Saturday, June 5, 2010

Hero Heroine [13]

                “ you love him?”

                “ I... I don’t know!”

                Selama ni dia tak pernah rasa sakit sebegini. Memang dia sayang pada Redzuan. Sayang yang lebih dari sekadar abang tiri. Cinta ke tu?

                Air mata kembali merembes. Lambat-lambat Tazz menarik kepalanya. Disandarkan ke dada. Dia hanya membiarkan.

                “ I love you!”

                Huh? Dia ternganga. telinga dia tak salah dengar ke? dia cuba nak angkat kepala tapi tangan lelaki tu lebih kejap memaku kepalanya ke dada.

                “ I know this is so wrong. We both are men but I really love you.”

                Ni lagi gila. Mamat yang tak tahu dia perempuan tapi berani mengatakan cinta. Oh! Dunia hampir kiamat.

                “ Please don’t say anything. I know you can’t accept it. We don’t know each other but the first time I saw you, my heart beating like crazy. I think I love you.”

                “ arghh...”

                Dia terus terduduk. Mimpi ngeri! Kalaulah benda tu sekadar mimpi. Macam mana dia nak menghadapi dunia? Salah dia ke seorang lelaki berubah selera?
  
              Tapi dia masih seorang perempuan. Walaupun gayanya seperti lelaki tapi dia masih perempuan sejati.  

                “ Nuha... are you okay?”

                Ketukan di muka pintu mengejutkan dia. Redzuan ! kuat sangat ke dia menjerit tadi?

                “ okay! Just a nightmare.”

                Mimpi ngeri yang sudah beberapa hari menghantui. Oh Tuhan, bantulah hamba mu ini.


“ Rey! Betul ke?” Benjamin terus duduk bertentangan dengannya. Redzuan di sebelah langsung tak dihiraukan.

                “ apa yang betulnya?” dia buat muka bosan. Salam tak ada, hal berbangkit pun tak ada tiba-tiba tanya dia betul ke tak. apa yang betul pun dia tak tahu.

                “ betul ke kau rapat dengan Tazz?”

                o..key! macam mana mamat ni tahu? Rapat? Tiga kali terserempak tu dah boleh kata rapat ke?

                “ mana kau tahu ni?”

Redzuan kerut dahi. Tas? Siapa tu? kenapa pula Reynuha boleh kenal mamat tu?

                “ everyone knows! Rey... mamat tu ada buat apa-apa tak kat kau?”

                “ hey! Tak de apa-apa lah. rumours je tu.” dia sedut sirap limaunya. Kenapa semua orang boleh tahu dan siapa mamat tu sebenarnya? Selama ni dia tak kenal pun siapa tu.

                “ tapi ada student kata dia nampak Tazz peluk mamat rambut tirai. Kat hospital. Kau lah tu kan? Kau kan bawak dia pergi hospital.”

                Bulat mata Redzuan. Peluk? Kat hospital?

                “ hey... gila ke? no such thing laa. buat apa nak peluk dia.” Reynuha pandang tepi kiri. Memori janganlah kembali. Dia tak mahu ingat.

                “ glad to hear that.” Benjamin urut dada. Lega.

                “ Tas? Care to tell?” Redzuan pandang muka bosan Reynuha.

                “ random guy yang aku baling helmet tu. he has the same Ninja.” Reynuha malas nak panjangkan cerita. Lagipun lepas kejadian di hospital tu dia dah tak jumpa mamat Tazz tu lagi.

                “ Tas? As if tas tangan?” Redzuan masih bertanya. Muka Reynuha seperti ada sesuatu yang tak kena.

                “ No laa. T.A. double Z.” Reynuha menjawab malas..
  
              “you do remember me. I’m happy.!”

                Reynuha ternganga. Mamat ni memang suka terjun dari langit. Redzuan turut terpana. Lelaki ni? lelaki pertama yang berani peluk Reynuha selepas dia dan papa. Lelaki pertama yang ucapkan I love You pada Reynuha.

                Tazz tarik kerusi sebelah Reynuha. Menghadap muka kelat tak tahu nak buat apa Reynuha.

                “ so, do you love me?”

                Srett... Redzuan sudah terduduk di lantai. Benjamin ternganga tak percaya.


Dia mundar-mandir dalam bilik. sekejap kepala dipegang. Arghh... dia garu kasar kepala. serabut! Kusut. Tak tahu nak buat apa. Kenapa mesti jadi macam ni?

                “ Tazz? Siapa tu?... Owh. Yang pakai Alfa Romeo tu kan? Sekarang dia naik Kawasaki. Dia tu... handsome!”

                “ Tazz? That Tengku Aizat Zafri? Oh my god! He’s freakin hot!”

 “ Tazz? I don’t really know him but he’s hot, cool and not a romeo. He’s perfect!”

“ Tazz? Dia tu... mana layan perempuan. Gay kot!”

“ Tazz? Syuhh... ni rahsia tau. Dia tu... gay! Asyik dengan lelaki je.”

“ I dengar oranglah bercerita. Dia tu pernah kena tipu dengan makwe dia. sebab tu sekarang dia langsung tak percaya perempuan. Sebab tu kot dia jadi gay.”

“ Tazz... rugilah. Dia tu dah Mr. Perfect tapi gay pulak. semoga satu hari nanti dia kembali menjadi lelaki sejati dan jatuh suka dengan aku. Haha...”

Ishhy.. cakap-cakap orang manalah boleh percaya. Tapi kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.  Gaya mamat tu confident semacam je. langsung tak fikir benda lain. Mamat tu anggap dia lelaki tapi masih lagi boleh mengaku jatuh cinta.

Haish! Sungguh dia tak tahu nak buat apa. Nak bincang dengan siapa. Nak mengadu dekat Redzuan, layak ke dia? hati lelaki tu kan dah berpunya.

Tuk.. tuk...

Dia angkat muka yang menekur lutut. Siapa? Tak kan tak nampak bilik dia dah gelap. Kalau bilik dia gelap, ada dua je makna. Pertama dia dah tidur, kedua dia tak nak ada orang kacau.

“ Nuha...”

Redzuan! Terasa tubir mata panas. Alahai mata. janganlah jadi cengeng macam ni.

“ Nuha... buka pintu. Kau belum tidur lagikan? We need to talk.”

Lambat-lambat dia buka pintu. Membiarkan Redzuan masuk.

“ jangan buka lampu.”

Dia duduk jauh dari lampu meja. Tak nak Redzuan nampak air mata yang sudah mula nak menitik ke pipi.

Redzuan duduk di birai katil. dia tak suka gelap. Jadi duduk berhampiran lampu meja yang menerangi seluruh bilik lebih selesa.

“kau suka Tazz?”

Reynuha yang semeter jauh dipandang. Tapi tak nampak wajah sebab sedari tadi menekur lutut.

“ tak!”

Fuhh.. hati sendiri terasa lega. Kalau tak suka kenapa mesti susah hati? Berhadapan dengan Tazz, Reynuha jadi tak menentu. Dengan Benjamin yang hari-hari mengejar boleh je dia buat tak layan.

“ why you look so sad then?”

Kedengaran Reynuha menghembus nafas dengan berat. Entah. Dia sendiri tak tahu kenapa hati kacau saat bersama lelaki tu.

“ betul ke Tazz tu gay?”

“ rumours. Jangan percaya cakap orang.”

Redzuan sendiri tak pasti. Kalau bukan gay, maknanya Tazz ada sixth-senses. Boleh meneka dengan tepat yang Reynuha perempuan hanya dengan tiga kali pertemuan.

Rakan sekelas dulu pun asyik mencari siapa Nuur Reynuha Binti Razali biarpun Rey ada depan mata. Bila dapat tahu, semua buat muka tak percaya.

“ kalau tak ada angin, pokok tak bergoyang.”

“ monyet goncang!”

Pap... kusyen segi empat menghentam kepala. dia senyum sikit. sekurang-kurangnya Reynuha dah ada reaksi.

“ Aku ke yang salah? Jadi macam lelaki sampai Tazz pun jatuh hati?”

Reynuha mengeluh. Bukan dia tak tahu perbuatan homoseksual tu dilaknat ALLAH. Bukan juga dia tak tahu perempuan yang berpakaian macam lelaki tu berdosa. Sekarang ni, dia tambah lagi dosa. Memperdayakan kaum adam.

Buatnya selepas ni Tazz makin tak percaya dekat perempuan, apa nak jadi? Makin menyongsang lelaki tu nanti, dia pun dapat saham sekali.

Ya ALLAH. Dia rasa bersalah. Air mata makin galak menuruni pipi.

“ Nuha...”

Dia rapatkan juga muka ke dada Redzuan. Semakin lama, semakin kuat esakan. Bahu sudah terhenjut sama. Jemari Redzuan mengirai perlahan rambutnya. Sudah berapa lama Nuha tak menangis dalam pelukannya.

“ Nuha... aku tak kata kau tak salah. Aku pun tak nak kata kau yang salah. Kau kena tanya Tazz sendiri. Tell him the truth yang kau bukan lelaki.”

Hidung yang meleleh ditenyeh pada t-shirt Redzuan.

“ mungkin ni panggilan untuk kau berubah.”

Dia terkedu seketika. Ini ke hidayah ALLAH supaya dia kembali pada fitrah.

Redzuan merenggangkan pelukan setelah gadis itu kembali tenang. Dia mahu memberi ruang untuk gadis itu berfikir. Menimbang baik buruk setiap keputusan. Andai dia memaksa, risau tulang rusuknya itu patah.

“ kau fikir lah. aku balik dulu.”

Redzuan bangkit dari lantai. Ya ALLAH tolong bantu Reynuha buat keputusan yang terbaik untuknya.

“ Zuan... please stay.”

Hujung t-shirt lelaki itu dipegang. Dia takut bersendirian.

18 comments:

  1. zuan ni..
    cakap la kat nuha..
    cian die..
    serba salah..

    ReplyDelete
  2. hohohoh...
    sweetje
    x mo la nuha ngan tazz
    walaupun Taaz 'HOT'

    ReplyDelete
  3. ape hub rez n rey actually?

    ReplyDelete
  4. Rey dgn Tazz pun ok gak ;)
    Tazz 2 mcm interesting je.

    ReplyDelete
  5. red kate tkt 'tlg rusuk die pth'?
    means they r married kn???

    ReplyDelete
  6. okayyyy
    ak rase red n rey ni mmg dh nikah
    cume mayb x oficially announce

    'Andai dia memaksa, risau tulang rusuknya itu patah.'

    hahah..ok2
    smbung2..sgt teruja nk tau kisah hidup diorg sbnrnye..

    ReplyDelete
  7. mantap la tazz..xdan pape brani je confess.. salute!

    ReplyDelete
  8. wahh!!
    byk tnde tnye nie..

    ReplyDelete
  9. betul ke red n rey da nikah...? kalu gitu lg best kot..haha..i like....

    ReplyDelete
  10. x mo la rey dgn tas tgn walopon di imaginekn tas tgn 2 perfect..nk rey dgn red jgk..! ehehe..nnt rey brubah jd nuha..mst comey!

    ReplyDelete
  11. eh.eh. mana boleh duk dua-dua.
    ehehhehe...
    sambung2. ^^

    ReplyDelete
  12. zuan bmbg tlg rsuk dia pth??
    kira cnfrm la nuha tue dia pye kan??
    tp nape nuha plak cm xtaw pe??
    klu cnfrm tlg rusuk..mkna nye cnfrm da kwin...
    huhuhuhu
    konfius....
    p/s:nuha klu xnk bg tazz kt sye...hehehe

    ReplyDelete
  13. suka suka...'
    tak nak nuha dgn taaz
    nuha ddn zuan baru bez...

    ReplyDelete
  14. ape maksudnya yang papa diorang due nak nikahkan balik sowy bab episode yang lain baru ank komen

    ReplyDelete
  15. oh dear,
    tolonglah.. taknak rey dgn tazz tu.

    ReplyDelete
  16. name kite lily

    uuuhh..i looovveeeeeeee the last phrase

    “ Zuan... please stay.”

    Hujung t-shirt lelaki itu dipegang. Dia takut bersendirian.

    ReplyDelete
  17. mmg tazz straight to the point!!!!! tarak corner2 punya!!!!!!!!!! tapi rey hrpkan the same thing come out from red, kan!!!!!!kan!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete