Sunday, October 25, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [20]

Baihaqi membasahkan tuala lalu diperahnya. Diletakkan di dahi gadis yang sedang terbaring itu. Rea masih pengsan lagi. tiba-tiba juga suhu badannya naik. Mungkin kerana terkejut sangat.

Hajat hatinya hanyalah mahu menyakat gadis itu tapi tak sangka pula sampai pengsan. Tadi dia sengaja memberitahu yang dia nak keluar. Baru sahaja dia nak menamatkan permainan dan meminta Rea keluar dari bilik air, pintu bilik air dah terbuka. Alang-alang diteruskan rancangannya.

Lampu suluh di bawa ke muka sendiri dan apabila Rea menjenguk ke luar bilik air, dia menyergahnya. Kemudian Rea pula yang menjerit dan sudah terjelepuk ke lantai.

“ Icha.” Panggil Baihaqi lembut apabila gadis itu bergerak-gerak. Rea memejamkan matanya rapat-rapat dan kelihatan pucat. Masih takut nak membuka mata.

“ Icha. Abang ni.” setelah pasti suara Baihaqi yang didengarinya, Rea membuka mata. Mata yang bergenang itu memandang tepat ke arah Baihaqi.

Dia bingkas bangun. Tubuh Baihaqi dipeluk erat. Terasa seperti melayang separuh nyawanya tadi. Esakannya kedengaran.

“ sorry. Abang main-main je.” Belakang Rea diusap perlahan. Cuba menenangkan gadis itu. Terkejut sampai demam. Rasa bersalah menular dalam hati.

“ tidur ek. Abang tutup lampu.” Baihaqi sudah membaringkan Rea. Laju gadis itu menggeleng dan tangan Baihaqi digenggam erat.

“ tidurlah.” Baihaqi berbaring di sebelah Rea. Dipeluknya gadis itu supaya melelapkan mata. Apabila Rea sudah lena dia bangun menutup lampu bilik. Hanya lampu meja dinyalakan. Rambut Rea diusap lembut.

Pukul 3 pagi terasa tangan Rea menggoncangkan tubuhnya. Mata bundar itu tepat memandang wajahnya.

“ kenapa?”

“ nak pergi toilet.” Tangan Rea dipimpin ke tandas. Dia menunggu di luar sementara Rea menunaikan hasratnya. Terkejut betul gadis itu sampai ke tandas pun nak suruh diteman.

Tangan Baihaqi melekap di dahi Rea yang baru berbaring. Panas lagi ni badan dia. tuala dibasahkan dan diletakkan ke atas dahi. Tangan Rea sudah melingkari tubuhnya. Mata bundarnya dipejam. Satu ciuman dihadiahkan ke atas dahi gadis itu. sekejap sahaja Rea sudah terlena.


Rea menggeliat perlahan. Dibuka matanya yang perit. Wah.. matahari pun dah galak bersinar. Mesti dah pukul 11 pagi lebih ni. Kepala yang berpinar selepas Subuh tadi pun dah ringan. Ditarik selimut. Tak rasa nak bangun lagi. Dia masih mahu bermalasan atas katil.

Hantu punya suami. Mati-mati dia ingatkan hantu betul semalam. Habis melayang semangat. Kalaulah dia tak lemah semangat semalam mesti bengkak kepala mamat tu diketuk-ketuk dengan gayung. Mana pula mamat ni hilang.

Mesti mamat tu suka. Free je dapat tidur dengan aku. Siap peluk-peluk lagi. malunya aku. Lantaklah. Semalam tu dia dibawah pengaruh mental separuh sedar.

“ Icha!” mata yang baru nak tertutup terbuka luas. Segera dia bingkas bangun tatkala tangan Baihaqi dah mula memeluk pinggangnya. Ditarik muka masam. Bersila di hadapan lelaki itu.

“ mesti dah sihat ni kan?” Baihaqi sengih.

“ dah. Ada makanan tak?”

“ amboi. Pergilah mandi dulu. Lepas breakfast kita check out.” Baihaqi berbaring di katil.
Nampaknya gadis itu dah sihatlah. Wajah yang sengaja digarangkan padahal semalam asyik merengek je tahu. Dua hari lagi dia perlu kembali ke pejabat. Mesti banyak fail yang bertimbun atas meja. Belum pernah lagi dia bercuti selama ini. Semuanya gara-gara mama. Selepas ini tak tidur malamlah dia..

“ cepatlah!” Baihaqi menyuruh Rea yang masih kaku di atas katil. Cepat je gadis itu bangun ke bilik air. Beg pakaian pun sudah dikemas. Yang ditinggalkan hanyalah sepasang baju untuk dipakai balik.

Rea mengelap rambut yang masih basah. Dijenguknya Baihaqi yang masih tergolek atas katil. Tidur! Tadi beria suruh aku bersiap, dia pula masih dengan t-shirt dan seluar pendek. Muka jam dikerling seketika. Bukan sarapan tapi dah masuk lunch dah.

Dia menghampiri Baihaqi. Mesti lelaki itu tidak lena tidur semalam kerana terpaksa menjaganya. Padan muka. Siapa suruh rajin sangat menyakat dia. tidak sampai hati pula nak mengejut Baihaqi yang kelihatan nyenyak tidur. Biar je lah. Kejap lagilah baru kejutkan bangun.



“ malam ni Icha tidur atas katil lah. Takut demam balik nanti.” Baihaqi bersuara apabila gadis itu dah mula menapak ke sofa.

Rea sengih lebar. Bagus! Belakangnya pun dah sakit-sakit tidur atas sofa tu. Dah lah kat Pulau Pangkor pun dia kena tidur atas sofa jugak.

“ok.” Laju sahaja dia baring riang atas katil.

Seronoknya. Lama juga tidak jumpa katil. Rindu pula pada bantal busuknya yang disimpan semenjak dia berumur 12 tahun lagi. Mak Long menegahnya mengusung bantal kekabu itu ke KL. Dalam sedih dia tinggalkan juga di kampung. namun dia bingkas duduk apabila Baihaqi turut berbaring di sebelahnya.

“ kenapa abang kat sini?”

“ tak boleh ke?”Baihaqi turut duduk bersila. Nak buat perangai lagilah tu. Dia senyum melihat Rea yang sudah menarik muncung.

“ abang tidur kat sofa lah. Tak mahu tidur dengan abang.”

“semalam elok je.” Baihaqi merungut perlahan.

“ semalam tak kira.”

“ kenapa tak kira?”

“ sebab semalam orang demam.” Baihaqi menggeleng-geleng kepala. Malas melayan.
Dia berbaring tanpa menghiraukan gadis itu. Tatkala Rea sudah melangkah turun dari katil dia memegang tangan gadis itu.

“ apa yang tidak kena ni.” ditarik Rea ke hujung katil.

“ orang benci abang dua kali. Pertama sebab abang sengaja rosakkan handphone yang abang Aizuddin bagi. Kedua sebab abang buat orang demam semalam.”

Benci dua kali? Baihaqi menggaru kepala yang tidak gatal. Nampaknya dia perlu mengikut rentak gadis itulah.

“ abang dah mintak maaf kan. So sekarang Icha nak buat apa?”

“ buat peraturan!”

“ peraturan?”

“ hhmmm… pertama kita gilir-gilir tidur atas katil. Tiga malam Rea pastu tiga malam abang. Kedua no first night selagi tiada cinta antara kita. Ini janji kita yang dulu.” Baihaqi senyum. Macam-macam lah budak ni.

“ lagi.. tak boleh panggil orang budak or Icha.”

“ ok. Abang ada peraturan keempat. Icha kena buat semua kewajipan yang selayaknya buat abang.” Dikerutkan dahi. Kewajipan apa?

“ maksudnya?”

“ macam iron baju abang, salam tangan abang sebelum abang pergi kerja, minta izin sebelum keluar rumah, bangun awal dari abang..”

“ kewajipan ke tu?”Rea memotong.

“ tak pergi kursus kahwin ke?”

Rea mencebik. Saja je nak menyindir dia. padahal mereka bersama-sama menghadiri kursus itu. malah lelaki itulah yang terpaksa mengejutkan dia yang asyik tertidur sepanjang ceramah.
Kalau kewajipan macam tu kacang je. Ingatkan kewajipan apa tadi. Dia angguk perlahan.

“ last.. siapa yang buat kesalahan kena denda oleh pihak satu lagi.” Baihaqi menambah.

“ okay. Malam ni abang tidur atas sofa!” Rea lantas melompat ke katil. Yeye.. boleh tidur puas-puas.

Baihaqi hanya jungkit bahu. Rasanya kesalahan Rea yang pertama dah nampak di mata.

Friday, October 23, 2009

::SHE_GIRL@HE.MAN:: [19]

Rea berjalan laju meninggalkan lelaki itu di belakangnya. Pantai yang indah pun dah jadi membosankan. Sudah dua hari mereka berada di Pulau Pangkor yang mempunyai pantai yang cantik ni. Selama itu jugalah Baihaqi cuba memujuknya namun dikeraskan hati dan kepala.

“ janganlah laju sangat. Banyak hantu kat depan.” Baihaqi menjerit perlahan. Rea mencebik. Siang-siang ni nak takutkan dia pun carilah idea lain. Hantu disiang hari. Tanpa berpaling dia meneruskan langkah kaki menyusuri pantai.

Lambat-lambat dia berpaling. Eh, dah hilang pula mamat tu. Apa-apa jelah. Bukan dia kisah pun. Tudung di kepala dipegang. Angin yang kuat meniup menyebabkan tudungnya berkibar sama. Bestnya angin petang.

Sekolah di kampung mewajibkan dia memakai tudung. Lagipun dia takut dikatakan mewarnakan rambut seperti sewaktu sekolah rendah. Waktu lain jarang dia bertudung. Dengan rambut pendek dan gaya brutalnya dia sering dipanggil tomboy. Selepas berkahwin, Baihaqi sendiri yang memintanya memakai tudung. Menunaikan perintah ALLAH yang dahulunya dia sering abaikan.

Dia dibesarkan oleh lelaki dan berkawan pun dengan abang-abangnya. Semua itu secara tidak langsung menjadikan dirinya seorang yang lincah dan ganas.

Waktu umur 11 tahun, dia pernah jatuh dari pokok kelapa yang dipanjatnya. Ayahnya tak marah sebaliknya menangis. Ayah kata dia sedih kalau anak gadisnya pergi dulu dari dia. kerana tak sanggup tengok ayah menangis dikurangkan sedikit aktiviti ganasnya. Seketika cuma. Kenakalannya kadang-kadang memeningkan kepala ayah. Ahh.. rindunya kat ayah.

“ peewit!!”

Rea tersentak. Beberapa meter di hadapan kelihatan tiga remaja lelaki sedang merenungnya. Bosannya. Budak-budak tak matang ni nak mengorat pun gunalah cara gempak sikit. Cara ni dah basilah.

“ seorang ke? Boleh abang teman.” Salah seorang cuba nak menghampirinya. Dia menjauhkan diri.

“ amboi sombongnya!” ketiga-tiga mereka ketawa gatal. Mana pula Baihaqi ni. Tiba-tiba dia rasa takut dengan budak-budak gatal ni.

“ sayang!” Rea berpaling mendengarkan suara Baihaqi. Ketiga-tiga remaja itu turut sama berpaling.

“Siapa ni Icha?” Baihaqi buat-buat tanya sambil tangannya memaut pinggang gadis itu. Bukannya dia tak nampak tadi. Rea geleng perlahan. Dia memeluk erat lengan suaminya.

“ maaflah abang. Kami main-main je tadi. Tak buat apa-apa pun.” Salah seorang dari mereka menjawab. Tidak mahu membuat pasal kerana memang salahnya nak mengorat kekasih orang. Mereka saja je nak mengusik-usik gadis itu tadi. Tambahan pula berjalan seorang.

“ oklah. Pergi dulu.” Baihaqi berlalu. Rea berjalan beriringan. Tangannya masih kukuh di lengan Baihaqi.

“ abang dah cakapkan. Kat sini memang banyak hantu!” geram juga Baihaqi dengan tingkah Rea. Tadi dia ke bilik air kerana tidak tahan nak buang air kecil. Keluar dari tandas dicarinya Rea yang sudah hilang. Nasib baik dia cepat. Kalau tak, entahlah. Budak-budak sekarang bukan boleh percaya sangat.

“ janganlah marah. Mana orang tahu. Ingatkan hantu..”

“ jangan cakap. Nanti datang betul-betul baru tahu!”

Mereka meneruskan langkah. Lengan Baihaqi masih dipaut erat. Membuatkan dia berasa aman dan selamat. Seketika dia lupa sengketa mereka.

Rea menutup air pancuran. Segarnya terasa selepas mandi. Disarungkan sehelai t-shirt dan seluar track ke badan. Memang itulah pakaiannya sehari-hari selepas bergelar isteri. Seluar pendek dan singlet yang sering dia pakai dulu ketika di rumah dia tinggalkan. Dia malu mahu menayangkan tubuhnya pada Baihaqi. tangannya mengirai rambut yang masih basah. Tiba-tiba lampu terpadam. Gelap-gelita membuatkan Rea tergamam. Tak ada elektrik ke?

Bunyi sesuatu di luar bilik airnya membuatkan Rea menggigil. Tadi sebelum dia mandi, Baihaqi kata mahu keluar. Siapa pula yang menceroboh biliknya? Tanpa sedar Rea menggigil ketakutan. Peristiwa enam tahun lalu kembali terbayang. Kerana peristiwa pada malam terputus elektriklah itulah ayahnya pergi buat selamanya. Pergi di pangkuannya.

ALLAH! Rea merintih dalam hati. Teringatkan remaja di pantai tadi membuatkan Rea bertambah pucat. Dia takut remaja tadi datang nak membalas dendam. Apa nak buat ni? handphone pun tak ada nak telefon Baihaqi. Dia hanya mampu berdoa. Abang! Cepatlah balik.

“ tuk.. tuk!”

Pintu bilik air yang diketuk dari luar membuatkan mata Rea buntang seketika. Macam mana orang tu boleh tahu yang dia ada dalam bilik air. Abang! Saat itu Rea terasa seperti mahu menangis.

Ya ALLAH.. lindungilah aku. Doanya dalam hati.

“ tuk..tuk!”

Sekali lagi pintu diketuk. Rea menggengam kedua-dua tangannya erat. Dia mencapai gayung yang tersangkut dalam bilik air. Bersedia kalau-kalau pintu dibuka dari luar.

“ tuk..tuk!”

Rea kaku di dalam bilik air. Macam mana ni? Nak buka pintu ke tak. Buka pintu dan serang penceroboh tu sebelum dia sempat serang. Tapi dia ragu-ragu. Kuatkah kudratnya nanti nak melawan. Saat ni pun dah terasa bagai nak pecah dadanya menahan debaran. Macam mana kalau yang itu adalah hantu. Hantu! Teringat pula kata-kata Baihaqi.

Rea bersembunyi di sebalik dinding. Kunci pintu di buka. Dia tekad. Bila penceroboh tu jengukkan kepala, dia akan ketuk dengan gayung kuat-kuat. Pintu terbuka sedikit demi sedikit. Rea beristighfar dalam hati. Gelapnya.

Pintu dah terbuka separuh membuatkan Rea makin berdebar. Namun dia tidak nampak pun sesiapa pun. Dikuatkan semangat menjenguk ke luar.

“ arghh…” bersama jeritan kecil dia jatuh ke lantai.