“ Tazz... we need to talk.”
“ CafĂ© at 3?”
“ Ok. see you then.”
Tadi hati dah tekad. Sekarang rasa macam batu 10 kilo digantung dekat hati. Berat dan sesak. Hailoohh.. macam mana? Lari tak payah peduli? Sampai bila hal ni nak selesai.
“ nak aku teman?”
Wajah Redzuan dipandang.
“ it’s okay. I think I can manage. Kau nak balik dulu?”
Lambat-lambat dia bangun dari kerusi. Beg sandang disangkut ke bahu. Tazz tahu hatinya. Kalau dia datang bersama Redzuan nanti, takut terbocor rahsia.
“ Aku lepak library. Nanti nak jumpa kawan. Good luck then.”
Redzuan gosok kepalanya perlahan. berlalu dengan wajah tersenyum nipis.
Dia hembus nafas berat. Belum bersedia nak berterus-terang. Bukan setakat rama-rama dalam perut, burung kasawari pun ada kot.
‘Go Rey!’
Lambat-lambat langkah diatur ke cafeteria. Mengambil tempat di satu sudut yang agak terlindung. Nantikan keluar gossip entah apa-apa lagi.
Jam di tangan ditilik. Lagi 10 minit sebelum tiga. Hai makin sebu pulak perut.
“ Haip!”
Tazz duduk di depan dengan senyuman. Semanis madu lebah asli.
Dia senyum sumbing. Rasa macam lidah dibawa lari.
“ Kita bincang dekat tempat lain?”
Tazz garu belakang kepala yang tak gatal. Dia pun rasa tak senang. Keyakinan dia terasa dibawa terbang saat terpandang wajah insan di depan ni.
Reynuha angguk kepala.
Diam. Dah hampir sepuluh minit, masing-masing masih lagi membisu. Memandang je dua buah Kawasaki yang elok terparkir di taman tu.
Di tangan kiri, entah berapa rumpun rumput yang sudah jadi arwah kena cabut. Tazz di sebelah kanan masih tenang mengalih pandang ke tasik.
“ Tazz...” dia memulakan bicara.
“ No.. let me speak first. Give me 1 more minutes to calm myself.”
Dia angkat kening. Tak percaya yang lelaki yang selalu tampak yakin itu mahu menenangkan diri.
“ Rey... saya tahu this is sooo wrong. But I love you. Truly.”
Dia ketap bibir. mencuri pandang wajah Tazz yang masih tetap memandang ke hadapan. Langsung tak memandang wajahnya. Biarlah. Itu lebih baik.
“ Sejak dulu lagi mummy selalu bising bila saya cakap saya tawar hati dengan perempuan. Daddy pun selalu marah. tapi saya memang tak boleh dengan perempuan. Fobia mungkin. Nak tengok perempuan pun malas. Menyampah.”
Tazz senyum sumbing. Teringat kenangan zaman sekolah yang tidak seindah mana. Dibuli oleh kawan sekelas. Yang lebih teruk, si pembuli berjantina perempuan. Dah lah di rumah, kakak-kakaknya juga kaki buli.
“ ...tapi saya langsung tak sangka hati saya dicuri seorang lelaki.” Di hujung kata dia ketawa kecil. Lucu dengan rasa hati sendiri.
Reynuha telan air liur. Mungkin rama-rama yang bersarang dalam perut dah menetaskan ulat beluncas.
“ selama ni, saya kawan dengan ramai lelaki... yang gay pun ada jugak. Tapi tak pernah lagi saya rasa macam ni. rasa yang ada bila dengan awak.”
“ tapi saya tak rasa apa-apa.” Reynuha menyampuk.
Tazz gelak kecil.
“ saya tahu. Hati awak pada Redzuan kan.”
Reynuha senyap. Betul ke hati dia pada lelaki tu? kenapa sekarang baru dia sedar? Kenapa selepas hati Redzuan sudah dihuni orang? Selepas bertahun-tahun lelaki itu sabar menunggu dia membuka hatinya pada status baru hubungan mereka.
“ rasa hati saya ni salah. Saya sedar tu. tapi ni lah kali pertama saya rasa macam ni. saya rasa bahagia cukup dengan tengok awak dari jauh. saya rasa hari saya lebih indah. Setiap hari tak sabar nak pergi fakulti. nak jumpa dengan awak. Kalau terserempak pun dah cukup untuk saya.... I’m sorry for that.”
Tazz raup muka dengan tangan kanan. buat pertama kali dia rasa cinta, dia sudah menderita. Cinta yang tak kesampaian. Cinta yang terlarang.
“ awak lelaki.. saya lelaki.. saya suka awak.. tapi awak suka mamat tu. kita sama kan? Menderita dengan cinta terlarang.”
Reynuha tergamam. Tazz seolah-olah mengomel pada diri sendiri di sebalik telapak tangan yang menekup muka.
“ awak dah salah sangka.”
Tazz mengalih tangan dari muka. Salah sangka? Apa yang salah? Dia merenung wajah Reynuha yang tak sampai semeter dengannya.
Reynuha telan air liur.
“ I’m a girl....”
Tazz ternganga.
“... and I’m married!”
Dunia Tazz sudah gelap.