Debaran di dada makin rancak. Malam itu dia bersendirian melayan rasa di beranda bertemankan bulan dan bintang. Dalam masa tiga hari lagi dia bakal bergelar isteri buat seorang lelaki bernama Baihaqi. Baihaqi yang suka memaksa. Baihaqi yang suka membulinya.
Masih dia ingat perbualan telefon yang dibuat lelaki itu sehari selepas keputusan SPMnya diumumkan. Selepas seorang perempuan manja yang menyambut panggilannya. Malu pula rasanya kerana lelaki itu tahu dia menangis. Dia sendiri tidak faham dengan rasa hati sendiri. Tapi rasanya saat ini dia membenci lelaki itu.
“ kenapa kau telefon semalam?”
“ nak cakap result SPM.”
“ bagus ke tak result kau?”
“ ok jugak lah. Dapat 6 A tau.” Ceria suaranya.
“ good girl. Tapi still tak leh lawan aku. Aku dulu dapat straight A tau.”
“eleh. Tak tanya pun.” Rea mencebik. Kedengaran tawa lelaki itu yang meletus kecil.
“ lagi nak cakap apa?”
“ ehmm…”
“ cepatlah. Aku busy ni.” Rea tersentak. Dah sibuk sangat buat apa telefon aku.
“ tak pelah. Buat jelah kerja. Orang cakap lain kali je lah.” Alamak. Baihaqi pula yang terkedu. Macam berjauh hati je bunyinya. Tadi dia acah je.
“aku acah je lah. Janganlah merajuk.”
“ eiii.. mana ada merajuk. Tak ada masa lah.”
“ ye ke? Kenapa kau menangis semalam?”
“ mana ada…” pintas Rea laju membuahkan tawa di hujung talian. Saat itu Rea terasa malu yang sangat.
“ tak nak tanya ke siapa yang angkat call kau semalam?” gulp. Rea telan air liur. nak tanya ke tak?
“ siapa?” perlahan sahaja dia bertanya.
“ sepupu aku lah. Kau cemburu ke sampai menangis? Mesti mata kau bengkak kan?”
“tak pun. Malaslah nak cakap.”
“ oklah. Kau nak cakap pasal apa?” Baihaqi mengalah. Takut Rea memutuskan panggilan dan tidak mahu bercakap dengan seperti semalam. Semalaman juga dia risau sampai tidak lena tidur.
“ sebenarnya orang nak tanya pasal borang masuk u. orang boleh isi ke tak?”
“ orang mana yang nak isi?” Baihaqi buat tak tahu.
“ huh?”
“ye lah. Orang mana yang nak isi?”
“ oranglah… Rea Alyssa.” Rea mendengus. Bosan betul dipermainkan lelaki ini. Bukan dia tidak tahu ‘orang’ tu adalah ganti nama yang sering dia gunakan.
“ owh.. Icha yer. Nak mintak u mana?”
“ nama orang Rea lah…” ketawa lagi si mamat KL ni.
“ nak mintak course apa?”
“ engineering boleh tak?”
“ what? Tak boleh.”
“ kenapa?”
“mintak course lain lah. Tak sesuai untuk seorang isteri.” Gulp.. Rea telan air liur.
Architecture, mechanical engineering, dan semua cadangan Rea ditolaknya. Rea dah sesak nafas. Hancur semua angannya. Angah mungkir janji. Janji untuk pujuk bakal suaminya agar dia dapat mengambil jurusan yang dia minati. Air mata sudah bergenang di tubir matanya.
“ kalau semua tak boleh baik tak payah masuk u.” lirih suara Rea meminta simpati lelaki itu.
“ haa.. bagus idea tu. Kau tak payah isi lah. Kau duduk rumah belajar masak dengan mama je. Nanti kalau dah ada anak kau boleh jaga anak kat rumah.”
“hmm…hmm..” pecah tangisan Rea. Laju dia meletakkan ganggang telefon dan dicabutkan wayar telefon.
Pintu bilik dikunci dari dalam. Barang-barang dalam bilik semua dibaling ke dinding. Buku-bukunya bersepah ke lantai. Air mata laju menitis membasahi pipi. Puas Mak Long memujuk namun dipekakkan telinga. Mujur Pak Long tiada di rumah. tidak lama kemudian dia keluar dari bilik. Memeluk Mak Long erat.
“ jangan cakap dengan Pak Long. Orang ok je. Nak lepaskan geram tadi.”
Mak long mengangguk lemah sambil mengusap rambut gadis itu yang sudah agak panjang berbanding dulu.
Seminggu dia menangis dalam bilik. Selama itu jugalah Baihaqi tidak putus-putus menelefon dan tidak sekalipun dia menjawabnya. Dia benar-benar kecewa tapi takut untuk memutuskan pertunangan. Nanti Pak Long dan Azmizan akan malu. Yang lebih dia gerunkan adalah Abang Amiruddinnya.
Hujung minggu itu, pagi-pagi lagi Baihaqi tercegat di muka pintu menyebabkan Pak Long terkejut besar. Kehadiran lelaki itu langsung tidak dihiraukan. Dia sengaja menyibukkan dirinya agar dia dapat lari dari lelaki itu. Namun lelaki itu berjaya juga menariknya untuk meneruskan bicara yang tergantung.
“ aku minta maaf. Aku nak usik kau je.” Senyap. Rea malas mahu bersuara. Boleh pula main-main benda macam ni. matanya memandang kosong ke hadapan.
“ macam ni lah. Aku dah tolong applykan untuk kau tapi kolej swastalah. Sebab aku rasa macam leceh je nak masuk IPTA sebab masa tu kau dah kahwin.”
Rea mempertahankan muka tidak beriaknya. Tiba-tiba dia rasa terharu tapi masih terkilan. Dia bukannya nak menumpang wang ringgit Baihaqi. Sebab itu dia mahu ke IPTA yang pasti tidak menelan belanja sebanyak ke IPTS. Tapi betul juga cakap Baihaqi. Susah sikit kalau sudah berkahwin. Siapa suruh kau pinang aku awal-awal.
Terkejut besar Baihaqi apabila Rea menunjukkan slip keputusannya yang sudah renyuk dan terkoyak dua itu. Dengan geramnya dia mengoyakkan kertas itu selepas panggilan Baihaqi seminggu yang lalu.
“berangan ye adik.” Aizuddin menepuk lembut paha Rea mematikan lamunan. Rea hanya tersengih. Memandangkan hari perkahwinan akan berlangsung tiga hari lagi semua abang-abangnya dah mula bercuti. Bersama-sama membuat persiapan akhir. Amiruddin pun sudah sampai pagi tadi.
Mak Longlah yang paling sibuk. Bergegas ke sana-sini memastikan semua kelengkapan lengkap agar majlis dapat berjalan lancar. Cenderahati untuk tetamu sudah tersedia. Dulang hantaran juga sudah lengkap semuanya. Bunga telur pula akan disediakan esok.
“ kak Rea. Mak Timah panggil.” Faizah memanggil Rea ke dapur. Mak Timah adalah mak andamnya. Dia membuntuti Faizah meninggalkan Aizuddin sendirian.
“ cepat duduk. Aku nak pakaikan inai ni.”
Alamak. Tak sukalah bau dia. nanti loya pula aku nak makan nasi nanti.
“ tak pakai tak boleh ke Mak Timah?”
Terjegil mata wanita yang hampir sebaya dengan Mak Long itu. Rea tergelak kecil. Dalam keterpaksaan dia duduk di hadapan wanita itu apabila tangannya ditarik.
“ kamu ni Rea. Inai ni dah jadi adat dan budaya kita. Bukannya nak bercorak-corak pun. Pakai kat jari je biar naik sikit seri kamu tu.” Jarinya sudah dipegang wanita itu. bersedia mahu menempekkan inai yang sudah lumat ditumbuknya.
“ tapi busuklah Mak Timah.” Kali terakhir dia memakai inai pun pada usia 7 tahun. Itupun kerana mahu meniru abang Aizuddin dan sepupunya Fakhri.
“ lusa dah tak bau nyer. Issh,kamu nilah. Duduk diam-diam sikit. Tergeliat sana sini. Kang aku tempek kat dahi kamu baru tahu.” Mak Long yang mendengar hanya tersenyum.
Friday, October 16, 2009
Thursday, October 15, 2009
::SHE_GIRL@HE.MAN:: [13]
Rea mempercepatkan kayuhan basikal. Kelihatan rakan-rakannya sedang rancak berbual di simpang jalan. Ketawa berdekah-dekah tak ingat dunia. Langsung tidak tergambar perasaan gementar macam dia.
“ woi Amir. Gelak dari umah aku lagi dengar.” Rea melepaskan lelahnya. Tadi dia terkejar-kejar kerana sudah terlewat dari apa yang mereka janjikan. Semuanya gara-gara melayan kerenah anak Abang Azmizannya.
“ eleh. Kenapa kau lambat?” celah Hadi.
“ budak-budak tu buat onar. Penat nak melayan.” Ketiga-tiga jejaka remaja itu menganggukkan kepala. Anak-anak Azmizan lah tu. Sementara bayinya yang baru lahir masih kecil, Mak Long Rea sanggup mengambil alih tugas Kak Nita menjaga anak-anaknya. Lagipun Mak Longnya sunyi di rumah apabila Pak Long keluar berkerja. Anak-anak pun sekolah.
“ jom lah. Nantikan tak sempat jumpa budak-budak lain.”
Rea meninggalkan basikalnya di bawah sebatang pokok. Dia membonceng motosikal Amir. Kalau dia naik basikal alamatnya pengsan tepi jalanlah. Penat nak mengayuh sampai ke sekolah. Sepatutnya dia menunggang motosikal sendiri tapi Mak Long melarang. Bukan Mak Long tak tahu yang anak saudaranya itu ratu rempit. Bawa motosikal macam ribut. Takut nanti kemalangan sedangkan hari perkahwinannya sudah dekat.
“ Rea!!!” segera Rea berpaling ke arah perempuan yang menjeritkan namanya. Belum pun sempat dia turun dari motosikal, gadis itu sudah menjerit-jerit. Rea menanggalkan topi keledar lalu membetulkan tudungnya.
“ kau kenapa minah?”
“ hehe…” Amira tersengih cuma. Dia tidak sengaja tambahan pula memang itulah tabiatnya. Suka betul menjerit. Dia sendiri macam mana dia boleh menjadi teman rapat Rea sedangkan perangai mereka macam langit dan bumi. Dia suka menjerit manakala Rea sentiasa tenang dan mukanya hanya sekali-sekala beriak. Sepanjang masa ditayangkan muka tidak berperasaan. Tapi dia tahu Rea seorang gadis yang baik.
“kau dah ambik result belum?” Amir menegur Amira yang sedari tadi tersengih.
“ belum. Tunggu korang lah. Kenapa lambat sangat?”
“ minah tu lah yang lambat. Praktis jaga anak kat rumah.” Mamat mencelah membuahkan tawa semua. Rea mencebikkan bibir sambil menjungkit bahu. Malas nak layan.
Kalau nak diikutkan hatinya dia memang malas nak bagitahu kawan-kawan perihal perkahwinan tersebut. Mereka dapat tahu pun melalui mak bapak masing-masing yang dijemput oleh Pak Long. Mula-mula begitu sukar untuk dipercayai. Namun hakikat perlu diterima juga.
“ jom serbu pejabat. Tak sabar nak tahu ni.” Rea menapak mendahului rakan-rakannya.
“ aku nervous lah. Dup dap dup dap dari tadi lagi.” Amira sudah memaut lengan Rea.
“ rilex lah. Tengok aku macho je.” Mamat mencelah.
“ boleh blah la.” Serentak mereka berempat membidas. Nak start perasan lah tu.
Rea menekapkan ganggang telefon ke telinga. Pak Long hanya memerhatikan dari jauh. Cuma nak memastikan dia menelefon mamat KL tu. Rasa gementar yang menyerbu jiwa lebih kuat dari siang tadi sewaktu nak mengambil keputusan SPMnya.
Tut..tut… panggilan baru sahaja bersambung namun masih belum ada yang menyahut. Mahu sahaja Rea letakkan ganggang. Dia tidak punya keupayaan untuk meneruskan perbualan.
“ hello…” bulat mata Rea mendengar suara perempuan di hujung talian. Salah nombor ke?
“ Baihaqi ada?”
“ siapa ni? Abang Qi tak ada.” Suara manja tadi sudah bertukar agak kasar. Makin laju debaran di dada Rea. Kekasih Baihaqikah? Nanti bergaduh pula mereka jika dia memberitahu statusnya sebagai tunangan lelaki itu. Tunggu… aku ni tunang Baihaqi. Sepatutnya aku yang marah sebab kitaorang dah nak kahwin.
“ tak pelah kalau macam tu. Maaf mengganggu.” Segera Rea putuskan talian.
Perasaannya ketika itu bercampur aduk. Berbolak-balik. Marah ada geram pun ada. Tapi kenapa pula nak sakit hati? Apa yang dia buat dengan perempuan itu malam-malam macam ni? Apa aku nak buat kalau itu memang kekasihnya? Kusutnya kepala otak.
“ cepatnya cakap. Dah bincang ke belum dengan Baihaqi?” suara Pak Long memecahkan lamunan Rea.
“ dia tak ada lah Pak Long.” Sedikit keras nadanya.
“ kenapa telefon rumah. Telefonlah handphone dia.” Memang itulah yang dilakukannya. Biarlah. Kalau menjawab nanti apa pula kata Pak Long.
“ esok lah Pak Long. Malas.” Laju dia menapak ke dalam bilik. Dihempaskan tubuh ke atas katil. Bergolek-golek sendirian sebelum meniarap. Merapatkan muka ke bantal. Jarinya menyangkut rantai di leher. Tidak pernah sekalipun dia menanggalkan rantai yang berloketkan sebentuk hati yang dihiasi berlian-berlian kecil. Dia terasa sedih dengan percaturan hidupnya. Tanpa sedar dia teresak kecil.
Baihaqi melabuhkan duduk di sofa ruang tamu. Malam itu dia bertandang ke rumah bapa saudaranya. Sudah lama tidak berbicara dengan lelaki itu. Tambahan pula Rizal pun ada di rumah bapanya kerana mahu mengambil Suraya yang ditinggalkan di rumah bapanya kerana dia terpaksa ke luar negara atas urusan pejabat.
“ nah. Ada orang telefon abang.” Rozana menyerahkan telefon Sony Ericsson kepada Baihaqi sambil menarik muncung.
“ siapa?” Baihaqi buat tidak endah dengan perangai gadis itu. Depan ayah sendiri pun nak buat perangai gedik dia. Malulah sikit. Bukan tak tahu aku ni dah nak kahwin dah.
“ tak tahu. Perempuan mana entah.”
Perempuan? Siapa pula. Baihaqi menyemak senarai panggilan masuk. Dari kampung lah. Rea ke? Belum pernah lagi gadis itu menelefonnya. Ada hal penting apa ye?
“ dah lama ke?”
“ baru je dia letak. tak sopan betul. Belum sempat Zana nak tanya siapa dia dah letak.”
Belum sempat Rozana nak mengomel lebih lanjut, Baihaqi sudah berlalu dari sofa. Menuju ke laman rumah sambil melekapkan telefon ke telinganya. Riak risau terpancar pada wajahnya.
“ Assalamualaikum..”
“ waalaikummussalam. Abang Baihaqi ek? Tunggu kejap. Biar Izah panggil Kak Rea.”
Baihaqi tersenyum. Nampaknya bukan hal buruk kerana suara Izah kedengaran riang. Memang gadis itulah yang sering mengangkat panggilannya setiap kali dia menelefon ke rumah itu. sayup-sayup kedengaran suara Izah. Kuatnya budak ni menjerit.
“ mak… tengok kak Rea ni. dia tak nak cakap dengan Abang Baihaqi pulak.”
“ kenapa pula?” tingkah Mak Long Kinah.
“ tak tahu dia. Dia geleng-geleng kepala je. Dia menangis kot mak.”
“ ish kamu ni.”
Agak lama Baihaqi menunggu. Kenapa pula dengan budak Rea ni.
“ abang Baihaqi..” suara Izah kembali kedengaran di corong telefon.
“ mana Rea?”
“ dia tak nak cakap. Mak dah pujuk pun dia degil lagi. abang telefon esok je lah.”
“ apa yang dia nak cakap tadi?”
“ owh.. dia nak cakap dia dah amik result SPM dia. Kat kitaorang pun dia tak nak bagitahu berapa dia dapat. Nanti abang tanya dia sendirilah.”
“ yelah. Nanti abang telefon balik.”
Pasal keputusan SPM dia rupanya. Tapi kenapa pula dia tak nak cakap dengan aku. Dia cemburu ke sebab Rozana yang angkat tadi. Alahai. Comelnya kalau gadis brutal tu merajuk. Nak suruh aku pujuk ke? Dia senyum sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)