Friday, July 2, 2010

Hero Heroine [16]

Redzuan garu dahi yang tak gatal. Saat ni, kalau boleh dia rasa macam nak buka tengkorak dan garu otak sendiri. Benda sangat tak logik. Sangatlah hairan lagi ajaib.

                “ betul kau tak buat apa-apa?”

                Wajah Reynuha yang sedang merenung ke hadapan dipandang. Risau kalau si gadis dah melakukan sesuatu yang akan memudaratkan diri sendiri.

                “ betul laa. aku just cakap aku ni perempuan...”

                Dia gigit bibir. perkataan selepasnya tu tak perlu kot bagitahu Redzuan.

                “... dan dia pengsan. Buat panik aku jer.”

                Betul. Memang dia sangat panik di taman tadi. dah lah satu manusia yang lalu lalang pun tak ada.

                “ I’m a girl...”

                Dia nampak mulut Tazz ternganga macam nak terkoyak pipi.

                “... and I’m married!”

                Tiba-tiba lelaki tu dah terbaring di lantai rumput. Ingatkan konon gimik terkejut. Sekali dipanggil-panggil tak menyahut. Nasib baik bernafas lagi. kalau tak dia humban ke dalam tasik je. konon lemas mandi tasik.

                Ye laa tu. Dia memang hampir nak menangis dah tengok kakunya Tazz di sisi. Hadoii.. boleh sakit jantung kalau setiap kali lepak dengan Tazz jadi macam ni.

                “ He’s okay. Shock je tu.”

                Tangan kanan Redzuan peluk bahunya. Cuba nak mententeramkan hati. Dia tahu tu. Memang lelaki tu tak apa-apa. Doktor pun dah cakap.

                Masalahnya macam mana nak berdepan dengan Tazz bila dia buka mata? macam mana nak jelaskan sekali lagi? yang tadi pun dah rasa macam nak gugur jantung berterus-terang. Memang bala sungguh.

                ‘hish.. tak baik cakap orang bala!”

                Dia ingatkan diri sendiri. Tapi kalau difikirkan, dah tiga kali pertemuan mereka berakhir dengan bangunan hospital ni. hmm.. patut dia sedih ke gembira?

                “ excuse me! you are Rey right?”

                Seorang wanita yang cantik berkebaya nyonya menyapa pandangan. Reynuha bingkas bangun dari kerusi menunggu. Dia mengangguk perlahan.

                “ I’m Tengku Aida. Aizat’s big sis. Thank you sebab hantar adik I datang hospital.”

                Reynuha hanya mengangguk perlahan. Menyambut salam wanita itu.

                “ he’s awake. You can see him.”

                Reynuha gigit bibir. kalau dia tak nak jumpa? Dia pandang wajah selamba Redzuan. Langsung tak memberi reaksi.

                “ I’m glad he’s okay. No need to see him. Send my regards to him please.”

                “ No.. he want to see you. Please...”

                Aiyark.. bala! Dia telan air liur. Nanti kalau lelaki tu kena serangan jantung pula macam mana? Tak pe. Ni kan hospital. doktor ramai.

                “ just go Nuha...” Redzuan menepuk bahunya perlahan. menghentikan dialog-dialog liar dalam kepala.

                “ hmm..” Reynuha mengenggam jemari Redzuan. Menyedut sedikit kekuatan sebelum melangkah lambat-lambat ke arah bilik yang menempatkan lelaki yang bergelar Tengku itu.

                “ are you a close friend?” Tengku Aida melabuhkan duduk selang satu kerusi dari Redzuan. Pertanyaan tiba-tiba itu membuatkan Redzuan kelu seketika.

                “ To Tengku...? No.. I just barely know him.” Apa pula nama mamat tu? tak kan nak panggil Tazz. Mengamuk kakak dia ni buat susah je. Baru tadi kakak dia sebut nama mamat tu. kenapalah telinga tak menjalankan tugas dengan baik ni.

                Wanita itu ketawa kecil.

                “ Just call him like you always do.. Tah, tas, tuzzzz... whatever lah.”

                Redzuan menyeringai kecil. Chiss.. buat malu je.

                “ Rey... he’s a close friend right?” Tengku Aida menyambung kata selepas ketawanya reda.

                “ Actually he is a she. She’s my sister and to Tazz, I don’t think things go very well with them.”

                Bulat mata Tengku Aida. Perempuan? Mesti ramai yang sudah salah sangka macam dia. Pemakaiannya sangat maskulin.

                “ Patutlaa. I don’t think there is a beautiful guy like him.. opps like her.”

                Wanita itu menyambung tawa. Rugi betul. Kalau dia berpakaian seperti wanita mesti gadis itu sudah punya peminat berduyun-duyun. Tapi siapa dia nak mempertikaikan pemakaian seseorang. Kenal pun tak sampai sepetang.

                “ Tazz.. did he pass out very often?”

                Redzuan sendiri hairan. Kalau orang lain mesti dah cemas macam Reynuha tadi. Ni kakak dia bukan main selamba je. macam hal ni sangat biasa. Nurse yang jaga kaunter tadi pun macam dah kenal lama dengan kakak dia ni.

                “ Not really but adalah dua tiga kali. Don’t worry. He’s... healthy.”

                He’s healthy tapi muka macam ada orang mati. Redzuan senyum sumbing. Dia tak perlu nak mengorek rahsia keluarga orang.


Reynuha tarik nafas dalam. Wahai jantung, tak perlulah kamu mahu hilang rentak dan iramanya! Dia pegang dada. huh...huh... nafas dikeluarkan dari mulut.

                Pintu diketuk perlahan sebelum dibuka setelah mendapat balasan dari dalam. Tazz sudah bersandar di kepala katil. tersenyum sekilas.

                “ please sit.”

                Dia tarik kerusi. Duduk berhampiran dengan kaki katil. tak dekat dan tak jauh sangat. Sekarang, apa yang perlu dia ucapkan?

                “ I’m sorry sebab buat awak panik. Didn’t expect it.”

                Reynuha cuba tersenyum walaupun nampak sumbing. Siapalah yang boleh jangka dia akan pengsan. Tapi Tazz dengar ke tak apa yang dia cakap sebelum pengsan?

                “ coffee?”

                “ Huh... no thanks.”

                Pelawa kopi tiba-tiba buat dia gagap je. ingat ni kedai kopi ke? ni hospital dan yang tukang pelawa si sakit. kalau yang tukang melawat pelawa boleh diterima juga.

                “ermm... I’m glad you okay.”

                Tazz menganggukkan kepala.  mengalihkan pandang ke tingkap. Berfikir.

                “ so.. you’re girl. Really unexpected. So, cinta saya bukan cinta terlarang lah. Saya tak songsang.”

                Tazz ketawa. Ketawa janggal yang membuatkan jantung Reynuha macam nak melompat keluar dari sangkar rusuk.

               “ ha..ha..ha..” Reynuha ketawa. Buat-buat ketawa. Tu je yang terlintas di kepala.

                “ this.. so awkward! You know... you’re girl and... I’m girlphobic.”

                Tu awkward kau, awkward aku kau tak nak kira? Sebab kau lah, aku dah jadi awkward macam ni. girlphobic? Ada ke istilah macam tu.

                “ I’m sorry again.”

                Tazz sudah menekur kaki yang berselimut. Hadoii.. ni yang lemah ni. buat gaya patah hati pula.

                “ so.. friends?”

                Reynuha hulur tangan. Teringat yang huluran Tazz di tapak parking motosikal dulu dia tak sambut. Rasanya pertemuan demi pertemuan cukup untuk dia istiharkan seorang lagi kawan.

                “ Friends! Lets start again. I’m Tengku Aizat Zafri. ” Tazz sambut tangan kanannya. Senyuman yang terukir pada wajah lelaki itu cukup bermakna. Senyuman gembira mungkin.

                “ I’m Nuur Reynuha Razali.” Dia tarik balik tangannya. Cukup-cukuplah pegang tu. kata fobia.

                “ Reynuha... I’ll remember that.” Tazz garu belakang kepala. tabiat ketika serba salah tak tahu nak buat apa.

                “ Just Rey!”

                Tazz bulatkan mata seketika sebelum menganggukkan kepala. elok-elok orang dah berbaik jangan nak cari pasal.

                “ Hmm... he’s your husband then.”

                Tazz yang merenung wajahnya terasa macam nak dicekik. Kenapalah dia tak pengsan saat ni? bolehlah dia mengelak soalan tu.

                “ Who’s he?” buat-buat tak faham. Tolonglah faham yang dia tak suka soal tu dibangkitkan. Cukuplah orang kenal dia dengan Redzuan sebagai kembar tiri. Tak payahlah nak hebohkan status suami-isteri tu.

                “ Redzuan?”

                Reynuha ketap gigi. Rupanya mamat ni sengaja tak nak faham.

                “ Yes and please shut your mouth up. Any rumours, friends over.”

                “ Cool babe... I’ll seal it up.”

                Tazz buat gaya sedang zipkan mulut sendiri. Diam lagi.

                “ he’s your husband and you love him...”

                Reynuha terkelu. Memang Tazz sedang patah hati sekarang.

                “... I can’t afford to make you mine. But this is my first love, maybe the only love. Can I keep it to myself?”

                Lima saat mata bertatapan sebelum Reynuha alihkan pandangan. Ada rasa sayu bertandang. Keikhlasan lelaki itu berjaya menyentuh tembok hati.

                Dia  mengangguk perlahan. maafkan dia kerana cinta tu, tak mungkin dia balas. Hatinya cuma satu dan semuanya sudah terukir dengan nama insan itu.

11 comments:

  1. o-o..
    stakat frenz ja ya nuha..
    tamau lelebih..
    nnti ngadu kat zuan..
    their so cool

    ReplyDelete
  2. huhuhu...
    tazz,i ade...hahaha..cbuk je..

    btw, bla la nuha n zuan nk cnfess ni???
    asyik mnjerut prasaan je...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  3. em..x ske tazz kwn dgn nuha..nnt mst nk jeles2 psl nuha n zuan..n nnt mst tazz akn buat zuan jeles psl nuha..eei! arap2 x g2 la..huhuhu

    ReplyDelete
  4. nice! nant mest zuan jeles~ hahaa ;p

    ReplyDelete
  5. bila red nak sedar yg rey love him very much??????!!!!! apapun, akak follow.................

    ReplyDelete
  6. xyah kwn la ngn tazz tu..nyemak je...
    biar rey n red together forever...

    ReplyDelete
  7. nsb baek dua2 phm yg diorg xley sama..
    rey just for red n red only for rey..
    that's all..

    ReplyDelete
  8. confess la rey
    ~anyway, tazz terer la boleh tahu yg zuan tu husband rey :)

    ReplyDelete
  9. warh ! sedihnyerr....
    kesian si tazz tuh...
    cinta x kesampaian laa plak...
    cari pompuan lain jela...
    nuha red yg punya...
    org len xley amek..

    ReplyDelete