Sunday, January 30, 2011

Hero Heroine [22]

Dia berlari-lari anak. Mahu segera sampai. hatinya tak tenteram. Redzuan yang mengikut sama juga sudah tak keruan. Bimbang pada kakinya yang masih belum berfungsi dengan optimum.

               “ Nuha... jangan lari. Kaki tak baik lagi.”

                Sudah lima kali peringatan dari mulut Redzuan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 102, pintu bilik hospital itu ditolak kasar.

                “ Tazz... kau... hidup lagi?”              

                Opps. Tangan kanan menutup mulut. sedar dia sudah terlepas cakap. Tazz yang sedang bercakap dengan doktor senyum.

                Ya ALLAH, alhamdullilah. Punyalah dia risau nak  mati bila dapat panggilan yang lelaki itu kemalangan. Siapa yang menelefon pun dia lupa nak tanya.

                Sekarang, dia depannya, Tazz masih elok berbaring di katil. Lengkap anggota badan. Tiada yang berbalut atau bergantungan. Hanya plaster kecil di hujung kiri dahi.

                “ Rey, duduk dulu.”

Mempelawa gadis yang masih kaku di muka pintu itu duduk. Tersenyum gembira tapi pudar bila kelibat Redzuan muncul. Tengku Aiza dapat menangkap perubahan riak si adik.

“ Red pun datang sama?”

                “ A’ah. Doktor, is he okay? Cedera teruk ke?”

                Reynuha menerpa pada Tengku Aiza yang masih menyarung kot putihnya. Kad nama elok tergantung di leher.

Tengku Aiza senyum pada kedua orang tamu adiknya. Reynuha mengerutkan dahi. Macam pernah nampak doktor ni.

                “ He’s okay. No worries. I’m Aiza. Aizat sister.”

                “ I’m Rey. Reynuha.” Salam Tengku Aiza disambut.

                “ Redzuan.” Redzuan menundukkan kepala.

                Reynuha petik jari. Dia dah ingat. Ni lah doktor yang Tazz jumpa selepas kena baling dengan helmet dulu tu. kakak dia rupanya.

“Ejat... Kak Ja pergi dulu lah. Nanti Mummy sampai, call Kak Ja tau. Saya minta diri.”

Tengku Aiza senyum sebelum berlalu. Pesakitnya masih ramai yang menanti. Dia pun sekadar melawat si adik yang kemalangan.

                “ Tazz.. macam mana boleh accident?”

                Reynuha duduk di kerusi. Redzuan duduk di sofa hujung bilik. dia juga risaukan keadaan lelaki itu walaupun mereka tidak serapat mana.

                “ Entah... fall asleep kot.”

                Tazz senyum. Reynuha tak perlu tahu alasan sebenarnya. Dia tak mahu simpati orang. Lagipun memang silapnya. Siapa suruh lupa ambil ubat sendiri.

                “ Ya ALLAH kau ni. bahaya betul. Arwahlah Kawasaki kau?”

                “ calar je. Aku sempat elak dan kereta tu sempat brek. So, no big deal lah. siapa yang pandai-pandai call kau ni?”

                Mula-mula tadi hairan juga melihat Reynuha yang menerjah biliknya. Dia kalau boleh mahu hal ni dirahsiakan dari sesiapa pun.

                “ Entahlah. Aku lupa nak tanya. Lepas dapat tahu kau dekat hospital ni, aku terus suruh Red pecut datang sini. Nombornya pun private.”

                Tazz senyum. Kerja Tengku Aida lah tu. selepas dia diperiksa, kakak sulungnya yang muncul sibuk mahu meminjam Blackberry nya. Konon handphone sendiri habis bateri.

                “ Alhamdullilah kau tak apa-apa. Risau nak mati aku tadi. Tengku Aida tak datang?”

                “ dia balik rumah. nak ambil Mummy aku. Daddy outstation.”

                Reynuha mengangguk-anggukkan kepala. macam manalah rupa Mummy Tazz? Macam Tengku Aida yang nampak elegen lagi berkaliber ke macam Tengku Aiza yang ayu dan lemah lembut? ke macam Mama? Nampak lembut tapi bila angin tegasnya datang, mahu terkencing takut.

Eh, buat apa nak fikir. Tak ada kena mengena dengan aku pun.

“ Ok lah Tazz. Kau pun tak teruk. Aku balik dulu lah. nanti kau balik fakulti aku bagi buah tangan. Tadi nak cepat tak sempat nak beli apa pun. Kau mc berapa lama?”

“ tak payah lah wei. Kau risaukan aku pun dah buat aku happy. Dua hari kot.”

“ poyolah hang. Aku risau Mr. Ninja aku hilang girlfriend je.”

Tazz ketawa. Hampir terlupa dengan Redzuan yang hanya membisu tapi memerhati dengan minat sejak tadi.

“ ye lah. nanti aku make-up Miss Ninja aku lawa-lawa. Kalau tak hilang calarnya, aku hantar plastik surgery.”

Kini giliran Reynuha yang ketawa.

“ Minta izin berlalu dululah Tengku ya. Selamat beradu. Red, jom.”

Redzuan bingkas bangun. Bersalam dengan Tazz sebelum berlalu ke pintu. Reynuha mengikuti dari belakang.

“ Rey...”

Reynuha berpaling. Apa lagi yang mahu dikatakan Tazz?

“ I’ll miss you.”

Tazz senyum. Hambar. Persis kanak-kanak yang sudah dicuri permainannya.

“ I’ll miss you too. Bye!”

Spontan Reynuha menjawab. Redzuan yang memasang telinga hampir kehilangan jantungnya.


Blouse yang bergantung dipandang sepi. Niat di hati mahu beli tapi sekarang rasa tawar hati. Balqis yang rancak memilih dibiarkan sendiri.

                Bukan ke dia dah bertekad mahu berubah. Dari skinny jeans dan t-shirt mahu beralih ke blouse dan skirt. Seterusnya ke baju kurung dan tudung.

                Tapi sekarang? Tengok blouse rasa macam nak muntah. Memang langsung tak berkenan di hati. seleranya masih selera lelaki.

                “ Rey... you yang ajak I datang tapi you pulak buat muka bosan. Kenapa?”

                Balqis menarik tangannya keluar dari kedai tu sebelum kakak salesgirl tu halau mereka dengan penyapu. Belek pakaian tapi asyik menceber.

                “ Balqis... salah ke aku pakai macam ni?”

                “Rey... sini.”

                Dia melabuhkan duduk di sebelah Balqis. Memerhatikan orang ramai yang sibuk dengan urusan masing-masing.

                “ you rasa you salah ke?”

                Reynuha hela nafas berat. Salah? Dia tak merasakan begitu tapi masyarakat menyatakan sebaliknya. Agama juga melarang dia. layak ke dia nak menolak hukum ALLAH yang dia akui sebagai Tuhan.

                Akhirnya dia jungkit bahu. Hal ni dah lama dia fikirkan. Semuanya dia dah pertimbangkan tapi kenapa saat ni hati berbolak-balik.

                “ Rey... listen. I bukan sebaik-baik orang nak nasihatkan you sebab I sendiri pun masih kurang agama. Masih lemah nak penuhi tuntutan agama...”

                Balqis tarik nafas. dia sedar dosanya mendedahkan aurat tapi terasa berat nak buat.

                “ ... but in your case, maybe dah sampai masa untuk you berubah. Walaupun bukan jadi perempuan melayu terakhir tapi you boleh bela rambut panjang. Stop your boyish outfit. Be more feminine.”

                Reynuha lentokkan kepala ke belakang. rambut panjang tu lambang perempuan ke?

                “ entahlah. Berat nak tinggal apa yang aku dah biasa. This is my life.”

                “ you baca novel tak? I got good novel for you. Nanti I bagi.”

                “ memberi inspirasi tak?”

                “ it’s really did.”

                Balqis senyum. Bayangan novel Rooftop Rant karya Hlovate muncul dalam minda. Perubahan ke arah kebaikan tu boleh berdikit-dikit. Macam Jade buat. Macam Trisy.

                “ I’ll try to read it.”

                Reynuha lepaskan helaan nafas. Arghh.. apa yang sebenarnya dia nak dalam hidupnya? Berterusan nak melawan fitrah dan perintah Tuhan?

                Redzuan pun sudah kurang menghabiskan masa dengannya. Sibuk dengan Khalid yang semakin rajin mendalami agama.

                Alahai... Khalid yang baru mula mengenal ALLAH pun sudah mencuba menjadi muslim sejati. Ni dia yang dilahirkan sebagai muslim semakin liat nak patuhi perintah.

                “ Lagipun Rey... you tak nak kahwin, ada suami, ada anak ke? kalau you ada anak nanti, dia nak panggil suami you ke you papa? Dua-dua sama je penampilannya. Konfius nanti.”

                Huh? Dia senyum. Imiginasi liar sudah mula bekerja dalam kepala. Papa 1 dan Papa 2. Okay apa. Saya tak punya ibu tapi ada dua papa.

                “ excuse me? Reynuha?”

                Reynuha mengalih pandang pada insan yang menegur.


Air tembikai disedut. Tiga-tiga diam membisu. Balqis yang selalu ringan mulut kelihatan masih terpinga-pinga dengan kehadiran insan ketiga antara mereka.

                Tengku Aiza tenang menyuap nasi goreng ke dalam mulut. tak sangka dia terserempak dengan puteri hati adiknya.

                Reynuha menyapu mulut dengan tisu. Meluah biji tembikai yang tersesat dalam minumannya. Dia buntu. Tak tahu alasan sebenar kakak Tazz mempelawa mereka ke medan selera.

                “ dah berapa lama awak kenal Ejat?”

                E yang digunakan adalah sama dengan e untuk epal.

                “ Huh? Ejat? Tengku Aizat ye.... ermmm... entahlah. Five, six months macam tu lah kot. Kenapa?”

                Reynuha merenung wajah Tengku Aiza yang cukup senang dipandang. memang punya aura kecantikan yang sama dengan Tazz. Dah namanya adik-beradik.

                “ He’s so in love with you. I’m happy for him.”

                Erk... Reynuha telan air liur. Jangan kata Tengku Aiza ingat mereka tengah bercinta. Cinta Tazz bertepuk sebelah tangan.

                Balqis mengerutkan dahi. Tengku Aizat... Tengku Aizat... owh, Tazz. Pernahlah dia dengar gossip tentang Tazz yang gay tapi tak tahu pula Tazz berkawan dengan Reynuha.

Gossip terakhir yang dia dengar tentang Tazz adalah Tazz peluk mamat rambut tirai dekat hospital. entah mamat rambut tirai mana.

Spontan mata Balqis terpandang Reynuha yang sedang menyelak sedikit mata yang hanya menutup sebelah mata. persis menyelak langsir. Rambut tirai? Oppss...

“ tapi Tengku... saya sebenarnya kawan je dengan adik Tengku tu.”

Tengku Aiza senyum. Meletakkan set sudu garfu ke pinggan. Menyimpul jemari sendiri di bawah dagu. Dipanggung ke meja sambil mata merenung tepat ke wajah Reynuha.

“ I know you love somebody else. That’s why I’m here. I need your help. Please make my baby boy happy.”

Alamak... Reynuha terkelu. Wanita yang dipandang lembut rupanya begitu teguh dalam soal kebahagian si adik.

“ He’s sick. Hayat dia tak lama. So, as he still alive, I’m gonna make him the happiest person alive. By hook or by crook.”

Reynuha bulatkan mata. Tazz sakit?

“ sakit? sakit apa?”

“ Huntingtons’ chorea. It’s rare but it’s a progressive disease affecting the brain. The symptoms develop very fast and there is no cure. It’s a dead end disease.”

Ketenangan Tengku Aiza mengucapkannya membuatkan jantung Reynuha seolah-olah berhenti berdegup.

“ mungkin Ejat tak bagitahu awak kenapa dia accident hari tu. tapi dia accident sebab otot tangan dia tiba-tiba kejang. Excessive muscle spasm resulting in violent muscle movement. Sebab dia lupa ambil ubat hari tu.”

Tengku Aiza memejam mata seketika. Kelopak mata terasa panas. Rasa ni seperti pertama kali mendengar doktor mengesahkan diagnosis penyakit adik kesayangan.

“ he’s my baby boy. My only baby boy. I love him more than anyone else. I... I... just want to make him happy before times up. Dengan awak, saya dapat rasa how happy he is. His smiling face. His laughter. He never laugh to his heart before he know you. Saya tak sanggup nak kehilangan semua tu. Can you help me?  Please... I’m begging you.”

“ but I’m ma...”

Air mata yang menitis dari wajah sedih seorang kakak membuatkan lidahnya kaku. Ya ALLAH... apa harus hambamu lakukan?


Saturday, January 15, 2011

Hero Heroine [21]

Kunci Kawasaki dicampak ke meja. Fail berisi kertas diletak ke meja setelah beg berisi laptop disandar di atas kerusi.

                Kemeja biru firus dilucutkan dari badan, dicampak masuk ke dalam bakul di penjuru bilik. segera badan dihempas ke katil. dia perlu rehat.

                Sudah beberapa hari tidurnya bercatu. Kepala semakin berat. Tremor pada tangan sudah ketara pada rakan-rakan. Kini projek yang sudah masuk fasa terakhir melegakan sedikit minda yang kusut.

                Blackberry ditarik keluar dari poket belakang. segera mata menangkap imej wallpaper yang baru beberapa hari ditukar.

                “ Rey, kahwin dengan aku!”

                Kepala tidak diangkat dari buku namun matanya dapat menangkap mata Reynuha yang terbeliak.

                “ Huh.. kenapa kau suka aku?”

                Giliran dia pula terkedu. Reynuha sudah melarikan pen biru ke atas kertas. Mencatat sesuatu dari pembacaannya.

                “ sebab kau... perempuan!”

                Reynuha ketawa lepas. Mungkin kerana nadanya yang serius tadi sudah seperti melawak.

 Ya. Dia sengaja menjadikan itu suatu jenaka. Dia tak mahu kejanggalan yang tercipta dari rasa hati mencantas persahabatan antara mereka. Dia tak sanggup kehilangan gadis itu.

“ Rey... boleh aku tanya something?”

Reynuha yang sedang menyuap aiskrim menganggukkan kepala. masuk khusyuk dengan aiskrimnya.

“ Kenapa kau kahwin dengan abang tiri sendiri?”

Dia telan air liur. Risau kalau soalannya membuatkan gadis itu marah tapi soalan itu sudah lama menghantui dirinya.

“ we’re caught red-handed.”

“ Huh? Meaning?” dia berkerut dahi. Reynuha tersenyum.

“ aku tidur dengan dia. our parents tak de masa tu.”

Dia ternganga. hampir pitam di bangku Berjaya Times Square tu.

Badan dibalik ke kanan. blackberry yang sudah genap setahun sebulan diletak ke kepala katil. seminggu. Seminggu dia mengurungkan diri.

Sukar nak diterima bahawa gadis yang dia puja melakukan sesuatu seperti itu. Redzuan yang nampak dingin tapi baik hati itu menambahkan ketidak percayaannya. Tapi Redzuan masih lelaki. Punya nafsu.

Namun, cintanya lebih berkuasa. Begitu senang dia memaafkan Reynuha. Mencari gadis itu setelah dia sendiri yang menyepi.

“ Rey... I’m sorry.”

“ eh kau... sorry? For what?”

Reynuha  menutup buku di hadapannya. Redzuan yang tadi ada di sisi gadis itu berlalu. Mungkin memberikan dia ruang untuk berbicara.

“ sebab aku missing in action.”

Reynuha ketawa. Menguakkan tangan menyuruh dia duduk.

“ aku tahu kenapa kau mintak maaf. Kau fikir aku have sex before marriage dengan dia kan?”

Dia bulatkan mata. hailaa.. kadang-kadang sikap berterus-terang seperti ni membuatkan dia serba-salah. Lambat-lambat dia angguk. Dah namanya tidur sekali, maksudnya tu lah kan.

“ Adoi..”

Dia gosok lengan yang dilibas dengan testpad. Reynuha mencerlungkan mata ke arahnya. Sekejap tadi gelak, sekarang marah pula.

“ that’s what people think of the phrase tidur sekali.”

“ tu lah manusia. Bukan nak dengar penjelasan orang. Yes. Kami tidur sama-sama but tidur yang cuma tidur. Tutup mata, tidur, mimpi. Not that 18SX things.”

Fuhh.. hati terasa lega.

“ but our parents risau. We might be doing something 18SX. Lagipun aku dengan dia tak halal nak sentuh-sentuh. Mama kata dari aku kumpul dosa bertepuk-tampar dengan dia, baik kami kahwin. so, here I am as his bride.”

Mulutnya sudah membentuk huruf O. Ditarik bunyinya sampai tiga harakat.  Reynuha tampak keberatan tapi masih menggagahkan diri untuk bercerita.

“ just marry me then.”

Pap. Lengan kiri pula yang menjadi mangsa.

Mulut yang menguap ditutup dengan tangan kanan. entah bila dia terlelap dengan bayangan Reynuha yang masih berlegar di minda.


Bunyi loceng sayup-sayup di telinga. Lambat-lambat dia buka mata. terpisat-pisat mencari jam. Sudah 9.00 malam. Ya ALLAH, terbang solat maghribnya.

                Longlai dia berjalan ke pintu. Dari gaya tekan loceng dia dah boleh agak manusia mana yang datang.

                “ Ejat... lama Kak Ja tunggu. Tidur ek?”

                Tengku Aiza yang tersengih di luar menerpa masuk bila kunci pintu dibuka. Mencium dahi si adik. Tazz buat muka bosan. Kakaknya yang kedua ni memang prihatin terlebih.

                “ Ejat mandi dulu. Kak Ja masak. Nanti kita makan sama-sama.”

                Tengku Aiza membimbit beg plastik yang dibawa ke ruang dapur. Beg yang sederhana besar di letakkan ke sofa sebelum meneruskan langkah ke dapur.

                Tazz garu belakang kepala. Bergerak ke biliknya. Mahu membersihkan diri dan qada Maghrib yang terlepas. Selesai semua urusannya, dia mengorak langkah kembali ke ruang dapur.

                Tengku Aiza asyik menekur meja.

                “ Kak Ja... termenung apa?”

                Tazz menarik kerusi meja makan. Berhadapan dengan Tengku Aiza yang sudah tersenyum memandangnya. Dua pinggan spaghetti bolognoise sudah terhidang.

                “ Ejat dah makan ubat?”

                “ Kak Ja... stop treat me like a baby. Ejat dah besar. Dah nak mati pun.”

                Bosan. Kakaknya terlalu prihatin. Meneliti setiap perlakuannya seperti anak kecil. Dia sudah dewasa. Tak mahu ada orang lain mengatur hidupnya. Tu lah sebab utama dia keluar dari rumah Mummy.

                “ Eeeeiii... bad boy.”

                Tengku Aiza muncungkan mulut. kedua tangan sudah mencapai pipi Tazz kiri dan kanan.

“ Walaupun Ejat terlantar kat katil, kepala botak licin, kulit berkerepot sekalipun, Ejat still my baby boy. Ejat dah makan ubat?”

Pipi yang tadi dicubit kini dipegang penuh kasih. Tazz hela nafas berat. Tengku Aiza bertanya sebab kasih pada adik sendiri.

“ dah... kalau tak manalah tangan ni nak diam.”

Tengku Aiza diam. Mempersilakan si adik menjamah makanannya. Si adik yang tinggal bersendirian, tak tentu hala makan minum. Semua tu buat dia risau.

“ Kak Da kata... Ejat dah ada buah hati.”

Tangan kanan menggulung spaghetti dengan garfu. diusap ke mulut. Tazz masih galak menyuap. Tenang walaupun diaju soalan pantang baginya.

“ Buah hati tak ada. Buah delima batu adalah dalam frizer tu. dah seminggu dalam tu. memang dah jadi batu kot.”

Tengku Aiza cebikkan mulut. Alahai adikku, bukan sehari dua Kak Ja jaga kamu. Dah nak tiga puluh tahun dah si adik membesar di depan mata. Jatuh bangun, suka duka si adik semua tersimpan dalam tangan.

“ Kak Da kata... she look like a man. So, Ejat really like guy huh?”

Kata-kata Tengku Aida tempoh hari masih terlekat elok dalam memorinya.

“ I like her but she like him. Dah laa. Kak Ja busy body jaga tepi seluar orang. Dia yang dah tua bangkai, solo molo lagi tak nak kisah. Mummy tak bising ke? Kak Ji pun dah anak dua.”

Tengku Aiza bulatkan mata. nak alih topik lah tu. Tengku Aziati, adiknya pula dijadikan bahan. Wajah berduka Tazz dipandang. Si adik sudah jatuh cinta.

“ Tua bangkai? Tua bangkalah Tengku. Tak belajar ke?”

“ Bangka untuk orang lain. Untuk Kak Ja yang busuk malas mandi, tua bangkai.”

Kulit oren dicampak ke arah Tazz yang galak ketawakan dia. dia mencebik namun akhirnya turut ketawa. Terhibur dengan keletah satu-satunya adik lelaki yang dia punya.