Friday, April 9, 2010

Hero Heroine [1]

Dia jatuh ke lantai rumput. Patung beruangnya sudah melambungkan ke ruang udara. Serentak itu juga air mata laju menuruni pipi.

                “ bagi balik Coco! Coco! Korang jahat.”

                Saat dia menerkam ke arah mereka, dia jatuh lagi. Ketiga mereka sudah  ketawa terbahak-bahak. Mentertawakannya.

                “ budak tak de papa. Ne! Ne! Ne! tak de papa.” Si gempal berbaju merah sudah menjelir-jelirkan lidahnya.

                “ Nuha lembik! Nuha lembik” si baju kuning menambahkan kesedihannya.

                “ adoi!” si baju hijau sudah menggosok belakang kepalanya. Ishh.. siapa yang baling bola tadi?

                Dia dah berhenti menangis bila ketiga-tiga pembuli tadi sudah terkelu lidah. Dia lap air hidung. Menghalakan mata ke arah  yang dipandang ketiga-tiganya. Di hujung taman, si seluar pendek berdiri kaku. Muka tanpa perasaan.

                “ eii.. budak! Kau nak kena belasah ke?” Si gempal sudah melemparkan Coco ke rumput. Berjalan menghala ke budak seluar pendek.

                Dia merangkak menghampiri Coco. Laju beruang coklat itu dirapatkan ke dada. Dia menyoroti hujung taman. Tiga lawan satu? Adakah itu superheronya?

                “ Budak-budak ni. buat apa tu?” Jeritan seorang mak cik memberhentikan tumbukan yang bertalu-talu mengenai tubuh si seluar pendek tadi. Laju si gempal berlalu dengan rakan-rakannya.

                Si seluar pendek berdiri. Mengesat lelehan darah pada hidungnya. Tiga lawan satu? Dia tidak berdaya. Saiznya lebih kecil berbanding mereka bertiga. Matanya terpaku pada si baju kelabu dengan beruangnya.

                “ Jom.” dia tarik si baju kelabu bangun. Berpegangan tangan menghala ke jalan raya. Mendekati rumah bercat krim beratap biru.

                “ Papa...” dia berhenti di hadapan Papa yang leka memotong rumput.

                “ Zuan!” Laju Papa berlari ke arahnya. Membelek si anak yang sudah terluka. Sempat matanya menjeling pada si comot berbaju kelabu di belakang.

                “ siapa tu Zuan?” Papa senyum pada tetamunya.

                “ awek.” Itu yang didengar dari si gempal tadi.


Dia panjat balkoni ke bilik sebelah. Dasar tidur mati. Dah dikejutkan berkali-kali pun masih liat nak bangun. Tingkap kaca yang tidak berkunci dibuka.

                Masih elok berbungkus dalam selimut. Dikepala, headphone elok tak berusik. Patutlah tak dengar langsung.

                Dia menghampiri katil. MP3 yang bersambung dengan headhone dicapai. Dia sengih jahat. Laju tangan naikkan volume sehingga ke maximum.

                “ arghh!” Headphone tercampak ke lantai. Si dia sudah terduduk dengan mata yang buntang.

                “ Bangun!”

                Laju berlalu ke pintu yang berkunci dari dalam. Dia keluar.

                Argghh.. gila punya taktik. Mau pekak jadinya. Dia bingkas bangun. Jam dikerling. 8 pagi? Isnin? Aaa.. laa.. makkk!

Laju tuala disambar. Mencicit ke bilik air. Hari ni ada kuliah. Dan nampaknya memang akan lambatlah ni.

                Skinny jeans kelabu disarung ke kaki. T-shirt putih Baby Milo pula dicapai.  Rambut yang sudah dikeringkan disapu gel. Disikat seperti selalu. Jaket coklat disarung tanpa dibutang.

                Stokin dalam laci meja dicapai sepasang. Alat tulis dicampak ke dalam beg sandang coklat. Juga senaskah testpad. Helmet atas almari pakaian diambil.

                Dia tutup pintu bilik. Berlari menuruni tangga sambil mengerling jam di tangan kanan. 8.20 pagi.

                “ Nuha... sarapan!” Mama memanggil dari meja makan. Dia berlari ke sana. Susu diteguk perlahan tanpa duduk.

                Pukk.. adoi! Nasib baik tak tersedak. Papa mengetuk kepalanya dengan surat khabar di tangan. Sengih tanpa rasa bersalah.

                “ bye pa..” tangan papa dicapai. Dia capai roti bakar dalam pinggan lalu digigit. Mama yang baru selesai menuang kopi ke dalam cawan menggeleng. Dia cium tangan Mama dengan roti yang tersungging di mulut.

                “ Bangun lambat lagi. Jenuh nak mengejutkannya. Subuh pun tak lah tu.”

                “ cuti lah Ma.” Dia jerit dari pintu depan.

                Dengan roti tersumbat dalam mulut, dia capai Converse dalam rak. Aik? Kenapa sebelah merah sebelah hijau talinya ni?

                “ Red!!!” dia seru satu nama.  Tak mengjenguk pun. Dah lah buta warna, pekak pulak tu. Dia bawa kasut tu keluar rumah.

                “ Red!” elok bersantai atas Kawasaki yang sudah dihidupkan enjin.

                “ Salah tali kasut lah. tak perasan ke?” dia tunjuk juga tali yang kontra warnanya walaupun dah tahu mamat tu tak dapat nak beza.

                “ tibai je laa. malas nak buka.”

                Dia sarung juga. Bukan benda baru pun tapi masih juga nak bawak bergaduh dengan mamat tu. Selesai ikat tali kasut, fullface helmet disarung ke kepala. Redzuan juga sudah menyarungkan helmetnya.

                “ Jom!” Kawasaki Ninja 250R tu menderum pergi.

11 comments:

  1. baru episode 1 dh best..hahaha...
    nuha n red adek beradik btol ke angkat??tertny2...hoho..

    ReplyDelete
  2. hohohooh...
    nice story....
    tp curious...
    nuha ngn zuan 1 umah ke....
    best2x..

    ReplyDelete
  3. zuan ngn nuha nie adk-bradik tiri ker?
    xpon si nuha tu adk-bradik angkat dlm family zuan??

    x sbr nk tau slps nie nyer epsod..
    huhuhuh
    best!

    ReplyDelete
  4. baju kelabu tu sapa pulak?

    ReplyDelete
  5. budak kecik ngan coco dia tu sapa ye?zuan ngan nuha adik beradik kandung ke angkat....apa2 pun permulaan yg menarik...sambung lagi...and thanks noory utk novel terbaru ini.

    ReplyDelete
  6. baju merah, kuning, hijau: pembuli2
    bj kelabu: the girl
    seluar pendk: the hero
    coco: the bear.

    yg lain2 x leh jwb lg... nk tau, tunggu!

    ReplyDelete
  7. ahaa..
    rasanya nuha the girl..
    red the hero..
    yg si suar pendek bwk the girl blk rumh is nuha..
    n parents red amek nuha as anak angkat?

    memandai je wat hypothesis..ekekekke..
    best2.

    ReplyDelete
  8. CURIOUS!!!!! hehehe...waitying 4 de new n3...

    ReplyDelete
  9. waaa...nk new n3...cm best je cte ni..hehe

    ReplyDelete