Saturday, July 24, 2010

Hero Heroine [17]

‘ mummy aku bising. Kusut! Ni malas nak balik rumah ni.”

                Reynuha kerut dahi. Apahal lagi lah mamat ni. hal mak kau nak bising dekat aku buat apa. Bukan aku boleh tolong celotape mulut mak kau tu.

                Dalam hati mengomel tapi jari tangan rancak juga membalas SMS yang baru dia terima dari Tazz. Selepas soal berterus-terang di hospital hari tu, kiranya Tazz dah jadi salah seorang teman rapatnya selepas Redzuan dengan Kelvin.

                Soal hati sekarang sudah ditolak tepi. Hanya kawan macam dia kawan dengan Kelvin. dapat layanan baik sikit dari dia layan Benjamin.

                Sekarang baru dia tahu lelaki itu sedang ambil program master. Dah di lanjut usia dua puluhan. Anak lelaki tunggal dengan tiga kakak.

                Tinggal berasingan dengan keluarga walaupun masih bujang. Dek kerana status itulah, mummynya selalu sangat membebel. Alah, ibu mana yang tak risau kalau anak dia nampak ala-ala songsang.

                “ ..ha.. Nuha.. Nuur Reynuha!”

                “ yap?”

                Wajah Mama yang sejengkal dari telinga dipandang. Tak perlu lah sampai nak menjerit di tepi telinga. Nak suruh pekak ke?

                “ kalau tak nak tolong, jangan menyibuk sini.”

                Tangan Mama lincah memasukkan bekas-bekas berisi makanan ke dalam bakul. Dia sengih sambil memasukkan handphone ke dalam poket.

                “ Nak tolong apa?”

                Mama berhenti bekerja. Memandang mukanya.

                “ kalaulah awak tanya sebelum termenung tadi. sekarang dah terlambat.”

                Auch... dia pegang pipi yang dicubit Mama. Lama sangat ke dia termenung? Mana ada. Mama saja je nak kenakan dia.

                Dia tengok jam di tangan kiri. Dah pukul 8.30. bila nak bertolak ni? katanya majlis mula pukul 9.00 pagi.

                “ lambat lagi ke Papa dengan Zuan ni? penat dah tunggu. Diorang ni lelaki ke ponpon.”

                “ apa ponpon? Ma... merahnya.”

                Redzuan terjegul di muka pintu. Masih memasang jam di tangan. Reynuha tekup telinga dengan tangan. Langkah berjaga-jaga. Mama di sinki menilik baju sendiri.

                “ Zuan pakai putih kenapa? Kan dah kata family kita pakai baju merah.”

                “ A’ah.. opps, Ma ni. Zuan kan tak kenal warna merah.”

                Redzuan menjegilkan mata. dia bukan langsung tak kenal warna. Dia keliru bila banyak warna dah bercampur. Kalau setakat Mama yang berbaju merah, bertudung merah tu memang dia nampak sangat. Kalau pelangi, dia memang tak boleh nak beza.

                “ lengan ada line merah, cukuplah tu. lagipun Nuha dah semangat merah. Seluar pun nak merah jugak.”

                Reynuha cebir bibir tak puas hati. setahun sekali je acara Family Day syarikat Papa. Apa salahnya semangat sikit. Mama dah lap tangan di tuala.

                “ dah lah. Zuan tolong Mama angkat ni ke kereta.”

                Redzuan menurut. Bakul berisi makanan dijinjing dengan berhati-hati. Reynuha turut membuntuti ke hadapan. Melencong ke sofa di ruang tamu. Papa belum turun lagi.

                “ Pa.. tahu lah awak tu tuan pengarah. Tak kan nak suruh semua orang tunggu.”

                Dia menyindir Papa yang sudah menapak turun tangga.

                “ Pandailah Nuha! Apasal merah sangat tu? kena kejar dek lembu padan muka.”

                Giliran Papa nak menyakat dia. Ishh... seluar dia bukan  merah sangat. Jeans merah darah ikan tu tak lah begitu terang sampai menyakitkan mata orang yang memandang.

                “ Biarlah. Lembu kejar, orang lari.”

                Menonong keluar dari rumah. handphone yang bergetar sebentar tadi dikeluarkan dari poket. Kereta yang sudah dihidupkan enjin oleh Redzuan diterjah. Duduk selesa di seat belakang.

                ‘ enjoy yourself. Ada minah cun, spare kat aku sorang.”

                Dia sengih. Ceh... dah tahu fobia ada hati lagi nak mengorat.

                Redzuan di tempat pemandu mengerling ke belakang. Reynuha sekarang makin asyik dengan handphone. Tersenyum sendiri. Dia melepaskan keluhan.

                Papa yang mula melangkah keluar dari rumah membuatkan dia berundur ke seat belakang. Disebelah Reynuha yang macam tak sedar kewujudan dia.


Seperti jatuh ditimpa tangga. Terpegang tahi ayam tersapu ke muka. Perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan keadaan dia sekarang. Kenapa?

                Semasa acara lari dalam guni tadi, dia hilang imbangan kerana dilanggar orang. Jatuh tergolek macam nangka yang tak masak. Balik ke rumah, konon nak tunjuk hebat. Kaki yang terseliuh diheret juga untuk panjat tangga ke bilik. Redzuan yang baik hati nak membantu ditolak.   

                Akibatnya dia jatuh tergolek-golek dari tangga. Elok-elok kaki terseliuh dah terkoyak ligament nya. Dari berbalut dengan kain, dah kena pakai cast. Dari boleh berhinjut-hinjut jalan, sekarang langsung macam dah kaki dah hilang sebatang.

                “ Tu la degil sangat. Duduk situ. Nanti Zuan tolong Nuha naik ke bilik.”

                “ yes madam!” tangan kiri diangkat untuk tabik pada mama.

                Kalau dia buat keras kepala lagi, mahu betul-betul hilang kaki pulak. dah lah telinga hampir nak bernanah dengar tiga makhluk ALLAH yang sedari tadi tak berhenti membebel.

                “ Jom.”

                Redzuan yang berdiri di hadapannya dipandang. Jom tapi duduk renung macam nak telan orang kenapa. Sekejap lelaki itu angkat tangan garu dahi.

                “ macam mana nak naik?”

                “ kenapa? Naik je lah tangga. Bukan suruh terbang.”

                Reynuha bangkit dari sofa. berpusing ke arah tangga. Tangga yang selama ni dijadikan tempat berlari nampak macam Gunung Everest. Tingginya melangit. Ya ALLAH, macam mana nak naik?

                Dia tengok tangan kanan yang sudah terlipat ke dada. apalah doktor ni. siku luka tersagat je, buat apa sampai berbalut macam orang patah. Hailooh... dia alih pandang ke Redzuan yang sama-sama tengah buntu.

                “ kau berat tak?”

                “ aihh.. apa hubung kait soalan tu dengan tangga?” dahi dikerutkan.

                “ sebab aku nak buat macam ni..”

                Redzuan yang sudah mencempungnya membuatkan dia terjerit. Terkejut dan tak sangka. Dia yang jatuh tangga, Redzuan pula yang terhantuk kepala sampai dah hilang akal macam ni.

                Spontan tangan kiri yang masih sihat walafiat dilingkarkan ke leher Redzuan. Takut jatuh lagi sekali. Redzuan bertahan dengan muka selamba walaupun telinga dah merah menyala.

                “ Pa... romantiknya anak awak!”

                Jeritan Mama membuatkan dia berpaling. Serentak dengan Redzuan.

                Snap!

                Reynuha terkedu.

                Redzuan juga sudah terkaku di tangga.

                Terkedu kerana bibirnya sudah bertemu dengan bibir lelaki itu.

                Terkaku kerana di tangan Mama, sony cybershoot sudah bertugas dengan baik.

23 comments:

  1. yesss!!!...dh lama tnggu akhirnya....mmg best

    ReplyDelete
  2. argh!!!!
    nuha tercium zuan ke???
    hahahha....
    bgus la mama ni...
    cekap merakam detik2 indah..
    hahaha

    ReplyDelete
  3. sweetnya...nak tergelak igt gelagat diorang...dah lama tungu n3 baru..akhirnya penantian trjawab...terima kasih ye..

    ReplyDelete
  4. hehehe,,,,
    sweet,,,,,
    hahahaha.....

    ReplyDelete
  5. hahahaha... sweet giler.. klako pun ye gak.. hehehe...

    ReplyDelete
  6. hahahaa chomel~ maken suke pulak due org nie.
    papa mama die sporting! sukeee :D

    ReplyDelete
  7. wawawa..
    tula..degil sangat nuha ni..
    kan da buat aksi spontan..
    malu zuan..
    thanks sis

    ReplyDelete
  8. wahhh...sweetnye! I love it..dah lame menunggu saat ni..hehehe

    ReplyDelete
  9. i like....suke sgt kt nuha n zuan..

    ReplyDelete
  10. x faham sangat la
    macam ada missing scene

    tp thanks for the post.

    ReplyDelete
  11. skenye!! mama pndai je cri time nk amik gmbo dorg! ehehe...em..jgn la d lyn sgt tazz 2 nuha..cian zuan..jeles 2...

    ReplyDelete
  12. waaa...da lame tgu ade gak entry baru.
    sweet la diorg nih..
    smbg cepat eh..xsabar nk taw next entry.

    ReplyDelete
  13. best!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  14. sweetnya.......... suke sgt entry nie.. terbayang dah muka zuan n nuha bila kena snap ...lama taw tgu n3 nie .. cam ckit sgt next time g panjang ler n3nya tambah lagi part 2x yg sweet 2x tue....

    ReplyDelete
  15. hahahaaaaaa....kantoi la pulak!!!!!!!!!!!!!!!! candid!!!!!

    ReplyDelete
  16. eee.chumel sgttt.tsengih je bace entry yg neh.hehe.thanx sbb update.^^

    ReplyDelete
  17. fly high~ nuha.. nice shoot! like it very much..
    dalam ati cam nak baling2 petals je tym aksi tu blangsung~ tq writer..

    ReplyDelete