Wednesday, June 2, 2010

Hero Heroine [12]


suka berpada-pada
gembira biar sederhana
puji hanya untuk YANG MAHA KUASA

Kunci Kawasaki dimainkan dengan tangan. Hari ni bosan! Benjamin yang selalu ada untuk mengacau dia ponteng kelas.

                Dah lah hari ni dia bangun lambat. Sebab Redzuan yang selalu jadi jam loceng tu sakit. cirit-birit selepas keluar dengan Kelvin semalam. Padan muka! Siapa suruh tak bawa dia sama.

                Beg sandang dibetulkan. Berjalan menuju ke tempat biasa dia parking Kawasaki kesayangannya.

                Owh... Mr. Ninja. My beautiful ninja.

                Kawasaki Ninja 250R berwarna candy persimmon red tu dia usap. Masih berkilat seperti selalu. Tapi kenapa nampak macam sangat baru ni? gaya parking pun nampak lain. Ada orang usik ke Ninja dia ni? mentang-mentang dia datang seorang hari ni.

                Fullface helmet disarung. Kunci dicucuk masuk ke tempat biasa dan tak padan. Dia ternganga seketika. Kenapa?

                Pap..pap...

                Dia pandang belakang. mencari siapa yang menepuk bahunya. What? Mamat ni? ingatkan seminggu dah tak nampak, langsung mamat tu lenyap dari alam. Rupanya ada lagi.

                Dia angkat cermin helmet.

                “ Apa? Kaki kiri pulak ke patah?”

                “ heh...” lelaki tu senyum sebelah bibir. eii... geramnya!

                “ I’m the one should be asking what are you doing with my bike?”

                Huh? Kawasaki dia?

                “ sorry. This is my bike. Syuhh..syuhh...” Reynuha jatuhkan balik cermin helmetnya. Melambaikan tangan supaya mamat tu berambus.

                Aih.. tapi kenapa kunci ni tak padan. Ni Kawasaki dia kan? Warna sama. Tempat lepak yang sama. Kenapa?

                “ arghh..”

                Bulat matanya. Tangan yang memegang kepalanya ditepis. Kot ye pun nak tunjuk, tak payah lah main pusing kepala orang sesuka hati.

                Dia tanggalkan helmet. Menghadap muka lelaki tu.

                “ I’m sorry then. This bike is so similar to mine. Plus, this is my usual port. Never mind. You can take it.”

                Chiss... jatuh air mukanya. Baru dia ingat. Pagi tadi dia dah nampak Kawasaki ni ambil tempat dia. sebab tu dia kena parking jauh sikit. oleh kerana dia dah terlambat, tak sempat nak check-it out empunya Kawasaki ni.

                Mamat ni memang dengki. Sengaja je beli Kawasaki yang sama macam dia. geram betul. Tapi mesti orang kayakan. Dulu jenuh dia merayu pada Papa untuk memiliki Ninja ni. berbulan-bulan memujuk baru dapat. Padahal Papa tu duitnya berkepuk dalam bank.

                Dia tepuk kusyen Kawasaki tu sekali sebelum perlahan-lahan menapak ke arah Mr. Ninja nya. I’m sorry my baby for not recognize you. He’s so similar.

                “ I’m Tazz.”

                “ Huh? Tas... tas tangan?” dia ternganga. Tas apa? Tiba-tiba je cakap tas. Dia terambil apa-apa ke dari mamat tu.

                “ My name is Tazz. T.A. double Z..” masih dengan senyuman sebelah bibir.

                “ owh.. Ok! hope to not see you again.”

                “ that’s hurt, man!”

                “ so?” dia kerut dahi. Mamat ni nak apa sebenarnya? Terserempak baru dua kali, dah aci nak beramah mesra pula. aku cepuk jugak mamat ni. Man? Dia tak perasaan ke aku ni perempuan?

                “ friends?” lelaki tu hulur tangan.

                Sony ericsson menjerit dalam poket jeans. Dia seluk tengok. Mama call?

                “ in your dream!” dia sengih. sinis.

                Berjalan meninggalkan mamat Tazz tu. menyambung panggilan dari Mama. Tak pernah-pernah Mama mengingau call dia.

                “ Nuha... Zuan masuk hospital ni. Mama pun ada kat hospital. Nuha datang sini ek?”

                Sekejap dia ternganga. masuk hospital?

                “ teruk sangat ke?”

                “ Zuan pengsan kat rumah tadi. sekarang kena drip dekat hospital. tak adalah teruk sangat. Tapi Nuha datang sini la. rumah pun bukan ada orang.”

                “ ye la. hospital mana?”

                “ Putrajaya.”

                Amboi... sampai pengsan. Kena pergi sakat mamat ni. dia sengih. cepat-cepat mendapatkan Mr. Ninjanya sebelum memecut pergi.
               

Sekotak Cadbury dibawa dengan tangan kanan. mata melilau mencari nombor bilik Redzuan yang Mama dah sms sebentar tadi.

                Tu dia. cepat-cepat dia menapak menghampiri pintu bilik tu. bilik persendirian lagi. mengada-ngada betul pak cik tu. cirit-birit je.

                Di pintu, dia berhenti. Balqis? Kenapa gadis tu ada bersama Redzuan? Kenapa juga gadis tu sampai lebih awal dari dia? dia datang sini Mama yang telefon tapi Mama tak kenal Balqis. Maksudnya... Redzuan sendiri yang telefon Balqis.

                Oh hati! Terasa macam sembilu menikam-nikam.

                “... risau I tau. Kita makan sama-sama tapi you seorang je sakit. betul ke tak ada something serious ni?”

                What? Makan sama-sama? Maknanya semalam mereka keluar bertiga. Kejamnya Redzuan. Dia mengintai lagi. Balqis sedang mengupas epal.

                Bang... pintu ditendang. Dia masuk dengan muka yang segarang singa.

                “ Red! kau memang jantan tak guna.”

                Kotak Cadbury dilempar mengenai muka Redzuan yang masih terpinga-pinga.

                Pisau di tangan Balqis dirampas. Gadis itu sudah ketakutan.

                “ Balqis... berani kau rampas Red aku. Matilah kau!”

                Dia meluru dengan pisau terhunus di tangan. Gadis itu menjerit ketakutan. Kyahhh.... dia menikam. Darah tersembur pada muka. Spontan dia tergelak. Melihat gadis itu sudah longlai di lantai.

                “ Nuha... apa kau dah buat?” Redzuan menerpa ke arah mayat Balqis. Air mata menitis.

                “ Zuan... Nuha sayangkan Zuan... sampai hati buat Nuha macam ni.”

                Bam... kepala terhantuk ke pintu. Apa yang dia dah buat? Dia pembunuh.

                “ Nuha! Kenapa tak masuk?” dia pandang belakang. Mama.

                Laaa.... kenapalah dia boleh berkhayal macam tu sekali. Ishhh... ishhh... Nauzubillah! Ya ALLAH, janganlah kau biarkan aku bertindak mengikut hasutan syaitan.

                “ geleng-geleng pula. jom masuk!” Mama tarik tangannya.

                Balqis yang sedang tertawa, melemparkan senyuman pada dia dan Mama. Wajah Redzuan yang tadinya terselindung juga sedang tersenyum.

                “ Balqis..” dia senyum. Rasanya senyuman tu sepahit hempedu.

                “ Rey! Kenapa you tak ikut sama semalam? I rindu nak tengok muka comel you ni. ermmm... comelnya.” Balqis tarik pipinya.

                Kali ni dia senyum sumbing. Tak melawan. Kalau dia cakap Redzuan yang tak bagi macam mana? Mesti Redzuan nampak jahat di mata Balqis. Tu yang dia nak tapi dia tak sampai hati.

                “ aku banyak kerja semalam. Tak tahu pulak kau ada sama.” Kotak Cadbury diletakkan ke meja.

                Redzuan terkejut. Memandang wajah sugul Reynuha. Kenapa nadanya lain? Sepatutnya Reynuha yang dia kenal akan kata ‘ Red yang tak bagi ikut. Dia memang jahat.’

                “ alaa... coklat? Red suka coklat?” epal yang dia kupas dibawa ke mulut. Lepas dia kupas, barulah Redzuan kata dia tak suka epal. Bukan nak cakap awal-awal.

                “ tak laa. aku beli untuk diri sendiri.” Dia duduk di sofa hujung bilik. Mama ketika itu masuk ke dalam toilet.

                “ ermmm.. abang you jahat tau Rey! I dah habis kupas barulah dia cakap yang dia tak makan epal. Sedih I tau. Kena makan sendiri.”

                Balqis galak ketawa. Reynuha angkat kening. Apa yang lucunya. Memang Redzuan tak suka epal. Dia suka makan tembikai dan durian.

                “ Balqis... can you buy me some Nescafe?” Redzuan menghala pandangan kepada gadis yang sedang duduk di kerusi sebelah katilnya. Dia perlu bercakap dengan Reynuha.

                “ Oh never mind! I get it.” Reynuha pantas bangun. Balqis hanya angkat bahu. Baru sekarang dia perasaan yang Balqis dan Redzuan berkongsi satu senyuman yang sama. Senyuman yang sekarang ni menikam dadanya.

                “ Nuha...” Redzuan cuba menahan.

                “ tak pe. You need her more than me.”

                Langkah dihayun cepat-cepat. Meninggalkan bilik tu. dia memang tak diperlukan dia situ. Semakin jauh langkah semakin laju. Kolam mata dah mula panas. Air mata dah mula bertakung. Mengaburkan pemandangan.

                Bamm...

            “ hey, man.”

“ sorry!” dia terduduk di koridor. Menekur lantai dengan air mata menitik-nitik.

“ err... you? What’s wrong?”

Suara tu dia pernah dengar. lambat-lambat dia angkat wajah. Tas tangan?

22 comments:

  1. salam...
    hmmmm, msih tertanya-tanya
    apakah hbungan antara red n nuha sbnrnya?
    adakah hanya sekadar adikbradik tiri atau
    suami isteri????

    ReplyDelete
  2. alaaaaaa.
    red..pujuk la nuha..
    n balqis..
    macam ade something ngn dye nieh..huhu..
    n tas tangan..macam tak suke je tas tgn nie..
    haha.
    nak lgikk..

    ReplyDelete
  3. bole x kalau aku nk suke tas tgn tu..
    jgn wat watak die jahat eh.. pless.. hahaha

    ReplyDelete
  4. i think btol laa diorg hsband n wife en ?
    sbb nuha mcm jage bts ngan guy lain, ngan red slamber jee.
    or sebab diorg da lame sgt live tgether yg buat die slumber ? ahaha. curious~ nk lg nk lg.

    ReplyDelete
  5. berteka-teki sume ek.. hehehe.. tas, ngorat rey bg red jelesh lak

    ReplyDelete
  6. cpt2 la smbg....best ar citer....

    ReplyDelete
  7. ciannye nuha...
    jht si red neh....

    bgs gak tas tgn mncul..
    bio pdm muke red...

    ReplyDelete
  8. ak sokong...bia tas tu ngorat nuha....wat2 sweet couple dpn red...........padan muka red...nyampah lak ak ngan balqis tu....cam gedik jek...

    ReplyDelete
  9. tas tangan da muncul...
    nnt mesti red rase tgugat kan???
    hehehehe....

    ReplyDelete
  10. x ske balqis n tas tgn..pngacau tol dorg 2..cian rey..sdey die tgk balqis smpai dulu..n nnt..tlg la red nmpk rey dgn tas tgn..bior die jeles n sakit ati cm rey..ish! geram sy!! mau lg~~~

    ReplyDelete
  11. i knew it.. Balqis is Red sis right..
    Ceh terrornya akak..
    Betul ke ni????
    He. he.. he..
    Best juga ada Tas tangan biar Red jeles sikit...

    ReplyDelete
  12. ape ni???????????!!!!!!!!!!!!!!!!!
    smpai ati red wat nuha cm tue...

    xpe nuha..blas blik...
    lyan la ci tas tgn tu...

    biar red rse...bru pdn mke...

    ReplyDelete
  13. sumpah mati-idop-blik- aq bnci BALQIS!!!!!
    sioootttttt.....
    siannn nuha.....waaaaa....
    nk agy!!!!

    ReplyDelete
  14. huwah~
    ayat paling best...'You need her more than me'!!!

    ReplyDelete
  15. cepat sambung..
    x sabar nak tu yg seterusnya..hehe

    ReplyDelete
  16. aiyooooooo..
    kesian gila kat Nuha !!

    but, this Tazz guy,
    he seems nice .. heeee =)

    ReplyDelete
  17. benciiiii nyer ngan balqis
    biar red tgk rey ngan tazz
    biar red jeles....pdn muka

    ReplyDelete
  18. menarik ar watak2 pengacau nie..
    thumb up..
    like2..

    ReplyDelete
  19. rey falls in love with red..........tapi red.................mungkin merasai benda yg sama.........tapi msg2 blurrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  20. bestnye cerita nie.... cepat sambung!

    ReplyDelete