Friday, May 28, 2010

Hero Heroine [11]

Bilik sebelah masih gelap. Kejut ke tak? tak kejut ke kejut? Kalau dia tak kejut, minah tu akan Subuh gajah dan dia dapat saham sekali. Kalau kejut, dia kena tengok muka gadis tu dan potensi untuk dihentam tu tinggi.

                Arghhh... siapa suruh buat perangai lagi. sebab sakit hati kena tendang jatuh katil, dia marah gadis tu. Bila mak cik tu merajuk, dia lagi tambah garam. Bukan reti nak pujuk.

                Bismillah... dia pulas tombol pintu. Aik? Selalu kunci. Hari ni tak pula. okay juga. Tak adalah kerjanya nak memanjat balkoni setiap kali pintu tu berkunci. Setakat ketuk dari luar, manalah sedar minah tu. tidur macam dugong.

                Gelap! Dia menyalakan lampu meja tepi katil. kalau buka lampu bilik, mahu berasap mak cik tu. nanti dia yang bakal kena tendang lagi.

                “ Nuha...”

                Kaki kanan digoncang lembut. dipanggil sekali lagi. kali ni kuat sikit dari tadi.

                “ Nuha... bangun!”

                “ ehmmm...” beralih posisi. Mengiring ke sebelah kiri.

                Comforter yang elok menyelubungi ditarik dengan susah payah. Nak jaga macam mana kalau aircond tu suhu nak masuk takat beku lepas tu berselubung dalam comforter. Memang nikmat tidurnya.

                Uoihh... bulat matanya. Cepat-cepat dia tebar balik comforter macam tebar jala. Mak aii.. betul ke Nuha tu? salah masuk bilik? tapi rumah ni ada cuma ada satu bilik anak dara iaitu bilik ni laa.

                Pap... dia ‘on’kan suis lampu. Dia salah nampak kot. Dalam gelap, macam-macam yang terbias di mata.

                “ ehmmm...” gumpulan comforter ditarik menutup mata yang silau.

                Redzuan terkaku seketika. Jantung berdegup bagai nak gila. Oh tuhan... ini memang dugaan. Makhluk Tuhan paling seksi depan mata.

                “ Nuha! Bangun!”

                Pap! Dia tepuk peha kanan kuat-kuat.

                “ auww... saakhit laa.”

                Memisat mata dalam kesilauan. Dia bangkit dari baring. Duduk berjuntai kaki di birai katil. tangan sedang mengusap peha. Pedih. Tampar sekuat hati nampak.

                “ Bangun! Jangan tidur balik.”

                Redzuan berlalu. Bersandar di luar pintu kamar. Memegang dada menahan jantung daripada melompat keluar dari sangkarnya. Jadi betullah Reynuha sudah kembang menjadi bunga di taman. Muka terasa panas.


Anak tangga dituruni dengan laju. Tersenyum riang. Kenapa? Sebab hari ni rasa mood dah ok balik. Malaslah nak layan perangai tak sopan En. Redzuan tu. Kalau dia terus bad mood pun bukan ada kebaikan. Buat tambah sakit hati je.

                Kerusi meja makan ditarik. Redzuan sedang merenung bihun goreng dalam pinggan. Papa belum nampak batang hidung lagi. Mama masih ulang alik dari ruang dapur ke meja makan.

                Nescafe dituang ke dalam cawan. Ditiup-tiup sebelum dibawa ke pinggir bibir. ehmm.. Redzuan yang masih berteleku dipandang. Apa kena? Tak kan terlena depan pinggan.

                “ Auww... Nuha!”

                Peace! Dia sengih tak bersalah.

                Redzuan mencebik sambil tangan kiri menggosok betis. Sakit kena sepak.

                Telur mata diletakkan atas meja. Memandang pelik dua anaknya. Selalu bukan pernah duduk diam macam ni. ada je yang nak dikecohkan.

                “ Ma... gi shopping nak hari ni?”

                “ tak de kelas ke?” dia geleng.

                “ nak beli apa?” Mama tarik kerusi. Duduk di meja makan. Sekarang hanya menunggu Papa turun dari bilik.

                “ orang nak beli adik-adik.” Bihun dicedok ke pinggan.

                “ hmmm... ye lah.”

                “ Apa tu?” Redzuan bertanya. Dia tak faham dan rasa macam nak tahu.

                “ tak payah sibuk!” Reynuha jelirkan lidah.

                “ Ma... adik-adik tu apa? Makanan ke?” dia beralih kepada Mama yang hanya tersenyum.

                “ Kenapa Zuan nak tahu?”

                Ish... dia mencebik. Kenapa Mama buat pakatan dengan Reynuha pagi-pagi macam ni. Mama senyum. Berlalu ke dapur. Lupa nak ambil sos.

                “ Nuha... apa tu?” Dia pegang tangan Reynuha yang mahu menyuap bihun ke mulut.

                “ Hishh... bra. Kenapa? Kau nak ikut?”

                Terasa telinganya panas. Reaksi muka dia dah pandai kawal. Telinga je mesti jadi merah dah saat ni. aduh! Menyesal tanya. Cawan air dibawa ke mulut. Bayangan makhluk Tuhan paling seksi pagi tadi menerjah minda.

                Reynuha gelak. Tahu pun malu. siapa suruh berkeras sangat nak tahu. Aik? Tapi kenapa merah sangat.

                “ eiii... kau fikir lucah ek?” jari telunjuk menunding ke muka Redzuan.

                Uhuk.. uhuk.. Dia gosok dada sendiri. Hei! Ayat yang sungguh tak senonoh. Dia besarkan mata. Reynuha makin galak ketawa.

                “ Ma... Zuan kan...mmm... mmm”

                Tangan yang sedang menekup mulutnya ditampar. Sedaya upaya melepaskan diri. Hinggalah gulungan surat khabar menyentuh kepalanya dan juga kepala Redzuan.

                Dia tayang sengih. Redzuan sudah angkat cawan. Papa tarik kerusi.

                “ Pagi-pagi dah gaduh. Macam manalah korang ni boleh aman sampai ke petang. Depan sarapan pulak tu. nikahkan sekali lagi baru tahu.”

                Masing-masing senyap. Mama kembali dengan sos di tangan dan bibir yang terhias senyuman.

                “ tak ada kelas hari ni?” Papa bertanya. Dua-dua masih berseluar pendek je.

                “ Nope...” Redzuan geleng kepala. belum fikir lagi nak buat apa. Ingat nak ajak minah tu main PS tapi dah dia nak keluar shopping.

                “ Haa Pa... Nuha nak pergi shopping. Nuha nak angkut Mama sekali. Rumah biar abang Zuan kita jaga.”

                Papa pandang wajah Reynuha.

                “ Bolehkan Pa?” mama pula bersuara. Papa hanya mengangguk.

                “ tapi Zuan ikut sekali lah. Mama ingat nak shopping groceries sikit. tukang angkat barang.”

                “ Ok...”sepatah. dia memang tak kisah.

                “ alah Ma... Nuha kan boleh angkat. Tak payah lah bawak Zuan.” Dia tarik muncung. Macam mana nak shopping kalau mamat tu ada sekali. Malulah nak beli adik-adik depan Redzuan.

                “ tak pe la. alang-alang dah Zuan ada. Dia pun nanti membuta je duduk rumah.” bila Papa dah menyokong, dia tak boleh nak kata apa.

                “ Nanti drive kereta elok-elok. Kereta bukan macam moto boleh nyelit-nyelit.”

                “ Yes boss!” dia angkat tabik. Peringatan Papa menyelit dalam ingatan.

23 comments:

  1. oh my...nuha tdo pkai seksi sgt la ni...
    huhuhu..
    sbar zuan...hehehe
    btw, nape pa kte "nikahkan sekali lagi baru tahu"??
    dorg da nkh ke??
    hurm...knfius..

    ReplyDelete
  2. tu la nk tny....diaorg ni dh nikah ya?bgs jgk cm2.xmo la balqis or mamat kna helmet tu kaco

    ReplyDelete
  3. "Kalau dia tak kejut, minah tu akan Subuh gajah dan dia dapat saham sekali."
    haaaaaaaaaaaaa slalu hubby kn kna tggung dosa wife klu xsmyg.hahahha

    ReplyDelete
  4. hak3....abes la jntung red..bakal2 tak dapat bfungsi ngn baik tu.. ne tau ade sindrom2 bakal muncul..ngeee.... suke2...
    tula konon nk igtkn org len yg rey tu gurl.. kan da tkene sdiri bile tgok mhluk tuhan paling esksi tu..
    ekekekek

    ReplyDelete
  5. hohohoh....
    nikahkan je la dorg 2....
    red brdegup jntung...
    mcm lain je 2...

    ReplyDelete
  6. adakah mereka sbnrye tlh berkahwin?? n mrk tau mrk dh kawin?? ayat mama itu sgguh mencuriouskn sy! huhuhu...haa...red..msk lg blk pmpuan..kn dh terkesima..ahaha

    ReplyDelete
  7. o-o..
    mesti seksi meksi makcik tuh..

    ReplyDelete
  8. aah..
    btul2..
    mkin menarik ar cter nie..
    terbaik ar recounter rant..

    ReplyDelete
  9. amboi red.............tak syg mata..........
    mesti dah terjatuh hati bila dah terpandangkan nuha yg rupa2nya cantik bak seorang puteri.....even dia kasar................
    apapun, akak follow.................

    ReplyDelete
  10. aaaa\o\ makin menarik..
    red pun da pndai ye..
    huhuhuuu~

    ReplyDelete
  11. "..nikahkan sekali lagi baru tahu."

    eh? diorang ni dah pernah nikah ke before this?
    makin menarik ni..
    =))

    ReplyDelete
  12. waaaa..
    sgt membunuh la n3 nie..
    curiosity kills the cat gtuh...

    dorang dah nikah??
    n3 nie byk sgt clue yg dorang da kawen..

    mle zuan kte dye akan dpt saham kalau nuha tak solat..
    second,papa kata nikah kan lagi sekali baru tahu..

    tpi gaya papa tu macam dorang da cerai..
    ahaaaaaaa..bile nk jun nieh..

    ReplyDelete
  13. dieorg da kawen????
    bstnyer3...
    xde la balqis bleyh mnggedik hahaha

    ReplyDelete
  14. rse cm dorg ni da kwin la..
    klu x,xkn la ma n pa sng2 je bgi dorg nie rpt...
    btol x??
    g klas sume 1x...
    even kjut kan sbuh pon zuan y kjutkan...
    klu adk bradik tri je,xkn la ma n pa bgi msuk blik suka suki...
    kt umh pon pkai suar pndek...
    hai....pening2...
    cpat la cik noory smbg...

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. emmmmmmmm...
    ble nk jun nieh..huhu..
    menarek nie..
    agk2 mse umo bpe la dorg kawen???..hehehe..

    ReplyDelete
  17. diorg da kawen ker...??
    byk persoalan nie,,,

    best2,,,,
    nk lg,,,

    ReplyDelete
  18. byk btul p'soaln nk tny p sume org dh tny..nk bt cmne kn?? p tlg lh jwb..giler mmg curiousity kill the cat..x sbar nk tau nxt n3 ni..cpt2 smbg eh..

    ReplyDelete
  19. cepatlah sambung... best citer ni. dah bnyk kali ulang dah.. ni dah masuk Jun.. hehehehe

    ReplyDelete
  20. betul la diorang dah nikah..
    huhu

    ReplyDelete
  21. dah agak dah diorg dah kawin...kalu x xkan lah sng2 jer nak pegang2 n red tu msk blk rey...

    ReplyDelete
  22. cepatla sambung cik writerrrrrrrrrrrrrr
    da berjanggut tunggu niiiiiiiii

    ReplyDelete