Sunday, September 19, 2010

Hero Heroine [19]

Seminggu terperap. Otak yang termampat dalam ruang tengkorak sudah terasa sesak. Rasa macam nak muntah dah menghadap dinding bilik yang dihiasi poster Mr. Ninja kesayangan. Ninja yang selama ni dipuja sudah kelihatan macam seketul besi buruk.

                Nak makan, mama datang sua di hadapan mata. tunggu suap masuk mulut je. Rindu Mr. Ninja, Redzuan tolong printkan poster. Dari kempunan tak dapat belai, dapat tengok pun jadilah.

                Mr. Ninja... apalah yang sudah jadi dengan Kawasaki kesayangan tu. Redzuan hidupkan enjin ke tak? mandikan ke tak? pada lelaki tu sajalah dia mengharap.

                Tangan kanan sudah hampir sembuh. Sudah tak berbungkus lagi. meninggalkan parut yang agak ketara di siku.

                “ nasib baik siku yang tersagat. Kalau kena muka, mau kena potong duit hantaran.”

                “ bukan orang nak kahwin sekali lagi pun.”

                Kata-kata Mama yang dijawab selamba. Papa yang mendengar tersenyum cuma. Betullah apa yang dia cakap.

                Dia isteri Redzuan yang sah. Walaupun dulu dia tak pasti erti sebenar sayangnya pada Redzuan, kini dia yakin. Rasa yang bertunas di hati adalah rasa cinta. Cinta seorang hawa kepada adamnya. Cinta seperti cintanya papa pada mama.

                Tuk.. tuk...

                Pintu yang diketuk terbuka selamba dari luar. Wajah yang tersembul di muka pintu memang sudah tidak asing lagi di mata. dia senyum. Ikhlas dari hati.

                “ surprise!”

                Balqis yang menjerit di belakang Redzuan membuatkan dia kelu seketika. Rasa gembira yang bertandang sudah terbabas jatuh ke jurang hati yang terdalam.

                “ sorry lambat datang melawat. Red yang tak nak bawa.”

                Balqis sudah meluru ke arahnya. Menempatkan diri di atas katil. Dia senyum. Matanya sempat melirik Redzuan yang duduk di kerusi meja soleknya.

                “ datang lenggang je?”

                “ Hishh.. sakit-sakit pun nak melawak lagi. I bawa tembikai tapi kat bawah. Mama kata nanti dia potong. I tahu dah you adik-beradik tak makan epal.”

                Pipinya Balqis tarik selari dengan mulutnya yang becok. Amboi, belum sah apa-apa dah panggil Mama.dia mengomel dalam hati.

                “ korang boraklah dulu. Aku nak mandi.”

                Redzuan melangkah keluar. Dia memang sengaja ajak Balqis ke sini. Dia tahu Reynuha mesti sunyi. Sudah seminggu terperap dalam bilik. bukan dia tak larat nak dukung turun bawah tapi Mama yang larang. Kata Mama, biar Reynuha rehatkan kaki dia betul-betul.

                Mungkin Mama lupa yang kesihatan emosi juga memainkan peranan dalam proses penyembuhan fizikal.

                “ comelnya bear you.”

                Balqis memanjangkan tangan untuk mencapai Big Coco yang elok duduk di sisi Reynuha. Tanpa sedar Reynuha tertepis tangan gadis itu. segera memeluk patung beruang yang hampir sepemeluk itu.

                “ tak leh pegang ek? Boyfriend bagi ke?”

                Balqis senyum sinis. Terkejut dia bila Reynuha menepis tangannya. Memeluk beruang itu seolah-olah melindungi barang yang amat disayangi.

                “ sorry.”

                Reynuha ketap bibir. dia tak sedar tindakannya tadi. spontan.

                Balqis senyum. Manis. Rasanya dia boleh faham perasaan itu. perasaan ingin melindungi. Dia juga punya seseorang yang amat ingin dilindungi.


Mama menghampiri Papa yang sudah usai bacaan rutinnya. Al-quran yang berserta tafsir dicapai dari tangan Papa. Diletakkan ke atas rak.

                “ Pa...”

                Mama duduk di birai katil. memerhatikan Papa menaggalkan songkok. Diletak di atas meja solek. Papa kerut dahi. Seolah-olah bertanya apa yang merisaukan fikiran Mama.

                “ Pa.. duduk sini. Mama nak cakap ni.”

                Tangan menepuk-nepuk tilam disebelahnya.

                “ lah.. ingat nak ajak tidur dah.”

                Papa sengih. mama bulatkan mata. nak bergurau pulak dia.

                “ Mama serius ni. Pa cepatlah..”

                Rasa macam nak tarik tangan Papa yang seolah-olah berleka di cermin solek. Sikat rambut malam-malam ni buat apa. Sekejap lagi nak tidur juga.

                “ Apa dia yang serius sangat tu.”

                Mama mencebik. Papa yang sudah duduk hanya ketawa kecil. Mencapai tangan Mama. Diusap-usap dalam genggamannya.

                “ Mama risau ni... semalam Zuan bawak perempuan balik rumah. hari ni ada lelaki pula yang datang cari Nuha. Risau pula Mama. Diaorang berdua tu okay ke tak?”

                Papa kerutkan dahi. Selalunya dia yang risaukan hubungan anak-anak dia yang berdua tu. ni si isteri pula yang cemas.

                “ kawan-kawan je kot.”

                “ ermm... tapi dah dua kali Zuan bawak perempuan tu. sekali masa dia kat hospital hari tu.”

                Balqis. Cantik budaknya. Sopan pun sopan. Sedangkan dia yang dua kali berjumpa pun sudah rasa suka dengan santunnya inikan pula kalau sudah berkawan.

                Dia risaukan Redzuan. Manalah tahu anak tiri merangkap menantu dia tu jatuh hati pada gadis itu. Memanglah hubungan Redzuan dengan Reynuha rapat, bahkan lebih rapat dari adik beradik kandung. Tapi sedari dulu sampai sekarang, hubungan mereka seolah-olah tidak berubah langsung.

                Betul ke mereka hanya mampu kekal sebagai adik-beradik tiri? Tak boleh naik ke peringkat kekasih? Suami isteri?

                Hari ni, kawan lelaki Reynuha pula yang datang bertandang. Tas ke apa dah namanya. Dia pun dah terlupa. Lelaki yang dirasakan punya perasaan pada anak gadisnya. Dia memang tak pasti, tapi naluri keibuannya dapat merasai.

                “ Ma... Zuan belum pernah usik Nuha kan?”

                “ hmm...”

                Mama anggukkan kepala. Reynuha sendiri mengaku yang mereka berdua belum pernah lagi merasmikan malam pertama yang sudah hampir lima tahun berlalu.

                “ Nuha pernah tidur dengan Zuan?”

                “ Banyak kali. Kenapa?”

                “ Pakai protection tak?” Buatnya mengandung macam mana. Tertinggal pelajaran kalau cuti bersalin nanti.

                “ comforter? Mestilah pakai. Sejuk lah.”

                Aik? Reynuha salah faham ke?

                “ Nuha tidur dengan Zuan macam mana?”

                “ Tidur macam mana lagi? tutup mata. tidur laa.” dia pandang wajah Mama. Kenapa pelik sangat soalannya.

                “ maksud mama... tidur yang... wajib mandi lepas bangun..”

                “ Huh? Mana ada Ma... ish.. tak de lah. kitaorang tak..”

Reynuha beria-ia menyakinkan  Mama. Dia dan Redzuan sudah berjanji. Bila cinta betul-betul menyatukan hati mereka, saat itu nanti barulah merasmikan status suami-isteri tu.

                “ Nuha dara lagi?”

                “ Ma... kenapa tanya soalan pelik-pelik ni?”

                “ Nuha tahu kan.. dosa kalau tolak hajat suami.”

                “ Ma... Zuan sendiri yang setuju.”

                Pertanyaan yang dia utarakan setahun lepas menerjah minda. Patutlah sampai sekarang  masih mahu bilik berasingan.

                “ Kalau betul  diorang tak ada jodoh, Papa harap kita masih satu keluarga.”

                Papa hela nafas berat. Dia sudah pasrah. Menyandarkan ketentuan pada ILAHI.

                Mama tersentak. Ya ALLAH. Jangan sampai perkahwinan si anak turut berkecai seperti perkahwinan Papa.

17 comments:

  1. ah sudah..
    memasing da bawak pasangan lak..
    nuha oh nuha..cepatla bgtau..
    red ni pun..
    thanks 4 n3 sis..

    ReplyDelete
  2. alah...
    zuan ni kayu ke apa...
    x kan x thu nuha 2 suka kat ko...

    ReplyDelete
  3. haaaaaaaaaaaaa
    janganlah benda tak elok jadi kat perkahwinan diorang.

    ReplyDelete
  4. red ni x sensitif langsung la!
    balqis tu plak cm nk rampas red dr rey. erghhhh
    x mo2. mesti kena rey dan red. no tazz, no balqis.

    ReplyDelete
  5. ala...
    balqis jgn r kaco red ngn rey...
    nk red n rey 2gther 4 eva :D
    gdikx je balqis uh :(

    ReplyDelete
  6. zuan ni mmg la...
    di bwk nye balqis jmpe nuha..
    org y nak baik pon leh skit blik..
    huhuhu
    cpat la smbg..

    ReplyDelete
  7. ohhh nnnoooooo..jgn pisahkn mereka..boring btul kalu bab cbalqis n ctazz ni nympah..hehe emosi lah plak..

    ReplyDelete
  8. bile la dorg akn sedar cinte 2 milik dorg..jgn smpi dah bcerai berai bru nk prasan..haru biru beb..pape pn best lah cite ni..nk lg..nk lg..

    ReplyDelete
  9. ala..
    x suka balqis la..
    sibuk aja..
    huhuhu

    ReplyDelete
  10. ke balqis ni sbenarnye adik red (parents red bercerai hidup ke bercerai mati?kalo mak red masih hidup ade kmungkinan si balqis ni adik red 1 mak..)

    ReplyDelete
  11. uhh.. setuju ngan bulau hijau,
    hrap2 perkahwinan diorng kekal..
    amin..

    ReplyDelete
  12. ok tak fun... aku nak red gan nuha... namo yg lain2... please.. aku tak nak.. tak nak.. tak nak yg lain...

    ReplyDelete
  13. The suspense is killing me..... cepat sambung!

    ReplyDelete
  14. waaaaaaaa...nape rse sdey plak bace n3 ni?? x mo la dorg cerai..nk zuan dgn nuha gk..x ske balqis! nyebok!

    ReplyDelete
  15. bila nk update ceta br nie? penat tggu..

    ReplyDelete