilik tak mahu turun. Makan malam pun tak nak.

                “ Hah Zuan... dah  macam laki mati bini je gayanya.”

                Dia gosok dada. papa ni lah. Datang-datang, sergah macam tu. nasib baik dia tak hentak dengan mug Nescafe ni.

                “ Pa... duduk lah.”

                “ Tak nak Papa. Papa nak pergi bermanja dengan mama. Pujuk le puteri awak tu sendiri.”

                Papa gelak jahat sebelum berlalu naik ke tingkat atas. Amboi papa. Makin tua makin tak malu pula.

                Dia kembali tatap kosong muka tv. Aduhai... over sangat ke cara dia menegur Reynuha tadi? Kelvin pun bermati-matian brainwash dia tadi.

                Haaish... dia garu kasar kepala. auww... tempat Reynuha tarik tadi masih sakit bila disentuh. Reynuha lagi. makin fikir makin serabut pulak.

                Reynuha... teringat lagi penampilan mengejut gadis tu siang tadi. sebagai protes, baju kurung raya tahun lepas dia sarung. Siap dengan selendang lilit-lilit lagi. siapa tak ternganga.

                Selalunya, dia boleh tengok gadis tu sarung baju kurung pun bila hari raya. Tu pun dengan muncung sedepa. Muka tu cemberut je dari pagi sampai ke malam. Senyum pun senyum terpaksa.

                Hari ni, muka gembira gila bila pakai baju kurung tu. Cuma dengan dia je, Reynuha tarik muka empat belas. Siap jelir-jelir lidah lagi. tak matang sungguh!

                Bukan selalu dia tegur Reynuha dengan nada dan gaya yang sama ke? kenapa hari ni moodnya jadi puting beliung? Sebab depan Kelvin? Tapi selalu bukan Reynuha kisah pun. Paling teruk pun Reynuha buat muka ejek balik apa yang dia kata. Lepas tu gadis tu ubahlah sikit apa yang dia tegur.

                “ Nuha....” dia seru nama gadis tu. lambat-lambat dia bangkit dari sofa.

                Tuk..tuk...

                Senyap. Pintu tak terbuka. satu suara pun tak dengar. betul-betul merajuk ni. bukan dia reti bila datang bab memujuk macam ni. selalu Reynuha pujuk diri sendiri.

                Lima minit dia tercegat di depan pintu kayu yang dilekat dengan sticker  ‘ Reys’ room. No peeping!’

                Haish... penat dah ketuk ni. dia menoleh untuk berlalu ke biliknya. Hanya lima langkah dari pintu bilik Reynuha. Sehelai kertas muncul dari bawah pintu.

                ‘Kalau anda Redzuan Yusof, sila berputus asa dan balik ke bilik sendiri. Anda tak akan dilayan. Bleukk! :-P’

                Buntang matanya membaca mesej yang besar tertulis pada kertas merah tu. amboi... amboi... amboi... minah ni laa.

                Dia berlalu ke bilik sendiri. Mencapai marker di sudut meja study.

                ‘ Pembetulan: nama saya Muhammad Redzuan Muhammad Yusof. Pada Nuur Reynuha Razali, siaplah anda esok hari. Payback time! >:D’

                Kertas tu diselitkan ke dalam bilik. seminit kemudian keluar balik.

                ‘ tak takut! Raket dalam kotak, Red dah botak! :-P ’

                Terasa menyirap darah ke muka.

                ‘ Raket dibeli cik mustapa, kunci pendua mintak kat papa. >:D’

                Dia sengih jahat. Kecut perut lah nanti tu.

                ‘Pak mustapa ketinggalan zaman, kunci semua dalam bilik orang.:-P’

                ‘Pak mustapa naik myVi, aku panjat balkoni.>:D’

                Kertas merah sudah bertukar warna kuning. Dah tak ada ruang nak tulis lah tu.

                ‘ myVi merah myVi jingga, balkoniku ku dah mangga.:-P’

                ‘ myVi semput tengah jalan, kau mesti keluar nak makan.’

                ‘ jalan-jalan cari makan, stok jajan aku dah simpan.:-P’

                Ya ALLAH. Rasa nak tendang je pintu tu. main-main pula minah ni.

                “ Zuan... buat apa tertonggeng depan pintu tu?”

                Cepat-cepat dia berdiri. Sengih pada Papa yang memandangnya pelik. Kertas kuning tu disorokkan di belakang.

                “ Tak ada apa... Papa tak tidur lagi?”

                “ kertas apa tu?” Papa juihkan mulut pada kertas di belakangnya.

                “ Kad mintak maaf.” Dia sengih lagi. Papa cepatlah pergi.

                “ Betul ni?” Papa buat muka ragu-ragu.

                “ Betullah Pa. selamat malam. Assalamualaikum. sleep tide, sweet dream. I love you, papa.”

                Papa geleng-gelengkan kepala. bersedia nak berpatah balik ke biliknya sebelum kertas putih melayang ke kaki. 

A..la..mak... Redzuan genggam tangan kiri.

                “Papa! Zuan nak belasah Nuha.”

                Papa baca ayat tu kuat-kuat. Redzuan ketap bibir. kemudian senyum sambil mengangkat jari peace. Kertas merah tadi dikeluarkan balik oleh orang di dalam. Papa kutip. Baca dalam hati.

                “Sini... let me see your 'I’m sorry' card.”

                Lambat-lambat dia hulur kat papa. Biarpun dah besar panjang macam ni, pada Papa rasa hormatnya masih macam dulu. Tak berani nak melawan.


Papa masuk bilik sambil tersenyum. Mama yang melihat kerutkan dahi. Pelik dah laki aku ni. dia letak sikat atas meja solek.

                “ kenapa lama sangat Papa keluar?” Mama duduk sebelah Papa atas katil.

                “ Zuan dengan Nuha tu. tengok ni.”

                Kertas merah, kuning dan putih tu mama baca satu-satu. Senyum sebelum tergelak kecil. Lucu sungguh. Ni umur 22 tahun ke 2 tahun?

                “ Apa papa buat dengan Zuan?” Papa letak kertas tu atas meja kecil tepi katil.

                “ apa lagi. bagi brainwash sikit. dah lah tak minta maaf. siap bahasakan diri aku kau lagi. budak berdua tu lah. dah besar-besar ni asyik bergaduh je. kecil-kecil dulu nak berenggang pun payah.”

                Mama gelak kecil. Menggosok perlahan dada suaminya. Cuba nak menyejukkan hati sang suami.

                “ Pa... janganlah marah sangat. Naik blood pressure nanti. Bawak bersabar. Tarik nafas dalam-dalam.”

                Nak tak nak, Papa ikut kata. Siapa tak sayang bini. Sekali...dua... tiga... terasa hati tenang sikit.

                “ Papa tidur ye. nanti mama tegur Nuha tu. makin degil budak tu. Zuan pun tak terlayan karenah dia tu.”

                Bantal alas kepala Papa ditepuk-tepuk. Mama senyum pada suaminya. Berkhidmat pada suami cukup untuk buat dia rasa gembira.

                “ Mama rasa betul ke apa yang kita buat?”

                Kepala mama yang beralaskan lengannya diusap. Kemudian dihadiahkan ciuman pada dahi tu.

                “ InsyaALLAH betul Pa. kalau tak, lagi berdosa budak berdua tu. bergaduh-gaduh pun, asyik berkepit je. duduk tu memang tak boleh berenggang langsung. Papa jangan risau. Nanti kalau ada apa-apa tak kena, Mama tegur. Dah tidur. Papa tu kena banyak rehat. Kita makin tua bukan makin muda.”

                Pipi Papa, Mama usap perlahan.

                “ terima kasih Mama.. Papa sayang Mama. I love you.”
  
              Terasa wajah diserbu darah. Nasib baik dah gelap. Kalau tak makin bertambah blushing nya. Dah lama Papa tak ucapkan kalimah tu.

“ Papa... Zuan nak tidur dengan Nuha!”

                Papa yang mendengar terkejut. Masih memandang anak-anaknya yang masih erat berpegangan tangan.

                “ Zuan kan dah besar. Nuha pun. Tak elok boy dengan girl tidur sama-sama.” Papa cuba menerangkan kepadanya. Budak tujuh tahun. Manalah faham apa-apa.

                “ Papa dengan Mama boleh.” Dia masih berkeras.

                Kenapa sekarang Papa nak mengasingkan biliknya dan Reynuha. Dia tidak faham. Sebelum ni Papa izinkan je mereka tidur bersama.

                “ Zuan... Papa dan Mama kan dah kahwin.” Papa masih cuba memujuk. tahu sangat dengan perangai degil anaknya.

                “ Kalau macam tu, Zuan nak kahwin dengan Nuha!”

                Mama ternganga. Reynuha sudah tersenyum malu. Berlindung di sebalik belakang heronya.

                “ Nuha nak kahwin dengan Zuan?” Mama menyoal.

                “ Nak...” laju Reynuha menjawab.

                Papa dan Mama saling berpandangan. Hailooh... Budak sebesar ni nak kahwin? ingat hal nikah kahwin ni perkara kecil ke?

                “ okay.. nanti dah besar sikit baru kahwin ek? Sekarang ni kecil lagi. kena tidur asing-asing dulu ye?” Papa cuba memujuk.

                “ tadi Papa kata Zuan dah besar.”

                “ besar lagi sikit.” kembang senyum pada dua wajah kecil tu.


Hmmm... Papa hela nafas panjang. Mencium dahi Mama. Zuan... Nuha...

                “ Pa... jangan risau sangat. Papa buat mama sedih macam ni.”

                Mama usap pipi Papa. Tahu papa belum boleh lelapkan mata lagi. cuba mengurangkan kerisauan tu. dia tarik nafas dalam. Mengumpul kekuatan.

                “ Pa, I love you too.” Terasa macam seluruh darah berkumpul di muka. Dalam samar cahaya, mama nampak senyuman terbentuk di bibir Papa.

8 comments:

  1. ye ...1st tekan (suka-suka!)

    ReplyDelete
  2. weeeeeeeehoooo ..
    sukalah tgk dorang gadoh ! gadoh manja tu.
    =))

    ReplyDelete
  3. huhu...kenapa..?..kenape..?
    kenapa citer nie bessssttt sangat..?
    sambung lagi ek... ;)

    ReplyDelete
  4. uik...mahu dijodohkan kaa??
    haha..
    mama n papa nie buat aku yg blushing plak..
    adehh..

    ReplyDelete
  5. so nice..
    amboi nuha ngan zuan ni..
    kecik2 nak kawin ya

    ReplyDelete
  6. ape yg papa n mama buat? sgguh sy curious! huhuhu...mao lg!

    ReplyDelete
  7. yg lawaknyer dioang hantar mesej gne kertas.. hahahahahahahhaha :)balas2 pantun plak.. haha

    ReplyDelete