Friday, October 30, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [23]

Kotak yang berbalut kemas di tangan direnung lagi. Baihaqi masih setia di sisinya. Tersenyum gembira lelaki itu. sebentar tadi Baihaqi menarik tangannya agar duduk di sebelah lelaki itu. Lalu kotak berbalut itu bertukar tangan.

“ bukalah.” Baihaqi tayang gigi.

“ buka ek?” laju tangannya mengoyakkan pembalut. Sememangnya dia sudah tidak sabar nak tahu apalah hadiah yang lelaki itu bagi kepadanya.

Wah.. ternganga seketika Rea. Handphone baru! Dikerling Baihaqi di sebelahnya.

“ terima kasih.”

“ kasih je? bagilah benda lain.”

“ apa?” laju Baihaqi menyuakan pipinya. Dengan senang hati Rea mengucup pipi lelaki itu. kedua-dua belahnya.

Sony Ericsson W980. Handphone flip berwarna hitam yang nampak macho. Jari-jemarinya memegang telefon itu. pertama kali dalam hidupnya dihadiahkan telefon yang mahal itu. tiba-tiba dia tersenyum. Perasan betul suaminya. Tertayang gambar suaminya sebagai wallpaper. Gambar pose ala-ala macho.

“ jangan nak tukar pula. Kalau tak siaplah Icha.” Baihaqi mengugut.

“ jangan lah pegang je. meh nak ajar cara nak guna.” Sambungnya lagi.

Rea mendengar dengan penuh minat. Baihaqi pula ambil kesempatan memegang jari-jemarinya. Kadang-kadang digenggamnya. Rea membiarkan. Rasanya kejutan elektrik yang lelaki itu alirkan semasa hari perkahwinan dulu dah hilang. Kalau tidak mesti dah mati terkejut. Banyaknya boleh buat dengan handphone tu. Hehe.. Dia memang jakun sikit bab teknologi ni.Kerana itulah dia masih takut-takut untuk menggunakannya. Takut rosak handphone mahal tu.

“ abang, handphone abang macam mana?”

Baihaqi senyum. Riak bersalah terpancar di wajah gadis itu.

“ kenapa? Icha nak ganti ke?”

“ orang mana ada duit.” Rea bernada sayu.

“so, gantilah dengan benda lain.”

“ apa?”

“ ni…”

Sekeping surat diberikan kepada Rea. Gadis itu mengambil lalu membacanya. Berulang-ulang kali. Lim Kok Wing University. Diploma in Business Management. Ya ALLAH. Gembiranya. Matanya dah berkaca.

“ abang!” belum sempat Baihaqi nak menyahut Rea dah memeluknya erat.

“ belajar rajin-rajin tau.” Rambut gadis itu diusap. Terangguk-angguk kecil kepalanya.

“ abang… nak balik kampung.” Rea meleraikan pelukan.

“ ok. Jumaat ni kita balik.” Tangan Baihaqi masih mengirai rambutnya.

“ terima kasih.” Cupp… satu kucupan diberikan di pipi lelaki itu membuatkan Baihaqi tersenyum. Betul kata Mak Long. Kalau kena gaya memang Rea senang dipujuk.


Rea menghirup udara kampung. Terlepas beban rindunya pada desa tercinta. Hampir tengah malam mereka tiba di kampung kerana Baihaqi yang terlewat balik dari kerja. Sejak petang lagi dia sudah bersiap menunggu lelaki itu.

Baihaqi masih tertidur di dalam bilik. Lelaki itu menyambung tidur selepas subuh tadi. Masih kepenatan memandu. Dia pun tidak terasa nak mengejutkan lelaki itu.

“ kak Rea. Jom pergi round kampung. Bosanlah.” Faizah muncul dari dapur.

“pagi-pagi buta ni. jangan buat gempak lah.” Rea duduk di atas kerusi. Matanya tertancap pada kaca televisyen yang dipasang Faizah. Layan cerita kartun apa salahnya. Seketika kemudian Firdaus muncul sambil menatang sepinggan bihun goreng. Dia duduk di sebelah Faizah yang bersila di lantai ruang tamu.

“ letak tv2 Izah.” Firdaus menjamah sarapan paginya.

“ alah. Orang nak tengok Pingu lah.”

“ kan tengah iklan tu. Nak tengok kartun apa kat tv2.”

“ ye lah. Nanti orang tukar balik.”

Rea senyap. Malas nak menyampuk kedua-dua beradik itu.

“ alah abang ni. orang nak tengok pingu lah. Tengok kartun entah apa-apa entah.” Faizah memukul lengan Firdaus. Geram kerana abangnya dah melekat dengan saluran kartun di tv2. Kartun apa pun dia tak tahu.

“ kak Rea. Tengok handphone.” Faizah dah mengalihkan perhatian ke arah Rea. Dia dah malas nak bertekak dengan Firdaus.

“ nah. Jangan ganas-ganas sangat. Rosak ganti.” Rea bagi amaran. Faizah hanya mencebik bibir. Snap! Faizah mula posing. Budak ni memang hantu kamera. Nanti penuh lah gambar dia.

“ Assalamualaikum…” kedengaran orang memberi salam dari luar. Rea cuit bahu Faizah suruh pergi buka pintu. Nak suruh Firdaus jangan haraplah.

“ Kak pergilah. Malas.” Faizah masih keras di tempat duduknya. Tensen betul! Dengan langkah malas Rea pergi ke muka pintu. Tetamu yang datang mestilah disambut.

“ waalaikumussalam. Eh abang. Masuklah.” Rea capai tangan Aizuddin.

“ mimpi apa abang datang pagi-pagi ni?”

“ ye lah. Dari semalam dok terbau-bau orang jauh nak balik.” Rea cebik bibir. menyindir nampak. Aizuddin duduk di kerusi.

“ abang nak sarapan ke?”

“ kejap lagilah. Mana Baihaqi?” tak nampak pula kelibat adik iparnya itu. nak kata Rea balik seorang diri tak kan lah. Kereta mewah Baihaqi pun ada elok terparkir di halaman.

Amboi. Sayang benar adik ipar dia tu.

“ tidur. Dah-dah lah Izah oi. Nanti full memori handphone aku tu.” Rea menadah tangan ke arah Faizah yang tersengih.

“amboi handphone baru. Tengok!” Aizuddin terlebih dahulu mencapai telefon bimbitnya dari Faizah. Canggih la dari handphone dia.

“ kenapa handphone abang boleh lemas? Bergaduh ke? Handphone buruk abang pulak yang jadi mangsa. Tau la telefon tu dah lama. Dahlah buruk, usang pula tu.” Baihaqi sendiri yang menelefonnya meminta maaf. Kata Baihaqi, telefonnya terjun kolam. Dia tidak kisah pun. Setiap benda pun bukan boleh kekal selamanya. Sedangkan manusia pun ada ajal mautnya, inikan pula benda ciptaan manusia.

“poyo lah abang.” Rea tumbuk bahu Aizuddin yang dah mula ketawa kecil. Telefon sudah bertukar tangan.

“ ambik lah gambar abang satu. Jauh-jauh tengok gambar pun jadilah. Boleh lah lepas rindu kat abang nanti.”

“ tak ada maknanya nak rindu kat abang. Cepatlah. Izah dengan Daus masuklah sekali.” Cepat jer budak dua orang tu menyelit di tepi Aizuddin.

“ adik nampak gemuklah. Mesti bahagia kan?”

“ye ke?” Rea tengok badan sendiri. Patutlah dia semakin berat tulang. Dah lama tak bersenam. Badan pun dah naik. Ini tak boleh jadi ni. kena buat projek petang ni.


Rea memberhentikan motosikalnya di tepi padang bola sepak bersebelahan dengan beberapa motosikal lain. Laju dia mengunci motosikal milik Pak Long Zaidi sebelum melangkah ke arah teman-temannya. Terasa sudah lama tidak berjumpa.

“ Mamat!” laungnya. Berlari dia ke arah sekumpulan remaja yang berada di tengah padang.

“ eh Rea. Woi lama dah kau tak balik sini.” Mamat sengih. mula-mula tertanya juga minah bertudung manalah yang memanggil namanya. Tak terduga pula si kawan lama.

“ aku ingatkan awek manalah nak mengorat aku tadi.” Sambung Mamat apabila Rea sudah menghampirinya.

“ ada ke awek nak ngorat kau? Mana Hadi dengan Amir?”

“kapten kau tu lambat sikit hari ni. Amir pula selalu dah sampai. Tu.. dia datang.”

“ Rea! Wau.. Tak sangka pula kau ada hari ni.” Amir terlebih dahulu menegurnya.

“ aku datang sebab aku dapat merasakan yang korang menyeru-menyeru namaku. Mesti korang rindu kat aku kan.” Rea tayang gigi. Pecah tawa mereka bertiga. Dalam hati, masing-masing mengakuinya. Rindu mereka rindu seorang sahabat. Sahabat yang sudah berbelas tahun meredah kehidupan bersama. Pahit manis dilalui bersama. Susah senang direntasi jua.

Budak-budak bola yang lain masih ramai yang belum sampai. Jadi kesempatan itu mereka gunakan untuk berbual bersama-sama. Amir akan meneruskan pengajian ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Biarlah jauh sikit katanya. Tak kan nak terperap je di bumi Johor ni. Mamat pun dapat Kolej Matrikulasi Johor tapi katanya nak masuk politeknik je. dia lemah sikit bab baca buku ni. lagipun minatnya ke arah benda praktikal. Hadi pula dapat matrikulasi UIA.

“ biasalah. Aku kan anak tuk imam!” Mamat mengajuk kata-kata Hadi.

“suara aku macho sikitlah dari kau Mamat.” Terkejut juga Mamat apabila Hadi betul-betul di belakangnya. Bila masa pula dia datang.

“Alamak kantoi pula. Maaplah kapten!” Hadi ketawa cuma.

“ Rea. Nak lepas gian ke hari ni?” Hadi angkat kening sebelah. Rea ketap bibir. memang hasrat di hati nak main juga satu pusingan. Tapi risau juga kalau mamat KL yang ditinggalkan di rumah tu mengamuk. Macam mana ni?

Belum habis berfikir dia dah bersama-sama dengan kawan-kawannya memanaskan badan. Sekali ni je. untuk melepaskan rindu pada si bola. Tercungap-cungap dia mencuri nafas. Lelahnya begitu terasa. Baru sebulan dia meninggalkan sukan ni pun dah putus nafas nak mengejar bola. Dia berhenti di sisi padang. Kena rehat kejap.

“ penat sangat aku nampak. Kau ok tak?” Hadi turut berhenti. Diseka peluh di dahi.

“ dah lama tak main lah. Siapa ganti aku?” sebenarnya dari tadi dia mahu bertanya. Ingin juga mengetahui siapa yang menggantikan posisinya sebagai striker pasukan mereka. Posisi kesukaannya. Malah dia penyerang utama pasukan mereka yang kerap mengjaringkan gol ketika perlawanan.

“ Amran. Tapi dia tak guna jersi kau. Kitaorang tak bagi orang guna nombor bertuah kau tu.” Hadi sengih. Rea mengangguk kecil. Terharu juga dengan kawan-kawannya. Walaupun nampak sedikit kepenatan tapi bagi Hadi, Rea masih belum hilang bisanya. Baru empat puluh minit bermain dah tiga gol yang dijaringkan oleh gadis itu.

“Esok korang lawan dengan geng Abu ek? Si Daus tadi bagitau aku.”

“ aah. Dia tak puas hati sebab minggu lepas diorang kalah.” Hadi masih setia menunggu Rea menghabiskan lelahnya. Tiba-tiba matanya tertangkap susuk tubuh seseorang yang sedang tajam merenung ke arahnya.

“ Rea kau nak keluar tadi, dah mintak izin belum?” soalan Hadi membuatkan Rea pelik. Segera matanya menyoroti pandangan Hadi. Alamak. Macam dah lama je dia diperhatikan.

“ kau mainlah. Aku pergi sana dulu.” Rea berlari merentas padang ke tepi sebelah sana.
Tadi sebelum keluar dia dah mintak izin dengan Baihaqi. lelaki itu membenarkan dan hanya memesan supaya dia balik awal. Jangan lambat sangat. Jam baru pukul 6.45 petang. Awal lagi ni.

“ abang! datang dengan siapa?” Rea bertanya untuk menutup debaran di dada memandang mata Baihaqi yang mencerlung ke arahnya.

“ jom balik.” Lelaki itu dah berpaling dari wajahnya.

Rea jungkit bahu. Nasib baik Baihaqi tak sembur dia. kalau tak malulah nanti. Rea berpaling ke arah kawannya dan mengangkat tangan mengisyaratkan dia mahu beredar. Selepas Hadi membalasnya segera dia berlari mengejar Baihaqi.

“ abang! naik motor lah.” Rea menjerit kepada Baihaqi yang berjalan menonong meninggalkannya. Macam ada yang tak kena je ni.
p/s: enjoy ;-)... jangan lupe komen tau.ngee~~~

Tuesday, October 27, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [22]

Baihaqi melangkah longlai ke dalam rumah selepas memakir kereta di garaj. Rea tersengih di depan pintu. Terasa hilang sedikit penatnya tatkala matanya memandang seraut wajah itu. betullah orang kata. Nak cari isteri biarlah yang menyejukkan mata dan hati. Penat balik kerja pun boleh jadi segar. Tangannya digapai Rea lalu dicium.

“ lambatnya balik.” Baihaqi senyum. Bayangkanlah tiga minggu cuti. Sangat banyak fail dan dokumen yang perlu disemaknya. Dalam begnya pun masih ada beberapa fail yang perlu disemak dengan segera.

“ dah makan belum.” Baihaqi bertanya. Jam di tangan sudah hampir pukul 10 malam.

“ dah. Abang nak makan ke?” Baihaqi geleng kepala. Dia melabuhkan punggung ke sofa di ruang tamu. Tadi dia sudah makan di pejabat. Kelibat mama dan papa tidak terlihat langsung.

“ nak air?” Rea masih tersenyum memandangnya. Perlakuannya cukup membuatkan Baihaqi pelik. Selalunya gadis itu lebih suka memandang lantai dengan muka yang merah. Mungkin masih segan dengannya.

“ tak nak lah. Nak naik mandi.” Baihaqi bingkas berdiri. Melekit seluruh badan.

“ ok.”


Rea senyum lebar melihat Baihaqi yang sudah nyenyak dibuai mimpi. Awal pula mamat ni tidur. Menyenangkan lagi projeknya malam ni. haha… dia gelak dalam hati.


Baihaqi tersedar.dia menggeliat kecil. Membetulkan segala urat sarafnya. Jam Rolex di tangan dikerling sekilas. Pukul 2 pagi. Arghhh… Mengantuknya.

Dia bingkas bangun. Malam tadi hasratnya nak menyambung kerja pejabat yang dibawa pulang tapi tertidur pula. Tiga minggu asyik tidur awal, badan pun naik lemak. Pantang penat sikit dah nak rehat.

Langkah diatur menuju ke bilik air untuk menyegarkan matanya. Bolehlah dia buat tahajjud kejap kemudian menyiapkan kerja-kerjanya. Eh.. Mana Icha? Digaru kepala yang tak gatal melihat pembaringan Rea yang kosong di sofa. pergi dapur kot. Akalnya membuat agakkan sendiri.Langkah diteruskan menuju ke bilik air.

Usai doa, dia bangun berdiri. Kopiah di kepala diletakkan atas meja solek yang kosong. Isterinya bukan punya alat solek pun. Yang ada cuma sebotol bedak talkum milik gadis itu. barang lain yang elok tersusun di atas meja semuanya milik Baihaqi. Sikat pun dibantai sikatnya. Tapi memang jarang dia lihat gadis itu sikat rambut. Serabai betul.

Tak naik-naik pun budak Icha ni. Tertidur kat bawah ke? Baihaqi memulas tombol pintu. Dia ingin pergi melihat apalah yang dibuatnya Rea di ruang tamu.

Anak tangga dituruni perlahan. Langkahnya terhenti di tangga terakhir. Hanya cahaya dari televisyen menyinari ruang tamu. Rea enak bersila di atas sofa. sesekali gadis itu bersorak kecil. Bersuara perlahan agar tidak mengejutkan seisi rumah yang sedang dibuai mimpi. Paling ingin dielakkan adalah Baihaqi.

Baihaqi berdiri di belakang sofa tanpa menegur Rea. Mata gadis itu tepat ke skrin sehingga kehadirannya pun tidak disedari. Dia senyum kecil. Patutlah bukan main baik lagi gadis itu padanya tadi. Nak bodek dialah tu.

Manchester United. Pasukan kegemaran Rea. Inilah yang diceritakan oleh Aizuddin kepadanya. Rea memang tidak akan pernah ketinggalan perlawanan MU. Jersi pasukan itu yang dihadiahkan oleh kawannya juga dijaga rapi oleh Rea. Kipas susah mati MU(hard-die-fans). Sama macam Ari.

Ari! Hati Baihaqi sayu mengenangkan insan itu. Maafkan Aqi sebab tak jaga Ari baik-baik. Maafkan Aqi sebab mengabaikan Ari. Maafkan Aqi sebab biarkan Ari berkawan dengan mereka. Maafkan Aqi sebab tak memberikan sepenuh perhatian. Maafkan Aqi sebab gagal menjadi seorang abang yang baik untuk Ari.

“ Ya ALLAH!!! Huh…huh..”

Rea mengurut dadanya. Dia terkejut kerana melihat Baihaqi yang tegak berdiri di belakangnya. Ingatkan jembalang mana. Dah lah dalam gelap boleh pula dia pakai baju hitam berdiri macam zombie. Jeritannya sekaligus mematikan lamunan Baihaqi.

“ abang! Sukalah buat orang terkejut.” Rea mengomel perlahan. Baihaqi sengih. dibuat muka jahatnya dengan kening terangkat kedua-dua belah.

“ buat apa ni?”

Rea berdiri. Dalam hati dia berdoa agar lelaki itu tidak mengamuk. Kalau dia mengamuk pagi-pagi buta ni kan susah.

“ermm…ermm… tengok bola.” Rea tunduk pandang permaidani. Tidak berani nak tengok muka Baihaqi.

“ bukan ke abang dah cakap yang abang tak suka Icha tengok bola or main bola.”

Rea angguk perlahan. Kenapa Baihaqi tak pernah faham. Dia dan bola sepak seperti isi dan kuku. Bagai aur dengan tebing. Umpama ketupat dengan rendang. Ibarat monyet dengan pisang. Dia memang tidak boleh berpisah dengan bola sepak. Hilanglah irama dalam jiwanya.


Rasa seperti mahu menangis. Dia sendiri pun pelik kenapa dia sangat manja terutamanya selepas berkahwin dengan Baihaqi. perangai yang sudah enam tahun dia tinggalkan. Perangai yang dikuburkan bersama jasad ayah. Tapi kenapa perangai ini datang kembali. Datang hanya ketika dia bersama Baihaqi.

Baihaqi serba salah. Sekelip mata sahaja air mata dah bergenang di kelopak mata isterinya. Dia tidak berniat mahu memarahi gadis itu atau membuatkan dia sedih.

“ abang tak marah lah.” Baihaqi mahu menarik Rea ke pelukan apabila gadis itu menolak laju dadanya. Merajuk ke?

“boleh orang tengok sampai habis tak? Kejap je lagi.” Rea dah angkat muka.

“ ye lah. Tapi Icha still kena denda.” Baihaqi melabuhkan punggung ke sofa. ditarik tangan Rea agar duduk di sisinya.

Rea mencebik. Baru je nak gembira sikit. Apa lagilah denda yang dia nak bagi tu. Mesti yang mengarut-ngarut lagilah tu. Geramnya!!!


Rea melihat cermin. Rambutnya dikuak ke belakang. Rimas betul dengan rambut panjang. Kena sikat, kalau tak nanti kusut. Kena letak perapi lepas syampu, kalau tak rambut rosak. Dah lah geli bila asyik kena dekat leher. Nak ikat, tak lepas. Ye lah. Rambut pun baru cecah leher.

Teringat pula kejadian semalam. Denda baru yang dikenakan oleh Baihaqi ialah mengemaskan bilik bacaan lelaki itu yang sudah seperti rumah tikus. Walaupun berat untuk diterima tapi kini dia bebas untuk menonton bola sepak. Yahoo!!! Demi MU, segala halangan akan ku tempuh.

Rea menuruni tangga. Dia mahu bersiar-siar di halaman banglolah sekejap. Badan pun dah rasa berat sebab dah hampir sebulan jugaklah dia sudah tidak berkejar-kejar di padang merebut sebiji bola. Lama-lama ni boleh jadi gemuk dia ni.

“ arghh…” jeritan Datin Sofea membuatkan Rea berlari ke arah wanita itu.

“ kenapa mama?”

“tu..” jari Datin Sofea tepat ke arah seekor katak berwarna hijau muda yang melekat di pasu bunganya. Mamanya itu sedang menyiram pokok bunganya. Aktiviti setiap petang Datin Sofea.

Cepat tangan Rea mencekup binatang itu menyebabkan Datin Sofea sekali lagi menjerit kegelian. timbul idea nakalnya.

“ mama!!! Kejar mama.” Tangan yang menggenggam katak dihulurkan kepada Datin Sofea menyebabkan wanita itu menjerit-jerit. Berlaku adegan kejar-mengejar antara mereka berdua.

“ Rea buang benda itu. Gelilah.” Datin Sofea berhenti berlari. Dia membuang mengah. Rea mencampakkan si katak ke luar pagar. Sudah penat dia mengusik mamanya. Kesian tengok mama yang berusaha melarikan diri. Tangannya dicuci di paip dengan sabun. Datin Sofea sudah terduduk di kerusi batu di halaman.

“ Rea ini sukalah usik mama. Sama macam abang Aqi dia.”

“ suami isteri harus sepakat, barulah rumahtangga mendapat berkat.” Rea menyanyikan lagu filem Tiga Abdul karya P.Ramlee dengan senyuman gatal. Datin Sofea hanya ketawa kecil. Nakal jugak menantunya ni.