Thursday, June 10, 2010

Hero Heroine [14]

Kelvin yang tersenyum ditarik duduk. Tak sempat saudara baru tu nak bagi salam.

                “ hey... sabarlah kawan.”

                Dia hela nafas berat. Macam mana nak sabar. Hal ni hal berat. Kelvin pula macam sengaja nak melengahkan masa. Order minuman segala.

                “ why? You look like itik beranak telur.”

                Dia gelak kecil.

                “ kalau tak pandai tak payah lah cakap. ayam berak kapur okay?”

                Kelvin ketawa lepas. Okaylah. Kawan yang depan dia sekarang ni memang nampak sangat serabut. Sewaktu nak ambil SPM pun tak lah muka sekelat ni.

                “ Kelvin... arghhh... don’t know how to tell you.”

                Redzuan tundukkan balik kepala. rasa macam nak hantuk ke dinding. Dia perlu berkongsi rasa ni tapi... malu lah.

                “ Ke-na-pa?”

                Sepatah-patah dia sebut. Sekejap nampak tak sabar benar nak cakap. lepas tu buat muka monyok balik. Macam mana nak tolong kalau masalah apa pun dia tak tahu.

                “ Okayla..mmm... I kiss her.” Selepas berdesis beberapa kali.

                Bulat mata Kelvin. kiss her? Hmm.. bukan kat pipi kan?

                “ so she’s angry?”

                “ No... I kiss her masa dia tengah tidur. Ya ALLAH! I just don’t know what to do.”

                Kelvin ternganga. Impressive. Langkah berani mati nampak.

                “kenapa?”

                Redzuan angkat muka. Kenapa? Dia pun tak punya alasan. Dia tak sedar. Mula-mula dia tengok je muka minah tu tidur. Lepas tu dia sedar masa dia tengah cium. Tangan sendiri pun dah tak tahu merayap ke mana. Teruslah mencicit dia lari.

                “ tak tahu... sekarang rasa macam nak terjun longkang. Rasa kekok dah nak face to face dengan dia. dah lah hari tu tertengok dia punya. seminggu tak selera makan.”

                Kelvin kerut dahi. Apa ni? tak faham pula jalan cerita ni.

                “ you peeping at her, bathing?”

                “ No!”

                Dia terjerit. Membuatkan beberapa pasang mata mengalih pandang seketika.

                “ then how you get to see her tuuuuut?”

                “ Hey! Just a glimpse and accidently okay.”

                Siapa suruh minah tu tidur pakai sphagetti je. dah lah tak pakai ‘adik-adik’. Dia cuma menjalankan tanggungjawab biasa kejutkan minah tu bangun.

                “ owh... so lucky!”

                Pap.. dia tendang kaki Kelvin yang sedang senyum mengejek.

                “ relex lah kawan. Bukan dosa pun.”

                Haish... dia garu kepala. memanglah tak dosa tapi... dia tak ada daya nak berdepan dengan gadis tu. sekarang ni jantungnya selalu sangat berlari kencang bila tertengok je muka si dia.

                “ tak boleh lah Kelvin. I’m still not in ease. Nak buat apa ni?”

                Kelvin turut garu kepala. apa lagi boleh buat selain buat bodoh je? benda dah jadi. Tak boleh nak ubah apa pun.

                “ you got two choice. First: forget everything, second: go a step further. Alang-alang dah kiss kan.”

                “ Kelvin! you... jangan main lah kawan.” Terasa macam darah menyejat di muka.

                “ Kawan... she’s your wife! That’s what married do.”

                Wife? Kalaulah semudah tu.


Menggeliat kecil. Mata ditenyeh dengan tangan. Malasnya nak bangun. Dah lah mata macam ikan buntal. Bengkak semacam. siapa suruh semalam menangis tak ingat dunia. 

                Sekurang-kurangnya perasaan dah lega sikit. tapi masalah belum selesai lagi. dia duduk di birai katil. Muka jam ditenung. dah sepuluh pagi.

                Hmmm... rasa macam nak tidur lagi. subuh tadi dia terjaga sendiri. Lepas Subuh, mata yang bengkak tak berapa nak boleh buka membuatkan dia sambung lena.

               Mana Redzuan? Selalu mamat tu dah bising kalau masa ni dia bergumpal dalam selimut lagi. walaupun Mama selalu pesan tidur lepas Subuh tolak rezeki, dia selalu sangat buat. Padanlah dia kurang cerdik berbanding mamat tu yang paling gembira bangun pagi. Ilmu tu rezeki jugak kan.

                Mengingatkan semalam, dia malu juga. Sesuka hati je tidur peluk mamat tu macam zaman budak-budak. Sekarang dah besar gedabak ni mana pernah buat lagi. semalam lah pertama kali. Gila juga bila fikir balik.

                Dah lah siap mimpi macam kena cium. Haila... gatal pulak anak Mama ni. padanlah mama dah suruh kahwin awal-awal. Arghh.. bangun, bangun! Lambat-lambat dia capai tuala di rak penyidai.

                Usai mandi dia berdiri depan cermin. Betul ke dia sangat menyerupai lelaki?

                Rambut pendek? Model majalah ramai je rambut pendek. Tapi orang masih boleh kenal itu perempuan.

                Body? Memanglah dada dia leper banyak berbanding Mama tapi masih ada. Diorang semua je tak nampak. Buat apa nak tunjuk.

Pakaian? Setakat jeans dengan t-shirt apalah sangat. Bukan ada akta kata tu pakaian untuk lelaki je.

Kawasaki yang dihak milikkan padanya? Hmmm... perempuan pun boleh naik moto besar juga.

Arghh... dia sebakkan rambut. Dah lah. malas nak fikir! Apa-apa pun kena sarapan dulu. Perut dah berkeroncong lagu buat Ana ni.

“ Ma...”

Mama yang sedang mengemas di ruang tamu dihampiri. Bukan mengemas tapi macam lagi menyepahkan adalah. Aik? Album gambar.

“ Nuha... lambatnya bangun. Lapar lah tu.”

Tangan Mama masih lincah membelek album gambar. Gambar zaman bila lah tu?

“ Mama tengok apa?”

Dia dah menyelit di belakang Mama. Dagu dipanggung pada bahu Mama. Wei... buntang matanya. Kenapa  mama tengok gambar ni?

“ semalam... Nuha dengan Zuan tidur sekali ek?”

Err... macam mana nak jawab? Tidur sekali tapi dia yang lena dulu. Bila jaga Subuh tadi, mamat tu dah lari.

“ Bantal peluk je Ma...” dia mengomel perlahan.

“ alaa... ingatkan dah boleh dapat cucu.”

“ Ma....”

Dia kuatkan suara. Mama jangan nak mengarut. Cucu? Dia dengan Redzuan? Hmm.. boleh ke dia nak mimpi? Kalau dulu boleh jugaklah nak berangan. Tapi sekarang? Hati Zuan dah dihuni orang.

“ Nuha... bila nak berubah? Nuha tak sayang Zuan? Nuha tak nak hidup macam orang lain? Kahwin. Bercinta. Ada baby. happily ever after?”

Mama pandang wajah anak gadisnya. Tangan Reynuha diusap lembut. ni lah satu-satunya harta arwah Razali yang dia punya. walaupun lelaki tu dia tak cinta tapi dia seorang lelaki yang sempurna. Sayang hayatnya tak lama.

“ Ma...”

Bukan dia tak mahu tapi kalau jodoh dia bukan dengan Redzuan? Kalau dia jatuh hati pada lelaki lain? Kalau Redzuan sudah punya puteri idaman? Boleh ke dia putuskan hubungan suci tu tanpa lukakan hati Mama dan Papa? Boleh ke mereka bersemuka sebagai adik-beradik tiri?

“ Red?”

“ hmmm...”

“ we’re married, right?”

“ seem so. Kenapa? Tak suka?”

Suka ke? entah... tak ada perasaan. Tapi sekarang Mama dah tak halang dia menempek di tepi Redzuan. Papa pun dah tak bising bila Redzuan panjat balkoni masuk bilik dia. dia dah boleh peluk lelaki tu. Redzuan pun dah bebas nak geletek dia sampai berguling-guling.

“ you love me?” muka Redzuan dipandang.

“ more than a buddy do. Now, let you take your time. all you want.”

“ even kita dah berkedut?”

Redzuan garu dagu. Hmm.. lama sangat ke nak tunggu Reynuha terima hubungan baru mereka?

“ until we love somebody else.”

Sekarang, dia dah tak ada peluang kan? Hati Redzuan dah punya tuan. Salah sendiri yang tak sedar rasa hati.

“ Assalamualaikum!”

Redzuan muncul di ruang tamu. Senyuman yang terukir hilang tatkala mata bertemu pandang.

“ Zuan keluar ke? mama ingat tidur lagi.” Mama sudah menyusun kembali album yang bersepah tadi.

“ jumpa kawan. Naik dulu Ma.”

Jumpa kawan? Hati terasa sayu bila Redzuan langsung tak mengendahkan dia. mungkin ini masa untuk dia mencari cinta.

27 comments:

  1. huhu~
    akhirnya.. kuar gak n3 baru

    hehe.. sperti yg dijangkakn
    iorng da kahwin.. ske3x

    smbung lagi bleh x?

    ReplyDelete
  2. waaa.......... betul la ade yg teka dorg dah kawen.. nape sy xdpt jgka ek..ish3..xleh jadi neh..kne mntap kn skil meneka neh..hahahaha
    nak lagi......

    ReplyDelete
  3. uish.jgn la nuha cr cinta laen.red plez do sumthin.cepat cepat.

    ReplyDelete
  4. masalah btol la zuan nih.
    cakp la yg u love her, ??
    cian nuha.
    nnti x pasal2 terjth cintan ngn tazz, cana..
    gigit buku la hang..
    ish..sedey nye.

    ReplyDelete
  5. hahaa. thought so. patutlaa mcm tade batas je diorg nie.
    alaaa nuha, jgnlaa cari lain pulak. ngeee

    ReplyDelete
  6. homaigod !! dorang memang dah kawen??
    wow!! i loikeeeeeeeee ..

    alahai Red ni, boleh pulak jawab mcmtu!!

    ReplyDelete
  7. OMG ..XSANGKE LANGSUNG Dorang daa kahwin

    ReplyDelete
  8. Oh gosh, dorg mmg dh kawen eh.
    Patut la selamber je b'dua.

    ReplyDelete
  9. cik penulis...tolonggggggggggla jgn biar diaorg2 ni bcinta ngn org lain.cian sy ni ha

    ReplyDelete
  10. akhir nyer terjawab suda hbgn diorg,,,

    nk rey + red jer,,,

    xnk org laen,,,,

    ReplyDelete
  11. yeyeyeye!! mmg dh agk dorg dh kawin! tp nk jgk tau cmne dorg leh kawin 2..ehehe..skenye dgn hakikat ni..ngeh2..em..nuha jgn la bmbg..zuan is yours la..

    *cik pnulis..take ur time k? blajo 2 pnting..kami phm..kami akn setia je tggu n3 baru..hehehe

    ReplyDelete
  12. aawww..i likee..
    dorang dah sedar status..HAHAH..
    suke2...
    nuha sudah berfikir2 nmpknyee..
    zuan,make a further move la..
    sayang nuha kan..?

    ReplyDelete
  13. btol la dorg da kawin!!!!!!!!
    ptt la ma n pa wat slmbe je...
    huhuhu..

    ReplyDelete
  14. Dah kahwin rupanya Red dgn Rey :D
    Suka-suka!
    Best :)

    ReplyDelete
  15. owh , dah kahwin dah . suda agak dah .

    ReplyDelete
  16. oh no!!
    tamau la nuha cari len..
    zuan ni..
    trus terang la

    ReplyDelete
  17. bes.......................

    ReplyDelete
  18. hah btul lh dh kawin..t'jwb gak p'soaln kn....
    nuha jgn fikir bkn2 k..4 me, klu dh jd hubby 2 means u got billions chances 2 tackle him...

    ReplyDelete
  19. yey....nuha dah jatuh cinta kat red..
    nak iorang berdua je..
    rey+red...happy alwazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..
    :)

    ReplyDelete
  20. aku nak they together~~ tak kisah pa ko buat aku nak ending dia bersama~~ namo mereka~~

    ReplyDelete
  21. hahahaha.. dah kawen rupanya...
    hehehe

    ReplyDelete
  22. bila dia orang ni kahwin? ke akak yg ketinggalan

    ReplyDelete
  23. SAMA LA KITE,,,,x th part mane yg menjelaskan ttg hal perkahwinan mereka....apa pong..best

    ReplyDelete
  24. part mana yg mention, diaorang ni dah kahwin???? kena baca balik ni.................

    ReplyDelete
  25. ouh....
    ptot laa red ckp nuha tuh "makhluk tuhan paling seksi"...haha...
    wah! btol laa dyorg dh kawin tp bile ?

    ReplyDelete
  26. Wahh.. dah kawen.. hehe.. ^_^ .. bezz...

    ReplyDelete